Rabu, 4 April 2018

Sakit dan peringkat penyembuhan menurut Islam. 7235.



Ini Rahsianya Mengapa Hospital Di Mekkah Sunyi Sepi, Tidak Seperti Kebanyakan Hospital Di Malaysia


Di Makkah hospital sunyi sepi, berbeza dengan di Malaysia, memang berbeza dan tidak sama, yang membezakan adalah aqidah dan syariatnya. Inilah rahsia mengapa di Mekkah hospital sangat sepi, jarang sekali pesakit yang datang.
Ada seorang dokter membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Mukarramah). Selama 6 bulan berpraktek, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hingga beliau merasa hairan, apakah orang-orang di sini tidak pernah sakit?
Akhirnya beliau dapati jawabannya, dari salah seorang muslim di sana:
Bila kami sakit, ikhtiar pertama yang kami lakukan ialah sholat dua rakaat, dan memohon kesihatan pada Allah. In Syaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-Nya. Kalau belum sembuh kami melakukan ikhtiar ke-dua.
Ikhtiar ke-dua
Iaitu baca Al Fatihah/surat-surat lain, tiupkan pada air dan minum. Dan Alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah untuk diri sendiri. Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yang ke-tiga.
Ikhtiar ke-tiga
Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit kami. In Syaa Allah akan sembuh. Kalau tidak sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yang ke-empat.
Ikhtiar ke-empat
Iaitu banyak-banyak istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi Sholallahu ‘alaihi wasallam beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa. Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yang ke-lima.
Ikhtiar ke-lima
Iaitu minum madu dan habbatussauda’ 
Ikhtiar yang ke-enam
Iaitu dengan mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran. Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah.
Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ke-tujuh iaitu pergi ke dokter muslim yang soleh. In Syaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah azza wa jalla. 
Aamiin.
Semoga bermanfaat.
Sumber: suara21.com via islamidia

Tiada ulasan: