Khamis, 3 Mei 2018

Rakyat zalim maka dapatlah pemimpin zalim. 7428.

Bila rakyat menzalimi diri sendiri. Apa lagi jika menzalimi orang lain.

Sebagai ibu bapa yang membodohkan anak, maka dapatlah anak-anak yang bodoh. Kata itu doa. Berbeza dengan ungkapan ibu bapa, contohnya yang berbunyi "anak bertuah" Janji Allah pasti.

Sebagai rakyat yang sukakan rasuah, maka Allah takdirkan dapatlah pemimpin korapsi. Bila adab orang Islam tidak terjaga maka dapatlah pemimpin yang tidak beradab. Cakap ikut suka dan lepas mulut.
Dapatlah kepala yang menyerlahkan dirinya cakap tidak selari dengan perintah dan larangan Allah. Maka Allah bukakan aib pemimpin sedemikian, supaya rakyat (Islam) nampak. Kau jaga lembu, jangan campur pasal kambing?

Wassalam.

Nota:

Ambil contoh Turki yang sebelumnya gagah dengan panji Islam ialah Era Pemerintahan Khalifah (Empayar Turki Uthmaniyyah dengan Kekhalifahan terakhir 1517 - 1924) ref: Empayar Uthmaniyah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas dan Allah takdirkan Mustafa Kemal Atatürk mengambil alih sebagai ketua Kerajaan Turki (Mustafa Kemal Atatürk - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas) Bukan seperti Turki sekarang dibawah Penguasa yang bernama Recep Tayyip Erdoğan (Recep Tayyip Erdoğan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasyang membawa Turki dekat pada Allah. 

p3C3q™: Kita tunggu 9 Mei 2018 - malam. 7427.

...

Tiada ulasan: