Jumaat, 25 Mei 2018

Hakikat yang payah untuk diterima tentang realitinya putaran roda sebagai imaginasi peradaban kehidupan. 7714.


Alhamdulillah melimpah ruah khabar berita sejak blogger yang diikuti bebas dari sekatan media. 
Aamiin. 

7 soalan untuk Shahidan Kassim

“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.

Katanya, Azlan Man dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan. ~Malaysia Kini.

Kenapa dan mengapa perkara ini boleh berlaku?

Tolak MB 'boneka'

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang yang boleh dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“... saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

Jadi penulis nak tanya kepada Shahidan ...

1. Kenapa perlu lantik adik sendiri? Tolak Azlan Man, bukan ke ada 8 orang lagi ADUN UMNO? 8 orang lagi tu sampah belaka ke. Tak ada kelayakkan jadi MB?

2. Kalau dengar sidang akhbar, dia tak suka dengan Azlan Man ni bukan baru, dah lama. Selaku Pengerusi BN Negeri Perlis, kenapa dari awal nama Azlan Man ada dalam senarai calon yang mewakili BN / UMNO dalam PRU 14? Kalau dari awal buang nama dia kan senang? Kenapa setelah 'hajat' tak tercapai baru nak pecat Azlan Man?

3. Apa motif dan kehendak sebenarnya Shahidan Kassim? Udang di sebalik mi.

4. Kenapa Shahidan Kassim dalam sidang media 'terlalu' kurang ajar dengan Raja Perlis. Buat sidang media dengan bahasa yang kurang ajar. Tunjuk contoh tidak baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. UMNO sanjung institusi raja-raja?

5. Shahidan Kassim nak apa sebenarnya? Projek, harta, pangkat ataupun apa sebenarnya? Rakyat berhak bertanya bukan.

6. Shahidan kata dia tak faham murka. Shahidan nak jadi raja perlis pulak ke?

7. Shahidan nak mintak tolong Tun Mahathir selesai masalah ni. Tun Mahathir milik Pakatan Harapan. Bukan milik UMNO yang dah karam. Shahidan reti malu ke tak?

Untuk itu, tunjuklah sedikit respek kepada pengundi Perlis. Tunjuk teladan baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. Jangan tunjuk sangat 'tamak' jawatan dan pangkat. Jangan tunjuk sangat kurang cerdik. Nanti ditertawakan orang.

ref: 

Thursday, May 24, 2018

PASUKAN KHAS SIASATAN 1MDB JUMPA JUSTO

Pasukan khas siasatan 1MDB jumpa Justo

Pasukan khas siasatan 1MDB jumpa Justo

on: 

Pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal 1MDB ada berjumpa dengan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo semalam.
“Jumpa dia semalam,” kata anggota pasukan itu Tan Sri Abu Kassim Mohamed ringkas.
Pada jam 3 petang tadi difahamkan pasukan petugas khas berkenaan bermesyuarat berkaitan skandal 1MDB.
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB itu akan memberi tumpuan antara lainnya bagi mendapatkan semula semua dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB dan disimpan di luar negara.
Selain Abu Kassim, pasukan itu terdiri daripada bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang di kalangan petugas media bahawa Justo berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk merakamkan kenyataannya.
Ketika dihubungi, Justo enggan mengulas sama ada beliau telah atau akan berkongsi maklumat berkaitan dengan suruhanjaya itu.
Justo muncul di Malaysia minggu lepas tetapi dengan motif yang masih misteri. Setakat ini dia telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
PetroSaudi International, tempat Justo pernah berkhidmat, menjadi terkenal selepas terlibat dalam usaha sama dengan 1MDB.
1MDB melabur AS$1 bilion untuk usaha sama itu. Bagaimanapun AS$700 juta telah dilencongkan ke syarikat misteri Goodstar Limited.
Goodstar dimiliki oleh hartawan kontroversi Pulau Pinang Jho Low, berdasarkan nota Bank Negara kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Justo mendakwa peranannya membocorkan dokumen – kebanyakannya e-mel antara pegawai PetroSaudi, Low dan pemain-pemain warga Malaysia – menyebabkannya dia diperangkap dalam pendakwaan mengugut di Thailand.
Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia dan media arus perdana mendakwa Justo menjual maklumat kepada Sarawak Report yang kemudian “memanipulasinya”.
Selepas dipenjarakan 17 bulan, Justo mendapat pengampunan Raja Thai.
ref: 

Thursday, May 24, 2018

TUN MAHATHIR TIDAK PINDAH KE KEDIAMAN RASMI

Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi

Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi

on: 

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak akan berpindah ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, kata anak perempuan mereka Datin Paduka Marina Mahathir.
Sebaliknya, mereka akan terus tinggal di rumah sendiri, katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.
“Ia selesa tapi tidak ada ruang lagi untuk barang-barang lain,” kata Marina sambil menyampaikan permintaan Dr Siti Hasmah kepada orang ramai supaya tidak lagi mengirim hadiah yang mengiringi perutusan tahniah sempena kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada dua minggu lepas.
Marina berkata sejak kemenangan itu yang dicapai pada 9 Mei, Dr Siti Hasmah menerima begitu banyak ucap selamat daripada orang ramai, serta perutusan tahniah kepada ibu bapanya.
“Beliau amat berterima kasih dan menghargai ingatan tulus ikhlas, doa dan perutusan daripada anda semua. Kebanyakan perutusan ucap selamat itu turut diiringi dengan kiriman bunga, makanan dan hadiah lain,” katanya.
Marina seterusnya menulis: “Beliau (Dr Siti Hasmah) meminta saya berpesan supaya tidak perlulah lagi mengirim hadiah kerana mengikut peraturan kerajaan Pakatan Harapan, pertama, semua ahli politik tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah kecuali bunga dan makanan.
“Kedua, walaupun hadiah yang diberi itu sederhana sahaja, ia akan memakan banyak ruang. Oleh itu, beliau memohon pefahaman anda supaya tidak mengirim apa jua kepadanya, walaupun menjelangnya Hari Raya.”
Beliau berkata Dr Siti Hasmah sebaliknya meminta orang ramai memberi sumbangan mereka kepada badan amal pilihan masing-masing.
“Perbuatan itu lebih menggembirakan beliau,” kata Marina.
Dr Mahathir, 92, kembali menerajui kerajaan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum baru-baru ini sekaligus menjadikan beliau perdana menteri tertua di dunia.
Beliau menjadi perdana menteri Malaysia keempat dari 1981 hingga 2003
ref:

KIAMAT BAGI PENERIMA DANA SRC

Dr Zuhdi - Jangan lempaq tuduhan sewenang2...

“Apa Itu Murka? You Tell Me Apa Itu Murka? Soal Shahidan Bila Raja Perlis Dilaporkan Murka


RM500j LAPOR ASTRO AWANI. BIAR BETUL BEB?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 8 minit yang lalu
KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke rumahnya semalam. Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan. Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam. Tambah Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai. ... lagi »

KIAMAT BAGI PENERIMA DANA SRC

canang pada Cananglahnie - 8 minit yang lalu
KIAMAT BAGI PENERIMA DANA SRC Akan berlaku PRK “Pilihanraya Kecil” di kebanyakan kerusi DUN dan Parlimen bagi Kelantan, Terengganu malah di seluruh Negara apabila kerajaan memulakan siasatan keatas 1MDB dan SRC. Berikut adalah AMARAN keras dari Datuk Bahri Mohd Zin, Mantan pengarah operasi siasatan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, “kamu ada kuasa, aku ada Allah insyallah termakbul sudah berlaku peralihan kuasa kerajaan Malaysia kini, inilah doa saya pada sepertiga malam selama ini.” "Lobang cacing tak perlu ku intai lagi dan insyallah kita akan menonton kes-kes yang tak ... lagi »

PH-Pas Terengganu sedia bekerjasama pulihkan projek sakit BN, agihan royalti minyak

Pejuang Perubahan pada AGEN PERUBAHAN ® - 18 minit yang lalu
[image: PH-Pas Terengganu sedia bekerjasama pulihkan projek sakit BN, agihan royalti minyak] Pakatan Harapan (PH) di Terengganu bersedia untuk bersama kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pas memastikan semua projek terbengkalai di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) diselesaikan secara bersama. *i**klan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com* Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, dengan kunjungan hormat bertemu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam, beberapa hasrat bersama telah dibincangkan bertujuan membina semula negeri dan... lagi »

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin gesa pilihan raya semula di Perlis

kerengga pada KERENGGA - Sejam yang lalu
FMT Reporters PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menggesa diadakan pilihan raya semula di peringkat negeri, susulan kemelut politik selepas Umno Perlis memecat menteri besar selang beberapa jam mengangkat sumpah jawatan semalam. Menurut Asri, pilihan raya semula adalah cara terbaik semua pihak yang bertelagah akan berpuas hati, dan perkembangan pendedahan berkait

Nizar guna pengalaman bantu pentadbiran

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Sejam yang lalu

Perghh !!! Nak pandu Viva ke pejabat? Tak betul kata Mat Sabu

Abu Luqman pada Media Orang Kampung - 2 jam yang lalu
Nak pandu Viva ke pejabat? Tak betul kata Mat Sabu Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/24/mat-sabu-nafi/#dLKkKEpgDqAGTWjI.99 PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan bahawa beliau mahu memandu sendiri kereta Perodua Viva miliknya untuk ke pejabat. Menerusi tweet balasnya di akaun Twitter @MSabu_Official, Mat Sabu yang juga

Nasrudin Hassan yang kong-kali-kong

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 4 jam yang lalu
Oleh Manan Razali Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, seperti dilaporkan FMT semalam, menjelaskan pendirian partinya yang berpuas hati dengan penerangan yang diterima dari Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai rancangan rasionalisasi syarikat itu pada 7 Ogos tahun lalu. Saya baca komen ini sambil ketawa terbahak bahak. Terima kasih saudara Nasrudin, kerana membuat lawak jenaka yang sedikit sebanyak telah menambahkan keceriaan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Macam mana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuai perjumpaan dengan kamu semua boleh termakan d... lagi »

POLIS, JANGAN LAYAN PERMINTAAN ZAHID HAMIDI INI!!!

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - 4 jam yang lalu
Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM130 juta. Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu. Kata beliau lagi, UMNO amat memerlukan wang tersebut bagi keperluan membina semula parti yang baru kalah dan hilang kuasa baru-baru ini. Hello Zahid Hamidi, benarkah wang tersebut merupakan lebihan dana kempen pil... lagi »

AL JAZEERA MALAYSIA NEW DAWN

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu

Ismail Kassim dakwa bukan dia yang gila kuasa tetapi ...

PBO™ pada Menconteng Untuk Perubahan™ - 5 jam yang lalu
Belum pun reda kesedihan UMNO meratap kekalahan dalam PRU 14, meledak satu lagi malapetaka buat parti tersebut. Ditambah pula satu demi satu tembelang UMNO semasa menjadi kerajaan dulu dibongkar untuk diadili oleh rakyat. Najib makin pucat bibirnya. Tidak semerah dulu. Aziz Baling terkedu dan tersentak-sentak. Kini timbul pula angkara Shahidan Kassim dan rakan-rakan dalam kemelut jawatan

Ini punca mengapa Azlan ditolak jadi MB Perlis -Ismail Kassim

kerengga pada KERENGGA - 7 jam yang lalu
MUHAMMAD FAIZ SULONG KUALA LUMPUR - Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menyifatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh menerima pendapat orang lain. Menurutnya, itu antara sebab mengapa pimpinan Umno Perlis tidak bersetuju apabila Adun Bintong itu dilantik sebagai menteri besar. Ismail juga mendakwa, rakyat marah

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN?

Din pada Addin - 11 jam yang lalu
*Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN?* Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Balai Menghadap, Istana Arau bagi penggal kedua. Ini sekali gus menamatkan penantian 14 hari selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Istiadat mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. *Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN? *Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila semua sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Menurut portal Berita Harian Online, me... lagi »

Dr Zuhdi - Jangan lempaq tuduhan sewenang2...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 11 jam yang lalu
*Story kat sini...* *Pengarah Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki harus sedar tentang kegagalan percaturan politik PAS daripada melemparkan kritikan semberono terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) kononnya ‘kelam kabut’ dan ‘tergopoh-gapah’.* *Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY, Muhammad Shakir Ameer Mohideen berkata, beberapa tindakan tegas dan pantas itu dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelemahan pentadbiran dahulu dan memastikan ia dipulihkan secepat mungkin, ini termasuk isu pembentukan kabinet penuh.* *“Sudah tentu dengan perubahan kerajaan bagi kali perta... lagi 

Isu MB Perlis: Polis siap hadapi situasi luar jangka

kerengga pada KERENGGA - 14 jam yang lalu
Polis Perlis bersedia dengan pelan kontingensi bagi menghadapi situasi luar jangka berikutan kemelut yang berlaku susulan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang tidak mendapat sokongan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN). Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata beliau juga telah mengarahkan supaya kawalan keselamatan

Jelas Raja Perlis murka dengan 9 adun, kata MB baru

kerengga pada KERENGGA - 14 jam yang lalu
Melissa Darlyne Chow Azlan Man menandatangani watikah pelantikan menteri besar Perlis di Istana Arau, hari ini. (Gambar Bernama) ARAU: Kemurkaan Raja Perlis terhadap ketidakhadiran 9 adun Barisan Nasional (BN) dalam upacara angkat sumpah jawatan menteri besar hari ini adalah “terang dan jelas”, kata Datuk Seri Azlan Man. Azlan yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar penggal ke-2 di

Raja Perlis tolak MB boneka, Shahidan patut tanding Dun

kerengga pada KERENGGA - 15 jam yang lalu
MALAYSIA DATELINE Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim patut bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu menjadi menteri besar Perlis. “Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak, patutnya dia bertanding di Dun tetapi dia bertanding di Parlimen ini yang jadi masalah. Saya tidak mahu rahsia dalam






























ok.

Tiada ulasan: