Sabtu, 12 Mei 2018

Berita terkini. Sabah, Kedah dan Perak dalam pentadbiran PH. 7579.

Musa Aman lari dengan jet peribadi dan sekarang berada di Singapura.
Oleh kerana terlalu byk berita-berita panas yg masuk jadi disatukan berita dlm penulisan kali ini:

Sah DSAI akan dibebaskan dlm masa terdekat ini setelah mendapat pengampunan dari Yang Dipertuan Agong. Hanya menunggu proses dokumentasi selesai saja.

Bekas Ketua Polis Negara dan AG akan didakwa di Mahkamah.

Parti politik PBB di Sarawak akan mengeluarkan kenyataan dlm masa terdekat ini untuk keluar dari gabungan BN. Al-fatihah.

Dato Seri Shafie Apdal mengesahkan bahawa 6 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari UMNO dan UPKO sah menyertai parti WARISAN dan WARISAN akan membentuk kerajaan baru di Sabah.

Mahkamah akan membatalkan parti UMNO dan apabila sah UMNO terbubar maka semua parti yg bertanding atas tiket BN juga akan terbatal dengan sendirinya. Al- Fatihah.

Tun Mahathir kekal akan menjadi PM Malaysia yg ke 7 dan DSAI akan dilantik ke jawatan istimewa yg khas dlm masa yg belum ditetapkan.

Sayap Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor mendesak Najib Razak dan seluruh kabinetnya yg dulu (sebelum PRU ke 14) utk meletakkan semua jawatan di dlm UMNO.

Minggu depan juga Peguam Negara akan dipecat oleh Perdana Menteri Malaysia.

Musa Aman (Bekas K.M Sabah) akan didakwa di Mahkamah diatas segala bentuk rasuah dan penyelewengan yg bernilai berbilion ringgit.

Najib Razak dan Rosmah Mansor dilarang keluar negara dikhuatiri melarikan diri. Kesemua aset Najib dan Rosmah telah dibekukan setelah Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke 7 di Istana Nagara semalam.

Fuhhhh.... Kali ini betul-betul panas.
Checkmate !!!!!!!









Tiada ulasan: