Ahad, 3 Jun 2018

“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis.” (Imam al Ghazali) 7749.



3 Golongan Yang Pertama Masuk Neraka 

Telah dirawayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang dirawayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk nereka. Siapakah mereka? 

Hadis ini telah diceritakan oleh Sayyidina Abu Hurairah (RA). Pernah dikisahkan seorang tabiin datang bertemu dengan beliau lalu bertanya 

"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."

Maka, Abu Hurairah RA menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi! Setelah sedar, beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga!

Apakah hadis itu?

(Golongan yang pertama)


"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut

Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?

Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. Nauzubillahminzalik  

(Golongan yang Kedua)



Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmumengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Juga, golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang alim' ulama, telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari popularity. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. Nauzubillah


(Golongan yang Ketiga)


Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya 

Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab nauzubillah.

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Allah selamatkan kami semua dari Neraka Nya. Dan ampunkan dosa kami dan memberikan Syurga Nya. Tabarakallah. Wallahualam bisawab

ref: 

Team Tazkirah: 3 Golongan Yang Pertama Memasuk Neraka
Khamis, 27 Februari 2014 
Kata-kata Hikmah Imam al Ghazali.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

In Syaa Allah. Supaya petang ini dah hari-hari kehidupan kita tidak sia-sia, mari kita dalami ilmu kerana Allah Subhanahuwatalla. Aamiin

Kata Kata Hikmah Imam Al Ghazali


Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia. 
(Imam al Ghazali)

"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam 

untuk mengumpul harta kerana takut miskin. 
Maka dialah orang miskin." - (Imam al-Ghazali)
---------------------------------------------
Seorang lelaki yang berakhlak buruk menzalimi dirinya sendiri. (Imam al Ghazali)

Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. (Imam al Ghazali)

Kebahagiaan terletak kepada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al Ghazali)

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati, cintailah kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. (Imam al Ghazali)

Bersungguh–sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. (Imam al Ghazali)

Barangsiapa yang memilih harta dan anak–anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya dia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. (Imam al Ghazali)

Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak. (Imam al Ghazali)

Jangan brteman dengan teman yang hanya ada ketika sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu dibelakang hari - (Imam al Ghazali)

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali)

Bersikap tawadduklah dalam segala bidang pergaulan. (Imam al Ghazali)

carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. (Imam al Ghazali)

'Salah satu ketentuan Allah SWT yaitu dengan berdo'a , karena do'a sebab dari tertolaknya bala" (Imam al Ghazali)

Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu. (Imam al Ghazali)

Yg ditunggu ALLAH swt itu 'taubat' Sesungguhnya ALLAH sngt menyukai hamba hamba-Nya yang bertaubat dari maksiat dan perbuatan dosa. (Imam al Ghazali)

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. (Imam al Ghazali)

Rusaknya negara krn rusaknya penguasa. Rusaknya penguasa krn rusaknya ulama. Dan, rusaknya ulama krn rusaknya hakim. (Imam al Ghazali)

Yang menenteramkan hati itu 'teman sejati' Jadilah teman sejati yang selalu ada untuk seseorang dalam suka dan duka. (Imam al Ghazali)

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah' Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai menjaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

Pilih kawan yang berakal jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati - (Imam al Ghazali)

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa. (Imam al Ghazali)

Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang lainnya. (Imam Al Ghazali)

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam al Ghazali)

"Kamu mesti meyakinkan hati bahawa apa yang Allah telah menetapkan yang paling sesuai dan paling bermanfaat untuk kamu." (Imam al Ghazali)

Siksa buat ulama adlh kematian mata hatinya: ketika mrk memburu dunia melalui amalan akhirat - (Imam al-Ghazali)

"Semua orang-orang yang kamu bimbang tentang mereka, Adakah mereka yang mencipta kamu?" - (Imam al Ghazali)

Taqwa adalah menjalankan perintah-perintah Allah yang Maha Tinggi dan berpaling dari apa yang Allah telah dilarang (Imam al Ghazali)

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)

"Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, kamu mesti bersabar dengan apa yang anda benci ..." - (Imam al Ghazali)

Peringkat pertama ikhlas itu adalah bahawa perbuatan ketika kehidupan perindu dan ketika di awam kamu hendaklah sama"- (Imam al-Ghazali)

Yang Besar itu Nafsu, Yang Berat itu Amanah, Yang indah itu Solat, Yang dekat itu Mati... (Imam al-Ghazali)

"Jika kamu melihat seorang ulama mengumpat ulama lain, elakkan dia." - (Imam al-Ghazali)

Celakalah bagi orang yang jahil untuk tidak belajar. Celakah bagi ulama seribu kali untuk tidak mengamalkannya. (Imam al Ghaali)

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu liang kubur ، penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu. (Imam Al Ghazali)

"Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya Pemimpin" (Imam al Ghazali)

'Jika seorang lelaki tidak tahu dirinya sendiri, yang merupakan perkara yang paling dekat dengannya, maka apa yang penggunaan dia mendakwa tahu orang lain' (Imam al Ghazali)

"Aku akan mencari ilmu hanya karena Allah, dan aku tidak akan mencari jika untuk selain Allah"- (Imam al Ghazali)

Orang-orang yg mempunyai hati mengetahui.. Kebahagian takkan tercapai kecuali dengan 'Ilmu & Ibadah (Imam al Ghazali)

"Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam utk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah org miskin." - (Imam al-Ghazali)

Yang mendorong ke neraka itu 'lidah' Salamatul insan fi khifdhil lisan. Akan selamat manusia jika ia pandai menjaga lidahnya. (Imam al Ghazali)

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – (Imam al-Ghazali)

Orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan sangat harum. - (Imam al Ghazali)

Aku hairan dengan manusia yang selalu mencuci mukanya, tapi tidak selalu mencuci hatinya. (Imam Al Ghazali)

"Sesungguhnya Kebanyakan Jeritan Penghuni Neraka Adalah Disebabkan oleh Penangguhan Taubat... Allahu Akhbar :') - (Imam al-Ghazali) 

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali) 

Makhluk paling mulia ialah manusia, Bahagian yang termulianya HATI ~ Imam Al Ghazali (ahli teori filosofi muslim persia)

Yang Paling Dekat dgn kita adh "MATI" Yang Paling Jauh dgn kita adh "MASA LALU" Yang Paling Besar di dunia ini adh "NAFSU" (Imam al Ghazali)

“Nafsu menjadikan hamba daripada raja-raja dan kesabaran menjadikan raja-raja daripada hamba." - (Imam al Ghazali)

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” (Imam al Ghazali)

Imam al Ghazali mengingatkan kita “Syaitan itu selalu menampakkan keburukan dalam bentuk kebaikan.”

“Dalam penciptaan alam semesta, tiada yang lebih hebat  dari yang telah diciptakan.” (Imam al Ghazali)

Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka. - (Imam al Ghazali)

“Ulama yang sebenar, dia tidak akan berdamping atau bersama dengan pemimpin yang zalim." (Imam al Ghazali)

Orang yang rasa dirinya TIADA dosa . Itu tanda sebenarnya , dia BANYAK dosa " - (Imam al Ghazali)

Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu. (Imam al Ghazali)

“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis.” (Imam al Ghazali)

Pelajari Ilmu Syariat untuk menunaikan segala perintah Allah dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti - (Imam al Ghazali)

#takpernahundiumno
#menyesalundiumno?
ref: 
Team Tazkirah: Kata Kata Hikmah Imam Al Ghazali

Mufti dunia ...abaikan. Dsn pun xpernah ditegurnya. Klu ditegur tentu dsn xjadi mcm sekarang diaibkan. dsn berkata kesat mufti pahang tuu ada tegur x? bkn apa cakp bukan-bukan dibimbangi Allah pulangkan kpd yg empunya diri. Nauzubillahminzalik. Mufti dunia dan akhiran xkan merencana hal double standard. Aamiin

BERKENAAN ATOK LANCAR TABUNG PAKATAN HARAPAN 

MUFTI BANTAH TABUNG HARAPAN MALAYSIA
By watan May 31, 2018 

Kerajaan tidak perlu menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi mengutip derma rakyat untuk meringankan bebanan hutang negara, ujar Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.


Menurutnya walaupun tindakan mengutip derma bagi membantu negara tidak dilarang oleh syarak, namun perkara tersebut perlu merujuk kepada konteks semasa dan situasi yang tertentu.


“Dari segi syarak memang dibolehkan, tidak salah untuk membantu macam zaman Rasulullah SAW masa di Madinah, masyarakat menghulurkan derma bagi membantu negara.


“Tapi itu dalam keadaan negara baru yang tidak mempunyai apa-apa selain sesama umat Islam.


“Tetapi jika kita lihat dalam konteks (Malaysia) sekarang tidak perlu (kutip derma) sebab kekuatan ekonomi kita bukan berada pada tahap yang sangat lemah,” katanya ketika dihubungi wartawan Watan Online pada Khamis.


Mengulas lanjut, beliau yakin sumber cukai dan perolehan kewangan negara yang sedia ada masih memadai untuk menggerakkan ekonomi dan melunaskan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.


“Tapi kalau kita lihat sekarang ini bagi saya kita dah kutip cukai, itupun salah satu cara untuk bantu kerajaan, makna cukai itu sepatutnya sudah mencukupi,” katanya.


Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.


Menurut beliau, perkara tersebut dilihat bertentangan dengan masalah hutang negara yang dialami sehingga perlu mewujudkan tabung derma tersebut.


“Kita nampak mereka keluar peruntukan besar untuk siarkan perlawanan bola sepak. Sepatutnya tak payah dalam keadaan sekarang.


“Peruntukan untuk bola sepak dan hiburan lain itu sahaja sudah mampu selamatkan jumlah wang yang besar untuk disalurkan kepada hutang negara tadi,” katanya yang merujuk kepada pengumuman Menteri Kementerian dan Komunikasi, Gobind Singh Deo mengenai penyiaran 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM yang menelan belanja sebanyak RM40 juta.


ref: 

Fairol Anuar Dahlan 



Contoh: niat malukan orang (Rakyat Malaysia) akhirnya se Malaysia dan se Dunia tahu dan terbongkar rahsia. Sebab Allah tidak lagi lindungi aibnya. 
....................
















Tiada ulasan: