Ahad, 22 April 2018

Semakin Ramai Rakyat Malaysia Matang Dalam Memilih Mereka Yang Layak Mengemudi Kerajaan Malaysia. 7320.

Saksikanlah Oh Dunia...
5,000 menyertai majlis makan malam tadi DAP TLK INTAN
 Jom saksikan betapa hebatnya kebangkitan rakyat dalam menghadapi PRU14 kali ini.

Sudah lama kita tidak melihatnya seperti apa yang sedang berlaku di kala ini. Semoga harapan kita semua benar-benar menjadi kenyataan yang sebagaimana kita semua impikan. 

Air Mawang, Jelajah Pakatan Harapan di Johol Negeri Sembilan 
Selepas PRU14 ini nanti, tidak akan timbul lagi isu-isu yang membakar sentimen perkauman dan keugamaan. Semoga rakyat Malaysia akan bertambah matang  dalam memilih dan mengmudi kerajaan yang baru.

Kita ucapkan selamat tinggal buat selamanya kepada Umno BN...

Air Mawang, Jelajah Pakatan Harapan di Johol Negeri Sembilan
Memang benarlah apa yang Tun M pernah katakan tempohari... Umno ni dah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi! 

Kita terus maju ke depan membina negara baru. Kita mahu lihat rakyat jelata dapat menikmati dan mengecap nikmat kehidupan yang aman sentosa kerana negara kita memang kaya raya dengan segala macam khazanah.

Di Taman Panglima, Rapat Setia Ipoh, malam tadi
Yang menjadikan kehidupan kita semua susah dan sengsara adalah kerana para pemimpin sang korup dan tadbir urus yang ketirisan.

Kita akan humban dan himpunkan semua pemimpin yang korup di penjara Sungai Buluh... Amankan mereka di sana buat sementara waktu sebelum kita simpan ke dalam kandang Zoo Negara... kerana di situlah mereka lebih layak untuk cocok sebagai manusia yang bertopengkan binatang!!!

Sumber:  al- Husseyn: Saksikanlah Oh Dunia...

UMNO SUDAH MULA BERGOLAK.... 

Calon-calon UMNO di seluruh negara untuk pilihanraya 9 Mei depan, kecuali untuk beberapa negeri, dijangka akan diketahui secara rasminya bermula hari ini.

Pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO/BN dijadualkan akan menyerahkan tauliah yang ditandatangani oleh Najib Razak sebagai calon PRU 14 di negeri masing-masing. 

Bagi yang terpilih sebagai calon, individu berkenaan sudah pun dihubungi dan dimaklumkan secara rasmi,  begitu juga dengan mereka yang digugurkan sebagai calon turut diberitahu mengenainya pada semalam (Sabtu).

Keadaan ini menjadikan UMNO dan BN di beberapa negeri sudah mula bergolak kerana wujud perasaan tidak puas hati dengan calon yang dipilih atau berasa kecewa kerana digugurkan, terutamanya bagi yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat.

Di Wilayah Persekutuan, gelombang pergolakan sekurang-kurangnya berlaku di tiga kawasan Parlimen - Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak.

Di Wangsa Maju, penyokong dan ahli UMNO berasa sangat tidak puas hati kerana kerusi itu diserahkan kembali kepada MCA, meskipun Ketua UMNO Bahagian, Mohd Shafei Abdullah didakwa sudah bekerja sejak lebih empat tahun lalu untuk memastikan BN dapat menawan semula kawasan tersebut.

Berikutan kekecewaan itu, ramai di kalangan mereka yang mengambil keputusan tidak mahu keluar mengundi, di samping sebelum ini jentera Pemuda UMNO Wangsa Maju sudah pun menurunkan poster dan kain rentang lambang dacing serta menghentikan serta-merta gerak kerja kempen pilihanraya mereka.

Keadaan ini bukan saja memberi potensi kepada calon Pakatan Harapan mengekalkan kerusi itu, malah tidak mustahil dengan majoriti yang lebih besar melebihi 5,511 sebagaimana yang dicapai dalam pilihanraya 2013 yang lalu bagi tujuan agar calon UMNO dapat bertanding semula di Wangsa Maju dalam pilihanraya 2023 nanti.

Di Setiawangsa, pergolakan dan rasa tidak puas hati mula memuncak sejak semalam berikutan Ahmad Fauzi Zahari yang baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen telah digugurkan dan digantikan dengan Zulhasnan Rafique yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebelumnya.

Keadaan ini menjadikan ramai penyokong UMNO tidak faham dengan sifir politik Najib yang menggantikan calon muda dengan calon yang lebih tua, malah merupakan calon kitar semula.

Apakah Najib tidak mahu sokongan pengundi muda dan di mana janjinya untuk memberi lebih peluang kepada orang muda, kata seorang ahli UMNO Setiawangsa.

Lagi pun, bukankah Najib juga yang menggugurkan Zulhasnan pada pilihanraya 2013 lalu, kenapa kali ini dipilih semula, kata seorang lagi pemimpin UMNO cawangan di Setiawangsa.

Selain merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan kini adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Di Bandar Tun Razak, pemilihan Adnan Seman sebagai calon turut menimbulkan rasa tidak puas hati pucuk pimpinan UMNO bahagian kerana beliau dilihat tidak memegang jawatan kanan dalam parti di peringkat bahagian, sebaliknya hanya mengetuai sebuah cawangan saja.

Ada yang mempersoalkan, jika pun UMNO tidak mahu memilih Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar sebagai calon berikutan isu penangkapannya di sebuah kelab malam baru-baru ini, bagaimana dengan pemegang jawatan parti yang lain?

Adakah semua pemegang jawatan utama sedia ada dalam UMNO tidak layak untuk dipilih sebagai calon, tanya mereka.

Dengan ini, tidak mustahil Adnan berhadapan dengan kesukaran dalam gerak kerja kempennya kerana sokongan dan kerjasama mereka terhadapnya mungkin tidak seratus-peratus sebagaimana mereka sudah bekerjasama dengan Rizalman sejak lebih empat tahun yang lalu.

Lebih dari itu, ada juga yang mempertikan pemilihan Adnan kerana beliau didakwa pernah menyarankan agar Najib berundur sebagai Perdana Menteri dalam sebuah program televisyen tidak lama sebelum ini berikutan skandal 1MDB yang dihadapinya.

Di negeri-negeri lain juga pergolakan yang hampir sama turut berlaku. Di Negeri Sembilan, ada wakil rakyat sedia ada membayangkan akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan jika namanya digugurka sebagai calon.

Ini kerana beliau dikatakan tidak puas hati dengan cara pucuk pimpinan UMNO memaklumkan kepadanya bahawa namanya digugurkan kerana "ratingnya"  dilaporkan menurun di kalangan pengundi.

Wakil rakyat itu dikatakan berhujah dengan mempertikaikan siapa yang menyediakan laporan tersebut, sambil mempersoalkan adakah "rating"  pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, termasuk Najib, kian meningkat di hati pengundi?

Di Kedah, juga berlaku rasa tidak puas hati berikutan seorang wakil rakyat yang dikaitkan ada mempunyai hutang dan sedang membayar bulanan yang tinggi kepada sebuah bank tetapi dipilih untuk bertanding semula dalam piliharaya kali ini.

Kami jadi tak faham bagaimana UMNO kali ini memilih calon-calonnya, kata seorang pemimpin pemuda di negeri itu.

Adalah dijangka, lebih banyak bahagian dan negeri akan berdepan dengan pergolakan yang sama di hari-hari seterusnya nanti. 

Semua ini, bagaimanapun adalah berita baik dan suatu kelebihan kepada Pakatan Harapan untuk lebih mudah menumbangkan Najib, UMNO dan BN bersama gelombang perubahan yang kian membuak-buak di seluruh negara. (ShahbudinHusin 22/04/2018)

Sumber: 
Shahbudin dot com: UMNO SUDAH MULA BERGOLAK....

Rafizi: Kami mungkin kurang ajar, tapi tak curi duit rakyat


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membidas Datin Seri Rosmah Mansor yang baru-baru ini menyifatkan Nurul Izzah Anwar tidak menghormati orang tua.

katanya, walaupun ahli politik muda boleh menjadi kurang ajar seperti yang didakwanya, mereka tidak pernah mencuri wang rakyat.

"Kami (mungkin) kasar atau kurang ajar, tapi kami tak pernah curi duit rakyat.

"Orang yang curi duit rakyat sampai beratus juga untuk buat filem lucah di Hollywood bukan anak Ramli, tetapi anak Rosmah," dakwanya ketika berceramah di Bagan Datok malam tadi.

Beliau merujuk dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mengatakan anak Rosmah, Riza Aziz dan syarikatnya Red Granite menerima wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB untuk mendanai penerbitan filem syarikat itu, termasuk "The Wolf of Wall Street", ekoran babak dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai.

Bulan lalu, Red Granite mencapai penyelesaian dengan DOJ namun ia tidak termasuk pengakuan bersalah. Riza masih dikaitkan dengan beberapa aset yang ingin dirampas jabatan itu.

Pada 20 April lalu, Rosmah berkata beliau tersinggung dengan Nurul Izzah yang menurutnya tidak memanggil beliau dengan panggilan 'datin seri', aunty atau mak cik.

Nurul Izzah telah memohon maaf jika telah membuat Rosmah berkecil hati dengan perkara itu.

Dalam acara sama, Rosmah turut menyerang Rafizi yang menurutnya berbohong dalam isu cincin berlian yang dikaitkan dengan dirinya.

Rafizi yang juga penyandang Parlimen Pandan bagaimanapun mempersoalkan isteri Datuk Seri Najib Razak itu yang hanya menyentuh soal cincin itu walaupun turut dikaitkan dengan isu barang kemas lain.

Antaranya adalah dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan membayar RM13 juta untuk membeli 19 bentuk barang kemas kepadanya pada 2008 dan 2009.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Rosmah masih membisu berhubung dakwaan berlian merah jambu yang disebut DOJ.

"Dia buat bising pasal satu cincin, tetapi tak jawab tentang berlian warna merah jambu," katanya.

DOJ mendakwa berlian bernilai AS$27.3 juta itu dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, sebagai hadiah kepada isteri individu yang hanya dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' dalam saman sivilnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui bahawa MO1 adalah Datuk Seri Najib Razak.
-malaysiakini

Sumber: 

DAP HAPUS MCA: KALAH TERUK PRU 14?


Sumber: 

TSUNAMI PH DI JOHOR ‘REAL’ – PENGANALISIS



Sumber: 

Hak Melayu dihapuskan apabila Pakatan Harapan bentuk kerajaan?






Aparat propaganda Barisan Nasional memang suka bermain dengan hati dan perasaan orang Melayu. Mudah bagi mereka, kerana kita orang Melayu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melibatkan soal hati.
Tapi hakikatnya, propaganda dan penipuan United Malays National Organisation ini bukannya susah untuk dipatahkan. Contohnya propaganda dangkal kononnya hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
Mari kami berikan fakta-fakta sebenar tentang dakwaan tak sekolah ini.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, ada beberapa peruntukan berkenaan kedudukan masyarakat Melayu yang selalunya disebut sebagai ‘hak istimewa orang Melayu’.
Antaranya adalah:
1) Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 153)
2) Bahasa Melayu (Perkara 152)
3) Majlis Raja-raja (Perkara 38)
Di dalam Perlembagaan juga turut termaktub bahawa peruntukan berkenaan dengan orang Melayu ini tidak boleh dipinda ataupun dimansuhkan tanpa:
1) Sokongan dua pertiga ahli dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
DAN
2) Persetujuan Majlis Raja-raja.
Maknanya, adalah mustahil untuk memansuh, membatal, memindah, mengubah, atau membuat sebarang perubahan terhadap peruntukan berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu yang wujud di dalam Perlembagaan.
Kalaupun ada sokongan dua-pertiga ahli Parlimen, Majlis Raja-raja sudah tentu tidak akan setuju!
Bukan itu sahaja, cuba kita fikirkan; mana ada kerajaan ingin jadi kerajaan untuk satu penggal sahaja? Kalau ada kerajaan yang cuba mansuhkan hak Melayu, ingat orang Melayu mahu sokong mereka lagi? Takkan lah Pakatan Harapan bodoh sampai tahap itu?
Justeru, janganlah mudah termakan dengan penipuan yang berlegar di luar sana. Perlembagaan kita memberi perlindungan yang cukup kuat dalam hal-hal begini.

Sumber: 

‘Saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam’ – Wardina






Setelah menyatakan dengan berani tidak menyokong Barisan Nasional, personaliti popular Wardina Safiyyah sekali lagi berkongsi pendapatnya di media sosial.
Kali ini beliau meluahkan rasa meluatnya terhadap usaha-usaha menjadi DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.
“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.
“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya di laman Facebook.
Pelakon yang menempah nama melalui sitkom Spanar Jaya itu memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia, tentang bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.
Di Australia – Muslim digelar babi
Di Malaysia – DAP atau Cina dianggap babi
(btw kesian babi)
Di Australia – Muslim mahu menguasai negara
Di Malaysia – DAP mahu mengambil alih negara
Di Australia – Muslim mahu undang-undang syariah dan tidak menghormati Kristian
Di Malaysia – DAP tidak mahu Islam. Orang Kristian tidak hormati agama Islam bla, bla, bla
Di Australia – Muslim adalah jahat, dahagakan darah, ganas, penipu, pengamal taqiyya, mereka tidak boleh dipercayai.
Di Malaysia, DAP penipu, tidak boleh dipercayai, ada agenda tersembunyi.
Di Australia – mengapa kami perlu memberi layanan istimewa kepada Muslim? Mengapa mereka memaksa kita mengikut cara mereka? (Bagi pakai tudung, bagi bilik solat, bagi makanan halal. Uish, dia antihalal, katanya duit halal bagi pada pengganas).
Di Malaysia – Kenapa kita terhina di bumi sendiri – jangan bagi muka kepada mereka. Mereka patut ikut kita bukan sebaliknya.
“Aduhai. Bila saya tengok…sama. Sama kan? Sakit nya hati bila membaca berbagai berita dan hinaan terhadap orang Islam. Sedih. Susahnya menjadi minoriti. Jadi kepada kita yang menjadi majoriti adalah amanah kita menjaga minoriti kerana itulah Islam.
“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam,” jelasnya.
“Saya tidak percaya mereka jahat sepertimana saya agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?” ujar beliau.

Sumber: 

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak
Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak. Kelihatan Umno Bandar Tun Razak berhadapan masalah memilih calon-calon berpotensi untuk kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

Pilihan pertama, Datuk Rizalman Mokhtar tiba-tiba ditahan dalam skandal dadah. Bagaimanapun, polis membebaskan beliau daripada pertuduhan dadah selepas mendapat laporan kimia.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak.  Manakala itu, percubaan pucuk pimpinan Umno yang lebih tinggi meletakkan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga mendapat maklum balas tidak bagus daripada bahagian parti di situ mengenai kebimbangan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Sekarang, calon berpotensi mutakhir, peguam muda Adnan Abu Seman pula dipersoalkan berhubung kenyataan beliau pada masa lalu bahawa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan.

"Kalau Datuk Seri Najib tiada keupayaan untuk urus tadbir perbezaan saya rasa beliau kena undur, saya rasa itu solution paling baik.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak

"Kalau beliau tiada keupayaan untuk urus tadbir dan bawa lebih banyak kemudaratan kepada parti, menyebabkan parti berada dalm keadaan lebih sukar.

"Mungkin sudah sampai masa kena pertimbang kedudukan dia sebagai presiden dalam parti," kata Adnan dipetik sebagai berkata pada Oktober 2016 dalam program Ruang Bicara di Bernama TV.

Beliau berkata ia perlu dilakukan melalui peralihan kuasa, sama seperti ketika Najib mengambil alih kuasa daripada Tun Abdullah Badawi.

Komen itu dibuat dua bulan selepas bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU, yang membawa kepada perpecahan dalam parti pemerintah Melayu itu.

Pengacara rancangan itu, Dahlan Maamor diberhentikan daripada stesen televisyen itu dikatakan akibat kenyataan Adnan dalam program tersebut.

Macam mana hendak jawab

Seorang pemimpin pemuda Umno Wilayah Persekutuan menimbulkan kebimbangan bahawa kenyataan Adnan tentang Najib akan digunakan semula terhadap BN pada pilihan raya umum ke-14 ini.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak

"Macam mana dia nak jawab isu ini bila orang persoal," kata pemimpin pemuda yang enggan namanya itu kepada Malaysiakini.

Apabila dihubungi, Adnan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga penamaan calon dibuat secara rasmi, tetapi berkata beliau telah menjelaskan ucapannya kepada kepimpinan parti.

"Para pemimpin sudah menerima penjelasan penuh, dan sebelum mereka memilih mereka, mereka akan mempertimbangkan perkara ini.

"Pucuk pimpinan dah dapat penjelasan penuh jadi tak jadi isu, sebelum mereka buat pemilihan pun perkara ini mesti dah diambil kira.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak. "Orang tak puas hati 5 tak nampak, di peringkat Bandar Tun Razak, kepimpinan bahagian dan di akar umbi, beri sokongan kepada saya seratus peratus, mungkin bahagian lain lah," kata Adnan. - malaysiakini

Sumber:
Addin: Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak

KENYATAAN AKHBAR: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN)

KENYATAAN AKHBAR

20 APRIL 2018

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN) dgn ini mengumumkan akan memberi sokongan penuh kepada PAKATAN HARAPAN (PH) dalam menghadapi PRU14 utk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

PAHLAWAN akan menggerakan seluruh ahli2 nya seramai 14,000 orang di seluruh negera utk membantu calun2 PH dan akan meyakin kan seluruh veteran tentera seramai 500,000 orang yang telah di nafikan HAK mereka.

Pendirian PAHLAWAN bukan lah di lakukan dalam keadaan tegesa2 tanpa mengambil kira seluruh faktor.

Selama dua tahun PAHLAWAN telah menyampai kan kepada pihak pemerintah yg di terajui oleh BN supaya mendengar rintihan veteran dengan menghantar memorandum Tuntutan 5 Perkara (T5P) kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, selaku pemerintah tertinggi ATM, dan Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali. Malah memorandum T5P yang sama juga telah di persembah kan kepada sembilan ke bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, selaku Colonel in Chief Kor2 dalam ATM. Tidak terkecuali, memorandum T5P yg sama telah di serah kan YB Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Tapi sehingga saat ini. Tiada sebarang respond dari pihak kerajaan kepada veteran yg mengharap rintihan mereka di dengari.

Malahan sepanjang dua tahun lepas pintu perbincangan di buka luas oleh PAHLAWAN kepada pihak kerajaan. Tapi sangat menghampakan.

Dalam PRU14, PAHLAWAN memilih PH menjadi rakan strategik utk memastikan T5P akan di laksanakan apabila PH mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Dengan jumlah veteran mencecah 500,000. Veteran berpencen dan tidak berpencen. Termasuk Veteran Anggota kerahan PSTD. PSTL dan PSTU. PAHLAWAN akan mengerah seluruh tenaga yang ada untuk memastikan PH berjaya memenangi PRU kali ini.

TUNTUTAN 5 PERKARA (T5P) PAHLAWAN

Apa itu Tuntutan 5 Perkara (T5P):

Tuntutan 5 Perkara (T5P) oleh seketeriat PAHLAWAN adalah : menuntut kenaikan pencen Veteran Tentera (VT) sesuai dengan pelarasan gaji baru anggota ATM (bermula 01 July 2016) yg sedang berkhidmat Dan mengkaji semula kebajikan Veteran Tentera (VT) yg berhenti awal dan VTHU (Veteran Tentera Hilang Upaya)

1. Menuntut kenaikan pencen Veteran Tentera (VT) bersandarkan GAJI SEMASA anggota tentera. Pelarasan pencen utk Veteran Tentera (VT) yg bersara sebelum 01/01/2013

2. BANTUAN SARA HIDUP (BSH) tahunan sebanyak RM6,000 setiap tahun kpd setiap Veteran Tentera (VT):

2.1 Tentera Darat yang berhenti 10th 13th 15th 18th

2.2. TUDM (sama para 1

2.3. TLDM (sama para 1)

2.4 Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP)

2.5. PSTD Rasscom

2.6.PSTD pulau bidong

2.7.PSTD lebuh raya timur barat

2.8. PSTD kerahan

2.9. PSTD badan kesenian tentera darat (BKTD)

2.10. PSTD kerahan kpa

2.11. PSTL kerahan

2.12. PSTU kerahan

3. Hak mewariskan pencen kpd isteri yg di nikahi selepas perkhidmatan, utk sepanjang hayat balu. Bukan seperti yg di amalkan skg yg menghadkan bayaran pencen waris hanya berlaku selama 20 tahun dari tarikh Veteran Tentera (VT) mulai pencen

4. Menuntut kerajaan memenuhi janji tentang pemberian tanah & lot tapak rumah kpd Veteran Tentera (VT) sebagaimana termaktub dlm Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 (PMAT 73)

5. Menuntut Kenaikan Pencen seperti Perkara 1. Pencen Hilang Upaya (PHU) sebanyak RM1,500 / sebulan / sepanjang hayat dan one-off ex-gratia RM300,000 untuk semua Veteran Tentera Perang Hilang Upaya (VTHU Perang) tanpa mengira tahun akhir perkhidmatan.

DARI MANA KAH DANA YG DI PERLUKAN UTK MELAKSANAKAN T5P

mengapa dan kenapa pahlawan buat tuntutan selaraskan pencen dan tidak melibatkan bajet kerajaan

jangan samakan kwsp dgn ltat.

kwap yg bertanggongjawab

hal2 kewangan pesara tentera.

duit veteran tersimpan skrg lebih kurang RM85,000,000,000 billion × 25% keutungan simpanan yg bank bagi

=21,250,000,000 billion jumlah keuntugan setahun

Duit veteran tersimpan skrg lebih kurang RM85,000,000,000 billion

×25% keutungan pelaburan yg bank bagi

=21,250,000,000 billion jumlah keuntungan setahun

Persara veteran 160,000

Pencen veteran baru × 3,500 sebulan

Jumlah sebulan =560,000,000

Jumlah bayaran sebulan rm560,000,000 juta

Bayaran satu tahun × 12 bulan

Jumlah byran setahun =RM6,720,000,000

Seramai 160 ribu orang di bayar baru 6.720b jadi setiap tahun keuntungan duit simpanan kita selalu untuk.... kerajaan tak perlu keluar duit untuk jaga kebajikan veteran atm dengan duit persara saja veteran atm bolih menjaga semua veteran atm yg tidak berpencen pun.... adakah anda faham semua ini.... jika anda tidak faham saya bolih bagi percerahan.....

Veteran yg tak pencen 350,000 ribu org

Setahun bayaran BSH × RM6,000 / seorang

Jumlah byran setahun =RM2,100,000,000

Semuanya sy ambil angka yg besar... bertujuan bertanpa banyaknya duit kita

Bayaran pencen RM6,720,000,000 (RM6.72B)

Byr sara hidup + RM2,100,000,000 (RM2.1B)

Jumlah byr 1 thn = RM8,820,000,000 (RM8.82B)

Keuntugan perlaburan Rm21,250,000,000 (RM21.25B) setahun

Byr pencen& xpencen -Rm 8,820,000,000b

Simpanan LTAT(KWAP)= Rm12,430,000,000b setahun..

Nak bagi pecerahan kepada mereka2 yg tidak tahu macam mana kita ada duit yg dgn kadar rengkasnya supaya mereka faham... kebajikan kita tak perlu kerajaan jaga seumur hidup kita... yg jaga kita adalah duit kita sendiri yg tersimpan.... orang2 lama yg sudah meninggal dunia dia orang tidak ambil duit tersebut

Tuan Haji Asri bin Buang
Presiden PAHLAWAN MALAYSIA
Merchant Square Damansara
Jalan Tropicana 1, Damansara
Selangor Datuk Hasan
20 APRIL 2018

Sumber:
KERENGGA: KENYATAAN AKHBAR: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN)

Nabi tidak terima bantuan dari non Muslim yang memusuhi Nabi dan perjuangannya.

Woit? Siapa bilang tidak boleh terima bantuan atau wang dari orang kafir? Apa yang ko merepek ni Lebai??

Yang jadi persoalannya ialah, ko terima wang dari Umno untuk apa? Untuk menguatkan parti dan jemaah ?? Hahahaha!  Ko kata sejak dulu lagi yang parti ko tu dah kuat sebab tu tak mahu bersama dengan Pakatan Harapan walaupun telah dipelawa...

 Rupa-rupanya ko mahu parti dan Jemaah ko bertambah kuat dengan mendapat dedak dari Umno!! 

Ko cakap ko lebih kuat jika bersendirian... Ko boleh letak berapa banyak calon yang ko mahu hinggakan Abdul Kadir Sheikh Fadzir pun tak ada peluang nak menyelit lalu lintang pukang berambus pergi membawa diri kerana merajuk!

Orang persoalkan ko ambik duit Umno.... tapi bagaimana umno boleh bagi ko duit? Bukankah ko bilang nak lawan Umno? Mustahil Umno bagi duit upah untuk ko lawan dia!

 Biar betul lidah ko tu tidak bercabang...  Dan takkanlah ko pula nak lawan Umno yang bagi ko duit?

Jika ko lawan Umno, itu namanya ko adalah anjing yang tersepit!

Tapi ko bukanlah seperti anjing yang seperti tersepit! Ko adalah macam anjing suruhan! 

 Ko menyalak gila-gila siang malam, pagi petang ... tapi ko bukan menyalak kepada Umno! Umno hanya tukang gosok-gosok kapala botak ko itu, campak seketul dua tulang untuk kalangan pimpinan parti ko berebut-rebut...

Ko tidak pernah menyalak kat Umno sejak dapat duit Umno! Ko menyalak hanya kepada DAP... menyalak kepada AMANAH.... menyalak kepada PKR...

Duit yang ko ambil dari Umno tu memang tidak dapat dinafikan telah menjadikan parti dan jemaah ko kuat menyalak dan menggonggong! Lebih banyak dedak lebih lagi ranggi dan kuat ko menyalak!!

Meh aku cerita sikit tentang seerah Nabi yang mungkin ko dah lupa... sejak awal-awal lagi Nabi telah terima bantuan orang bukan Islam...
1) Kaum muslimin di perintahkan Nabi Muhammad SAW berangkat ke negeri Habshah berdasarkan atas pengetahuannya sendiri bahwa al-Najasyi orang berkuasa di negeri tersebut adalah orang yang adil lagi bijaksana dan orang.

Mereka mendapat sambutan yang baik dari raja Najasyi. Dia membenarkan umat muslim untuk beribadah dengan sebaik-baiknya.

2) Rasulullah telah di bantu oleh seorang Badwi dari Banu Du’il, Abdullah bin ‘Uraiqith, sebagai penunjuk jalan sewaktuberhijrah ke Madinah.

 3) Setelah menetap di Madinah, penduduknya terdiri dari tiga golongan, yaitu umat Islam, umat Yahudi (Bani Qainuqa, Bani Nazir dan Bani Quraizah) dan orang-orang Arab yang belum masuk Islam.

 Rasulullah telah menggubal Piagam Piagam Madinah mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

 Piagam ini juga merupakan Perjanjian Bantu-Membantu antara Umat Islam dan Umat Non-Islam; dimana bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah serta membayar cukai.

 Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam. 9 Piagam Madinah itu terdiri antara lain:

 1. Setiap golongan dari ketiga golongan penduduk Madinah memiliki hak pribadi, keagamaan dan politik. Sehubungan dengan itu setiap golongan penduduk Madinah berhak menjatuhkan hukuman kepada orang yang membuat kerusakan dan memberi keamanan kepada orang yang mematuhi peraturan.

 2. Setiap individu penduduk Madinah mendapat jaminan kebebasan beragama.

3. Seluruh penduduk kota Madinah yang terdiri dari kaum Muslimin, kaum Yahudi dan orang-orang Arab yang belum masuk Islam sesama mereka hendaknya saling membantu dalam bidang moril dan materiil. Apabila Madinah diserang musuh, maka seluruh penduduk Madinah harus bantu-membantu dalam mempertahankan kota Madinah.

4. Rasulullah SAW adalah pemimpin seluruh penduduk Madinah. Segala perkara dan perselisihan besar yang terjadi di Madinah harus diajukan kepada Rasulullah SAW untuk diadili sebagaimana mestinya.

 Masyarakat Islam Pulau Pinang boleh saja mengecap pelbagai nikmat bantuan dari kerajaan Pulau Pinang yang bukan Islam pun...Bantuan pun diberi dan diterima secara terang-terangan tanpa sembunyi atau berselindung.

  Semasa Pas bersama Pakatan Rakyat dulu, Pas juga ada terima wang RM100k dari ahli perniagaan dan dermawan terkenal, Koon Yew Yin. Ketika yang sama,  DAP dan PKR juga dapat jumlah yang sama ketika mahu berdepan PRU13 dulu. Tapi itu semua diserahkan terang-terangan, dihadapan khalayak ramai...

Beza dengan ko Lebai, Ko terima bantuan/wang Umno secara diam-diam dalam gelap ... Macam-macam pembohongan dan alasan tetapi akhirnya terpaksa juga ko akui!!

 Nabi tidak pernah larang terima bantuan bukan Islam, malah sangat-sangat mengalu-alukannya. Tetapi bukan dari mereka yang memusuhi Nabi dan perjuangannya.

Sumber:
al- Husseyn: Nabi tidak terima bantuan dari non Muslim yang memusuhi Nabi dan perjuangannya.

BN Kelantan pamer keyakinan untuk tawan Kelantan

ULASAN

Mustapa Mohamed bersemangat mengemukakan
manifesto partinya. Foto: Fathil Asri BH.
UBN Kelantan tampaknya ke depan berbanding dengan Pas dan Pakatan Harapan (PH) apabila mencuri peluang awal untuk membentangkan tawaran dan janji (manifesto) untuk rakyat Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Pedaluan BN mengemukakan manifestonya bagi dinilai oleh rakyat menunjukkan BN tidak sabar-sabar untuk menawan Kelantan.


Pengerusi BN Kelantan Mustapa Mohamed telah membentangkan manifesto BN bertemakan "Bersama Demi Kelantan" pada malam Khamis lalu bertempat di Pusat Tranformasi Luar Bandar UTC Tunjung di hadapan puluhan ribu rakyat Kelantan.

Kehadiran ramai rakyat Kelantan yang memberi tempukan gemuruh apabila setiap tawaran dan janji "menjijak angin" mereka menggambarkan BN seolah-olah akan merampas Kota Darulnaim untuk melakukan perubahan dan transformasi di Kelantan setelah berada 28 tahun ditangan Pas.

Sebanyak 60 tawaran dengan lapan (8) teras janji utama yang akan dilaksanakan segera terkandung dalam manifesto berkenaan. Janji dan tawaran itu dibuat berteraskan kepada Kelantan "Daulah Mardatillah".

Ertinya janji itu berasaskan keredahaan Allah yang didambakkan rakyat selama ini.

Dari pelbagai tawaran yang dibuat itu 10 tawaran berikut antara yang menarik dan dijangka mendapat perhatian rakyat Kelantan.

1. Menubuhkan universiti al-Quran di Pasir Puteh.
2. Mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah tahfiz model Ulul-Albab.
3. Memperkasakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mempertingkatkan kebajikan guru-guru YIK.
4. Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan khususnya untuk golongan belia.
5. Menghapuskan cukai tanah pertanian bagi pemilik tanah dua ekar ke bawah.
6. Mengkaji semula perjanjian Ladang Rakyat bagi membolehkan sebahagian tanah kembali kepada rakyat.
7. Membina 20,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR di seluruh negeri.
8. Memberi geran tahunan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan persatuan-persatuan bola sepak daerah.
9. Membina stadium dan kompleks sukan negeri di Machang.
10. Membina sebuah hospital khusus bagi wanita dan kanak-kanak untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan mereka.

Sementara 8 janji teras yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah BN menguasai Kelantan:

1. Menurunkan kadar premium dan cukai tanah.
2. Menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.
3. Mewujudkan jawatankuasa Hisbah untuk memantau tadbir urus dan mengenal pasti penambahbaikan untuk dilaksanakan.
4. Memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, menghapuskan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai PBT lain.
5. Menghapuskan kutipan cukai kepala bakul.
6. Memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil.
7. Mengkaji semula kadar bayaran parking bermeter.
8. Mewujudkan taskforce bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.


Sebahagian puluhan ribuan hadir
dipeluncuran manifesto UBN.
Secara umumnya manifesto itu mengulangi apa yang pernah dikandungkan dalam manifesto UBN dalam pilihan raya lalu. Bagai mana pun ada beberapa tawaran dan akui janji yang signifikan dalam pilihan raya kali ini menampakkan kesungguhan UBN dibawah pimpinan Mustapa untuk rakyat Kelantan.

Antara ialah mewujudkan universiti Al Quran disamping memperbaiki lagi sistem pengajian Islam terutamanya di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang pada masa ini mengalami beberapa kelemahan khasnya dari segi prasarananya dan kebajikan kepada kakitangannya.

Penubuhan universiti al Quran adalah suatu institusi yang sudah lama didambakan oleh rakyat tetapi ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Pas disebabkan kekurangan kewangan dan kelemahan pengurusan, tidak secara profesional. Dengan adanya universiti itu nanti ia akan menjadikan Kelantan sebagai pintu atau lembah pengajian Islam di rantau ini bersesuaian dengan julukan Kelantan sebagai negeri serambi Makkah atau negeri di bawah tadahan wayhu.

Beberapa tawaran dibuat UBN pula seolah-olah mengambil tanggungjawab kerajaan Pas yang tidak dilaksanakan walaupun ia dijanjikan kepada rakyat. Tawaran itu dilihat sebagai menempelak kerajaan peninggalan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Misalnya perwujudan jawatankuasa Hisbah ia telah dijanjikan Pas dalam manifestonya pada pilihan raya 1990 lagi namun sampai sekarang tidak dilaksanakan oleh Pas. Kegagalan mewujudkan jawatankuasa itulah menyebabkan banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh kalangan politik di Kelantan seperti mana dibangkit dan didedahkan Husam Musa.

Penubuhan jawatankuasa itu oleh UBN nanti tentu dialu-alukan kerana ia bakal mewujudkan sebuah kerajaan baru yang berintegriti dan membenteraskan perbuatan rasuah dan penyelewengan. Dengan ada jawatankuasa seperti itu tanpa mengira komponen mana memerintah ia dapat membendung masalah yang berlaku kini. Pengabaian Pas terhadap cadangan yang baik itu satu kesilapan besar.

Satu lagi tawaran yang menempelakkan kerajaan Pas ialah untuk mewujudkan sebuah kompleks sukan (stadium) di Machang.  Kerajaan Pas jelas sekali tidak mampu untuk mengadakan kemudahan ini walaupun tapak sebuah stadium baru sudah dikenal pasti di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Mengenai hal ini sekali lagi Pas Kelantan silap kerana memecat Husam Musa orang yang memberi ilham untuk pembangunan ini.

Mungkin kalau kerajaan Pas memberi kepercayaan kepada Husam terus mengendalikan projek ini ia sudah bermula kalaupun tidak siap.

Satu lagi janji yang dibuat UBN yang menunjukkan keazaman bagi membentuk kehidupan yang harmoni, mewujudkan taskforce untuk membenteraskan gejala dadah. Masalah dadah, penagihan dan pengedaran dadah di Kelantan yang mengakibatkan berlaku jenayah, rompakan, kecurian hatta bunuh membunuh adalah disebabkan berleluasanya gejela dadah.

Adalah tepat kalau UBN mewujudkan pasukan khas itu untuk mengatasi masalah ini. Janji ini memperlihatkan UBN dibawah Mustapa sangat peduli kepada masalah ini.

Janji-janji lain yang tidak kurang menarik dan memberi kesan kepada rakyat seperti menurunkan kadar bayaran parking, premium tanah dan sebagainya. Bagaimana pun tawaran untuk menghapuskan cukai tanah pertanian yang seluas dua ekar ke bawah adalah satu tawaran langsung untuk meringankan beban rakyat.

Secara umumnya semua tawaran dan janji dikemukakan UBN sempurna dan lengkap, cuma satu sahaja tertinggal, tiada tawaran retorik untuk melaksanakan Hudud di Kelantan seperti mana dibuat oleh Pas yang sampai sekarang tidak dilaksanakan. Mungkin UBN menyedari kengkangan untuk melaksanakan Hudud dari kerangka Pas itu tidak masuk akal, maka ia tidak membuat tawaran itu.

UBN telah pun mengemukakan tawaran dan janji mereka untuk dinilai oleh rakyat Kelantan. Kini kita menunggu apakah pula tawaran yang akan dibuat oleh PH dan Pas. Khabarnya PH akan mengemukakan manifesto sulungnya, (kerana pertama kali bertanding) pada 26 April, manakala Pas pula sehari sebelum itu.

Selepas ini kita bandingkan pula di antara manifesto kedua-dua komponen itu mana yang lebih realistik dan mana yang mengulang janji-janji lama yang tidak terbuat.

Manifesto hanya janji dan sinopsis perancangan oleh parti-parti politik sekiranya mereka menjadi kerajaan. Dari manifesto ini dapat dinilai sejauh manakah wawasan mereka dan juga kepedulian mereka bagi memenuhui aspirasi rakyat. Dari manifesto itu nanti akan direnungi kemudian akan dibuat pilihan. [wm.kl.7:12 am 22/04/18]  

Sumber:
.: BN Kelantan pamer keyakinan untuk tawan Kelantan

Tiada ulasan: