Isnin, 11 Jun 2018

Soalan Matematik KBAT 😅 7769.



BERITA HARIAN Berita Nasional
Isnin, 11 Jun 2018 | 3:24pm
PENGERUSI Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. - Foto Asyraf Hamzah
Pisahkan Perdana Menteri, kewangan reformasi demi masa depan - Daim

KUALA LUMPUR: Reformasi adalah perlu bagi memastikan Perdana Menteri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan pada masa depan, demi mengelak konflik kepentingan dan berulangnya skandal berbilion ringgit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, langkah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memegang portfolio kewangan, sebaliknya memberikannya kepada Lim Guan Eng di bawah kerajaan Pakatan Harapan disambut baik oleh rakyat.

"Ini kerana ia membolehkan semakan dan imbangan serta mencegah penyalahgunaan pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

"Itulah sebabnya kita memerlukan reformasi untuk mencapai matlamat ini," katanya ketika mengulas keperluan pemisahan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika temu bual dengan Bernama News Channel dan Perkhidmatan Ekonomi Bernama di sini semalam.

"Jika mana-mana pemimpin masa depan cuba mengubah ini, saya berpendapat rakyat akan membantah," kata Daim, yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan antara 1984 dan 1991 di bawah kepemimpinan Dr Mahathir ketika itu.

"Apabila Perdana Menteri juga menjadi Menteri Kewangan, tidak ada semakan dan keseimbangan, dia buat apa yang dia suka dan tiada siapa yang akan mencabarnya," katanya dalam rujukan yang jelas kepada pentadbiran sebelum ini di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

"Itulah sebabnya kita katakan, pisahkan jawatan ini (kerana) ia adalah kedudukan yang sangat penting, jadi tidak ada konflik kepentingan," kata Daim, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau berkata, negara yang paling maju dan membangun tidak mempunyai keadaan ini (Perdana Menteri yang memegang portfolio kewangan), "sangat, sangat jarang, Malaysia adalah pengecualian, mungkin dengan satu atau dua negara lain."

Dr Mahathir sebelum ini berkata, peranan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu dipisahkan untuk mengelak berulangnya skandal kewangan 1MDB.

Ditanya bagaimana kerajaan dapat memastikan pemimpin masa depan mematuhi pemisahan perdana menteri dan portfolio kewangan, Daim berkata: "Kita mesti mempunyai Kabinet yang kuat yang mampu mengkritik menteri kewangan kerana jika dia adalah PM merangkap menteri kewangan, tiada siapa yang akan melakukan itu (mengkritik beliau).

"Itulah yang berlaku di bawah pentadbiran terdahulu, yang membawa kepada skandal kewangan 1MDB. Itu hanya satu, terdapat lebih banyak 1MDB mini dan sesetengahnya sama besar," katanya. - BERNAMA

Rujuk:

Waspada dengan dakyah politik pembangkang dan watak talam dua muka. .

Bisik dalam hati yang buat hal dulu ye Tun PM masa jadi PM ke 4. Tanyalah DSAI. Lagipun PH dah muktamadkan sebelum PRUMalaysia 14 PM xleh jadi MOF.

Watak tidak boleh dipercayai
BERITA HARIAN Berita Nasional
Oleh Nur Lela Zulkipli dan Beatrice Nita Jay cnews@nstp.com.my
Rabu, 2 Mei 2018 | 7:49pm
TOKOH perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli.
Dakwaan Tajudin Ramli perlu disiasat pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu menyiasat pendedahan tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, yang mendakwa dipaksa Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya membeli saham Penerbangan Malaysia (MAS) pada harga lebih tinggi daripada pasaran sekitar tahun 1990-an.

Menerusi rakaman video berdurasi tujuh minit yang viral di media sosial hari ini, Tajudin mendakwa tidak dibenarkan menolak permintaan harga pembelian terbabit kerana Dr Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, mendakwa Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri mahu sesiapa saja yang bekerja di bawahnya, mengikut telunjuknya.

"Apabila Tajudin mengatakan dia tidak boleh berkata 'tidak' kepada keputusan Dr Mahathir itu, saya tidak hairan kerana ia adalah realiti yang terpaksa dihadapi ketika bekerja di bawah Dr Mahathir.

"Namun, apa yang menghairankan saya adalah bagaimana seorang yang begitu rapat dengan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pada satu ketika dahulu boleh mendedahkan perkara yang sangat serius sekarang. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga beliau bertindak demikian.

"Justeru, pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain perlu beri perhatian kepada perkara ini bagi menyiasat sebarang ketirisan atau salah guna kuasa," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Pendapat sama disuarakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, yang berkata, pendedahan Tajudin membuktikan Dr Mahathir mengamalkan pemerintahan diktator, untuk menjayakan semua rancangannya ketika menjadi Perdana Menteri.

"Apabila Tajudin sendiri yang keluar memberikan kenyataan, sudah ada elemen ragu-ragu yang perlu diberi perhatian oleh SPRM dan pihak berkuasa lain.

"Sepanjang mengenali Dr Mahathir, banyak keputusan dibuat tanpa persetujuan Kabinet, bukan saja dalam hal ehwal politik malah sektor ekonomi. Beliau gunakan kuasa dan mencerminkan sikap pemimpin yang diktator," katanya.

Dalam rakaman video yang viral sejak beberapa hari lalu, antara lain Tajudin bercakap mengenai pembelian saham MAS yang didakwanya dibuat kerana arahan Dr Mahathir dan Daim.

"Dulu, saham MAS tak sampai RM3 (RM600 juta jumlah harga pasaran). Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Hatyai, Thailand bersama Tun Daim, arwah Yahaya (Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad) dan Ali Abul Hassan (Tan Sri) untuk bertemu perdana menteri (Dr Mahathir).

"Bila kami tiba, saya diarahkan membeli saham MAS pada harga RM8. Saya kata kepada Tun Daim, ia terlalu mahal. Saya maklumkan kepada dia (Tun Daim) bahawa saya tidak akan membayar lebih daripada RM5 dan RM8 itu terlalu mahal, saya tidak mampu untuk membayarnya.

"Selepas itu, Tun Daim beritahu saya 'kamu tidak boleh kata 'tidak' pada Perdana Menteri'," katanya dalam video berkenaan.

Tajudin berkata, berikutan itu, beliau terpaksa membayar lebihan RM400 juta dalam urusan jual beli saham MAS ketika itu berikutan harga yang ditetapkan Tun Mahathir melebihi harga pasaran.

Dr Mahathir sebelum ini pernah melakukan keputusan kontroversi berhubung MAS membabitkan Tajudin pada 1994.

Tajudin dilaporkan membuat pembelian saham sebanyak 29 peratus dalam MAS pada 1994 daripada Bank Negara dengan membayar hampir dua kali ganda dari harga pasaran bagi syarikat penerbangan itu.

Beliau turut dilaporkan berkata, hanya bersetuju membeli saham berjumlah RM1.8 bilion itu kerana Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri, dan Tun Daim Zainuddin memberi jaminan bahawa beliau akan dibebaskan dari semua liabiliti jika tugas mengendalikan syarikat penerbangan terlalu berat.

Pada tahun 2000, kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham, yang dilaporkan 117 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Pada masa sama, Tajudin mengambil tindakan undang-undang kerana kerajaan didakwa menolak perjanjian untuk melindunginya daripada kerugian dan liabiliti.

Dr Mahathir kemudiannya menafikan dakwaan beliau memujuk Tajudin membeli syarikat penerbangan itu untuk membantu menyelamatkan Bank Negara.

Pada 2006, Tajuddin disaman RM589 juta oleh Danaharta, sebelum beliau memfailkan saman balas kepada syarikat berkenaan, kerajaan dan beberapa syarikat serta individu lain dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM13 bilion.

Saman itu membabitkan urus niaga saham MAS, Celcom (M) Bhd dan Naluri Bhd. Beliau mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim memintanya untuk membeli saham syarikat penerbangan itu pada RM8 yang lebih tinggi dari harga pasaran pada ketika itu sebagai 'khidmat kepada negara', untuk membantu kerajaan menutup kerugian Bank Negara dalam urusan pertukaran mata wang asing

ruj:

Soalan Matematik KBAT:

PM ke-4 berjaya mengalahkan PM ke-6 untuk menjadi PM ke-7 dengan menjatuhkan anak PM ke-2, yang mana bapa PM ke-6 ni yang menaikkan PM ke-7 ni menjadi PM ke-4.

PM ke-7 ini akan menyerahkan kuasa beliau kpd PM ke-8 yg telah disumbatkan ke dlm penjara oleh PM ke-4.

PM ke-8 ini dibebaskan oleh PM ke-5 namun disumbatkan kembali ke dlm oleh PM ke-6.

PM ke-7 bakal menyumbatkan PM ke-6 dlm penjara untuk menggantikan tempat PM ke-8.

Sila nyatakan berapa ramaikah PM yg terlibat? 

Sila PM jawapan anda 😅

BERITA HARIAN - Berita Politik
Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan Seri Nor Nadiah Koris crnews@nstp.com.my
Selasa, 15 Mei 2018 | 4:18pm
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan Lobi Utama Hospital Rehabilitasi Cheras. - Foto Asyraf Hamzah
Tidak terburu-buru lantik Anwar sebagai PM - Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Peralihan kuasa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tidak akan dibuat terburu-buru sebaliknya masih mengikut perancangan asal pada pertengahan penggal di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ketika ini kerajaan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berusaha untuk memastikan kelancaran proses memajukan negara.

"Memang kita akan majukan kerajaan di bawah Tun (Dr Mahathir) ini berjalan lancar dan beri perubahan seperti yang kita inginkan terutamanya reformasi untuk kita ketengahkan bersama.

"Tak...(terburu-buru melantik Anwar sebagai perdana menteri) sebab memang itulah salah satu daripada apa yang kita dah rancang," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang mengingatkan kerajaan supaya tidak melantik Anwar sebagai perdana menteri serta- merta sejurus beliau kembali ke parlimen.

Daim dipetik berkata, tindakan untuk menukar perdana menteri sekarang adalah sesuatu yang kurang bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

Dr Wan Azizah berkata, kesihatan Anwar semakin pulih menjelang hari pembebasannya yang dijangka esok.

Bekas timbalan perdana menteri itu dihukum penjara lima tahun pada 2015 bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, yang didakwa penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersetuju memberi pengampunan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar yang bakal dimuktamadkan selepas baginda mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara jam 11 pagi esok.

Dr Mahathir sebelum ini berjanji akan kekal sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, manakala isteri Anwar, Dr Wan Azizah ketika ini dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

ruj:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/426068/tidak-terburu-buru-lantik-anwar-sebagai-pm-dr-wan-azizah
BERITA»Nasional
BharianBeritaNasional
Oleh Nurhayati Abllah; Farah Adilla; Tasnim Lokman dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
Jumaat, 18 Mei 2018 | 6:30pm
DAIM pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
Hormati pelantikan Dr Mahathir sebagai PM - Daim

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin mahu semua pihak menghormati lantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Bekas Menteri Kewangan ketika zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat berkata, sepatutnya pihak yang mengkritik dan tidak berpuas hati terhadap lantikan itu perlu menerima dengan hati terbuka.

Katanya, pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun tahu menghormati keputusan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Saya beberapa kali bertemu Anwar dan saya anggap beliau adalah seorang ahli politik yang hebat.

"Ini kerana, Anwar tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi dengan baik dan beliau faham apa yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

"Dalam manifesto itu, Pakatan Harapan menawarkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim selama dua tahun dan rakyat terima," katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, hari ini.

Daim juga memuji kematangan Anwar dan Dr Wan Azizah dalam kemelut pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Katanya, ini kerana mereka berdua sememangnya faham situasi politik sekarang dengan jelas.

"Tetapi, generasi muda tiada sikap itu. Mereka kena terima (keputusan). Sikap kepemimpinan ini akhirnya akan membantu parti.

"Anwar dan Wan Azizah sudah beri indikasi jelas mengenai pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mereka berdua juga menghormati manifesto," katanya.

ref:
BERITA»Nasional
BharianBeritaNasional
Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my
Selasa, 15 Mei 2018 | 2:27pm
MANTAN Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bercakap pada program Keadilan Harapan Malaysia bersama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Junction 11 Seksyen 11, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

Daim cadang Anwar tidak dilantik PM segera

PETALING JAYA: Tun Daim Zainuddin berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak wajar dilantik serta-merta sebagai Perdana Menteri sebaik kembali ke Parlimen.

Ini kerana menurut Daim, tindakan untuk menukar perdana menteri sebegitu adalah sesuatu yang tidak bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

Daim yang juga antara lima pakar dalam Majlis Penasihat Kerajaan berkata, beliau sebelum ini menemui Anwar dan memberitahunya "anda semua mencuba banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya (mengalahkan BN)."

"Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi," katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berusia 70 tahun itu dihukum penjara lima tahun pada 2015 bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, yang didakwa penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersetuju memberi pengampunan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar yang bakal dimuktamadkan esok.

Dr Mahathir sebelum ini berjanji akan kekal sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Bagaimanapun isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Sementara itu, pada Ahad lalu, Anwar turut menyuarakan sokongan PKR kepada kepimpinan Dr Mahathir susulan bantahan terhadap pelantikan tiga menteri Kabinet oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH) tanpa wakil parti berkenaan.

Anwar juga meminta kepimpinan PKR memastikan kekuatan Kerajaan Persekutuan pimpinan Dr Mahathir dan Azizah terus dipertahankan.

ref:
BERITA»Kes
Bharian BeritaKes Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my
Isnin, 11 Jun 2018 | 3:13pm
Polis periksa kuarters di Putrajaya

PUTRAJAYA: Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kini sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kediaman kuarters di Presint 10, di sini dipercayai ada kaitan dengan bekas pemimpin negara.

Tinjauan wartawan di luar kediaman banglo dua tingkat itu mendapati, lebih 10 anggota berpakaian biasa berada di dalam kediaman itu termasuk memeriksa kotak-kotak besar yang di disimpan di dalam rumah berkenaan.
Malah, beberapa anggota dilihat turut memindahkan tiga kotak besar ke dalam sebuah van.

Difahamkan, anggota berkenaan mula menggeledah kediaman itu sejak tengah hari tadi.

Mereka dikatakan berada di lokasi berkenaan sejak pukul 1.25 tengah hari.

Kira-kira jam 3.10 petang, semua anggota JSJK termasuk empat buah kenderaan polis jenis Proton Preve dan sebuah van jenis Toyota yang meninggalkan kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis masih ditempatkan di kediaman itu untuk mengawal rumah berkenaan.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan yang juga penduduk berhampiran kediaman berkenaan berkata, kediaman itu dikatakan sudah tidak didiami sejak setahun lalu.

Menurutnya, kediaman berkenaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ia berada kira-kira 200 meter daripada Kompleks Seri Perdana.

Lebih 30 pengamal media tempatan mula berkumpul di hadapan rumah berkenaan sejak 1.30 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai operasi geledah di kediaman itu.

Presint 10 adalah kawasan kediaman persendirian dan kuarters kerajaan yang mana ia pernah didiami bekas menteri di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pegawai-pegawai tinggi dan kanan kerajaan.

Difahamkan, anggota JSJK sudah seminggu berada di kediaman berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut.

ref:






HOME MALAYSIA
Published 1 hour ago on 11 June 2018
Cops raiding Najib’s ‘safe house’ in Putrajaya
By Kenneth Tee
PUTRAJAYA, June 11 — A double-storey standalone house here, believed to have been used as a “safe house” by former prime minister Datuk Seri Najib Razak, was searched by officers from the Federal Commercial Crime Investigations Department today.

Uniformed and plainclothes police officers are pictured at a ‘safe house’ believed to have been used by Datuk Seri Najib Tun Razak in Presint 10, Putrajaya June 11, 2018. — Picture by Marcus Pheong

Several uniformed and plain-clothes police officers were seen moving around the house located along Jalan P10C, Presint 10, just located about 300 metres from Seri Perdana, the Prime Minister’s official residence.

Three Proton Preve bearing the Royal Malaysian Police insignia and commonly used by police investigators were also parked outside the house.

The raiding team then loaded several cardboard boxes onto a white van bearing a pest control company logo at about 2.20pm.

The raid ended around 3.10pm.
Checks based on the initials “BPH” inscribed on an address plate outside the house revealed the building is registered under the Prime Minister Department’s Property and Land Management Division as government quarters.

A neighbour who declined to be named said the last occupant of the house was Tan Sri Mohd Shukry Salleh, Najib’s former private secretary who was appointed Bank Rakyat chairman in January 2017.

The house does not appear to have been occupied for a long time, judging from the unkempt lawn.

It appears to have been used as a storehouse instead, based on the stacks of boxes kept inside that were seen even from the roadside.

Five police officers remained within the perimeter to prevent outsiders from entering the house’s compound after the search was called off.

Investigators probing Najib for suspected corruption over the 1Malaysia Development Berhad scandal have already raided several properties linked to the Pekan MP since last month.

ref: 

HOME MALAYSIA Published 15 minutes ago on 11 June 2018
Finance Ministry discovers no land, no Petronas greenlight in RM9.4b oil project scandal
By Ida Lim

Finance Minister Lim Guan Eng speaks during a press conference in Putrajaya June 5, 2018. — Picture by Zuraneeza Zulkifli

KUALA LUMPUR, June 11 — The Najib administration had paid out 88 per cent of RM9.4 billion for two oil-related projects despite not having obtained the necessary rights from oil giant Petronas or the land required, Finance Minister Lim Guan Eng disclosed today.

Lim was referring to the Multi-Product Pipeline (MPP) and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) projects, which was recently discovered to have only had been completed by 13 per cent by the Chinese firm contracted to do so.

“Worse, we have since discovered that SSER has failed to secure any rights from Petronas as required by law to lay the pipes for MPP, and has also failed to acquire the necessary land in Sabah to do the same for TSGP,” he said in a statement today.

ref:

HOME MALAYSIA Published 15 minutes ago on 11 June 2018
Finance Ministry discovers no land, no Petronas greenlight in RM9.4b oil project scandal
By Ida Lim
Finance Minister Lim Guan Eng speaks during a press conference in Putrajaya June 5, 2018. — Picture by Zuraneeza Zulkifli

KUALA LUMPUR, June 11 — The Najib administration had paid out 88 per cent of RM9.4 billion for two oil-related projects despite not having obtained the necessary rights from oil giant Petronas or the land required, Finance Minister Lim Guan Eng disclosed today.

Lim was referring to the Multi-Product Pipeline (MPP) and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) projects, which was recently discovered to have only had been completed by 13 per cent by the Chinese firm contracted to do so.
“Worse, we have since discovered that SSER has failed to secure any rights from Petronas as required by law to lay the pipes for MPP, and has also failed to acquire the necessary land in Sabah to do the same for TSGP,” he said in a statement today.

ref:
Perlembagaan Malaysia.

Bebudak Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang jadi Bangsa Malaysia ...baru nak kenal hidup sila fahami maksud Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia, Institusi Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bahasa Melayu, Tanah Rizab Melayu dan lain-lain hak Peribumi Melayu serta hak Kaum Mendatang. 

Yang wajar dihormati dan tidak wajar dipertikaikan.

HOME MALAYSIA
Published 22 minutes ago on 11 June 2018
Shafie obtains majority support from emergency assembly sitting
By Julia Chan
Shafie said that he was now the rightful chief minister, having officially obtained the support of most of the 60 state assemblymen in the House, who were sworn in today. — Bernama pic
KOTA KINABALU, June 11 — Fresh from obtaining a two-thirds majority support in the Sabah state assembly, chief minister Datuk Seri Shafie Apdal said that there was no disputing the legality of the emergency sitting that was called.

Shafie said that he was now the rightful chief minister, having officially obtained the support of most of the 60 state assemblymen in the House, who were sworn in today.

“First, they were all sworn in. We had given due notice to show up today. Then secondly, the motion was read and supported, and they had all given me their support. As the House is the highest authority in the state, I don’t think there is any more dispute,” he said.

He had earlier received the support of 43 assemblyman — consisting 39 elected state representatives and four nominated assemblymen — more than the simple majority needed to form the government.

In today’s proceedings, 21 out of the 60 elected state assemblymen were conspicuously absent. They were from Umno (11), Party Bersatu Sabah (6), Parti Solidariti Tanah Airku (2), Parti Bersatu Rakyat Sabah (1) and Upko (1) and are believed to be boycotting the session after declaring it was illegal in a statement yesterday.

Shafie said that it was stated in the rules that the assemblymen needed to be sworn in within the next 90 days or there would be consequences for being absent without consent.

When asked whether the 39 elected state assemblymen were all within the Warisan-Pakatan Harapan government or if they were independents, Shafie said that it was not clear yet as some were in the process of joining parties within the pact.

“They have tried to communicate with me, but let’s see how it goes. The important thing now is for the state to move on. We cannot be dragged down by this political polemic. It needs to be put aside for the sake of the people,” he said.

Shafie and former chief minister Tan Sri Musa Aman have both been claiming rights to the chief minister post since Musa was sworn in as chief minister on May 10 after a razor-thin majority from the May 9 polls.

But defections later saw Musa lose the majority, and he was asked to step down but refused.

Shafie was sworn in on May 12, and Musa subsequently filed a lawsuit claiming the second swearing-in was unconstitutional.

He has, however, been missing from Sabah since May 14 amidst investigations into criminal intimidation against the head of state and a graft probe alleging he had bought assemblymen support.

He is believed to be in London seeking medical attention.

ref:
https://www.malaymail.com/s/1640792/shafie-obtains-majority-support-from-emergency-assembly-sitting
.

Tiada ulasan: