Jumaat, 22 Jun 2018

“Kehidupan dunia hanyalah Kesenangan yang memperdaya.” (QS. AL 'IMRAN (3) : 185) 7800.


Bismillahirrahmanirrahim 

Al-Quran mengajak kepada perpaduan, bukannya perpecahan. 

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat: ayat 13)

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud:

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86)

“Kehidupan dunia hanyalah Kesenangan yang memperdaya.” (QS. AL 'IMRAN (3):185)

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” (Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla. 

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

1) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 38 


رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ 

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan.” 

2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250 


رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir.” 

3) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 147 


رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِىٓ أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.” 

4) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 8 


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.” 

5) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 16 


رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka.” 

6) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 193 & 194 

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ  

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, & janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” 

7) Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu).” 

8) Surah Asy-Syu'araa', Ayat: 83~85 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yg harum) dlm kalangan orang2 yg dtg kemudian; "Dan jadikanlah daku dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.”

9) Surah An-Naml, Ayat: 19 

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh.” 

10) Surah Al-A'raaf, Ayat: 23 

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi.” 

11) Surah Al-A'raaf, Ayat: 151 

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani.” 

12) Surah Hud, Ayat: 47 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi.” 

13) Surah Ibrahim, Ayat: 40 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” 

14) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 109 

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” 

15) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 118 

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!.” 

16) Surah Al-Hasyr, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” 

17) Surah Al-Mumtahanah, Ayat: 4~5 

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

18) Surah At-Tahriim, Ayat: 8 

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 

19) Surah Nuh, Ayat: 28 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!.” 

20) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 89 

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” 

21) Surah Al-Baqarah, Ayat: 286 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” 

22) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 83 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”

23) Surah Az-Zukhruf, Ayat: 13~14 

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!.” 

24) Surah Al-Kahf, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.” 

25) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 87 

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

26) Surah Al-Baqarah, Ayat:127 

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

27) Surah Al-Israa', Ayat: 80 

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” 

28) Surah Taha, Ayat: 25~28 

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku.” 

29) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 97~98 

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” 

30) Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” 

31) Surah Al-Furqaan, Ayat: 74 

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” 

32) Surah Al-Furqaan, Ayat: 65 

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.” 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 

Maksudnya: Wahai Zat Yang Membolak Balikan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

"FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN"  Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?.”  

Muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah Subhanahuwatalla.






DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA  DI PADANG MAHSYAR          =======================================
1.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu tetangga. 

2.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam sholatnya. 

3.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking karena di dunia mereka tidak membayar zakat. 

4.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah karena ketika berniaga/berdagang, mereka suka menipu. 

5.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai karena ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi, kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus karena ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu. 

7.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah karena selalu berdusta ketika di dunia.     
     
8.🌺  Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan kemaluannya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air karena ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.      
    
9.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api karena ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.    
      
10.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta karena ketika hidup di dunia dia durhaka kepada orang tuanya.   
    
11.🌺  Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kotoran karena ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
         
12.🌺  Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melewati sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal sholeh, meninggalkan maksiat dan menjaga sholat lima waktunya dengan berjama'ah.          

Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;          
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.
         
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA.
         
‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’

Islam di Malaysia. 
BharianKolumnis2018
Kolumnis
Jumaat, 22 Jun 2018 | 7:09am

Perlembagaan iktiraf hak, kuasa Agong pertahan maruah Islam
Oleh Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz
cnews@nstp.com.my
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara

Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

Hal ini jelas disebut di bawah Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(2) ini, antara lain, menyatakan dengan jelas sekali bahawa, "Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat."

Seperti dinyatakan juga dalam Perkara 3(2) di atas, bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama bagi negeri-negeri itu. Empat buah negeri yang tidak mempunyai Raja ialah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, bagi negeri ini dinyatakan di bawah Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa: "(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu".

Ketua Agama Islam

Sementara itu, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam. Hal ini dinyatakan dalam Perkara 3(5): "Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;..."

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dan tidak ditadbir oleh negeri. Wilayah Persekutuan bukan negeri seperti dalam maksud Perkara 1(2) yang menyatakan, "Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu."

Sementara itu, Perkara 1(4) pula menyatakan, "Wilayah bagi negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 (Akta A206) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 (Akta A1095) dan wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 (Akta A585), dan semua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi wilayah-wilayah Persekutuan".

Pentadbiran Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak ditadbir oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah Yang di-Pertuan Agong.

Oleh kerana Wilayah Persekutuan itu bukan sebuah negeri, ia tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. Segala undang-undang bagi Wilayah Persekutuan adalah dibuat oleh Parlimen dan Parlimen bertindak sebagai badan perundangan bagi Wilayah Persekutuan.

Undang-undang berkaitan Islam

Kuasa dan bidang kuasa Parlimen berkaitan Wilayah Persekutuan, termasuklah dalam hal gubalan undang-undang berkaitan Islam.

Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3(5) menyatakan, antara lain, "...dan bagi maksud ini (iaitu bagi maksud Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam) Parlimen boleh menerusi undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam".

Justeru, adalah jelas dalam Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan ini bahawa Kerajaan Persekutuan juga mempunyai peranan tertentu yang perlu dimainkan dalam hal berkaitan Islam bagi maksud Wilayah Persekutuan. Parlimen menggubal akta berkaitan Islam, dari segi perundangan dan pentadbirannya Islam di Wilayah Persekutuan adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

Bagi maksud gubalan undang-undang, hal berkaitan Islam bagi tujuan Wilayah Persekutuan ada disenaraikan dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan pada Seksyen 4(k), yang menyatakan, bahawa Parlimen mempunyai kuasa perundangan berkaitan "Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk (k) Penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang Persekutuan;"

Dalam hal ini, Pejabat Peguam Negara juga perlu memainkan peranan dalam hal berkaitan gubalan perundangan mengenai Islam di peringkat Persekutuan. Ia seumpama Pejabat Penasihat Undang-Undang pada peringkat negeri.

Dalam keadaan ini, bagi urusan berkaitan pentadbiran dan perundangan Islam, termasuk juga kemajuan dan pendidikan Islam dalam Wilayah Persekutuan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pelaksanaan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, Wilayah Persekutuan mempunyai susunan pentadbiran seumpama di negeri-negeri. Sebuah Majlis Agama Islam, seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3(5), perlu diwujudkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Lantikan mufti

Untuk pelaksanaan tanggungjawab berkaitan Islam, Akta Pentadbiran Agama Islam ialah akta utama. Akta ini memperuntukkan, antara lain, penubuhan Majlis Agama Islam, lantikan mufti dan pelbagai perkara lain berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam.

Jelas daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan juga tidak kurang peranannya dalam pelaksanaan hal berkaitan Islam, terutama berkaitan perundangan Islam, dengan Parlimen sebagai badan perundangan bagi Wilayah Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan hendaklah juga, sebagaimana diharapkan daripada kerajaan negeri, untuk memastikan dasar pentadbiran pada peringkat Persekutuan bersifat memudahkan, sekali gus memastikan segala tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan perundangan Islam dihayati.

Bagi Yang di-Pertuan Agong pula, amanah yang digalas oleh baginda pada peringkat Wilayah Persekutuan juga seumpama amanah yang baginda galas di negeri baginda sendiri.

Sementara itu, kerajaan bagi negeri-negeri tanpa Raja, sebagaimana dinyatakan di atas, hendaklah juga sentiasa mengambil perhatian bahawa, segala urusan berkaitan Islam, termasuk pentadbiran, perundangan, pendidikan serta apa jua hal tidak boleh mengetepikan peranan Yang di-Pertuan Agong.

Agensi agensi Islam di negeri terbabit perlulah membuat tindakan wajar untuk merealisasikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi negeri berkenaan.

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ref:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/06/440229/perlembagaan-iktiraf-hak-kuasa-agong-pertahan-maruah-islam

Ada ke sesape yg blum pernah pegi ke Taman Safari Bukit Gambang? Kalau belum la, saya nak nasihatkan la kalau boleh elakkan dari berkunjung atau masuk ke tempat tersebut. Ini pengalaman yg saya lalui sendiri. Semasa masuk ke dlm tmn safari, kita diminta naik trak yg disediakan. Trak tersebut akan melalui pintu² khas. Setiap pintu menempatkan pelbagai jenis haiwan dari haiwan mangsa sampailah ke haiwan pemangsa. Semasa masuk ke dlm tu, apb sampai di pintu haiwan pemangsa kami semua excited sgt utk melihat haiwan² spt dubuk, harimau dan singa. Sedg asyik leka memerhati haiwan² tersebut, tiba² pintu jeriji trak terbuka menyebabkan salah seorg yg berada dlm trak tu terjatuh. Budak pompuan dlm 10 tahun kot. Kami semua terpaku dan panik sgt². Kami semua x terdaya nak tolong krn telah diberi arahan agar x buat bising. Bising hny akan menarik perhatian haiwan dan akan membuatkan mrk bertindak lebih agresif. Yg pompuan hny mampu menangis melihat budak yg jatuh tu krn haiwan² liar tu dah mula mngelilingi mangsa dan hny tggu saat je nak terkam. Tiba² singa yg paling besar mnghampiri mangsa lalu berkata: "jgn risau, kami semua tgh puasa 6 skrg." Selamat menjalani ibadah puasa 6. Maaf, Zahir dan Batin
















Tiada ulasan: