Isnin, 18 Jun 2018

Peruntukan tersebut habis dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai setengah tahun, iaitu sehingga April tahun ini. 7780.



TV ONLINE: 

Watch Astro Awani Live Streaming - Astro Awani, TV1, TV2, TVIKIM dll.RADIO ONLINE: 
Ria FM, 89.7 FM, Caldecott Hill Estate, Singapore | Free Internet Radio | TuneIn
Tun PM di Jepun. 
MONDAY, JUNE 18, 2018

‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga 
Oleh Robin Augustin 
Sampah sarap yang ditinggalkan peniaga bazaar Ramadhan 
di Jalan Masjid India. (Foto Ameer Ali Mydin)
Pengerusi persatuan peniaga tempatan, Ameer Ali Mydin bercerita tentang 'ugutan fizikal' diterimanya bila beliau 'membuat bising' berkaitan masalah itu. 

PETALING JAYA: Terdapat kumpulan “mafia” yang menguasai bazaar tahunan sempena bulan Ramadhan di Jalan Masjid India, kata peniaga tempatan yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu. 

Ameer Ali Mydin, pengerusi Persatuan Peniaga Masjid India berkata, “Ada ‘mafia’ di situ. Kalau ada yang buat aduan, dia akan ‘habis'”. 

Ameer berkata beliau pernah diugut secara fizikal sebelum ini “hanya kerana saya buat bising tentang masalah itu”. 

Katanya kepada FMT, “Tidak ada tindakan diambil. Semua orang nak jadi ‘hero’ dan menafikan mereka tidak berbuat apa-apa semasa krisis itu berlaku. Jadi apakah bezanya antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan? Nampaknya tidak ada sesiapa pun dapat menghentikan perkara karut ini.” 

Ameer berkata, beliau mendesak Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun supaya segera melawat kawasan itu untuk memahami keadaan dihadapi, pada waktu sebuah “persatuan” bertindak menjual lot perniagaan di situ sejak bertahun-tahun. 

Fong kini berhadapan kontroversi selepas media melaporkan anggota Pemuda PPBM, Noorhisyam Abd Karim mendapat untung berkali ganda dengan mengenakan sewa sehingga RM5,000 bagi satu daripada 80 lot yang dilesenkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), walaupun agensi itu hanya mengenakan sewa lesen dan caj lain berjumlah RM6,000 untuk semua lot tersebut. 

Fong mendakwa beliau mengeluarkan surat sokongan kepada Noorhisyam ialah bagi membantu peniaga yang tidak mempunyai lesen membuka gerai di bazaar Ramadhan itu. 

Ameer berkata, beliau menerima maklum balas “sewa” gerai berkenaan boleh mencecah sehingga RM18,000 pada minggu terakhir sebelum Hari Raya. 

Pegawai pelesenan DBKL berkata, beliau pada mulanya menolak permohonan bazaar berkenaan, tetapi membatalkan keputusan tersebut setelah menerima surat sokongan Fong. Ahli Parlimen itu berkata namanya telah disalah guna. Ameer berkata, pembantu Fong, Sally Sian, tidak memahami keadaan apabila meminta peniaga tampil membantu siasatan mengenai aduan terhadap Noorhisyam. 

DBKL sepatutnya tidak meluluskan permohonan untuk bazaar itu,” kata Ameer. Katanya, DBKL gagal mengurus bazaar berkenaan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan pembuangan sampah merata-mata. DBKL perlu memikul tanggungjawab dan tidak bersembunyi di belakang ahli politik, tambah beliau.

ref: 
al- Husseyn: ‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga

MONDAY, JUNE 18, 2018
Peguam: Tak boleh beri Jho Low kekebalan kerana dia ‘suspek utama’
Oleh V Anbalagan 
PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Low Taek Jho yang sedang diburu pihak berkuasa, mungkin mencari kekebalan daripada pendakwaan jenayah sebagai pertukaran untuk memberi maklumat kepada pasukan petugas menyiasat 1MDB, kata seorang peguam.

Datuk N Sivananthan percaya ini tidak boleh diterima Malaysia kerana tidak mahu pesalah utama itu terlepas daripada sebarang hukuman.

“Secara jujurnya, dia perlu dihadapkan ke mahkamah kerana dia ialah watak utama yang terbabit secara langsung dengan kehilangan dana 1MDB,” katanya kepada FMT.

Sivananthan mengulas laporan Wall Street Journal yang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran untuk penyiasat Malaysia mengambil keterangan Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low di Dubai. Menurut laporan itu, keputusan Dr Mahathir itu disampaikan melalui orang tengah.

Sivananthan yang juga peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, percaya hanya menunggu masa sebelum Jho Low ditahan Interpol atau pihak berkuasa di negara yang menjadi tempat perlindungannya, sebelum diserahkan kepada Malaysia.

Jho Low dipercayai berada di Taiwan atau Macau dan Malaysia tidak boleh membawanya pulang kerana tiada perjanjian ekstradisi dibuat dengan negara itu. 9 Katanya, disebabkan sudah ada notis merah dikeluarkan Interpol ke atas Jho Low, polis di negara itu boleh menahannya dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Malaysia.

Sivananthan berkata, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu boleh ditahan jika Malaysia membuat perjanjian ekstradisi dengan negara Jho Low berada. Low dan 4 individu lain diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas dakwaan AS$4.5 bilion diseleweng dari 1MDB antara 2009 dan 2015. 

Minggu lalu, SPRM meminta Jho Low tampil membantu siasatan ke atas SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. SPRM turut meminta bekas pengarah urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman, 47, serta lelaki misteri, Tan Kim Loong yang didakwa pemegang pelbagai akaun bank di luar negara, dalam pengubahan wang berbilion ringgit milik 1MDB, untuk membantu siasatan. 

Akaun itu termasuk Tanore Finance di Bank Falcon Singapura, di mana RM2.6 bilion (AS$681 juta) didakwa disalurkan ke dan dari akaun AmBank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Bersama Tan, SPRM turut memanggil Pengarah Pelaburan 1MDB, Tan Keng Chee, bekas peguam awam 1MDB, Loo Ai Swan dan rakan Jho Low, Geh Choh Heng untuk membantu siasatan. 


ref:
al- Husseyn: Peguam: Tak boleh beri Jho Low kekebalan kerana dia ‘suspek utama’

Inilah barisan peguam terkenal dunia yang bakal bertembung bagi mendakwa dan membela dalam kes 1MDB

MALAYSIA DATELINE 
Para peguam ternama yang bakal bertembung dalam kes 1MDB. Grafik The Star.

Pertembungan antara peguam ternama dijangka akan berlaku apabila kerajaan Malaysia mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara yang baru dilantik, Tommy Thomas dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijangka mewakili kerajaan Malaysia dalam kes ini. Tommy yang sebelum ini pernah disenaraikan dalam 500 peguam terbaik Asia melalui The Asia Pacific Legal 500 adalah orang terbaik untuk tugas ini, lapor The Star.

Sementara itu, Najib telah melantik bekas Peguam Negara Amerika di bawah George W. Bush, John Ashcroft.Turut dijangka menjadi peguam Najib adalah para peguam terkenal dari Amerika, David Boies dan juga Matthew Schwartz.

Rosmah pula dikatakan akan diwakili oleh dua peguam tempatan iaitu Datuk K. Kumarasendran dan Datuk Gheetan Ram Vincent. 

Kedua-duanya menemani Rosmah ketika disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, lapor The Star.

Jho Low juga dikatakan mempunyai peguam terbaik termasuk peguam yang aktif di Amerika dan United Kingdom, Robin Rathmell. at 6/18/2018 01:32:00 PTG 

ref:  KERENGGA: Inilah barisan peguam terkenal dunia yang bakal bertembung bagi mendakwa dan membela dalam kes 1MDB

Monday, June 18, 2018
MB: Bajet ADUN Habis, Terengganu Catu Peruntukan. 
Ahmad Samsuri berkata, peruntukan Bajet 2018 habis dibelanjakan 
dalam tempoh tidak sampai setengah tahun, iaitu sehingga April lalu.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada Adun PAS kerana mereka tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya ketika menjadi pembangkang sebelum ini. 

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada pembentangan Bajet 2018 Oktober tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini meluluskan peruntukan RM4 juta untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, peruntukan tersebut habis dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai setengah tahun, iaitu sehingga April tahun ini.

“Dalam kerajaan lepas, ada dibentangkan untuk setiap DUN, kalau tidak silap saya setiap satu dirangkakan peruntukan sebanyak RM4 juta yang sepatutnya dibelanjakan untuk tempoh setahun, iaitu Januari hingga Disember 20I8. 

“Bagaimanapun, apa yang berlaku bila kami ambil alih kerajaan pada bulan 5 (Mei), kami tengok akaun setiap wakil rakyat BN sebelum ini…saya terpaksa sebut secara terus-terang kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan dari Januari hingga Disember habis dalam bulan 4 (April), iaitu waktu pilihan raya. 

“Maka, bila kami ambil alih terpaksa dibuat catuan dengan memberi keutamaan kepada kawasan pembangkang sebelum ini (PAS) yang tak dapat apa-apa untuk rakyat di kawasan itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra bersama anak Terengganu di perantauan semalam, yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Justeru, Samsuri berkata, peruntukan itu terpaksa dicatu pada Adun pembangkang (BN) yang menang pada pilihan raya lalu kerana mereka menggunakannya sebelum tempoh ditetapkan. 

Samsuri berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan merangka semula belanjawan dan peruntukan yang disalurkan kepada setiap DUN sekiranya mendapat tambahan peruntukan daripada royalti minyak seperti dijanjikan kerajaan pusat dalam pertemuan baru-baru ini. 

“Apabila buat belanjawan pada Oktober, kami akan pertimbang dan teliti semua cadangan yang dibuat rakyat. Jadi, saya cuma nak sebut inilah sebenarnya yang berlaku,” katanya.~ freemalaysiatoday



ref:
al- Husseyn: MB: Bajet Adun habis, Terengganu catu peruntukan


Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN 1


Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dalam tempoh terdekat ini.

Abu Kassim pada 1 Jun lalu dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang berperanan merumuskan dasar pembaharuan antirasuah dalam perkhidmatan awam.

Menurut laporan Sinar Harian, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.

Laporan itu turut dikongsi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ali, 63, dijangka bersara pada Ogos ini.

Perkhidmatannya sebelum ini disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu, memetik sumber, berkata kerajaan baru mahukan tokoh antirasuah yang kuat bagi menerajui perkhidmatan awam.

"Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.

”Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah,” kata sumber itu.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata, pelantikan ABu Kassim kemungkinan diumumkan seawal bulan depan.

at 6/18/2018 07:00:00 PG

ref:
KERENGGA: Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN 1

Tiada ulasan: