Umno - untuk manusia no otak? tu sebab diberi amanah dipunah ranahkan, walau diberi kepercayaan megetuai badan yang berkaitan dengan ISLAM. Itulah Melayu kalau ISLAM xmacam ni kisahnya...
Orang sombong jer tayang kebagusannya
disebalik bertujuan sorok keburukannya sendiri yang terlondeh
seperti gambar di atas dan berita di bawah (1MDAB):
Iklan semasa berkuasa dan menagih kuasa dari undi rakyat: beri rakyat seringgit kebas RM100000.
Macam orang bersedekah, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.
1MDB muflis, tak mampu bayar hutang - Guan Eng
Ooi Tee Ching dan Hazwan Faisal Mohamad
1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) mengesahkan mereka sudah muflis dan tidak mampu membayar hutangnya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengarah 1MDB kepadanya ketika sesi perjumpaan hari ini.
Pada perjumpaan itu, Guan Eng bersama tiga Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dan Datuk Asri Hamidon berjumpa dengan dua ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali.
Selain itu, Menteri Kewangan turut mengadakan perjumpaan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang ditemani bekas Ketua Pegawai Kewangannya (CFO), Azmi Tahir dan bekas Penasihat Undang-undangnya, Ivan Chen.
Guan Eng berkata, tujuan perjumpaan itu adalah untuk mengetahui status kewangan 1MDB terutama keupayaan syarikat itu membayar semula hutangnya.
“Kedua-dua pengarah 1MDB mengesahkan bahawa 1MDB sudah muflis dan tidak mampu membayar hutang mereka.
“Bekas CFO, Azmi telah menulis kepada Kementerian pada Mac lalu menyatakan yang 1MDB tidak mampu melangsaikan faedah yang akan berakhir pada April dan Mei ini.
“Bagaimanapun, ketika ditanyakan perkara ini kepada Arul, beliau mengatakan sedang bercuti sehingga tamat kontraknya pada Jun ini. Justeru beliau mendakwa tidak tahu menahu menganai kedudukan kewangan syarikat,” katanya pada sidang media di pejabat kementerian di Putrajaya, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 7:11 PM
ref:
Written By canang on Rabu, 23 Mei 2018 | 5/23/2018 09:58:00 PTG
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) adalah penipuan semata-mata.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.
“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.
“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.
“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.
Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti.
Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim''“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.
“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.
Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB
ref:
'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan' - Cananglahnie
Saya tabik anda. Anda menyelamatkan negara'
BERNAMA
HARTAWAN Robert Kuok memuji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menyelamatkan negara.
“Saya tabik anda. Anda telah menyelamatkan negara,” kata hartawan yang berpusat di Hong Kong itu ketika mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Dr Mahathir kemudian menepuk perlahan bahu Kuok lalu menjawab sambil tersenyum: "Kami memerlukan bantuan anda sekarang.”
Klip video serta beberapa keping gambar pertemuan itu dimuatnaik dalam akaun Twitter dan Facebook perdana menteri.
Kuok ialah seorang daripada anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang dilantik oleh Dr Mahathir pada 12 Mei apabila beliau mengumumkan penubuhannya.
Kuok, 94, menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penasihat Kerajaan semalam. Tugasnya ialah untuk menasihatkan kerajaan mengenai hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Dalam ucapannya selepas mesyuarat, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang turut dianggotai oleh bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.
Dr Mahathir kembali menerajui kerajaan selepas mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, menjadikannya perdana menteri tertua di dunia
Dr Mahathir ialah pengerusi Pakatan Harapan. Beliau merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 10:26 PM
ref:
'Saya tabik anda. Anda menyelamatkan negara' | Harian Metro
Wednesday, May 23, 2018
BUAT PERTAMA KALINYA RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN BOLEH BERBANGGA DENGAN KERAJAAN...
ref:
Na'im Nikmat @blog: BUAT PERTAMA KALINYA RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN BOLEH BERBANGGA DENGAN KERAJAAN...
RABU, 23 MEI 2018
Pakatan Harapan melakar catatan baharu
Alhamdulillah. PRU kali ini sangat sengit hinggakan keputusannya hampir sebelum subuh baru disahkan secara rasmi oleh SPR walhal rakyat sudah tahu kemenangan kali ini milik Pakatan Harapan (PH). Itulah satu drama yang penuh metafora dan hiperbolanya dalam dunia politik tanah air tercinta.
Saat kejayaan ini sungguh bermakna apabila kleptokrat yang berkuasa enam dekad berjaya ditumbangkan dengan pengakhiran yang epik sekali. Berkat kesabaran pejuang keadilan dan pejuang kebenaran, Allah telah menghadiahkan satu memori terindah agar diingati sebagai lakaran sejarah baharu buat Malaysia negara tercinta.
Tanpa pimpinan PH sedia ada diketuai oleh Tun Dr Mahathir dan rakan rakannya maka pembangkang akan kekal membangkang di Dewan Rakyat namun perancangan Allah sungguh cantik tersusun rapi. Kebijaksanaan Tun dan keberanian rakyat Malaysia menjadi ramuan ajaib untuk menewaskan Barisan Nasional dengan cara "gentleman".
Kembalinya Bapa Reformasi Negara Dato Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama berkorban demi sebuah perjuangan menuntut keadilan telah menambah satu nilai kebebasan kepada rakyat setelah dibebaskan daripada belenggu Barisan Nasional. Sosok ini sungguh berjiwa besar dan berhati mulia apabila mengutamakan kepentingan rakyat daripada menjaga kepentingan peribadi. Gandingan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir pasti mengimbau sejarah lalu yang telah membuktikan kewibawaan mereka sewaktu bersama dalam kabinet dahulu.
Akhir sekali, rakyat marhaen mengharapkan Manifesto PH mencatatkan bahawa dalam tempoh 100 hari Malaysia Baharu akan ada sebahagian perubahan dan penambahbaikkan demi mengembalikan Malaysia ke landasan yang benar dan lurus. Salam Reformasi!
Muhammad Abrar Sadiq bin Azizi
Aktivis Anak Muda
ref: Blogger: Pakatan Harapan melakar catatan baharu
ooooo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan