Isnin, 28 Mei 2018

In Syaa Allah ... menutup dan memperbetulkan kepincangan dan kepura-puraan serta palsunya sang hulubalang. 7724.


In Syaa Allah ... menutup dan memperbetulkan kepincangan dan kepura-puraan serta palsunya sang hulubalang.
Monday, 28 May 2018
Amanah Akan Bawa RUU355?

Parti Amanah tidak menolak kemungkinan meneliti cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk dibawa ke peringkat Parlimen dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat parti, Selasa ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pada peringkat parti, usaha itu akan diteliti dalam mesyuarat dalaman namun di pihak kerajaan, perkara itu bukan menjadi keutamaan buat masa ini.

"Kita akan bincang dalam mesyuarat akan datang, dalam mesyuarat parti Amanah. Kita akan bincang dan daripada situ kita akan ambil pendirian.

"Hari Selasa ini kita akan bincang, dan kalau ada agenda itu kita akan ambil pendirian," katanya selepas pada majlis berbuka puasa di Kampung Guar Petai, hari ini.

Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan meminta Amanah "mengotakan janji" mereka sebelum ini dalam soal RUU355 memandangkan parti itu sebahagian daripada kerajaan hari ini.

"Kini mereka sudah berjaya membentuk kerajaan baru menggantikan BN. Kita akan melihat sama ada mereka akan mengotakan janji sebelum ini.

Amanah Akan Bawa RUU355? "Bagaimanapun, kita masih menaruh harapan tinggi pembentangan rang undang-undang Akta 355 dapat diteruskan menerusi kerajaan Pakatan Harapan," katanya, dipetik daripada laporan itu. - sinar

ref:  Addin: Amanah Akan Bawa RUU355?

Tiada ulasan: