Sabtu, 5 Mei 2018

Imej tun m boleh ditutup tapi semangat rakyat ... 7446.



BERITA

‘Gambar Tun M boleh ditutup tapi semangat rakyat tak boleh dipadam’


Tindakan terdesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang gambar Tun Dr Mahathir dipamerkan dalam poster dan sepanduk kempen pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mampu menghalang semangat kebangkitan rakyat. 

“Malam ini saya yakin kita telah menghidupkan semangat baru. Sebab itu Najib takut kepada Tun Dr Mahathir.
Foto: Hasful Zainuddin
“Bukan saja takut kepada Tun, gambar Tun pun (dia) takut. Saya nak memohon maaf kepada Tun Dr  Mahathir kerana di Seremban ada 30 billboard terpaksa tutup gambar beliau tetapi tak apa, gambar Tun Dr Mahathir boleh ditutup tetapi semangat rakyat Malaysia tak boleh dipadam!” kata calon Parlimen Seremban, Anthony Loke ketika menyampaikan pidato di Putrajaya malam tadi.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan itu, di bawah kepimpinan Dr Mahathir, HARAPAN berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia semula.

“Pada hari ini Pakatan Harapan sudah sampai Putrajaya! Tetapi yang penting 10 haribulan kita mahu Tun Mahathir masuk Perdana Putra, masuk pejabat Perdana Menteri! Kita mahu melihat Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7!

“Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan kita satu hati lawan Barisan Nasional. Malam ini kita melihat kemuncaknya di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, rakyat bangkit. Inilah semangat rakyat Malaysia!” katanya lagi. – Roketkini.com


ref: 
‘Gambar Tun M boleh ditutup tapi semangat rakyat tak boleh dipadam’ | roketkini.com

....

Tiada ulasan: