Sabtu, 30 Jun 2018

Antara salahkan diri sendiri dengan salahkan pihak lain. Jadi imej individu. 7819.


.
DSNajib lepaskan jawatan Presiden Umno. DSH2O enggan bertanding menamatkan kesinambungan politik keluarga Allahyarham Dato On Jaafar dalam Umno.

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 12:15pm
Bharian Berita Politik Oleh Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my

Takut Presiden punca UMNO kalah
PENGERUSI Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Terlalu mengutamakan Presiden, takut berkata benar dan menyerang negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara punca UMNO serta Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak takut berkata benar dan Presiden tidak mahu mendengar kebenaran.

"Saya masih ingat ketika kisah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula-mula timbul apabila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO kini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

"Bagaimanapun, selepas itu saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak Presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

"Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden, mendukung saja beliau," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansari Resort, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, UMNO leka dan terpesong dari perjuangan sebenar iaitu memperjuangkan hak rakyat.

"UMNO memilih untuk tidak mempedulikan keluh kesah rakyat, kita tahu cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membebankan, kita tahu kos sara hidup meningkat dan kehidupan rakyat semakin terdesak.

"Kita ada semua petunjuk dan data menunjukkan semua ini mengurangkan dengan deras sokongan rakyat kepada kita, tetapi kita memilih untuk tidak ambil pusing dan akur dengan keputusan Perdana Menteri.

"Sebaliknya, UMNO mencaci, mengungkit dan mempersendakan keturunan bekas Presiden dan Perdana Menteri (Dr Mahathir), menyebabkan rakyat tidak menyokong kerajaan," katanya.

Menurutnya, UMNO harus mengaku tidak tahu bagaimana berhadapan bekas pemimpin (Dr Mahathir) ketika itu.

Katanya, tidak boleh dinafikan ia antara sebab utama khususnya orang Melayu menolak UMNO pada PRU lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, antara faktor lain BN dan UMNO tewas adalah kerana kegagalan berbakti kepada bangsa dan rakyat Malaysia.

Menurutnya, UMNO mengungkit orang Melayu perlu berterima kasih kepada UMNO dan bukan sebaliknya.

"Kita jadikan UMNO jalan untuk mencari pengaruh, nama dan kekayaan, ini kesilapan yang mesti kita akui," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443385/takut-presiden-punca-umno-kalah

BERITA » Politik Jumaat, 29 Jun 2018 | 11:26pm
Bharian Berita Politik Oleh Mohd Iskandar Ibrahim; Ahmad Suhael Adnan dan Arfa Yunus cnews@nstp.com.my

Sifat berlagak, sombong punca UMNO tewas

Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di kediamannya di Jalan Langgak Golf, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiga calon Presiden UMNO berbeza pandangan mengenai kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, percaya sifat berlagak dan sombong pemimpin UMNO antara punca utama kekalahan parti itu 9 Mei lalu.

"Ada antara pemimpin kita yang berlagak sombong, ekstremis serta seolah-olah macam elitis, tidak mahu bergaul, bercampur orang ramai dan rakyat susah untuk berjumpa mereka.

"Masa nak undi, sanggup turun ke bawah tetapi selepas dipilih, bergaya hidupnya, menunjuk-nunjuk ada harta lebih daripada biasa. Apa semua ini? Disebabkan ini, mereka marah kepada kita (UMNO)," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh, berkata ahli dan pemimpin UMNO perlu didoktrin untuk memahami makna politik wang yang bukan sahaja sudah menjadi barah, malah budaya hidup dalam parti itu.

Beliau berkata demikian pada program Debat Calon Presiden UMNO, yang disiarkan di Astro Awani, hari ini.

Selain Tengku Razaleigh, debat itu turut disertai dua lagi calon iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy pula berkata, UMNO tewas kerana kepincangan serta masalah penyelewengan yang terpalit pada pemimpinnya dan kemerosotan undi bukan sahaja berlaku dalam kalangan pengundi muda, malah membabitkan saluran pengundian, termasuk pengundi pos.

"Hakikatnya, UMNO terpaksa menanggung skandal besar. Air di hulu keruh, ditapis macam mana sekalipun tetap akan kotor," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berpendapat, kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 adalah akibat prestasi tidak cemerlang rakan komponen yang sekadar memperoleh tiga kerusi Parlimen di Semenanjung.

"Kita perlu melihat pada realiti dan undi popular yang memaparkan kita memperoleh 45 peratus dan kegagalan ini dilihat kerana parti komponen lain hanya memenangi tiga kerusi.

"Kita perlu mempraktikkan tanggungjawab secara kolektif dan membuat perubahan bersama-sama, bukan menuding jari semata-mata.

"Kita juga perlu mengatasi masalah sabotaj kerana saya difahamkan ada pemimpin di akar umbi yang berkecil hati kerana tidak terpilih sebagai calon pilihan raya," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443278/sifat-berlagak-sombong-punca-umno-tewas

UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya. 7218.
UMNO sendiri pun sebenarnya begitu mementingkan jumlah yang ramai dalam program-program yang diadakannya, terutama jika melibatkan kehadiran Perdana Menteri.

Untuk itu, adalah perkara biasa - dulu, kini dan selamanya - bagi UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala pelajar sekolah, penuntut universiti, pegawai kerajaan, guru-guru dan peneroka Felda turut dikerah hadir semata-mata untuk mencipta berita palsu kononnya program yang diadakan itu  mendapat sambutan ramai dan pemimpin yang berucap begitu digila-gilakan oleh rakyat.

Oleh kerana Salleh Said Keruak sudah pandai memperlekeh kehadiran yang ramai dengan mengatakan ia tidak menggambarkan undi yang banyak, maka UMNO wajib berani berubah mulai sekarang.

Usah lagi menyediakan bas, membayar upah kehadiran, memberi elaun makan, duit poket dan sebagainya dalam mana-mana program UMNO, terutama yang dihadiri oleh Najib.

Biarkan saja mereka yang mahu hadir datang secara ikhlas dan sukarela serta tanpa paksaan. 

Nota:
Itu belum campur aktiviti upah cybertrooper, samseng rempet mengganggu ceramah pihak lawan dengan upah petrol bagai. 

Sumber:
UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya. 7218.

Kepala Umno
Setakat 3:41 petang dapat gambar seperti gambar di atas, bila klik sumber di bawah. 

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443361/kj-catat-undi-tertinggi

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 12:05am
Bharian Berita Politik Oleh Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Sabotaj menjelang pemilihan UMNO Bagan
Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Bagan, Mohamad Afendi Azni (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Bagan, Shahbani Mat Diasa menunjukkan surat pemecatan ahli dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu serta laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

KEPALA BATAS: Dua calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bagan, meminta pemilihan serta mesyuarat bahagian itu ditangguhkan sementara selepas kedua-duanya dipecat tanpa alasan munasabah.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan, Mohamad Affendi Azni dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bagan, Shahbani Mat Diasa, mendakwa menerima surat pemecatan itu kurang 24 jam dari sesi pemilihan yang akan berlangsung esok.

Mohamad Affendi yang mahu bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian Bagan berkata, beliau terkejut apabila menerima surat berkenaan yang menyatakan beliau dan Shahabani melanggar perlembagaan parti tanpa menyatakan alasan kukuh.

"Lebih menghairankan, surat pemecatan ini tidak dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO tetapi dari UMNO negeri dan bahagian Bagan sendiri.

"Ia menyebabkan saya tidak berpuas hati, apatah lagi nama saya juga sudah disahkan bertanding untuk jawatan ini oleh UMNO Pusat," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.

Mohamad Affendi berkata, beliau dan Shahbani yang bertanding Naib Ketua Bahagian membuat laporan polis kerana mendakwa surat pemecatan berkenaan tidak mengikut perlembagaan parti.

"Apa yang saya lihat, ini hanya sebagai percubaan untuk menghalang kami berdua daripada bertanding.

"Kami tetap akan pergi pada pemilihan esok untuk bertanding dan sekiranya kami tidak dibenarkan juga bertanding, kami minta pemilihan itu ditangguhkan demi masa depan parti yang kini dalam proses pemulihan," katanya.

Sementara itu, Shahbani berkata, hanya Lembaga Disiplin UMNO yang berhak memecat ahli.

"Tindakan UMNO negeri dan UMNO Bagan ini yang memecat saya dan Affendi pada saat akhir pemilihan dilihat ada sesuatu yang tidak kena dan menimbulkan rasa curiga.

"Jadi, kami minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini supaya pemilihan yang berlangsung dalam bahagian ini dapat dijalankan dalam keadaan bersih tanpa wujud sebarang unsur sabotaj," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443294/sabotaj-menjelang-pemilihan-umno-bagan

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 2:41am
Bharian Berita Politik Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

Jangan cemari pemilihan dengan politik wang - KJ

Jamaluddin serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiada dalam gambar) di Astro Awani, Bukit Kewangan. - Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin, bimbang kemungkinan pemilihan parti itu dicemari amalan politik wang di saat akhir pemilihan.
Biarpun mengakui berpuas hati dengan perjalanan pemilihan setakat ini, beliau menegaskan, setiap perwakilan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak terjebak politik wang dalam memilih calon tertentu.
"Ya, saya ada mendengar perkara yang agak membimbangkan (politik wang).
"Tapi, saya amat berharap apa yang saya dengar itu tidak betul dan dalam pemilihan kali ini tidak berlaku perbuatan 'beli undi' daripada perwakilan," katanya pada sidang media selepas program Debat Calon Presiden UMNO, yang disiarkan di Astro Awani, malam tadi.
Debat itu turut disertai dua lagi calon iaitu Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Khairy berkata, biasanya perbuatan membeli undi berlaku di saat akhir pada pemilihan UMNO dan ia perlu dihapuskan sama sekali untuk memastikan perwakilan dapat memilih dengan bebas tanpa ditekan atau dipaksa.
"Sama ada hal itu betul atau tidak, kita mesti pastikan kesahihan pelbagai maklumat yang didapati.
"Saya berpendapat semua tumpuan ramai kini pada UMNO untuk melihat proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini bersih dan telus," katanya sambil menjelaskan beliau berpendapat amalan politik wang dalam UMNO sudah berjaya dikurangkan dengan begitu signifikan.
Khairy turut mengulangi pendiriannya yang beliau tidak sesekali akan meninggalkan UMNO jika tewas dalam pemilihan presiden, sebaliknya akan terus menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan.
Katanya, cabaran utama Presiden UMNO yang dipilih bukan saja untuk mengembalikan keyakinan rakyat, malah wakil rakyat parti itu sendiri, sekali gus mengelakkan mereka daripada meninggalkan parti.
"Saya berpandangan, punca utama kita kehilangan (wakil rakyat) Bagan Serai dan Bukit Gantang adalah kerana mungkin dalam keadaan ketiadaan kepimpinan.
"Sebab itu, bila presiden parti dipilih hari ini, tugas utama adalah untuk memanggil dan berbincang dengan semua wakil rakyat UMNO yang terpilih sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dengan segera untuk meyakinan mereka bahawa kita boleh 'survive' sebagai pembangkang.
"Mereka perlu diyakinkan kita mempunyai agenda yang jelas untuk sama-sama membina semula kekuatan parti dalam masa lima tahun lagi dan mendapatkan komitmen sertabsokongan mereka supaya tidak meninggalkan parti," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Bagan Serai iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, mengisytihatkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menjadi wakil rakyat bebas.
Dalam pada itu, Khairy enggan terlalu optimistik biarpun undian di media sosial memihak kepada beliau dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada perwakilan.
Katanya, beliau memanfaatkan masa singkat untuk berkempen, termasuk menjelajah ke seluruh negara menemui ahli parti di cawangan dan bahagian.
"Setiap calon perlu ada keyakinan untuk menang. Saya berkeyakinan bahawa keajaiban boleh berlaku esok dan ahli di bawah mahukan saya untuk melakukan perubahan.
"Saya nak pesan..jangan pekak kehendak rakyat. Kita nak pilih pemimpin UMNO yang boleh kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
"JIka rakyat sudah menyatakan kehendak mereka, ia sepatutnya diberi perhatian oleh perwakilan dan mereka mesti memberanikan diri bawa perubahan," katanya.
Sementara itu, Tengku Razaleigh menekankan pentingnya peluang diberi kepada muka baharu dan golongan muda yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin UMNO.
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443313/jangan-cemari-pemilihan-dengan-politik-wang-kj

.
HOME MALAYSIA Published 10 minutes ago on 30 June 2018
By Ram Anand

Zahid takes early lead in Umno presidential polls
Umno presidential candidate Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi casts his vote during the Umno delegates meeting in Bagan Datuk June 30, 2018. — Picture by Farhan Najib
Umno presidential candidate Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi casts his vote during the Umno delegates meeting in Bagan Datuk June 30, 2018. — Picture by Farhan Najib

KUALA LUMPUR, June 30 — Acting president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has taken an early lead in the Umno presidential election today as initial results from divisions nationwide started streaming in at 3pm.

According to the Twitter account set up by the party for their internal election, Zahid has been picked as the choice for president in six divisions so far.

Former Youth chief Khairy Jamaluddin has three votes, while party veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah has one vote.

The three of them are considered main contenders in a five corner battle for Umno presidency.

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1647219/zahid-takes-early-lead-in-umno-presidential-polls?



n.
HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n
.


Tiada ulasan: