Jumaat, 11 Mei 2018

Politik Lengit dan Ketengi. 7553.

Pelik tetapi benar: Politik lengit dan ketengi.

Sudah kalah tidak mengaku dan tidak segan silu dan bermuka tembuk masih merasa menang serta mencari jalan untuk terus menipu sebagai pemenang. Hipokrit. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Itulah umno bn. Perosak Islam dan Melayu. Inilah antara amalan tipu daya umno bn - Tunggu pembongkaran dan penyiasatan menyeluruh tentang 1MDB. Ini juga cara umno bn yang tidak beramanah semasa memimpin Kerajaan Persekutuan. Yang benar dicari salahnya sampai dihukum salah dan Yang salah terus bebas setelah nama dibersihkan dan kelihatan di pihak yang benar. Salah satu contoh kes NFC dengan Nilai RM248 juta hingga ke RM250 juta. Menyamun duit rakyat itulah umno bn - LUTH, LTAT, MARA, Felda dan lain-lain. Mengajar generasi muda bermotorsikal mengganggu majlis, kempen dan ceramah pihak lawan. Cikgu di sekolah tidak pernah ajar anak muridnya biadap kurang ajar. Percayalah Islam tidak pernah ajar menipu undi dan menyalah guna kuasa. Umno bn terkinja-kinja menjadi tuan Melayu tetapi gadaikan Singapura, KTM di Singapura, gadai Pulau Batu Putih kepada Singapura, Tanah Angkatan Tentera dan banyak lagi kes-kes mega kejahatan mereka yang akan kita dengar satu persatu di Mahkamah. Termasuklah kisah misteri MH370 dan M17 yang hingga kini masih kabur di mata waris dan rakyat Malaysia. Yakinilah selepas ini akan ada Pilihan Raya Kecil, bila didapati beberapa pemimpin umno bn didapati bersalah di mahkamah kerana menyalah guna kuasa, merompak harta Rakyat Malaysia dan sebagainya. Alhamdulillah Allah makbulkan usaha dan doa kita semua untuk umno bn tewas tidak bermaruah. In Syaa Allah Allah terus merahmati bumi Malaysia dan rakyat Malaysia dengan perubahan Pakatan Harapan sebagai peneraju Kerajaan Malaysia. Allahu Akbar Aamiin Ya Allah. Wassalam.
Matt Evo11 May 2018 at 11:07
Inilah antara amalan tipu daya umno bn - 
Tunggu pembongkaran dan penyiasatan menyeluruh tentang 1MDB. 

 Ini juga cara umno bn yang tidak beramanah semasa memimpin Kerajaan Persekutuan. Yang benar dicari salahnya sampai dihukum salah dan Yang salah terus bebas setelah nama dibersihkan dan kelihatan di pihak yang benar. Salah satu contoh kes NFC dengan Nilai RM248 juta hingga ke RM250 juta. 
Menyamun duit rakyat itulah umno bn - LUTH, LTAT, MARA, Felda dan lain-lain. 
Watak utama money is king. Now terjawab duit bukan segala-galanya. 
Matlamat tidak menghalalkan hukum Allah Subhanahuwatalla. 

Friday, May 11, 2018

BEBERAPA KETUA AGENSI KERAJAAN AKAN DIGUGURKAN 

– PM

on: 

Perdana Menteri Malaysia yang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kerajaan akan menggugurkan beberapa ketua agensi kerajaan.
“Beberapa ketua agensi akan digugurkan.
“Kita dapati beberapa individu membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media yang diadakan sejurus selepas mengangkat sumpah di depan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir diiringi pemimpin HARAPAN termasuklah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebagai bekas pembangkang, HARAPAN mendakwa Najib dan BN tidak menghormati prinsip berhubung pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Antara lain, pemimpin HARAPAN mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu BN dalam pilihan raya umum ke-14 melalui persempadanan semula dan memperkenalkan pelbagai peraturan yang cenderung berpihak kepada BN.
HARAPAN turut mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pejabat Peguam Negara bertindak berat sebelah terhadap PH semasa era pembangkang dan melindungi pemimpin BN termasuk Najib. 
ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BEBERAPA KETUA AGENSI KERAJAAN AKAN DIGUGURKAN – PM

Hampir pasti Pas ‘hidupkan’ Umno di Perak. 

ARIF ATAN 

Pas Perak yang hanya mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dilihat ‘menghidupkan’ Umno bagi tujuan membentuk kerajaan negeri.

Malam tadi, pemimpin Pas Perak mengadakan pertemuan dengan BN negeri di Ipoh dalam suasana yang dianggap Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Shaarani Mohamad sebagai ‘harmoni’.

Shaarani ketika ditemui pemberita memberitahu BN tidak memberikan sebarang tekanan terhadap Pas bagi mewujudkan kerajaan campuran di Perak.

Beliau berkata, pihaknya tetap mengambil kira hak Pas termasuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Razman (berjubah) bersalam dengan Shaarani di sebuah hotel di Ipoh malam tadi.

Walau bagaimanapun, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerusi kenyataanya malam tadi memberitahu BN negeri telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri.

“Justeru saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum kedudukan terkini dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk,” ujarnya.

Dibacakan Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa, selanjutnya Zambry berkata, tidak ada parti memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak berdasarkan keputusan PRU-14.

“BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria memberitahu syarat dalam kerjasama pembentukan kerajaan negeri tersebut termasuk tidak menghalang perjuangan Pas dalam Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Menegaskan peranan Pas sebagai ‘raja penentu’, Razman berkata kedudukan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi menjadikan Pas ‘kingmaker’ yang akan menentukan pembentukan kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat Pas Pusat esok (Jumaat), kita akan ada mandat daripada kepimpinan tertinggi dan selepas itu kita akan bawa mandat tersebut untuk membentuk kerajaan Perak,” jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas Perak di sebuah hotel di Ipoh semalam.

Gabungan BN-Pas membolehkan kerajaan negeri Perak ditubuhkan dengan majoriti mudah 30 kerusi berbanding PH 29 kerusi.

Bagaimanapun perbincangan secara tidak rasmi antara Razman yang memenangi kerusi Dun Gunong Semanggol dengan Saarani Mohamad itu mengundang rasa tidak puas hati rakyat Perak yang menolak BN.

Rata-rata mereka di media sosial termasuk penyokong Pas mempersoal pendirian politik Pas selain menggesa Pas mengambil sikap bersendirian daripada berkerjasama dengan BN.

Ada yang menganggap kepimpinan Pas membohongi penyokongnya apabila tergamak berkerjasama dengan parti yang mempunyai banyak kes rasuah.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang menggalakkan Pas-Umno bergabung bagi membuktikan hasrat kerjasama kedua-dua parti itu yang sebelum ini pernah didedah berlaku pasca PRU 2008.

Selain Razman, Pas menang di Dun N5 Selama yang diwakili Mohd. Akmal Kamarudin dan di Dun N6 Kubu Gajah melalui Khalil Yahaya dengan majoriti tipis masing-masing 289 dan 180 undi.

Kedua-dua Dun itu terletak di bawah Parlimen P56 Larut yang dimenangi calon BN, Hamzah Zainudin.

BN Perak umum akan tubuh k'jaan negeri. 

BN malam ini mengumumkan berjaya memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengarah komunikasi menteri besar sementara Nizam Isa berkata BN Perak akan berjumpa dengan Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.

"Saya ingin mengumumkan bahawa BN sudah memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

"Kami akan memohon untuk mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah untuk memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak," katanya dalam sidang media di Impiana Hotel, Ipoh.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak.

Beberapa jam lalu, PAS Perak mengadakan mesyuarat di Hotel Impiana, Ipoh bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan negeri Perak.
Razman berjubah bersalam dengan Shaarani di sebuah hotel di Ipoh malam tadi.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata syarat utama bekerjasama dengan PAS adalah parti sekutu tidak menentang atau menafikan perjuangan PAS berhubung isu Islam.

Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad juga dilihat hadir di hotel itu untuk berbincang dengan PAS.

Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.

HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmaker'.-malaysiakini

ref:
KERENGGA: Hampir pasti Pas ‘hidupkan’ Umno di Perak
Harga Pasaran Katak Melambung. 




.

Tiada ulasan: