Sabtu, 5 Mei 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak megazetkan keputusan pilihan raya bahawa Menteri Besar Sementara Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi itu tanpa bertanding. 7448.


BERITA

Kerusi DUN Rantau digazet, Streram failkan saman

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Dalam satu kejutan perkembangan kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan, Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak megazetkan keputusan pilihan raya bahawa menteri besar sementara Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi itu tanpa bertanding. 
Ini didedahkan oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili calon PKR, Dr S Streram, yang berkata beliau hari ini menerima surat mengenai perkara itu daripada SPR yang bertarikh semalam. 

Haniff berkata sangat mendukacitakan bahawa SPR, yang mendakwa dirinya sebagai badan untuk mengawasi pilihan raya bersih dan adil, langsung tidak mempedulikan surat tuntutan daripada Streram yang dihantar Isnin lalu. 
"Pelbagai permintaan, tuntutan dan penjelasan yang penjelasan yang dipohon dalam surat Dr Streram, yang dialamatkan kepada SPR di Seremban dan ibu pejabatnya di Putrajaya langsung senyap. 

"Kami hanya menerima respon daripada SPR yang mengesahkan notis keputusan kerusi negeri Rantau telah digazet. Di bawah undang-undang, petisyen pilihan raya menurut Seksyen 38 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1953, saman hendaklah difailkan dalam masa 21 hari," katanya. 

Haniff juga mendedahkan bahawa pegawai pengurus pilihan raya dan SPR perlu bersedia berdepan saman misfeasans dalam jawatan pejabat awam serta petisyen pilihan raya kerana melanggar hak perlembagaan Streram. 

Difahamkan saman itu akan difailkan minggu depan.

ref: 
Kerusi DUN Rantau digazet, Streram failkan saman

Tiada ulasan: