Google+ Badge

Khamis, 17 Mei 2018

Bila masing-masing menang, di sekitaran orang yang kandas. 7659

Jati diri MP dan ADUN yang di puak menang. 

Benarkah? Bila masing-masing berprasangka, maka akan timbul rasa tidak puas hati. Puncanya sebab berlainan parti, walau pun semasa PRU Malaysia ke 14 menggunakan satu bendera dan senama PKR. 

Bila menang ada yang lupa semua dan bila lupa semua, akan menimbulkan pelbagai permasalahan akibat tidak sedar diri, tidak sedar diuntung dan memang sudah lupa untuk bermesyuarah dalam menyatu hati dan tindakan. 

Cita rasa dan kepuasan Pengundi khasnya dan Rakyat Malaysia umumnya. 

Rakyat (pengundi) sedang memerhatikan, sebab rakyat (pengudi) semakin berintelek tentang politik. Golongan yang tidak berminat politik, golongan yang tidak berdaftar mengundi juga semakin berkurangan (Malangnya yang tidak berdaftar untuk mengundi ialah Melayu sebab kurang kesedaran sebagai waarganegara Malaysia, tiada galakan dan tiada orang yang berperanan sebagai penukul kepada pahat dalam kehidupan mereka) 

Yang berpegang kepada umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah umno sedang beransur-ansur berkurangan dan pupus, sama ada sebab kematian (maaf) atau telah berubah dan turun atau turut berpaling kepada realiti demokrasi. 

Menang sebab tipu undi. Lupakah yang sedang dihadap itu rezeki yang haram. Lupakah di alam kubur hal itu akan jadi masalah soal jawab dengan Malaikat. Maklumlah antara mereka ada yang mengaku Islam. Nauzubillahminzalik. 

Antara kecut-kecut 

Bila PKR menang PRU Malaysia ke 14. Kecut jati diri yang berpunca tidak berkembang minda secara menyeluruh. Mengecut di sesetengah peringkat dan tempat. 

Entahlah apa khabar Menteri Besar Johor sekarang yang jelas terbawa-bawa perangai umno bn, ikutannya seawal dulu. Baru berapa tahun jadi pembangkang, berbanding PKR yang sudah berpuluh tahun, tiba-tiba jadi top status dalam Kerajaan Negeri Johor di hari ini. 

Tiba-tiba macam lupa rakan separti dan rakan seperjuangan. Sejujurnya beliau bukanlah yang diharap jadi MB Johor today. Pengaruhnya di kalangan rakyat tidaklah setampan pemimpin lain yang lebih dekat dan dikenali rakyat. 

Hakikatnya. 

Kerajaan Negeri Perak diminta memberi perhatian terhadap kebajikan 3,150 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mempunyai pendapatan bulanan rendah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi semasa. 

Saranan itu diajukan oleh ADUN Pembangkang ketika itu iaitu Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing. Persoalannya ke mana perginya ADUN Kerajaan Negeri Perak umno bn ketika itu yang kononnya suci memperjuangkan Islam. 

Kes ini memperingatkan kes Lim Guan Eng terpenjara kerana memperjuangkan maruah gadis Melayu berlawan dengan orang besar umno Melaka. Orang besar umno Melaka bebas tanpa dakwaan hingga sekarang. Nauzubillahminzalik. 

Di satu sudut yang lain pula kedudukan keewangan PAS untuk PRU Malaysia ke 14 amat memberangsangkan. Di mana Keseluruhan Kos Pencalonan PAS untuk Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN berjumlah antara RM52.4 juta hingga RM79.9 juta. (Mengikut reso perbelanjaan maksimum yang dibenarkan SPR dan perbelanjaan 50% yang dibenarkan oleh SPR) 

Pas bertanding 393 Kerusi DUN, kalah sebanyak 303 kerusi (peratus kekalahan: 77%). Jaya 90 Kerusi DUN (23%) Manakala Kerusi Parlimen, Pas bertanding 158 kerusi dan kalah 138 kerusi (peratus kekalahan: 87%). Jaya 20 Kerusi Parlimen (13%) 

Keputusan keseluruhan untuk Kerusi DUN PAS beroleh agregat 23/100% (D) dan Keputusan keseluruhan untuk Kerusi Parlimen PAS beroleh agregat 13/100% (E) 

Sedangkan hakikatnya PAS melalui Kerajaan Negeri Kelantan pernah gagal untuk membayar gaji Penjawat Awam Kerajaan Negeri. Kuasa Allah ...mungkin PAS beroleh rezeki yang tidak tersangka, di saat-saat akhir untuk bertanding di PRU MALAYSIA Ke 14. Hanya kepimpinan PAS yang dapat menjawabnya. In Syaa Allah Rakyat Malaysia akan mengetahui hal sebenar sedikit masa lagi, sama ada sememangnya PAS kaya atau muncul secara tiba-tiba punya sugar daddy. Astaghfirullahalazim. 

Wallahualambissawab. 
Aamiin. 

Sekian. Maaf dan terima kasih. 
3v0 DSAI my brother.

Apa ada dalam peti besi di rumah Najib?


Sebuah peti besi yang ditemui anggota polis dari Bukit Aman di tingkat satu rumah Datuk Seri Najib Razak masih gagal dibuka walaupun diusahakan sejak pagi tadi, kata peguam anggota parlimen pembangkang itu.

Kata Datuk Harpal Singh Grewal, anak guamnya tidak memiliki kunci kepada peti besi berkenaan dan ia tidak dibuka-buka sejak 20 tahun lalu.

"Pada kira-kira jam 8.30 pagi, beberapa anggota polis memasuki sebuah bilik di tingkat satu dan memutuskan untuk menggerudi sebuah peti besi yang terkunci selama dua dekat apabila anak kuncinya tersalah letak.

"Penggerudian berlanjutan walaupun sekarang sudah lebih jam 5 petang dan memang tidak ada ketenangan di kediaman beliau (Najib)," katanya dalam satu kenyataan.

Menjelaskan perkembangan siasatan di kediaman bekas perdana menteri itu Harpal Singh memberitahu seramai 50 hingga 60 anggota serta pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tiba di kediaman Naji kira-kira jam 10 malam tadi.

Mereka kemudian mengawal persekitaran premis itu serta memaklumkan mahu melakukan penggeledahan.

Katanya Najib bersetuju memberi kerjasama penuh dan membenarkan polis menjalankan kerja mereka.

Anggota polis itu berpecah kepada beberapa kumpulan dan melakukan pemeriksaan di seluruh kediaman anak guam saya dan membuka beberapa kotak mengandungi barangan peribadi yang kemudian dibungkus dan dibawa dari kediaman rasminya.

"Pencarian itu berterusan sehingga kira-kira jam 5 pagi apabila tiga kotak berisi barangan peribadi serta beg tangan serta pakaian dibungkus dalam beberapa kotak sebelum dibawa pergi oleh polis," katanya.

Harpal Singh menjelaskan polis memberitahu mereka akan beredar dari rumah itu selepas siap membungkus kotak terakhir.

Kira-kira jam 5 pagi kata peguam itu masih ada beberapa anggota polis di luar rumah Najib sehingga beberapa jam kemudian.

Selepas itulah katanya mereka menemui peti besi berkenaan.

Menurut Harpal Singh ketika ini Najib keletihan, terganggu dan sedang berehat.

"Bagaimanapun polis tidak menyoal siasat beliau," katanya.

Katanya polis tidak menemui sebarang bahan yang penting dan tiada dokumen diambil.

Harpal Singh juga memberitahu waran penggeledahan yang diperolehi polis adalah berkaitan dengan isu antipengubahan wang haram.

Menurut peguam itu, penggeledahan yang dilakukan di premis terbabit serta pelbagai barang yang dirampas dan penggerudian peti besi lama mungkin menyebabkan gangguan kepada Najib, keluarganya serta penghuni lain di kawasan berkenaan.

Katanya ia juga memberikan imej buruk kepada Najib.

Lebih penting serbuan dijalankan itu berlaku pada bulan Ramadan dan Najib, keluarga serta kakitangannya dinafikan daripada hak mereka untuk beribadat menjelang berbuka pada hari pertama puasa," katanya.

Menurut Harpal Singh lagi Najib sudah menyatakan kesanggupannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang berkenaan namun berlaku gangguan berterusan selama hampir 18 jam ini serta tiada hasil yang bermakna," katanya.

ref: 
KERENGGA: Apa ada dalam peti besi di rumah Najib?
Pengajaran untuk para YB Pakatan Harapan. Jangan jadi cam para menteri BN dulu. 
Thursday, 17 May 2018 

Agihan Exco Pulau Pinang Tidak Adil. 

Seorang Adun PKR hari ini mendakwa barisan exco berat sebelah kepada DAP, walaupun kemenangan di 37 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya baru-baru ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) secara bersama.

Adun Penanti Norlela Ariffin berkata barisan exco PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor nampak lebih adil berbanding Pulau Pinang.

Beliau berkata bilangan kerusi yang dimenangi PKR, Amanah dan PPBM dijumlahkan menjadi 18 kerusi, hampir menyamai 19 kerusi yang dimenangi DAP.

Beliau berkata pada pilihan raya lepas mereka yang mengundi Pakatan Harapan di kawasan bandar kebanyakannya pengundi Cina, tetapi kali ini pengundi Melayu juga mengundi PH.

“Barisan exco mesti seimbang dan mencerminkan perkongsian kuasa di portfolio penting. Pengundi Melayu memberi kepercayaan kepada kita apabila mereka menyertai PKR, Amanah dan PPBM,” kata Norlela.

Brisan exco sekarang tidak termasuk ketua menteri ialah 7 dari DAP dan 3 dari PKR. Pecahan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri ialah 19 dari DAP, 14 dari PKR, 2 dari Amanah, 2 dari Barisan Nasional dan 1 dari PAS.

“Saya harap Majlis Presiden PH boleh berbincang sama ada barisan exco mesti adil dan mencerminkan kedudukan di Dewan Undangan Negeri,” kata Norlela.

“Porfolio utama iaitu perumahan, kerajaan tempatan, kerja raya, utiliti, sukan dan sebagainya sama seperti barisan exco penggal lepas.

“Walaupun jawatan timbalan ketua menteri 1 diberi kepada Ahmad Zakiyuddin Ahmad Rahman yang dihormati sebagai seorang jurutera kawalan banjir, dia tidak diberi portfolio prasarana yang penting itu di mana dia oleh menyumbang kepakarannya.

Zakiyuddin yang mewakili DUN Pinang Tunggal diberi portfolio hal ehwal Islam, pembangunan industri dan hubungan antara kaum.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata barisan exco sekarang mengikuti nisbah 7:3 DAP kepada PKR seperti penggal lepas.

Nisbah itu dianggap “formula kemenangan” bagi memastikan janji pilihan raya dipenuhi.

Pada pilihan raya 2013, Pakatan Rakyat yang terbubar menang 30 kerusi DUN. DAP menang 19 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. BN ketika itu memegang 10 kerusi.

FMT sudah menghubungi Chow untuk mendapatkan komennya tentang kritikan Norlela dan sendang menunggu jawapannya. - free malaysia today

ref: 
Addin: Agihan Exco Pulau Pinang Tidak Adil
BERSIH 3.0 Dataran Merdeka. 

PAKATAN HARAPAN
THURSDAY, MAY 17, 2018
SERAP GURU KAFA DALAM SEKTOR KERAJAAN
ref: 
al- Husseyn: SERAP GURU KAFA DALAM SEKTOR KERAJAAN

Versi asal ketika umno bn berkerajaan.
SERAP GURU KAFA DALAM SEKTOR KERAJAAN..
23 November 2017  |  SAIFULLAH AHMAD - 019-5131198 

Kerajaan negeri diminta memberi perhatian terhadap kebajikan 3,150 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mempunyai pendapatan bulanan rendah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi semasa.

IPOH – Kerajaan negeri diminta memberi perhatian terhadap kebajikan 3,150 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mempunyai pendapatan bulanan rendah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi semasa.

Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata, mereka wajar diserapkan dalam sektor kerajaan supaya mereka ini dapat diurus ke dalam sistem pentadbiran yang lebih baik.

“Sebahagian guru Kafa yang terdiri daripada wanita dan suri rumah tangga menerima bayaran gaji RM1,100, berstatus jawatan kontrak dan tidak dapat menerima kemudahan seperti penjawat awam lain.

“Sepatutnya kerajaan negeri memberi pinjaman kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ini khususnya dalam bentuk Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka ketika mengajar,” katanya.

Menurutnya, sumbangan mereka dalam memberi pendidikan dan pembentukan generasi madani perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Selain itu, Kar Hing berkata, sebanyak 2,800 telco dibina secara haram kerana tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa hingga menimbulkan rasa tidak selesa rakyat berhubung isu keselamatan dan kesihatan.

“Perkara ini berpunca daripada penguatkuasaan yang tidak tegas, proses undang-undang yang merumitkan menyebabkan tindakan lambat diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat.

“Pembinaan telco-telco haram ini yang menyebabkan kehilangan hasil pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM20 juta.

"Kerajaan harus bertindak lebih tegas kerana ia menjana pendapat ekonomi yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri berbanding kutipan cukai taksiran yang jelas membebankan rakyat,” katanya.

ref: 
Serap guru Kafa dalam sektor kerajaan.. - Perak - GPS Bestari

PAKATAN HARAPAN
THURSDAY, MAY 17, 2018
JUMLAH KASAR PERBELANJAAN & KERUGIAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA KE-14

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Perkara 19 (1) menyatakan:

Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada:— 

(a) dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat; �

(b) satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;� 

Pas bertanding 393 Kerusi DUN, kalah sebanyak 303 kerusi (peratus kekalahan: 77%). Jaya 90 Kerusi DUN Lulus (23%)

Manakala Kerusi Parlimen, Pas bertanding 158 kerusi dan kalah 138 kerusi (peratus kekalahan: 87%). Jaya 20 Kerusi Parlimen Lulus (13%) 

1. Kos perbelanjaan kasar PAS jika mencapai had maksima mengikut akta SPR dianggarkan seperti berikut: 

Untuk Kerusi DUN:

(RM100,000 x 393 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 & Bahan Kempen RM3,000.00 untuk 393 kerusi: RM3,144,000.00) = RM42,444,000.00 atau RM42.4 JUTA 

Untuk Kerusi Parlimen:

RM200,000 x 158 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 & Bahan Kempen RM5,000.00 untuk 393 kerusi: RM5,895,000.00) = RM37,495,000.00 ATAU RM37 JUTA.

Maka jumlah kasar keseluruhan maksima yang dibelanjakan oleh PAS sebanyak RM79,939,000.00 atau RM80 JUTA. 

Nota tambahan: 

Jika PAS membelanjakan 50% dari had maksima mengikut akta had maksima SPR maka jumlah perbelanjaan menjadi RM52,389,000.00 atau RM52.3 JUTA

2. Manakala jumlah kerugian yang ditanggung kerana kekalahan di kerusi Parlimen dan DUN adalah seperti berikut: 

Untuk Kerusi DUN:

RM100,000 x 303 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 untuk 303 kerusi: RM1,515,000.00)
= RM31,815,000.00 atau RM31.8 JUTA 

Untuk Kerusi Parlimen: 

RM200,000 x 138 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 untuk 138 kerusi: RM1,380,000.00)
= RM28,980,000.00 atau RM28.9 JUTA 

Maka jumlah kerugian maksima secara keseluruhannya berjumlah RM60,795,000.00 atau RM60.8 JUTA 

 Kesimpulan:

 1. Jumlah kasar maksima kerugian PAS adalah sebanyak RM60.8 JUTA

 2. Jumlah kasar perbelanjaan maksima PAS untuk DUN dan Parlimen adalah RM80 JUTA

3. Ini menjadikan peratus kerugian parti PAS sebanyak: 76%

 Nota Tambahan:

Pengiraan untuk 50% perbelanjaan dari had maksima pilihanraya pula mendedahkan bahawa kerugian dialami PAS adalah sebanyak RM38,745,000.00 atau RM38.7 JUTA dengan peratus kekalahan sebanyak 74%.

4.  Persoalan yang harus dibangkitkan ialah:

Di mana PAS mendapat sumber duit berjumlah puluhan juta ringgit untuk bertanding ini? (Nak bayar gaji kaki tangan kerajaan Negeri Kelantan pun terpaksa mengemis...)

ref: 
al- Husseyn: JUMLAH KASAR PERBELANJAAN & KERUGIAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA KE-14

Nota tambahan sekitar 23:16
Thursday, 17 May 2018
JANGAN LEMAHKAN SEMANGAT PASUKAN POLIS.....

Di ketika semua pemimpin UMNO hanya mendiamkan diri, malah mungkin menyembunyikan diri, beberapa pemimpin Pakatan Harapan mula bersuara berhubung tindakan pihak polis melakukan penggeledahan selama  lebih 18 jam sejak malam semalam di kediaman Najib Razak, di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen adalah antara pemimpin Pakatan Harapan yang sudah bersuara menyatakan rasa tidak senang mereka dengan tindakan pihak polis itu.

Mereka mempertikakan tindakan menggeledah kediaman Najib yang bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi semalam dan bersambung lagi hari ini serta mahukan konsep keadilan dan hikmah turut diambil kira.

Kata mereka juga, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri haruslah juga diambil kira.

Ia lebih mengundang simpati berikutan tersebar pula gambar Najib yang sedang terlentok di atas sofa di ketika pihak polis sedang melakukan penggeledahan itu.

Bagaimanapun, dalam waktu yang sama, masih belum kedengaran ada mana-mana pemimpin UMNO atau Ahli MT UMNO yang bersuara membela atau menyatakan rasa simpati kepada Najib atas siasatan pihak polis itu.

Annuar Musa, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan lain-lain pemimpin UMNO yang selama ini paling kuat bersuara apabila saja ada isu berkaitan Najib menjadi bahan perbualan masyarakat, kali ini nampaknya lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak lagi membela bekas Perdana Menteri itu.

Malah Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO, sepupu Najib, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat Jalil juga tidak kedengaran lagi suara mereka.

Apakah salah pihak polis dalam tindakannya terhadap Najib itu?

Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang salah dalam tindakan pihak polis itu jika kita dapat memahami rasionalnya, selain tidak melupai hakikat bahawa besarnya skandal 1MDB itu sendiri.

Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan untuk menyiasat skandal 1MDB apabila diberikan kuasa, apa yang berlaku kepada Najib sekarang hanyalah semata-mata untuk menunaikan janji tersebut.

Serbuan pihak polis untuk menggeledah kediaman Najib pada pukul 10 malam adalah dikira munasabah kerana ketika itu Najib sedang berada di rumah setelah kembali daripada menunaikan solat terawih pada malam pertama ketibaan Ramadan.

Tempoh masa yang lama yang terpaksa diambil untuk menggeledah adalah kerana kediaman Najib itu sendiri dikira besar dan banyak barang yang hendak diperiksa oleh pihak polis.

Maka itu, tempoh masa sehingga jam 4 pagi yang bermula dari jam 10 malam dan bersambung lagi hari ini untuk membuat pemeriksaan dan penggeledahan hanyalah untuk memastikan semua kerja-kerja polis itu berjalan dengan sempurna.

Tidak wajar dipertikaikan kerja polis yang membuat pemeriksaan pada waktu malam atau pagi kerana jika ada pemimpin Pakatan Harapan yang pernah didatangi polis pada jam 2.30 pagi sebelum ini atau ketika Najib menjadi Perdana Menteri, maknanya polis adalah profesional dan adil dalam tindakannya kepada sesiapa saja dalam sepanjang masa.

Kedudukan Najib sebagai bekas Perdana Menteri tidak memberinya hak untuk sebarang keistimewaan kerana Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri juga pernah disiasat dan didatangi oleh pihak polis beberapa kali sebelum ini.

Cumanya, oleh kerana Tun Mahathir tidak terkait dengan dakwaan berupa penyelewengan, penipuan, penyonglapan wang negara atau penggubahan wang haram, tiadalah serbuan ke kediaman atau bilik tidurnya dilakukan oleh pihak polis pada waktu tengah malam atau awal pagi.

Yang penting, tindakan pihak polis terhadap Najib itu adalah peraturan biasa dalam mereka menjalankan siasatan dan mencari bukti. Jika kita selama ini banyak meluahkan perasaan yang tidak henti-henti mengenai skandal 1MDB dan mahukan ia disiasat, undi kita kepada kemenangan Pakatan Harapan tentulah dengan tujuan mahukan perkara itu dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.

Sekarang Pakatan Harapan sudah menang dan siasatan atau apa juga tindakan pihak polis untuk menyiasat skandal 1MDB, selagi ia dalam batasan undang-undang, hendaklah disokong sepenuhnya.

Janganlah dalam keadaan ini, kita pula menjadi suara yang melemahkan semangat pihak polis dalam kerja-kerja mereka. 

Ingatlah berapa banyak wang negara yang telah hilang, siapa yang  memiliki ribuan juta, siapa yang berjoli sakan dengan berbelanja dan membeli harta di seluruh dunia serta  siapa yang penuh di tubuhnya dengan intan berlian bernilai ratusan juta. (ShahbudinHusin 17/05/2018)

ref: 






Tiada ulasan: