Khamis, 10 Mei 2018

Apakah najib dilebel sebagai penjenayah atau negarawan? Rule of Law. 7535.

Apakah Najib wajar dilebel sebagai penjenayah atau negarawan? 
Rule of law sebagai jawabannya dan bukannya sistem pecah perintah, perkauman dan 
politik dendam kesumat yang menjadi amalan umno bn. 

Nota sebelum Rakyat Malaysia menyingkirkan Najib sebagai PM dan menyingkirkan umno barisan nasional dari tampuk kuasa dan menjadi hulubalang pembangkang yang baru. Rakyat muak dengan hal salah menjadi betul dan hal betul menjadi salah: 

Walaupun kemarahan rakyat kepada Perdana Menteri, kini boleh dikatakan sampai ke tahap maksimum sehingga ramai yang sudah tidak sabar melihat kejatuhannya. 

Namun sebagai Muslim, kita perlu bertanya, adakah usaha menukar Najib merupakan jalan benar yang dapat menyelamatkan Malaysia dari musibah? 

Sebagai Muslim, kita mesti berfikir lebih jauh dan dengan cara yang syar’ie, kerana persoalan pemerintahan bukanlah suatu hal yang remeh. Setiap Muslim perlu fikir bahawa jika Najib berjaya disingkirkan, apakah orang yang bakal menggantikannya itu merupakan seorang yang berkelayakan, dari segi hukum syarak, untuk memimpin Malaysia dan mampu mengeluarkan Malaysia dari sebarang masalah? 

Adakah dengan turunnya Najib dan naiknya orang lain seperti Tun Mahathir, akan dapat menyelamatkan Malaysia? Kesimpulannya, adakah jalan untuk menyelamatkan Malaysia hanya seringkas menyingkirkan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan yang baru? Adakah itu sahaja pertimbangannya?                                                                                 
Setiap Muslim seharusnya mengetahui, bukan sahaja jalan yang benar untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi dari manakah ia perlu bermula. 

Jika inginkan perubahan, maka hendaklah tahu ‘apa’ yang ingin diubah dan ‘kenapa’ perlu diubah, barulah kemudian menjawab persoalan ‘bagaimana’ perlu mengubahnya. Kegagalan menjawab kesemua persoalan ini dengan benar (berdasarkan hukum syarak), akan menyebabkan kita semua terus berada dalam kitaran musibah yang tidak berkesudahan, seperti mana sekarang!

Kita telah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri hasil dari ‘desakan’ ke atas mereka untuk berundur. Beberapa tahun terakhir Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau didesak hebat oleh pembangkang dan dari dalam UMNO juga, walaupun tidak kuat, agar berundur, kerana dikatakan zalim dan banyak skandal semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar Maha Firaun. 

Mahathir lalu berundur dan diganti dengan Abdullah Badawi. Tidak lama setelah berkuasa, Pak Lah pula didesak habis-habisan dari dalam dan luar UMNO, agar berundur, kerana dikatakan ‘lembik’ dan banyak pembaziran projek mega di zamannya serta pemerintahannya dipengaruhi oleh orang lain. Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin antara tokoh berpengaruh dalam UMNO pada waktu itu yang menggerakkan usaha menyingkirkan Pak Lah.

Pak Lah akhirnya akur, lalu berundur dan menyerahkan jawatan kepada Najib, sebagai calon favourite Mahathir. Pertukaran PM kepada Najib pada awalnya amat disukai dan dialu-alukan oleh Mahathir. Namun akhirnya Mahathir terpaksa mengakui kesilapannya, sama ada dalam melantik Pak Lah atau melobi untuk pelantikan Najib. 

Hasilnya, Mahathir kini hidup dalam kekesalan yang tak terhingga atas pelantikan Najib, sehingga beliau sanggup berjuang habis-habisan untuk menjatuhkan Najib walau apa risikonya sekali pun. 

Kesimpulannya, kita telah menyaksikan bagaimana pertukaran wajah Perdana Menteri semata-mata tidak akan menjadikan Malaysia lebih baik dan tidak pernah dapat menyelamatkan Malaysia, malah ternyata Malaysia lebih buruk setiap kali berlakunya pertukaran Perdana Menteri. 

Justeru, langsung tidak ada jaminan bahawa jatuhnya Najib dan naiknya muka lain, akan dapat mengubah keadaan, kerana sistem yang ada tidak pernah berubah.

Jadi, persoalan utama di sini bukanlah persoalan untuk selamatkan Malaysia dari siapa, tetapi untuk selamatkan Malaysia dari apa? Ini kerana, siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan, jika ia menerapkan sistem sekular, maka natijahnya sama sahaja, walaupun pemimpin itu datang dari parti Islam sekalipun. Isunya di sini ialah “sistem apa”, bukannya “siapa” pelaksana sistem tersebut, yang perlu ditukar.

#DemokrasiSistemGagal
SelamatMelunaskanJanji 😁😁😁😁😁😁😁😁
UMNOBNNAKREHAT5TH 


Tiada ulasan: