Sabtu, 12 Mei 2018

Menteri Pertahanan Malaysia. 7591.

Biodata.. Menteri Pertahanan Malaysia.


Masyhur namanya Mat Sabu. Nama sebenar Muhammad bin Sabu. Gigih berjuang, berani, lantang bersuara menyatakan kebenaran, menentang penyelewengan.

Umur 28 tahun bertanding di Parlimen Kepala Batas dan DUN Penanti (1982).
Umur 30 kena tahan ISA. Beliau dibuang daerah di Kuala Pilah selama 2 tahun (1984 - 1986).
Beliau tidak serik. Terus berceramah. Terus menentang penyelewengan BN. Sambutan masyarakat makin hari makin bertambah.

Umur 33 kena tahan ISA lagi. Kali ini ditahan di penjara Kemunting Taiping selama 2 tahun ( 1987 - 1989 ).

Keluar penjara terus berjuang. Masa dirumah hanya 1/10 berbanding masa diluar rumah 9/10.
Beliau juga diuji dengan naik turun mahkamah dan ditahan dalam lokap berkali-kali.

Antara kes beliau diseret ke mahkamah ialah demonstrasi di ITM (UiTM). Kes ini beliau menang.
Kes ceramah sambut 50th PAS. Kes ini beliau menang.
Kes kenaikan harga barang. Kes ini masih diperingkat rayuan.
Kes BERSIH. Kes ini beliau menang.
Kes dituduh menghalang polis menjalankan tugas. Kes ini beliau menang.
Kes disaman oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Kes ini beliau kalah.
Kes membela Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Kes ini beliau menang tetapi pihak kerajaan membuat rayuan.
Kes saman Utusan Malaysia. Kes ini masih belum selesai. ....

Beliau juga dilebel dengan berbagai-bagai lebel. Antaranya beliau dituduh kominis dan Syiah.
Setiap kali beliau dilebel, Utusan Malaysia akan paparkan isu beliau di muka hadapan.
Beliau juga dianggap sebagai musuh negara. Pernah satu ketika beliau dicerca dalam perhimpunan agung umno selama 3 hari.
Presiden umno hingga kepada perwakilan semuanya mencerca beliau.

Rumahnya di Shah Alam pernah dibakar tetapi sempat dipadam. Hanya kebakaran kecil sahaja. Orang yang membakar tidak ditangkap hingga sekarang. Rumahnya di kampung tempat kelahiran iaitu di Kg Guar Petai juga diserang hingga terpaksa dibuat kawalan keselamatan beberapa bulan.

Selain dari ditangkap, diseret ke mahkamah beliau juga pernah dilanggar oleh kereta polis hingga terkoyak tisu bawah lututnya.
Akibatnya tulang bawah lutut beliau dipasang sekeru hingga kehari ini dan beliau terpaksa bergerak dengan kerusi roda hampir dua bulan.
Walaupun berkerusi roda beliau terus berceramah, berlawan dengan BN.

Beliau cukup amanah dengan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya. Hampir tidak ada markaz Pas yang beliau tidak kunjungi.
Kalau pas cawangan inginkan duit, beliau akan dijemput berceramah. Kalau nak buat kutipan derma melalui jamuan makan malam beliau akan dijemput berceramah. Penganjur dapat duit. Saguhati untuknya tak cukup untuk tambang balik. Kawan-kawan kena bantu hantar dia balik.

Beliau memang hebat berceramah. Dalam Parlimen juga hebat. Namanya meniti dibibir orang tua-tua, orang muda, kanak-kanak, ustaz-ustaz, ular air, ahli sukan, artis, mak cik- mak cik dan anak dara, hingga ada muslimat berkata Mat Sabu loklaq, kelolo tapi nak pi dengar juga ceramah dia. Bukan sahaja orang melayu, cina dan india pun sama, semua suka kepada Mat Sabu.

Sebab itu beliau dicemburui. Seperti Hang Tuah dicemberui oleh pembesar-pembesar istana Melaka. Seperti Nabi Yusuf dicemburui oleh abang-abangnya. Tidak ada seorang pun dari ahli parlimen Pas yang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan kepada Mat Sabu Timb Presiden Pas seperti yang dibuat oleh ADUN Kajang berbangsa Cina untuk beri laluan kepada DS Anwar Ibrahim berbangsa melayu.

Mat Sabu bukan tak pernah jadi Ahli Parlimen. Beliau pernah jadi Ahli Palimen Nilam Puri tahun 1990, Kubang Kerian tahun 1995 dan tahun 1999 di Kuala Kedah.

Beliau menapak dari bawah. Jadi exco pemuda Pas, setiausaha pemuda Pas, pemangku ketua pemuda Pas, ajk pas pusat, Naib Presiden Pas dan Timbalan Presiden Pas. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa Gerakan Pembebasan Palestin peringkat dunia.

Siasat hal neh tok boss....

Dakwaan berkaitan tanah ATM tidak benar sama sekali - Hishammuddin

KUCHING: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan dakwaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah tidak benar sama sekali.

"Setakat hari ini tiada sebarang perkembangan mengenai perkara yang berkenaan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan tersebut selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini,hari ini.

Dalam dakwaan tersebut, Rafidah menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri pertahanan pada tahun 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

-- BERNAMA
Dakwaan berkaitan tanah ATM tidak benar sama sekali - Hishammuddin | Astro Awani
Hishammuddin Hussein on Twitter: "Tuduhan dan dakwaan TS Rafidah bahawa sebuah syarikat milik 3 individu yang kini memiliki dan membuat semua keputusan tanah @MINDEFMalaysia/Tentera adalah tidak benar! Kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu pembohongan yang nyata!… https://t.co/PSX6WKfCbV"

Tiada ulasan: