Rabu, 2 Mei 2018

Kerajaan Malaysia ambil alih hutang 1MDB secara senyap, kata Rafizi. 7425.

...
Rafizi Ramli - Saman Khairy Jamaluddin Isu Halang Calon di Rembau, Shahrir Samad & 1MDB. 
Rafizi Ramli telah bersiaran langsung.
3 jam yang lalu
Sidang Media Rafizi Ramli

- Saman Khairy Jamaluddin isu halang calon PH di Rembau.
- Tuduhan TS Shahrir Samad Pakatan Harapan musnahkan institusi Melayu.
- Arulkanda kata 1MDB disiasat satu fitnah.

Sila saksikan dan sebarkan berita tentang sidang media ini kepada kesemua rakan-rakan supaya lebih ramai dapat mengikuti.
Lihat Sedikit

ref: 
Rafizi Ramli - Sidang Media Rafizi Ramli - Saman Khairy...

Kerajaan Malaysia ambil alih hutang 1MDB secara senyap, kata Rafizi. 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata,pentadbiran Najib hanya menggunakan beberapa pelabur untuk mengaburi mata rakyat daripada hakikat sebenar.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2018.

KERAJAAN Malaysia secara “perlahan-lahan dan senyap-senyap” mengambil alih hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan Malaysia membeli kembali pegangan saham dalam projek pembinaan Signature Tower di tanah Tun Razak Exchange (TRX) setelah menjualnya kepada syarikat Indonesia.

“Kenyataan media 1MDB bertarikh 13 Mei 2015 mengumumkan penjualan plot tanah di TRX kepada Kumpulan Mulia dari Indonesia untuk membina Signature Tower. 1MDB menjual tanah itu pada harga RM665 juta dalam tahun 2015.

“Menara itulah (yang diberi nama The Exchange 106) kini yang sedang dibangunkan di tapak TRX dan merupakan satu-satunya projek yang kini sedang disiapkan di atas tapak tanah berharga milik kerajaan yang diberikan kepada 1MDB,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah yang mengatakan 1MDB akan ditutup apabila semua hutangnya selesai.

"Tidak lama lagi, penduduk yang memiliki tempat di bandar TRX akan membayar sewa, dan kami juga akan menjual plot tanah Bandar Malaysia yang akan dibangunkan dengan pengangkutan awam seperti kereta api berkelajuan tinggi, ECRL dan MRT," kata Irwan yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar New Straits Times.

Rafizi berkata hari ini, sebab sebenar Irwan menyebut mengenai “sewa dari penghuni di TRX” walaupun projek itu adalah projek swasta yang tanahnya telah dijual kepada syarikat swasta dari Indonesia, ialah kerana kerajaan Malaysia telah membeli kembali pegangan di dalam projek itu.

“Dalam tahun 2015, 1MDB menjual tanah yang diperolehinya daripada kerajaan kepada Mulia Group, sebuah syarikat Indonesia pada harga RM665 juta untuk dibangunkan menjadi The Exchange 106.

“Semakan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (RoC) menunjukkan anak syarikat Mulia Group di Malaysia yang membangunkan projek ini adalah Mulia Property Development Sdn Bhd yang bernombor 1139949-K.

“Semakan kepada pemilik Mulia Property Development Sdn Bhd menunjukkan ia dimiliki oleh dua syarikat iaitu: Mulia Internasional Limited, syarikat Indonesia yang memegang 245,000 saham (atau 49% pegangan) dan sebuah syarikat Malaysia bernama MKD Signature Sdn Bhd yang memegang 255,000 (atau 51% pegangan),” katanya.

Rafizi berkata, semakan ke atas MKD Signature Sdn Bhd menunjukkan ia sebuah syarikat yang dimiliki oleh sebuah lagi syarikat tempatan bernama Sentuhan Budiman Sdn Bhd yang tidak menunjukkan maklumat pemegang saham.

“Bagaimana pun, ketiga-tiga syarikat ini (yang terbabit dengan pembangunan The Exchange 106) iaitu Mulia Property Development Sdn Bhd, MKD Signature Sdn Bhd dan pemilik MKD Signature Sdn Bhd iaitu Sentuhan Budiman Sdn Bhd mempunyai ahli pengarah yang sama iaitu sama ada seorang yang bernama Dr Yusuf Ismail (620514-11-5081) atau Dr Mohamad Isa Hussain (580311-07-5215).

“Dr Mohamad Isa Hussain adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) di Kementerian Kewangan dan Dr Yusuf Ismail adalah Timbalan Setiausaha, Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan,” katanya.

Rafizi berkata, walaupun maklumat pemegang saham Syarikat Sentuhan Budiman Sdn Bhd, disembunyikan dari carian awam di RoC, ia merupakan sebuah syarikat milik kerajaan yang disenaraikan di dalam muka surat 97, Laporan Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 yang dibentangkan di Parlimen tahun lepas semasa pembentangan Bajet 2018.

“Saya telah menunjukkan bukti-bukti kukuh bagaimana pentadbiran Najib Razak bermain sandiwara mengenai kejayaan 1MDB menarik pelabur asing untuk membangunkan projek 1MDB; yang hasilnya nanti akan berjaya membayar hutang-hutang 1MDB.

“Apa yang berlaku dalam projek pembangunan The Exchange 106 adalah berbeza: secara diam-diam projek itu sebenarnya dimiliki oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat MKD Signature Sdn Bhd yang memegang 51% di dalam syarikat pemaju.

“Sebab itu saya membantah keras kenyataan Irwan bahawa 1MDB akhirnya akan berjaya membayar hutang-hutangnya,” katanya.

Beliau berkata, apa yang jelas pentadbiran Najib hanya menggunakan beberapa pelabur untuk mengaburi mata rakyat daripada hakikat sebenar, iaitu hutang-hutang 1MDB secara perlahan-lahan dan senyap-senyap diambil alih oleh kerajaan. – 28 Februari, 2018.

ref: 
Kerajaan Malaysia ambil alih hutang 1MDB secara senyap, kata Rafizi | The Malaysian Insight

Rafizi sahkan Najib pernah tawar Anwar jadi TPM


Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider

PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.

Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai.

“Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah,” soal ketua Pemuda Umno itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: “BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama”.

ref: 
Rafizi sahkan Najib pernah tawar Anwar jadi TPM ★ MRM

.

Tiada ulasan: