Ahad, 6 Mei 2018

PapaGomo.com is listed for sale! 7470.


Blogg Ke Dua ini di bina jika Blogg utama 
Di Hapuskan oleh Puak Pakatan Pembangkang

PapaGomo.com is listed for sale! A great domain can be the key to your success
ref: 

BERITA  | POLITIK
Wan Azri ingin tamatkan riwayat politik Dr Wan Azizah. 
Firdaus AzilAstro Awani | Diterbitkan pada April 24, 2018 19:43 MYT
KUALA LUMPURAhli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menyuarakan keinginan untuk bertanding di Parlimen Pandan, berhadapan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Dalam satu kenyataan media, Wan Muhammad Azri berkata, tujuan beliau hanya untuk mengajar Dr Wan Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa dunia politik tanah air ini bukan hanya untuk keluarga bekas timbalan perdana menteri itu sahaja.

“Sistem demokrasi kita mereka liwat untuk kepentingan mereka. Suka-suka hati mereka tukar kerusi sana sini untuk ayah, emak dan anak.

“Mereka gunakan rakyat sebagai 'rubber stamp' untuk cop mereka menjadi YB dan dapat elaun serta pelbagai kemudahan.

"Selepas itu, mereka tinggalkan rakyat. Datang pilihan raya lain, mereka tukar kerusi lain pula,” katanya lagi. 

BACA: Nurul Izzah tanding Permatang Pauh, Wan Azizah di Pandan
BACA: Kecewa MCA dapat kerusi Parlimen Wangsa Maju, UMNO turunkan bendera parti

Ditanya sekiranya beliau bersedia menghadapi tindakan displin kerana bertanding tanpa watikah daripada ibu pejabat Barisan Nasional (BN), Wan Muhammad Azri berkata, pada PRU yang lepas, terdapat juga kes di mana calon ditukarkan walaupun watikah sudah diterima.

Pada PRU kali ini, Dr Wan Azizah akan menggantikan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding di Pandan, dan akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Leong Kok Wee dan calon Pas, Mohamed Sukri Omar.

Selain itu, persaingan juga bertambah menarik apabila peguam Mohd Khairul Azam Aziz turut meluahkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.

Pada PRU yang lepas, Rafizi menewaskan calon BN Lim Chin Yee dengan majoriti 26,729 undi. Seorang lagi calon bebas, Tan Yew Leng, hanya berjaya mendapat 2,415 undi. 
Pada 14 Mac lepas, Rafizi mengumumkan untuk tidak bertanding untuk pilihan raya kali ini. Beliau kini dalam proses rayuan di selepas dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), pada Mac 2012.

ref: 
Wan Azri ingin tamatkan riwayat politik Dr Wan Azizah | Astro Awani

Papa Gomo bayar ganti rugi Anwar. 

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pengendali blog Papa Gomo akhirnya berjaya melangsaikan pembayaran ganti rugi berjumlah RM951,260.30 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ganti rugi itu adalah seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi, pada 28 Februari 2014 selepas Anwar menang saman fitnah terhadap Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Papa Gomo ketika ditemui, berkata anak guamnya membayar RM950,000 dalam bentuk bank deraf dan selebihnya RM1,260 secara tunai menggunakan not RM1 dan syiling 30 sen.
Peguam itu berkata, mahkamah sebelum ini menetapkan esok bagi pengurusan kes untuk Anwar menarik balik petisyen kebankrapan yang difailkan terhadap anak guamnya.
Beliau berkata demikian selepas prosiding petisyen kebankrapan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Husna Dzulkifli. Anwar memfailkan petisyen kebankrapan terhadap Papa Gomo pada 30 Jun lalu selepas blogger itu gagal membayar ganti rugi seperti diperintahkan mahkamah.
Sementara itu, Papa Gomo berkata, beliau menerima sumbangan daripada ahli UMNO Bahagian Wangsa Maju dan penyokongnya selepas mengadakan kutipan selama tiga bulan.
Katanya, beliau sebelum itu cuba memohon kepada peguam Anwar untuk membayar ganti rugi secara ansuran, bagaimanapun ditolak.
Pada 28 Februari 2014, mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada Anwar (plaintif) berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac tahun 2013, dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Dalam penyata tuntutannya, Anwar mendakwa defendan turut meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej, dan defendan secara nyata dan tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah plaintif.
ref: 
Papa Gomo bayar ganti rugi Anwar | Kes | Berita Harian

Berita Berkaitan
Gagal serah writ sita harta Papagomo

Papagomo diperintah bayar ganti rugi bersabit artikel berbaur fitnah

Perintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar kekal

Utusan diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar

Mahkamah putuskan NSTP amalkan kewartawanan bertanggungjawab

Utusan diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Kit Siang

BERITA  | POLITIK
Kecewa MCA dapat kerusi Parlimen Wangsa Maju, UMNO turunkan bendera parti.
Irwan Muhammad ZainAstro Awani | Diterbitkan pada April 13, 2018 23:07 MYT
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Wangsa Maju membekukan semua aktiviti mereka ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana kecewa bila mendapat khabar kerusi Parlimen Wangsa Maju diserahkan kepada MCA.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa jentera UMNO bahagian tersebut telah bertungkus lumus sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wan Azri juga mendakwa MCA tidak melakukan kerja-kerja yang sepatutnya untuk bertanding di Parlimen tersebut.

"Kami mendapat makluman awal Wangsa Maju diberikan kepada MCA bertanding jadi kami sebagai UMNO Wangsa Maju yang sudah buat kerja bertahun-tahun dengan macam-macam kerja rasa amat kecewa lah jika MCA bertanding kerana MCA tak buat kerja langsung sejak selepas PRU13 hingga hari ini.

"Tengku Adnan juga pernah berjanji bahawa Wangsa Maju mesti UMNO bertanding, mesti Melayu bertanding jadi janji itu sangat mengecewakan.

"Namun, kami bukanlah nak sabotaj parti cuma kami ingin menyatakan rasa kecewa kami jika benar MCA diberikan tempat di Wangsa Maju," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini. 
Awal malam ini, tular di media sosial gambar-gambar bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan yang didakwa Wangsa Maju diturunkan oleh pekerja parti.

Pada PRU13, calon BN yang diwakili UMNO Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majoriti 5,511 undi. 
Pada PRU12, calon BN yang diwakili MCA Datuk Yew Teong Look tewas kepada calon PKR Wee Choo Keong dengan majoriti 150 undi. 

ref: 
Kecewa MCA dapat kerusi Parlimen Wangsa Maju UMNO turunkan bendera parti | Astro Awani
...............

Tiada ulasan: