Google+ Badge

Khamis, 17 Mei 2018

PAS detik kini. Respect PAS siri 3. 7657.

Beberapa berita yang berkaitan Parti Pas yang tiba-tiba kaya raya dan cukup duit untuk menampung calon-calon PRU MALAYSIA ke 14. Walhal pernah matilanak dan terpaksa membongak dalam aksi hendak bayar gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan.

Allah tetapkan rezeki yang tidak tersangka untuk PAS. Tu sebab berlaku perubahan kewangan PAS. Aamiin. 

THURSDAY, MAY 17, 2018

JUMLAH KASAR PERBELANJAAN & KERUGIAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA KE-14

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Perkara 19 (1) menyatakan:

Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada— 

(a) dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat; �

(b) satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;  � 

Pas bertanding 393 kerusi DUN, kalah sebanyak 303 kerusi (peratus kekalahan: 77%). 

Manakala kerusi Parlimen, Pas bertanding 158 kerusi dan kalah 138 kerusi (peratus kekalahan: 87%). 

1. Kos perbelanjaan kasar PAS jika mencapai had maksima mengikut akta SPR dianggarkan seperti berikut: 

Untuk Kerusi DUN:

(RM100,000 x 393 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 & Bahan Kempen RM3,000.00 untuk 393 kerusi: RM3,144,000.00) = RM42,444,000.00 atau RM42.4 JUTA 

Untuk Kerusi Parlimen:

RM200,000 x 158 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 & Bahan Kempen RM5,000.00 untuk 393 kerusi: RM5,895,000.00) = RM37,495,000.00 ATAU RM37 JUTA.

Maka jumlah kasar keseluruhan maksima yang dibelanjakan oleh PAS sebanyak RM79,939,000.00 atau RM80 JUTA. 

Nota tambahan: 

Jika PAS membelanjakan 50% dari had maksima mengikut akta had maksima SPR maka jumlah perbelanjaan menjadi RM52,389,000.00 atau RM52.3 JUTA

2. Manakala jumlah kerugian yang ditanggung kerana kekalahan di kerusi Parlimen dan DUN adalah seperti berikut: 

Untuk Kerusi DUN:

RM100,000 x 303 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 untuk 303 kerusi: RM1,515,000.00) = RM31,815,000.00 atau RM31.8 JUTA Untuk Kerusi Parlimen: 9 RM200,000 x 138 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 untuk 138 kerusi: RM1,380,000.00) = RM28,980,000.00 atau RM28.9 JUTA 

Maka jumlah kerugian maksima secara keseluruhannya berjumlah RM60,795,000.00 atau RM60.8 JUTA 

 Kesimpulan:

1. Jumlah kasar maksima kerugian PAS adalah sebanyak RM60.8 JUTA

2. Jumlah kasar perbelanjaan maksima PAS untuk DUN dan Parlimen adalah RM80 JUTA

3. Ini menjadikan peratus kerugian parti PAS sebanyak: 76% 

Nota Tambahan: 

Pengiraan untuk 50% perbelanjaan dari had maksima pilihanraya pula mendedahkan bahawa kerugian dialami PAS adalah sebanyak RM38,745,000.00 atau RM38.7 JUTA dengan peratus kekalahan sebanyak 74%. 

4.  Persoalan yang harus dibangkitkan ialah: Di mana PAS mendapat sumber duit berjumlah puluhan juta ringgit untuk bertanding ini? (Nak bayar gaji kaki tangan kerajaan Negeri Kelantan pun terpaksa mengemis...)
ref: 
al- Husseyn: JUMLAH KASAR PERBELANJAAN & KERUGIAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA KE-14


Mahathir pegang portfolio pelajaran, Wan Azizah pula kementerian wanita. 


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran.

Beliau juga menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diberikan portfolio hal ehwal wanita dan kebajikan.

"Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," kata ahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Pada 12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri. -malaysiakini

ref: 
KERENGGA: Mahathir pegang portfolio pelajaran, Wan Azizah pula kementerian wanita









THURSDAY, MAY 17, 2018

Pilihan raya semula bakal berlaku?

Inginkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.


KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.
Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.Malaysiadateline

ref: 
al- Husseyn: Pilihan raya semula bakal berlaku?













Tiada ulasan: