Jumaat, 4 Mei 2018

Tun Dr Mahathir - hari ini. 7435.

Bismillahi Walhamdulillah. 
Qadha dan Qadhar Allah telah menetapkan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali bersatu di arena politik negara dengan Dato' Seri Diraja Anwar bin Dato' Ibrahim. Saling bermaaf-maafan. Alhamdulillah. 

Dengan bersangka baik gabungan Tun dan DSAI, tidak menjejaskan hubungan silaturrahim dengan pihak lain. Umpama bertentangan pendapat di Parlimen tetapi di luar hubungan silaturrahim terus terjaga baik. Aamiin. 

Tun dapat kawan baru dalam politik dan dengan wadah baru, In Syaa Allah tanpa membuang kawan lama dalam politik. Tentu nilai perjuangannya lebih berlainan dari yang dulu. Dari label parti pemerintah kepada label parti pembangkang. 

Apa pun yang penting ialah Malaysia terus tetap aman dan bukan sekadar cakap-cakap. 


Biduk lalu kiambang bertaut, begitulah adatnya. Kembali bersatu hati, menyusun gerakan, melupakan perselisihan, memaafkan kesalahan; demi masa depan negara. Kerana Malaysia milik kita bersama.
Selepas 20 tahun saling berseteru, Tun Dr Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saling berjabat tangan, bertukar senyuman. UMNO goyang teruk!
ref: 
Tun Dr Mahathir - Carian Google
Mahathir bin Mohamad - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Democratic Action Party - Siaran
anwar ibrahim - Carian Google

...

Tiada ulasan: