Ahad, 27 Mei 2018

Pesan dan nasihat serta contoh-contoh kejahatan tinggalan umno. 7719.


Wakil rakyat PH dingatkan jangan gelojoh kejar jawatan
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan   8:51 PG
Kini kita harus berbaik semula dan rapatkan saf setelah selesainya pilihan raya umum baru-baru ini, kata Anwar.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) supaya tidak gopoh dan gelojoh mengejar jawatan setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei yang lalu.

Beliau berulang kali memberi peringatan tersebut ketika berucap pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh semalam.

Tegas beliau lagi, setelah menang besar dalam PRU baru-baru ini maka tugasan utama ialah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Jalankan kerja dengan sebaik mungkin bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang timbul.

“Jangan letakkan dalam fikiran untuk merebut macam-macam jawatan selepas menang.

“Dah menang, jangan ada yang gopoh dan juga gelojoh, ” ujar beliau lagi.

Malah katanya yang kalah, sudah sememangnya kalah, manakala yang menang harus berusaha sebaik mungkin bagi meneruskan khidmat.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya tidak berbalah selepas selesainya PRU.

“Kini kita harus berbaik semula dan rapatkan saf setelah selesainya pilihan raya umum baru-baru ini.

“Saya juga ikut berdamai dengan Tun Mahathir dan melupakan segala sengketa semata-mata bagi memastikan aspirasi menumbangkan Umno dan BN menjadi kenyataan.

“Akhirnya ia menjadi nyata dan kita mampu untuk menegakkan sebuah kerajaan untuk membawa perubahan kepada negara dan juga rakyat, ” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, yang perlu dilaksanakan kini ialah sikap berbaik-baik dan rapatkan saf dengan semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira dari parti mana dan ideologi mereka. mdl

ref:  
Wakil rakyat PH dingatkan jangan gelojoh kejar jawatan - AGEN PERUBAHAN ®

SUNDAY, MAY 27, 2018
Wang dirampas milik Umno: Ahmad Zahid timbulkan lebih banyak keraguan
MALAYSIA DATELINE

Wang dirampas milik Umno: Ahmad Zahid timbulkan lebih banyak keraguan

Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta tidak perlu untuk ‘menegakkan benang basah’ atas dakwaan penemuan sejumlah RM114juta daripada 35 beg yang dirampas oleh pihak polis, semata-mata mahu mempertahankan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, apabila Ahmad Zahid mahu polis memulangkan wang yang didakwa milik Umno yang dirampas itu, menimbulkan lebih banyak keraguan terhadap Najib.

“Permintaan  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang menuntut pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah milik anak-anak Datuk Seri Najib menimbulkan lebih banyak keraguan terhadap beliau.

“Alasan Zahid wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum.

“Persoalannya mengapa ia tersimpan di kediaman mewah milik anak-anak Najib dan tidak ditempatkan atau diserahkan di Ibu Pejabat Umno?

“Apakah Umno sudah menjadi milik peribadi Presiden Umno sehingga wang-wang tunai hasil derma dan sumbangan boleh ditempatkan di rumah milik anak-anak Presidennya?.

“Bagaimana pula ada banyak barangan kemas, jam berjenama mewah, beg tangan yang mahal juga turut berada bersama dengan wang tunai yang dirampas?

“Ramainya penyumbang yang memberikan beg tangan dan jam tangan untuk Umno? Apakah beliau masih mahu menyelamatkan bekas bosnya itu dan mahu menjaga maruah Umno yang begitu teruk terkoyak?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz dipercayai mengulas pendedahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang diketuai Pengarahnya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini, mendedahkan, jumlah  wang tunai yang diisi di dalam 35 beg daripada 72 beg yang dirampas adalah sekitar RM114 juta dalam rampasan dilakukan di dua lokasi pada 18 Mei lalu.

Mahfuz yang juga Naib Presiden AMANAH itu berkata Ahmad Zahid perlu membiarkan siasatan berlangsung di bawah pengawasan pihak polis dan SPRM sehingga selesai.

Ini kerana ujarnya lagi, kesemua barangan dan wang tunai yang dirampas berkait dengan siasatan rasuah terhadap Najib.

“Beliau tidak perlu membela Najib dan mempertahankan ‘kesucian’ Umno kerana rakyat sudah mengetahui sifat sebenar Umno. Lebih baik beliau fokus terhadap bagaimana memulihkan reputasi Umno yang telah jatuh merudum pada pandangan rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama Ketua Polis Negara Tan Sri  Mohd Fuzi Harun pula berkata, polis akan menyerahkan wang yang dituntut oleh pemimpin Umno itu setelah siasatan polis  dan SPRM selesai.


Katanya wang yang ditemui itu kini di simpang di Bank Negara Malaysia manakala barangan kemas dan beg tangan disimpan di Ibupejabat Polis Bukit Aman.~ sumber

ref: 
al- Husseyn: Wang dirampas milik Umno: Ahmad Zahid timbulkan lebih banyak keraguan

SUNDAY, MAY 27, 2018
DATO’ SERI NAJIB PERLU PULANGKAN KEMBALI WANG KERANA ITU DUIT RAKYAT
KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO DAN PARTI DARI BARISAN NASIONAL YANG MENERIMA WANG DARI DATO’ SERI NAJIB PERLU PULANGKAN KEMBALI WANG KERANA ITU DUIT RAKYAT

Laporan Malaysiakini semalam memetik bahawa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali enggan mengulas apabila ditanya sama ada dokumen-dokumen yang saya dedahkan (berasal dari satu laman yang disekat di Malaysia iaitu SPRMInsider) adalah benar.

Apabila beliau enggan menjawab dan menukar topik kepada isu lain setelah ditanya mengenai dokumen itu, secara tidak langsung beliau mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah berlengah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya walaupun isu yang saya bawa itu adalah berkenaan kepentingan awam.

Minggu ini, saya menghabiskan masa selama seminggu secara berterusan untuk 2 kes berbeza yang dibawa Peguam Negara:


1) Dakwaan di bawah BAFIA berkenaan pendedahan saya mengenai skandal NFC melibatkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

2) Dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kononnya menyebarkan berita buruk mengenai Tabung Haji atas pendedahan saya bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif seperti yang terkandung di dalam surat mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz


Oleh itu, jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan pendedahan-pendedahan yang saya telah buat setakat ini, saya yakin saya telah pun ditangkap dan didakwa.

Bukan itu sahaja, tidak ada seorang pun yang saya telah dedahkan menerima wang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah membuat laporan polis atau menyaman saya atau menafikan dengan bukti.

Individu-individu paling penting (seperti berikut) pun tidak menafikan pendedahan saya:


1) Dato' Seri Najib tidak menafikan membelanjakan RM3.2 juta di kedai barang kemas mewah yang bernama De Grisogono di Itali dalam satu hari yang dibayar dengan wang yang berasal dari SRC

2) Dato' Amhari Nazaruddin, pegawai khas Dato' Seri Najib tidak menafikan syarikatnya Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato' Seri Najib dari wang yang berasal dari SRC

3) Bank Negara Malaysia tidak menafikan bagaimana seorang yang bernama Ariffin Salleh telah menunaikan cek tunai bernilai RM43 juta dalam masa 3 minggu dalam Januari 2015 yang sudah tentu dikesan oleh Bank Negara; wang itu berasal dari SRC dan disyaki dari suntikan dana dari Tabung Haji

4) Tabung Haji sehingga kini tidak mengeluarkan satu pun kenyataan menafikan penglibatannya dalam keseluruhan pindahan wang keluar masuk ke akaun SRC melalui suntikan dana RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang mana anak-anak syarikatnya digunakan untuk "melapiskan" pindahan wang SRC ke akaun peribadi Dato' Seri Najib


Apabila tidak ada seorang pun yang saya telah namakan secara terbuka menafikan atau membuat laporan polis, saya semakin yakin bahawa kesemua pendedahan itu dari dokumen SPRMInsider adalah benar.

Apatah lagi apabila Peguam Negara sendiri enggan menafikan kesahihan dokumen itu dan menukar tajuk perbualan apabila ditanya.

Maka, pada hari ini saya ingin meneruskan pendedahan mengenai individu dan pihak lain yang menerima wang secara terus dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib seperti yang didedahkan melalui dokumen-dokumen tersebut.

Rujuk kepada lampiran disediakan untuk senarai penerima-penerima dari kalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Berdasarkan dokumen itu, ada 8 urusniaga yang boleh dikenalpasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, atau parti Barisan Nasional atau pun individu yang merupakan pemegang jawatan di dalam Umno.

Saya senaraikan penerima-penerima wang SRC (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung di dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:


i. Pada 22 Julai 2014, Barisan Nasional Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

ii. Pada 22 Julai 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

iii. Pada 24 Julai 2014, UMNO Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

iv. Pada 26 Ogos 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak


Wang ini datangnya dari SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat sebelum sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib.

Dalam bulan Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi kepada parti Barisan Nasional atau tokoh-tokoh/bahagian Umno seperti berikut:


i. Pada 17 Februari 2015, parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presiden UPKO, YB Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab

ii. Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seorang yang bernama Asmadi Talib

iii. Pada 26 Februari 2015, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib

iv. Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib

Pembayaran di dalam Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana dalam bulan Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad telah memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke dalam akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu. Dalam bulan Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.

Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Dato’ Seri Najib selepas Disember 2014 adalah dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti Barisan Nasional seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.

Jumlah yang dipindahkan dari akaun Dato’ Seri Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti Barisan Nasional adalah RM10,020,000 seperti senarai di atas.

Saya dengan ini mendesak supaya semua yang dinamakan di atas memberi maklumbalas mengenai dokumen ini dan membersihkan nama mereka.

Saya juga menggesa supaya mereka memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanya UPKO yang berisiko tinggi berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan dokumen.

Dokumen rujukan boleh didapati di blog saya: http://rafiziramli.com/

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

ref: 
al- Husseyn: DATO’ SERI NAJIB PERLU PULANGKAN KEMBALI WANG KERANA ITU DUIT RAKYAT

Sunday, May 27, 2018
POLIS MUNGKIN SUDAH TAHU SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA – RAMKARPAL

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, polis tidak perlu menunggu laporan baru dibuat bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan wanita Monggolia, Alktantuya Shariibuu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan besar bahawa orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya telah diketahui polis sejak awal kes berkenaan disiasat.

“Tidak perlu laporan polis baru untuk dibuat, memandangkan kemungkinan besar orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya sudah diketahui polis sejak awal siasatan kes berkenaan, dan ini merupakan aspek yang sangat penting yang tidak diambil kira dalam siasatan berkenaan.

“Tidak logik untuk penyiasat hanya bertanya siapa bunuh Altantuya tanpa bertanya motif tindakan dalam penyiasatan berkenaan,” katanya dalam kenyataannya semalam, lapor Roketkini.

Jelasnya, laporan polis hanyalah ‘formaliti’ dan polis boleh membuka semula siasatan.
Selain itu, Ramkarpal menambah, Presiden Mongolia Battulga Khaltama pada 18 Mei lalu turut meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuka semula siasatan kes berkenaan.

Pihaknya juga turut menerima sepucuk surat daripada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, yang dikirim kepadanya meminta agar pihak yang mengarahkan pembunuhan anaknya agar mendapat hukuman.

“Dalam situasi ini, saya menggesa agar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya dengan kadar segera, atau suruhanjaya siasatan diraja bersidang untuk menentukan motif pembunuhan,” katanya lagi.


Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas didapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: POLIS MUNGKIN SUDAH TAHU SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA – RAMKARPAL

Saturday, 26 May 2018
BAGAIMANA NAK BERI KERJASAMA JIKA SUDAH LARI KE LUAR NEGARA?

Mula-mula diberitakan Musa Aman sudah melarikan diri ke London. Beliau dipercayai pergi melalui Brunei beberapa hari lalu sebelum pihak Imigresen sempat menyekat namanya.
 Peguamnya pula dilaporkan enggan memberi kerjasama kepada pihak SPRM yang ingin menggeledah kediaman bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Terbaru Musa Aman dilaporkan sedia memberi kerjasama kepada SPRM yang ingin memasuki rumahnya bagi tujuan penggeledahan itu.

Soalnya, di mana Musa Aman sekarang ini?
Bagaimana beliau mahu bekerjasama  dengan SPRM jika masih berada di luar negara?

Pulanglah bah....

Jangan cakap saja sedia bekerjasama tapi masih takut untuk pulang ke negara sendiri.


Jika yakin tidak salah, buat apa lari ke luar negara? (ShahbudinHusin 26/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: BAGAIMANA NAK BERI KERJASAMA JIKA SUDAH LARI KE LUAR NEGARA?

Saturday, May 26, 2018
Shahidan Tidak Tahu Azlan Pilihan Pemimpin Tertinggi UMNO?
KANGAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tidak mengetahui bahawa Datuk Seri Azlan Man dipilih oleh kepimpinan tertinggi parti untuk dilantik sebagai menteri besar negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata 'nada' Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan mungkin berbeza jika mereka tahu bahawa Azlan sememangnya dipilih oleh kepimpinan parti sebagai menteri besar.

Beliau mendakwa bahawa pada 22 Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebagai pemimpin tertinggi parti yang menang dalam pilihan raya umum di Perlis, telah menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi mengemukakan nama calon-calon menteri besar.

"Terdapat dua nama yang dibawa ke pertimbangan Tuanku iaitu Datuk Seri Azlan dan Datuk Ismail Kassim.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa kedua-dua mereka (Zahid dan Hishammuddin) bersetuju dengan cadangan melantik Datuk Seri Azlan sebagai menteri besar Perlis.  

"Tetapi keputusan ini tidak dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahidan serta ADUN BN yang lain menyebabkan mereka terus mempertahankan sokongan kepada Datuk Ismail," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syed Atif berkata dalam keadaan tidak mengetahui persetujuan dan keputusan pemimpin tertinggi parti itu, semua ADUN menyuarakan pendapat bahawa Azlan telah membelakangi parti dengan menerima lantikan menteri besar tanpa restu dan persetujuan pucuk pimpinan BN.

Sehubungan itu, keputusan untuk memecat keanggotaan Azlan secara serta merta daripada parti dibuat Khamis lalu sejurus selepas Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar dilaksanakan di Istana Arau.

Katanya sebelum pengumuman pemecatan Azlan, pada hari yang sama, satu mesyuarat bersama pimpinan tertinggi BN telah diadakan di Kuala Lumpur.

"Dalam situasi dan kemelut ini, mereka tersepit kerana panggilan majlis angkat sumpah dan panggilan berjumpa pucuk pimpinan parti diadakan pada masa yang sama.

"Namun sembilan ADUN BN memilih menghadiri mesyuarat tersebut bagi berbincang dan mendengar amanat daripada pimpinan tertinggi parti," katanya.


Shahidan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Ismail akan dilantik sebagai menteri besar setelah BN menang 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada pilihan raya umum lepas lapor AstroAwani

ref: 
Anak Sungai Derhaka: Shahidan Tidak Tahu Azlan Pilihan Pemimpin Tertinggi UMNO?

Shahidan dipecat?


Shahidan akhirnya dimalukan sendiri oleh rakan-rakan Majlis Tertinggi UMNO. Mula-mula kenyataan dari Anuar Musa diikuti oleh beberapa lagi tokoh UMNO. Timbalan Presiden sementara UMNO, Hishammuddin Hussein juga berpendapat bahawa kemelut di Perlis tidak sepatutnya berlaku.

Mana Shahidan nak letak muka. Sembang pang pang pang .. akhirnya malu sendiri. Kalau tak kena pecat lebih baik letak jawatan dan berundur secara terhormat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perlis Datuk Bahari Taib berkata perkara seumpama itu tidak pernah berlaku kerana kuasa memecat keanggotaan parti bukan terletak pada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

"Pada pandangan kami dalam keadaan ini, Shahidan sepatutnya perlu berbincang dan dapatkan pandangan pusat sebelum membuat apa-apa keputusan... apa yang dilakukan di luar perkembangan UMNO.

"Kami juga berpandangan Shahidan tidak faham apa terkandung dalam perlembagaan UMNO," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. ~utusan online


Bagi penulis, memang kita dapat lihat dari dulu, pemimpin UMNO tak ramai yang cerdik. Banyak tak cerdik dari cerdik. Buat kenyataan tak masuk akal. Kalau nak dikumpul memang banyak. Tak percaya?

"kalau harga ayam naik, jangan makan ayam ..." Menteri KPDNKK.

Terbaru ada pihak yang cuba cover kebodohan Shahidan dan rakan-rakan dengan mengatakan Shahidan tidak tahu yang Majlis Tertinggi UMNO 'merestui' Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata 'nada’ Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan mungkin berbeza jika mereka tahu bahawa Azlan sememangnya dipilih oleh kepimpinan parti sebagai menteri besar.

"Terdapat dua nama yang dibawa ke pertimbangan Tuanku iaitu Datuk Seri Azlan dan Datuk Ismail Kassim. Sumber-sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa kedua-dua mereka (Zahid dan Hishammuddin) bersetuju dengan cadangan melantik Datuk Seri Azlan sebagai menteri besar Perlis."

"Tetapi keputusan ini tidak dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahidan serta Adun BN yang lain menyebabkan mereka terus mempertahankan sokongan kepada Datuk Ismail," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/shahidan-tak-tahu-azlan-pilihan-pemimpin-tertinggi-parti-1.839196


ALAHAI, TIDAK TAHU?!

Macam main-main je buat kenyataan. Dalam era teknologi sekarang bukan susah nak bagitahu. Tak masuk akal langsung!

Sudahlah, berundur secara terhormat dan sila mohon sembah ampun pada Raja Perlis. Atau Majis Tertinggi UMNO akan memecat beliau kerana menconteng arang ke muka UMNO?

ref: 
Shahidan dipecat? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
Dua minggu PRU14 berlalu, baru dapat kertas Undi Pos

SUDAH Lebih dua minggu pilihan raya umum ke 14 berlalu, Pakatan Harapan pun sudah menjadi parti pemerintah baru menggantikan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia lebih 60 tahun.
Namun ada sahabat kita di luar negara yang baru sahaja menerima kertas undi pos sekaligus menggambarkan betapa tidak cekapnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Perkara itu didedahkan dan dikongsi oleh @jimisy melalui akaun Twitter miliknya. "Undi pos baru sampai. Kepala bana dia kenapa tak sampai 5 tahun lagi je," tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, kiriman itu telah menerima lebih 1,200 retweet.
Pendedahan ini menambahkan lagi koleksi kelemahan dan kesalahan-kesalahan telah dibuat oleh SPR yang selama ini menjadi kritikan orang ramai.


"Pakatan Harapan menang bukan kerana SPR telus, tapi kerana sokongan rakyat melimpah ruah, walau menipu pun mereka tetap kalah,"

ref: 
Dua minggu PRU14 berlalu, baru dapat kertas Undi Pos | MiLo SuaM















Tiada ulasan: