Khamis, 14 Jun 2018

"Rakyat AS sepatutnya berasa aib dengan tingkah laku presiden mereka dalam isu Baitulmaqdis kerana sekutu kuat mereka menjauhkan diri dari negara itu," 7775.

Antarabangsa - berita 

Dari:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/06/437745/al-quran-sumber-rujukan-sarjana
Khamis, 14 Jun 2018 | 6:23am
Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my


Al-Quran sumber rujukan sarjana

Ilmu yang terkandung dalam al-Quran sememangnya cukup luas meliputi bidang sains dan teknologi, menjadikan kitab suci itu sumber rujukan yang tidak dapat dipisahkan kepada sarjana serta pengkaji Muslim.
Ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi, pakar dalam bidang sains tidak meninggalkan al-Quran dalam aktiviti saintifik yang dilakukan.
Pensyarah Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Halim Ibrahim berkata, kajian dan penyelidikan pelbagai fenomena tabii dilakukan sarjana Islam ketika itu dirangsang oleh sifat ingin tahu yang tinggi.
Katanya, ia dilakukan untuk mengenal dan membuktikan kewujudan Allah SWT selain menyempurnakan tuntutan ibadat seperti yang dikehendaki oleh al-Quran dan al-Sunah.
"Contohnya, Al-Khawarizmi yang mengasaskan ilmu persamaan Algebra dalam matematik untuk menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Al-Haitam pula melakukan kajian bagaimana cahaya masuk ke mata, diterjemahkan oleh otak yang seterusnya memperkenalkan teori kamera obskura.
Fenomena alam
"Teori itu menjadi asas kepada penciptaan kamera pada hari ini," katanya pada Forum al-Quran Melahirkan Masyarakat Madani dan Generasi Rabbani di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kompleks Islam Putrajaya.
Abdul Halim berkata, sepuluh peratus ayat dalam al-Quran menyebut mengenai fenomena alam seperti ayat 88, surah an-Naml menjelaskan fenomena tabii gunung-gunung yang berada di tempatnya, tetapi sebenarnya ia berjalan.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik menunjukkan sifat gunung ganang yang bergerak disebabkan oleh plat tektonik. Pergerakan plat itu menyebabkan berlakunya gempa bumi, pergerakan tanah dan aktiviti gunung berapi.
Al-Quran turut menerangkan fenomena alam semesta sebagai sistem yang besar dan luas sedangkan apa yang dilihat adalah terhad. Malah, ia berbeza dengan teori revolusi dipegang Barat dan pengkaji sekular bahawa sistem alam semesta terjadi secara sendiri, rawak dan kebetulan.
Katanya, perkembangan sains dan teknologi didorong oleh semangat ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW iaitu perintah membaca dalam ayat satu hingga lima surah al-'Alaq.
"Bukan dalam tulisan sahaja sebaliknya turut membaca apa yang ada di sekeliling iaitu melihat alam dan menghayati kekuasaan serta keagungan Allah. Ayat kedua menjelaskan manusia dicipta daripada seketul darah beku sebagai membuktikan manusia dicipta oleh Allah SWT.
"Ia seterusnya menolak teori revolusi yang dipegang oleh sarjana barat bahawa penciptaan manusia adalah hasil persenyawaan semata-mata dengan menolak manusia adalah ciptaan Allah," katanya.
Keseimbangan dunia, akhirat
Beliau berkata, umat Islam diminta untuk menguasai ilmu dan dalam konteks hari ini, pelbagai alat serta sumber boleh digunakan termasuk media sosial selagi ia tidak bertentangan dengan Islam selain boleh memberi manfaat.
Abdul Halim berkata, asas dan matlamat dalam kehidupan sebagai umat manusia adalah pembelajaran serta pengajaran. Oleh itu, proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat sementara ilmu yang diperoleh perlu digunakan untuk manfaat orang lain.
Katanya, al-Quran turut menjelaskan kepentingan adanya pengimbangan pencarian ilmu antara tuntutan duniawi dan ukhrawi dalam usaha melahirkan umat Islam madani yang celik sains serta teknologi.
"Keseimbangan itu yang akan memungkinkan kita untuk melaksanakan urusan dunia dengan sebaiknya mengikut peraturannya dan pada masa sama dapat mencapai kebahagiaan serta kesejahteraan di akhirat kelak," katanya.
BERITA»Nasional
BharianBeritaNasional
Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my
Jumaat, 22 Disember 2017 | 12:12pm
PAKAR geostrategis, Azmi Hassan. - Foto Yazit Razali
Penyisihan AS daripada proses damai bermula

KUALA LUMPUR: Kemenangan ke atas Palestin yang dicapai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam, boleh dijadikan pemangkin untuk menyisihkan Amerika Syarikat (AS) itu daripada proses damai.

UNGA menerusi perhimpunan tergempar semalam menolak keputusan Presiden Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

AS sering dilihat sebagai sebuah kuasa besar yang gagal menggunakan kelebihan kuasa vetonya untuk berlaku adil dalam sebarang penyelesaian pertelingkahan dan pertikaian di peringkat global.

Pakar geostrategis, Azmi Hassan, berkata menerusi kemenangan moral Palestin itu, sebarang penyelesaian dalam pelbagai isu selepas ini seharusnya dibuat di luar kerangka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi mengelak AS menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan keputusan bersama yang dibuat negara anggota.

Beliau berkata, penyelesaian seperti itu pernah dilakukan, dengan yang terkini membabitkan perjanjian nuklear antara Iran dan lima negara kuasa veto iaitu AS, United Kingdom (UK), Perancis, China dan Rusia serta Jerman, yang ditandatangani di luar kerangka UNSC.

"Langkah penyelesaian di luar kerangka UNSC dilihat efektif walaupun Trump mahu membatalkan perjanjian, tetapi ia sukar dilaksanakan kerana UNSC tidak memiliki kuasa veto," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 menyokong, manakala sembilan menentang usul menolak pengiktirafan AS ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Satu draf resolusi menolak tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dihantar ke UNGA selepas AS mengguna kuasa veto pada peringkat UNSC, Isnin lalu.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) tergempar itu memutuskan bahawa langkah diambil Trump sebagai tidak sah dan batal.

Ia diluluskan walaupun Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara anggota PBB yang mengundi menentang keputusannya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, keputusan UNGA yang menyaksikan tujuh negara kecil seperti Gautemala, Togo, Nauru dan Palau, tidak termasuk AS dan Israel adalah manifestasi bahawa ugutan Trump tidak mendatangkan sebarang hasil.

Malah, beliau berkata, sekutu kuat AS seperti UK, Perancis, Jepun dan Jerman turut menempelak keputusan Trump itu.

"Jika dikaitkan unsur ugutan dengan 35 negara berkecuali dan 21 tidak mengundi, ia boleh diibaratkan resolusi itu mempunyai kekuatan 128+35+21 negara.

"Walaupun resolusi UNGA tidak segah resolusi UNSC dengan hanya tujuh negara bersama AS dan Israel, adakah Trump masih mahu berpegang kepada keputusan beliau itu sebagai satu perkara yang betul?

"Rakyat AS sepatutnya berasa aib dengan tingkah laku presiden mereka dalam isu Baitulmaqdis kerana sekutu kuat mereka menjauhkan diri dari negara itu," katanya.

ref:
Penyisihan AS daripada proses damai bermula | Nasional | Berita Harian

DUNIA»Amerika
BharianDuniaAmerika
Khamis, 14 Jun 2018 | 7:34am
Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley berucap di Perhimpunan Agung di New York.
 - Foto AFP

UNGA lulus resolusi kutuk Israel

NEW YORK (PBB): Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam, meluluskan resolusi dengan 120 majoriti undian, mengutuk Israel di atas kematian rakyat Palestin di Gaza, selain menolak usaha Amerika Syarikat untuk meletakkan kesalahan itu terhadap Hamas.

Sekurang-kurangnya 129 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel dalam bantahan berhampiran sempadan Gaza sejak akhir Mac lalu, namun tiada rakyat Israel yang dilaporkan terbunuh.

Resolusi yang dibentangkan oleh Algeria dan Turki bagi pihak negara Islam serta Arab itu memperoleh 120 undian daripada 193 negara anggota, manakala lapan undi menolak dan 45 undi berkecuali.

Sementara itu, pindaan resolusi yang dibentangkan oleh Amerika Syarikat bagi mengutuk Hamas kerana 'menggalakkan keganasan' di sepanjang sempadan Gaza itu, gagal memperoleh majoriti undian dua pertiga untuk diterima pakai.

Ketika berucap, Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley, menolak resolusi yang dianggap berat sebelah dan menuduh negara Arab cuba meraih perhatian dengan mengutuk Israel di PBB.

"Saya berharap mana-mana pihak yang menyokong resolusi berat sebelah ini supaya mencadangkan kepada Presiden Mahmoud Abbas supaya kembali ke meja rundingan," katanya. - AFP

ref:
UNGA lulus resolusi kutuk Israel | Amerika | Berita Harian

Karisma pemimpin lama atau ketandusan pemimpin muda

Khamis, 14 Jun 2018 | 6:38am
  • Bharian 
  • Kolumnis 
  • 2018
Oleh Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman
cnews@nstp.com.my
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebenarnya satu titik pemula kepada rakaman sejarah politik yang sangat signifikan dan unik untuk peradaban moden Malaysia.
Mana tidaknya, peristiwa dan naratif yang berlaku sekarang hanyalah satu ulangan dan pusingan kepada proses sejarah Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh empat dekad ke belakang bermula dari era 1980-an, 1990-an, dekad 2000 dan 2010.
Sedar atau tidak, watak politik utama yang terzahir sekarang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hadi Awang mewakili empat dekad sejarah politik negara sejak dahulu sehingga kini.
Persoalannya, adakah perkembangan ini menunjukkan ahli politik Malaysia mempunyai ketahanan populariti dan karisma yang sangat lama untuk satu-satu masa sehingga tokoh politik baharu dan persekitaran serta rakyat menganggap penampilan dan idea mereka masih relevan.
Atau, Malaysia sebenarnya ketandusan tokoh muda yang benar-benar layak untuk menerajui sejarah dan perubahan negara dengan pantas?
Dr Mahathir, Anwar bersatu
Dalam konteks ini, barang kali rakyat Malaysia sendiri tidak terfikir dan aneh bagaimana tokoh seperti Dr Mahathir dan Anwar kembali ke persada politik 'menerajui' negara secara bersama semula selepas era 1990-an dahulu.
Peristiwa pemecatan Anwar pada 1998 dan bersaranya Dr Mahathir pada 2003, seolah-olah menghentikan episod sejarah itu di situ.
Ironinya, tiada siapa pun terfikir yang mereka berdua kembali 'bersatu' menerajui dan mewarnai politik negara pada 2018, iaitu 20 tahun selepas gandingan politik mereka berakhir dan bersengketa pada 1998.
Dengan Najib dan UMNO-Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran perubahan politik rakyat, kemunculan kembali Dr Mahathir dan Anwar turut diiringi kemunculan tokoh lama seperti Tun Daim Zainudin, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.
Yang berbeza hanyalah wadah parti yang berubah dengan gabungan baharu Pakatan Harapan (PH) muncul menggantikan gabungan feudal BN.
Ini bermakna peralihan dan perubahan era politik Malaysia masih digerakkan oleh aktor politik sama sejak empat dekad yang lalu.
Ironinya, ketika Dr Mahathir dan Anwar seolah-olah kembali 'bersatu', UMNO yang kehilangan kuasa sekarang mahu mengangkat kembali ketokohan Tengku Razaleigh.
Kerabat diraja Kelantan itu berehat agak lama dalam konteks politik nasional untuk memimpin parti Melayu berkenaan selepas tewas teruk pada PRU-14.
Sekali lagi, bekas 'musuh' politik Dr Mahathir ini dilihat paling layak untuk memimpin dan berdepan dengan Perdana Menteri Malaysia Ketujuh.
Pemimpin muda
Adakah senario yang berlaku ini menunjukkan Malaysia lambat bergerak untuk melahirkan pemimpin muda bagi menerajui negara?
Jawapannya pasti tidak juga kerana negara mempunyai ramai tokoh politik baharu mewakili generasi muda seperti Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Selain itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
Cuma barang kali sejarah yang terhenti pada episod 1998, 20 tahun yang lalu perlu dilangsaikan sekarang secara harmoni.
Kemunculan dua negarawan 'transisi' seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib selepas era Anwar dan Dr Mahathir hanyalah faktor pendorong untuk membolehkan episod 1998 dilangsaikan dengan baik pada hari ini.
Dua puluh tahun adalah satu tempoh yang panjang. Walaupun sesetengah pihak melihat ini sebagai satu proses evolusi kepada perubahan institusi negara, tempoh ini juga sebenarnya melambatkan proses kemudaan politik bagi Malaysia.
Aktor lamanya perlu kembali dan masih beraksi untuk menyelesaikan apa yang mereka belum selesaikan secara bersama 20 tahun yang lalu.
Namun, pada fikiran penulis, wacana sebenar falsafah sejarah yang mendorong segala peristiwa, isu dan konflik yang berlaku sekarang adalah kerana faktor 'tajdid' dan pengislahan negara.
Agenda tajdid, islah
Sampai pada masanya kini, semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang perlu berperanan menggerakkan agenda tajdid dan pengislahan negara ke arah yang lebih baik.
Sejarah yang berlaku pada 1998 adalah permulaan kepada proses itu.
Tertakdirnya dua aktor yang sama, Dr Mahathir dan Anwar perlu kembali berperanan melunaskan agenda tajdid negara yang mereka impikan dahulu dalam wadah berbeza sekarang, iaitu PH.
Bagi UMNO-BN dan PAS, keberadaan mereka di barisan pembangkang ialah peluang terbaik bagi melakukan proses pengislahan dan tajdid parti untuk kembali bangkit menjadi kuasa politik baharu pada masa depan.
Bahkan wajib mereka menjadi pembangkang yang membina pada masa sekarang.
Sesungguhnya benarlah apa yang dicatatkan oleh Ibn Khaldun dalam adikaryanya, Muqaddimah bahawa apabila sesuatu kuasa yang berada di puncak itu alpa, maka akan jatuhlah kuasa itu dan digantikan dengan kuasa lain yang lebih baharu dan segar.
Namun, sesiapa pun masih bingung dan tidak percaya 'gandingan' Dr Mahathir dan Anwar kini kembali beraksi sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun sehingga tibanya PRU-15 kelak.
Penulis adalah Pengerusi Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Dapatan:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/06/437747/karisma-pemimpin-lama-atau-ketandusan-pemimpin-muda
........................

Tiada ulasan: