Rabu, 9 Mei 2018

Bila calon pilihan diistihar menang jangan bersorak dulu. 7508.

Dengan izin Allah Subhanahuwatalla ...jadilah pengundi bijak. 

Bila calon pilihan diistihar menang jangan bersorak dulu. Teruskan berdoa supaya PH mendapat majoriti dan mohon doa Allah Subhanahuwatalla hindari PRU Malaysia ke 14 ini dari perbuatan khianat.

Aamiin Ya Allah. 

Wednesday, 9 May 2018
UNDI UNTUK PERUBAHAN, UNDI DEMI MASA DEPAN, UNDI PAKATAN HARAPAN

Hari ini adalah hari mengundi. Ia adalah hari untuk kita semua membuat pilihan tentang kerajaan masa depan.

Pilihannya juga sudah jelas - antara kleptokrasi dan pencuri atau kembali kepada demokrasi yang sejati.

Tetapi, dengan di malam terakhir pun Najib Razak masih menjanjikan habuan dan umpan iaitu cuti umum dua hari pada 14 dan 15 Mei, tiada tol selama lima hari di awal Syawal dan pengecualian cukai bagi anak-anak muda di bawah usia 26 tahun, gambarannya ialah Najib sudah diberi bayangan tentang kekalahannya.

Lantaran itu, beliau masih cuba menukar kekalahan kepada kemenangan dengan menawarkan habuan dan umpan yang realitinya hanyanya bersifat jangka pendek semata-mata.

Ia sekaligus memberi makna bahawa manifesto BN setebal lebih 200 mukasurat, 14 teras dan dan 364 insiatif yang dibentangkan pada 7 April lalu adalah tidak laku dan ditolak rakyat.

Maka, Najib terpaksa membuat manifesto baru yang hanya mengandungi tiga perkara - cuti umum dua hari, tiada tol dan pengecualian cukai pendapatan untuk anak-anak muda.

Namun, jangan sesekali kita terpedaya dengan habuan dan umpan di saat-saat akhir ini. Ialah adalah ibarat "gula-gula disaluti ganja" yang hanya menyeronokkan untuk seketika saja.

Berbeza dengan amanat terakhir Tun Mahathir Mohamad malam tadi, perinciannya cukup jelas iaitu mengenai maruah, masa depan negara dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan Najib sebelum ini.

Untuk itu, rakyat dan pengundi yang mula menunaikan tanggungjawab hari ini, tiada pilihan lain selain perlu mengundi Pakatan Harapan yang menggunakan simbol PKR. Mengundi Pakatan Harapan ialah untuk untuk perubahan dan masa depan.

Mengundi Pakatan Harapan pada hari ini adalah langkah pertama ke arah perubahan. Perubahan yang kita lakukan hari ini akan memudahkan lebih banyak perubahan lain di masa akan datang. 

Malah jika Pakatan Harapan gagal menunaikan janjinya sekali pun selepas ini,mtidak sukar lagi untuk menjatuhkannya dalam pilihanraya lima tahun akan datang dan kembali memberi kuasa semula kepada BN.

Namun, jika BN dikekalkan lagi hari ini, ia akan terus berkuasa buat selama-lamanya. Lebih dari itu, Najib dan Rosmah, mungkin dengan lebih banyak karenahnya lagi, akan terus membuatkan kita sakit hati dan menderita separuh mati.

Selain itu, dengan semua menteri-menteri yang ada dipilih semula sebagai calon pilihanraya, kemenangan BN juga tidak menjanjikan apa-apa perubahan dalam susunan anggota kabinet kerajaan.

Sanggupkah lagi kita melihat adanya lagi Nazri Aziz, Tengku Adnan Tengku Mansor, Salleh Said Keruak, Noh Omar dan yang lain-lain terus menjadi pemimpin kita?

Kepada penyokong Pas pula, sedarilah parti itu semakin dipinggirkan dan tidak akan ke mana-mana dalam pilihanraya kali ini. Memberi kepada Pas hanya mungkin mengurangkan peluang Pakatan Harapan menjadi kerajaan, manakala Pas sendiri akan lebih tersudut di penjuru tepi.

Oleh itu, demi masa depan negara ini, beralihlah dengan turut mengundi Pakatan Harapan.

Untuk tujuan memantapkan kerajaan selepas ini, Pakatan Harapan mesti diberikan undi dan sokongan yang lebih jitu, bukan sekadar sipi-sipi dengan 115 kerusi atau jumlah yang hampir-hampir dengannya.

Ingatlah, pilihanraya kali ini adalah untuk kita, untuk masa depan kita dan untuk kebaikan anak-anak serta cucu kita. Hanya dengan perubahan, generasi akan akan datang lebih terjamin, bukan dibuai dengan angan-angan, tetapi dalam masa yang sama terus dibebani hutang. (ShahbudinHusin 09/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: UNDI UNTUK PERUBAHAN, UNDI DEMI MASA DEPAN, UNDI PAKATAN HARAPAN

Tiada ulasan: