Jumaat, 13 Julai 2018

Berita Malaysia. 7864.


Mohammed Nor pengerusi baharu TH
BERNAMA
LEMBAGA Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya.

TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB Holdings Bhd Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata Mohammed Nor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 1:36 PM
Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/07/357448/mohammed-nor-pengerusi-baharu-th

BERITA»Kes
Jumaat, 13 Julai 2018 | 8:13am
Mustafar Ali 'beraksi' kejar PATI
Oleh Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Mustafar Ali 'beraksi' dengan mengejar beberapa lelaki warga Nigeria yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas mereka mencuba meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen.

Ketangkasan Mustafar itu dilihat ketika Ops Mega 3.0 yang disertai kira-kira 150 pegawai Imigresen di sebuah pangsapuri di Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Pada masa sama, Mustafar berkata, beberapa pegawai Imigresen turut mengalami kecederaan selepas dirempuh lelaki berkenaan.

"Pagi ini kita ada aksi mengejar warga Nigeria, pegawai kita yang dirempuh dan mengalami kecederaan sudah dirawat.

"Semua sedia maklum warga Nigeria ini bertubuh sasa, ada pegawai Imigresen tercampak akibat dirempuh individu itu.
'AWANG Hitam' antara yang ditahan dalam Ops Mega 3.0 oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Ehsan dan Bukit Idaman Kepong. - Foto Rosdan Wahid
"Selain di Kepong, kita juga jalankan pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Selayang dan rumah kongsi di kawasan pembinaan di Bukit Jalil.

"Pelbagai gelagat kita dapat tengok, ada yang menyorok celah dinding dan di bawah sofa, sanggup tindihkan sofa di atas badan mereka untuk memastikan tidak dikesan Imigresen," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan lokasi akhir Ops Mega 3.0, di Bukit Jalil, di sini, awal pagi ini.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, daripada 468 warga asing diperiksa, seramai 258 PATI ditahan.

"Di Selayang, kita periksa 185 warga asing dan tangkap 68 PATI di mana 40 daripadanya warga Indonesia dan bakinya Bangladesh.

"Susulan itu, kita periksa 30 orang dan tangkap sembilan PATI di Kepong, empat warga Nigeria, Indonesia (4) dan Filipina (1).

"Di Bukit Jalil pula, kita periksa 253 warga asing, 181 daripadanya ditangkap, warga Indonesia mencatatkan bilangan tertinggi dengan 140 orang, Myanmar (21) dan Bangladesh (20).
'AWANG Hitam' antara yang ditahan dalam Ops Mega 3.0 oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Ehsan dan Bukit Idaman Kepong. - Foto Rosdan Wahid
"Kesemua PATI berkenaan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Ketika ditanya mengenai kesalahan PATI itu, Mustafar berkata, hasil semakan pihaknya mendapati sebahagian besar pasport individu berkenaan sudah tamat tempoh.

"Selepas itu, kita lihat ada yang lari dari majikan masing-masing dan bekerja di tempat lain, dalam dokumen sepatutnya bekerja di Brickfields tapi sekarang sudah tukar tempat ke Selayang.

"Kita juga dapat kesan kesalahan pemalsuan dokumen, ia sudah menjadi sindiket di Malaysia.

"Atas sebab itu, kita usaha membanteras sindiket itu secara berterusan, seperti yang mana yang kita buat sebelum ini dengan menumpaskan sindiket pasport palsu didalangi warga Indonesia," katanya.
'AWANG Hitam' antara yang ditahan dalam Ops Mega 3.0 oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Ehsan dan Bukit Idaman Kepong. - Foto Rosdan Wahid

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/448498/mustafar-ali-beraksi-kejar-pati

MALAYSIA
Minister: Zakir Naik’s deportation to be discussed with Modi
Published 1 hour ago on 13 July 2018
By Zurairi AR
M. Kulasegaran (pic) defended the prime minister's remark that Dr Zakir Naik can stay in Malaysia provided he does no wrong or not cause any unrest. — Picture by Yusof Mat Isa
M. Kulasegaran (pic) defended the prime minister's remark that Dr Zakir Naik can stay in Malaysia provided he does no wrong or not cause any unrest. — Picture by Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, July 13 — Minister M. Kulasegaran said today that the issue of deporting televangelist Dr Zakir Naik was discussed in the last Cabinet meeting, and it was decided that the Attorney General (AG) will only be consulted following a formal request from India.

The human resources minister said he will also bring up the matter with India’s prime minister Narendra Modi when he leaves for an official visit there.

“Let the Indian government make the necessary deportation order and we will follow the rule of law, but the bottom line was that the Indian government must make that request,” the Ipoh Barat MP said in a statement.

“This is the right way of doing things, it is not right for the government nor one man to decide this matter, it should be decided by law in the courts as they have the duty to dispense justice.”

He said the matter was raised in the Cabinet meeting by him, and fellow ministers Gobind Singh Deo and Xavier Jayakumar.

Kulasegaran also defended Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s remark that Dr Zakir can stay in Malaysia provided he does no wrong or not cause any unrest.

“I assure the people that when I go to India and if I have the chance to meet the Indian Prime Minister Narendra Modi, I will discuss this matter with him as well,” the minister said.

According to Indian media, India’s Ministry of External Affairs had formally requested Dr Zakir’s extradition in January. Barisan Nasional was in power then.

The controversial Islamic preacher Dr Zakir had earlier this week expressed his gratitude to the Malaysian government for not deporting him home to India.

He also expressed disappointment over some local media reports, which he claimed had tarnished his image by linking him to terror-related activities, and accused him of delivering hate speeches.

The Mumbai-born Islamic televangelist is also wanted by the Indian government for alleged money laundering besides terrorism.

He is under investigation for issuing alleged hate speeches that inspired the 2016 terror attack on a cafe in Dhaka, Bangladesh.

Sumber: 
https://www.malaymail.com/s/1651860/minister-zakir-naiks-deportation-to-be-discussed-with-modi

BERITA
Pejabat Peguam Negara mahu kaji semula kes hasutan
Diterbitkan 41 minit yang lalu pada 13 July 2018
Oleh Ida Lim
Sehingga kini kira-kira 10 kes hasutan sedang berjalan di semua peringkat mahkamah.—Foto oleh Yusof Mat Isa


Sehingga kini kira-kira 10 kes hasutan sedang berjalan di semua peringkat mahkamah.—Foto oleh Yusof Mat Isa
PUTRAJAYA, 13 Julai — Pejabat Peguam Negara (AGC) akan mengkaji semua kes hasutan yang sedang berjalan, sama ada mahu teruskan atau menggugurkan pendakwaan, kata seorang timbalan pendakwaraya hari ini.

Wan Shahruddin Wan Ladin berkata kajian itu bagaimanapun akan dilakukan terhadap kes yang sudah menulis surat atau representasi sah kepada AGC untuk digugurkan pertuduhan.

“Ya kita sedang menyemak semula semua kes hasutan tetapi mesti ada representasi sah, baru kita akan tengok semula,” katanya ketika dihubungi Malay Mail.

Katanya AGC akan memutuskan sama ada mahu meneruskan atau menggugurkan pendakwaan, bergantung kepada sebahagian “dasar terkini” kes hasutan.

“Semuanya bergantung kepada dasar dan kekuatan bukti. Tetapi faktor penentunya adalah kekuatan kes,” katanya.

Katanya setakat ini kira-kira 10 kes hasutan sedang berjalan di semua peringkat mahkamah, lapan daripadanya sudah menulis surat memohon agar kes digugurkan.

Sumber: 
Pejabat Peguam Negara mahu kaji semula kes hasutan | Berita | ProjekMM
Projek MM - Halaman Utama

'Encik, duit awak tercicir...'
Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my
SEKUMPULAN warga asing menggunakan modus operandi dengan menabur beberapa wang tunai di atas jalan sebelum memaklumkan kepada mangsa kononnya wang berkenaan milik mangsa yang tercicir.

Sasaran kumpulan ini adalah individu yang baru mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang banyak di bank sebelum bertindak menyamun mangsa ketika mangsa mahu mengambil wang yang tercicir seperti didakwa.

Terbaru, penuntut lelaki berusia 22 tahun menjadi mangsa kumpulan ini apabila wang berjumlah RM61,400 yang baru sahaja dikeluarkan dari sebuah bank di Kota Damansara, Petaling Jaya, dilarikan kumpulan berkenaan, 5 Julai lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Toh berkata, dia ke bank berkenaan dan mengeluarkan wang di kaunter bank sebelum menjemput nenek dan adiknya di lokasi berhampiran bank itu.

"Sebaik tiba saya memberhentikan kereta, seorang lelaki warga asing menghampiri kenderaan dan mengetuk tingkap sambil mendakwa ada wang saya terjatuh. Saya keluar dari kenderaan, namun tiba-tiba terdengar bunyi pintu penumpang depan dibuka seseorang.

"Saya nampak lelaki warga asing sedang mengambil beg mengandungi wang dan membawanya lari. Lelaki yang menegur saya juga turut melarikan diri bersama lelaki yang mengambil wang dari kereta menggunakan kereta Toyota Vios berwarna putih dipandu lelaki warga asing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Toh, dia kemudiannya membuat laporan di balai berhampiran dan mendapat maklumat mengenai modus operandi kumpulan berkenaan.

"Seorang daripada mereka akan menunggu dalam bank dan memantau mangsa yang mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Suspek kemudian mengekori mangsa dan menabur wang tunai berhampiran kereta mangsa dan memaklumkan wang mangsa tercicir.

"Mangsa yang tertipu akan keluar dari kenderaan untuk mengambil wang berkenaan sebelum seorang lagi suspek akan membuka pintu kereta dan mengambil beg mengandungi wang sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan dipandu seorang lagi suspek yang menunggu di lokasi berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan usaha untuk mengesan suspek giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 395 Kanun Keseksaan. Pihak polis mengingatkan orang ramai agar memastikan kenderaan dalam berkunci setiap kali keluar dari kenderaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 12:58 PM
Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/357438/encik-duit-awak-tercicir

BERITA»Kes
Jumaat, 13 Julai 2018 | 9:33am
Siasat segera kes kematian pegawai kadet - Mat Sabu
Oleh Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meminta pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan siasatan segera dan mengeluarkan laporan terperinci berhubung kejadian Pegawai Kadet Graduan (PKG) J Soosaimanicckam yang mati mengejut semasa menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei lalu.
Beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang 'cover up' akan dilakukan.

"Saya juga merayu pihak keluarga mendiang bersabar dan menunggu sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti ada pihak yang terlibat dalam salah laku sehingga menyebabkan kematian J Soosaimanicckam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, keluarga pelatih pegawai kadet berusia 27 tahun itu menuntut siasatan secara telus dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.

Selain itu, pihak TLDM juga turut diminta menjelaskan sebab Soosaimanicckam, tetap diarahkan untuk meneruskan latihan ketenteraan meskipun dia sudah memaklumkan kepada pegawai penyelianya tentang keadaan kesihatan diri yang tidak mengizinkan untuk meneruskan latihan pada hari sama dia disahkan meninggal dunia.

Peguam bela keluarga mangsa, N Surendran, berkata sehingga hari ini, TLDM masih gagal menjelaskan sebab utama kematian mangsa sehingga wujud elemen mencurigakan termasuk berkemungkinan berlakunya unsur penderaan.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/448509/siasat-segera-kes-kematian-pegawai-kadet-mat-sabu

Skuad B-19 selamatkan diri [METROTV]
Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my
KEJAYAAN skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.

Jurulatih negara, Bojan Hodak mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaskan apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan sehingga memaksa mereka berlari masuk ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri.

"Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalkan padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.

"Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada pihak tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku."

Kejayaan menundukkan Indonesia membolehkan anak buah Hodak menempah pertemuan final dengan Myanmar (Sabtu) dan pengendali dari Croatia itu tetap melihat peluang untuk menang masih 50-50 meskipun mereka pernah mengalahkan lawannya itu 1-0 di peringkat Kumpulan B.

"Bukan mudah untuk kami menewaskan Indonesia kerana ini perlawanan kelima dalam tempoh sembilan hari dan mereka juga mendapat sokongan padu penyokong. Bagi saya perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini 50-50 dan kami kena bersedia.

"Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya perlu nilai situasi ini sebelum membuat keputusan siapa yang akan bermain di final," kata Hodak.

Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 9:01 AM
Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/arena/2018/07/357289/skuad-b-19-selamatkan-diri-metrotv


Tiada ulasan: