Rabu, 25 April 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak membenarkan hanya gambar presiden dan timbalan presiden parti. 7370.



ALIH TIANG GOL


LAGI

ALIH TIANG GOL

MACAM MACAM

UNDANG2 BARU

SEMUA DIBUAT

UNTUK 

MENANGKAN

NAJIB


Jangan sedih tindakan SPR, lawan dengan bijak


Tindakan SPR meletakkan syarat baru, termasuk menghalang penggunaan gambar Pengerusi Pakatan Harapan,  Dr Mahathir Mohamad adalah tindakan untuk menekan PH.
Ia perlu dilawan dengan pemikiran di luar kotak bukan dengan bersedih, kecewa dan mengalah dengan tekanan ini, kata penulis Biro Undang-undang AMANAH, Kanun. 
JELAS TERANG

SPR ALAT NAJIB

JELAS TERANG

PRU14

PAKATAN MENANG

KECUALI DITIPU

ref: 


‘SPR terdesak larang gambar Anwar dan Tun M’

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak berat sebelah apabila membenarkan hanya gambar presiden dan timbalan presiden parti digunakan dalam kempen pilihan raya umum ke-14.
Presiden Pakatan Harapan merangkap calon timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pengumuman terbaru SPR itu melangkaui tugas-tugas mereka dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ia juga sebenarnya adalah satu cara untuk melarang penggunaan gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamed, katanya.
“Ini adalah tindakan terdesak mengharamkan penggunaan gambar Ketua Umum Pakatan Harapan saudara Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai bahan kempen PRU-14.
“Jelas sekali SPR bertindak melangkaui tiga tugas dan tanggungjawab utama sepertimana yang termaktub perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjalankan pilihan raya, menyediakan dan menyemak daftar pemilih serta menjalankan kajian semula bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri-negeri.
“SPR harus memastikan pilihan raya umum ke-14 ini berjalan secara bebas, bersih dan adil, bukannya menetapkan syarat-syarat yang berat sebelah dan tidak masuk akal,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas peraturan tambahan SPR yang dikeluarkan pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang dikeluarkan semalam.
Larangan menyiarkan gambar selain daripada calon dan dua pemimpin tertinggi parti yang bertading itu dibuat atas alasan untuk “mengekalkan keamanan dan tidak mengelirukan pengundi”.
‘SPR terdesak larang gambar Anwar dan Tun M’ | KeadilanDaily.com

Rakyat perlu faham kenapa SPR haramkan gambar Dr Mahathir. 


ULAS PETANG

SPR telah membuat syarat tambahan mengenai bahan kempen pilihan raya umum kali ini di mana menghadkan kepada gambar presiden parti, timbalan dan mereka setaraf dengannya sahaja boleh diguna pakai sebagai bahan kempen.

Gambar selain daripada itu diharamkan.

Syarat tambahan ini bukan sahaja pelik tetapi ia suatu syarat gila bercanggah dengan naluri demokrasi dan juga hak bersuara dibenarkan perlembagaan. Jika diselami ia dibuat bukan untuk menambah baikkan demokrasi dan juga SPR tetapi mengotorkan demokrasi.

Ia dibuat dengan motif yang jelas untuk menghalang gambar Dr Mahathir diguna sebagai modal kempen PH. Sekali lagi syarat tambahan itu menunjukkan SPR memainkan peranan pentingnya untuk membantu BN yang kini semakin terdesak.

Tidak sia-sia Najib Razak menunjukkan bekas pegawainya semasa di kementerian belia dan sukan dahulu Hashim Abdullah sebagai pengerusi SPR kerana Hashim tergamak melakukan apa yang tidak pernah dilakukan bekas-bekas pengerusi SPR sebelum ini demi membantu mempertahankan kuasa Najib.

Seperti mana kata Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail, syarat gila diperkenakan Hashim itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Dengan adanya syarat tambahan gila itu bermakna gambar Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH, sebuah gabungan tidak rasmi kerana tidak diluluskan pendaftaran oleh RoS tidak boleh digunakan.

Kurang jelas kepada kita sekiranya gambar Dr Mahathir ada digunakan untuk bahan kempen, apakah tindakan selanjut oleh SPR?

Apakah pihak menggunakan gambar Dr Mahathir itu boleh diambil tindakan sampai dipenjara atau pun penyertaan mereka menggunakannya dalam pilihan raya penyertaaanya boleh diharamkan. Tidak mustahil demi mempertahankan Najib SPR sedia melakukannya. 

Mengenang tindakan SPR yang menghalang gambar Dr Mahathir daripada digunakan, ia sia-sia sahaja. Gambar Dr Mahathir tidak perlu disekat dan ditahan lagi kerana gambarnya kini sudah bertebaran di mana-mana sahaja. Bahkan secara psikolgis apabila orang melihat gambar Najib, orang akan terbayang gambar Dr Mahathir.

Dalam era IT kini, gambar Dr Mahthir akan ditemui dimana-mana sahaja. Kita bukan sahaja apa-apa aplikasi media dalam telefon gambar Dr Mahathir akan tersembur keluar. Jadi tindakan SPR itu bukan sahaja tidak berjaya tetapi dalam masa sama menunjukkan dangkalnya peraturan tambahan diperkenakan itu.[sitiawan.prk.7:17 pm 25/04/17]

ref:
.: Rakyat perlu faham kenapa SPR haramkan gambar Dr Mahathir

Tiada ulasan: