Ahad, 1 Julai 2018

Sehingga sekarang saya masih tidak menemui hujah mantap untuk tidak mengaitkan Najib dengan kleptokrasi dan 1MDB. 7822.


Bukan umno tidak boleh diharamkan. 

Bukan masanya atau dengan sewenang-wenang mempergunakan ROS untuk haramkan Umno, sebagaimana kerajaan terdahulu menggantung PPBM menjelang beberapa hari sahaja lagi PRU Kebangsaan Malaysia pada 14 9 Mei 2018.

Untuk masa terdekat ahli dan pemimpin Umno usah bimbang tetang satu hal. Umno tidak akan diharamkan untuk jangka masa tahun ini hingga ke tahun depan. Organisasi ini penting untuk menjawab dananya yang mungkin terkait atau dapat mereka menafikannya dengan kisah 1MDB. Bersabarlah menantikan penyiasatan dan jika terkait juga dengan 1MDB maka perbicaraan di mahkamah tidak dapat dielak untuk menafikan dengan bukti-bukti atau memperakui sesuatu yang selama ini bulat-bulat dinafikan.

HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n

.

SATURDAY, JUNE 30, 2018
Faisal Asyraf
Najib mungkin ditangkap minggu depan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dijadual mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai barang-barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan, kata sumber. 

Ditanya jika ini menunjukkan Najib mungkin ditangkap pada minggu depan, sumber berkata: "Mungkin pada masa itu, bergantung dengan perkembangan siasatan." 

Malaysiakini telah menghubungi jabatan siasatan jenayah bagi mendapatkan pengesahan mengenai sidang akhbar tersebut. 

Bercakap kepada media di Jakarta semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Najib akan didakwa tidak lama lagi berkaitan skandal 1MDB. 

Hampir RM1 billion 

"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah. "Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," kata beliau. 

Perdana menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia. 

Pada hari Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh memberitahu wartawan barang kemas, jam tangan dan beg tangan mewah yang disita dianggarkan harga runcitnya sekitar RM1 bilion. 

Bagaimanapun, Najib, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, menyifatkannya sebagai subjektif dan tidak realistik. 

Najib juga mendakwa kebanyakan barangan itu merupakan hadiah yang diterimanya. 

Pihak polis masih sedang menganggarkan nilai 295 beg mewah itu. Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:00 pm

Sumber: 

My Metro Mutakhir
Siti Nur Mas Erah Amran maserah.amran@nstp.com.my
UMNO sudah 'tergelincir' - Mas Ermieyati
BEKAS Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan UMNO sudah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, kepemimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu, sebaliknya beranggapan UMNO hanya mangsa kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata.

“Semalam adalah titik tolak bagi menentukan hala tuju parti, namun kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli yang masih dalam sindrom penafian.

“Harapan untuk melihat sekurang-kurang 70 peratus muka baharu berwibawa pada pelbagai peringkat, tidak kesampaian.

“Pemulihan apakah ini, sekiranya virus masih dibiar berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.

Katanya, beliau sekali gus akan menegur serta menasihati kerajaan berdasarkan prinsip ‘semak dan imbang’ tanpa terikat dengan etika Ahli Parlimen yang mewakili sesebuah parti.

“Saya akan terus menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan serta menyuarakan hak yang sewajarnya dinikmati rakyat Malaysia.

“Berbekalkan pengalaman sebagai bekas peguam, saya berharap dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan badan eksekutif dipantau Parlimen efektif,” katanya.

Pada pemilihan UMNO semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli apabila diberi mandat sebagai Presiden UMNO baharu bagi tempoh 2018-2021.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berjaya memperoleh 78 undi bagi mengetepikan dua pencabar terdekatnya, iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meraih 53 undi, dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (28 undi).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 12:07 PM
Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/353498/umno-sudah-tergelincir-mas-ermieyati

BERITA » Nasional Ahad, 1 Julai 2018 | 1:47am
Bharian Berita Nasional Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

'Bukan kemenangan individu tetapi kita semua' - Zahid

Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu Debat Presiden UMNO 2018 secara langsung bersama Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin menerusi Astro Awani di Kompleks UMNO Bagan Datuk, kelmarin. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membuka pintu kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin untuk bersama-sama pimpinan baharu parti dalam menterjemahkan pembaharuan UMNO.

Katanya, kedua-dua pencabarnya yang tewas dalam perebutan jawatan Presiden UMNO, tetap diperlukan dalam mengembalikan semula semangat dan perjuangan parti.

"Tidak ada yang kalah dalam proses ini. Tengku Razaleigh dan Khairy adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka dan tetap diperlukan dalam meniupkan semula roh baharu UMNO.

"Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO," katanya dalam satu kenyataan, tengah malam ini.

Ahmad Zahid yang sebelum ini menggalas tugas Naib Presiden dan menjalankan tugas Presiden UMNO, berkata pemilihan parti yang dijalankan secara demokratik itu menjadi titik permulaan kepada pembaharuan UMNO.

"Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak merakyatkan UMNO.

"Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya. Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti.

"Pemilihan terbuka ini memaparkan UMNO sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian," katanya.

Ahmad Zahid turut menyatakan komitmen untuk menjulang kebebasan dalam pemilihan parti itu buat selama-lamanya, selain mahu semua ahli parti merapatkan barisan serta berusaha menjadikan UMNO sebagai parti yang membela kepentingan rakyat.

Beliau percaya, pemilihan bersejarah itu adalah simbol penyatuan ahli parti keramat Melayu dan mahu mereka terus bergerak seiring dalam pembaharuan UMNO.

"Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi secepat mungkin untuk membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/443611/bukan-kemenangan-individu-tetapi-kita-semua-zahid

My Metro Mutakhir
Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my
Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
MAHKAMAH Majistret hari ini membebaskan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan lelaki bergelar Datuk itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumlah RM20,000 di Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Jurucakap SPRM berkata, mahkamah turut mengarahkan lelaki itu menyerahkan pasportnya kepada SPRM dan melaporkan diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan sehingga siasatan kes itu selesai.

Lelaki itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan kes 1MDB. Dia adalah individu pertama yang direman bagi siasatan kes berkenaan.

Lelaki itu dikatakan memegang jawatan pengarah di syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Dia dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

Berita berkaitan:
• 1MDB: Bekas pegawai khas Najib direman
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 12:19 PM

Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/353509/bekas-pegawai-khas-najib-dibebaskan

Ahad 1 Julai 2018
Jasmine Foong
'SPRM perlu buka semula kes Felda, Isa Samad'
Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membuat laporan kepada SPRM semalam terhadap bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad atas dakwaan percanggahan mengenai bayaran yang diterima pemegang saham Felda Holdings pada tahun 2013.

"Pada tahun 2013, apabila FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) menerbitkan IPO (sahamnya), KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad) membeli 51 peratus saham di Felda Holdings tetapi mereka hanya dibayar sebanyak RM2.2 bilion. 

"Pada masa yang sama, pihak berkuasa Felda hanya mempunyai 49 peratus saham di Felda Holdings, tetapi FGV membayar mereka RM5.7 bilion.

"Jadi, persoalannya kenapa KPF hanya mendapat RM2.2 bilion daripada FGV kerana bahagian (sahamnya) sebanyak 51 peratus (yang lebih tinggi) di Felda Holdings?" Soal Timbalan Presiden ANAK, Mohd Nasaie Ismail kepada Malaysiakini. 

Nasaie menjelaskan pihaknya sekali lagi membuat laporan mengenai kes ini kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Seri Shukri Abdull telah mengumumkan SPRM akan membuka kembali kes-kes dibekukan penyiasatannya sebelum ini.

Beli saham Ladang Eagle High

"Sebelum ini, kami telah melaporkannya kepada SPRM. Kami membuat laporan polis dan kesemuanya pada tahun 2013, tetapi tiada tindakan diambil," katanya. 

Beberapa kes yang terpendam yang didesak ANAK untuk disiasat semula termasuklah pembelian hotel di London, Kuching dan Kota Kinabalu oleh Felda Investment Corp (FIC) dan pembelian pegangan saham dalam Ladang Eagle High di Indonesia oleh FIC Properties. 

Mengenai pembelian hotel oleh FIC, Nasaie berkata tiada perkembangan atau pendakwaan lanjut selepas penyiasatan terhadap Isa dan beberapa orang lain. 

Beliau juga berkata pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat dakwaan penyelewengan dana yang didakwa berlaku dalam Felda di bawah pentadbiran Isa untuk mendapatkan semula dana berkenaan bagi membina semula Felda.

SPRM menahan Isa pada tahun lalu. Beliau direman selama lima hari dari 15 Ogos 2017.

Sumber: 
al- Husseyn: 'SPRM perlu buka semula kes Felda, Isa Samad'

‘Buat mereka berstatus pemimpin, jenguklah nasib marhaen’

ARIF ATAN
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin (Foto) menyeru agar pemimpin pada masa ini mengambil berat nasib dan keperluan golongan miskin yang antaranya masih tidak memiliki kediaman sesuai.

Menurutnya, jurang golongan kaya dan miskin di negara ini terlalu lebar tanpa mengira latar kaum.

“Orang kaya, ada yang memiliki rumah mengalahkan istana, sementara orang miskin, apabila hujan, dia tiada tempat untuk berteduh dalam rumahnya sendiri.

“Paling menyedihkan, kediaman orang kaya dan gerobok orang miskin terletak sebelah menyebelah.

“Pemisah antara dua premis itu ialah pagar kediaman si kaya yang penyelak pintu pagarnya saja boleh bina beberapa biji rumah untuk si miskin,” dipetik dari Facebook beliau.

Beliau berkata, jenis penggunaan kenderaan juga menjadi petunjuk lebarnya jurang kaya miskin di negara ini.

“Ada orang miskin yang naik motorsikal umpama ‘sate’ (berpanas terik), sementara si kaya, tempat simpanan mobilnya saja berdingin hawa.

“Bilakah ini semua bakal menyusut dan berakhir? Kita tiada jawapan yang tepat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Zolkharnain menyeru agar para pemimpin turun padang menyelami dan menangani isu kemiskinan yang dialami ramai rakyat.

“Kepada mereka yang berstatus pemimpin, sementara tuan-tuan semua berstatus itu, jangan lupa, setiap hari jenguklah nasib marhaen sebegitu.

“Jika bukan tuan-tuan, siapa lagi?” soalnya.

Dalam isu berkaitan, rata-rata analisis ekonomi menyifatkan jurang perbezaan pendapatan adalah besar sehingga menyebabkan anak-anak miskin bandar berisiko tinggi mengalami masalah pemakanan, pendidikan dan keselamatan.

Hal ini dibuktikan melalui kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dengan kerjasama firma penyelidikan tempatan DM Analytics yang dibentangkan pada 26 Februari lalu.

Didapati 52 peratus isi rumah kos rendah di Kuala Lumpur dan Selangor tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli makanan sejak beberapa bulan lalu.

Laporan kajian itu mendedahkan 97 peratus isi rumah kos rendah di kawasan Lembah Kelang itu mengaku tidak dapat menyediakan makanan sihat kepada anak-anak mereka lantaran harga makanan yang mahal.

Mereka yang memperoleh pendapatan median RM2,500 itu tinggal di 17 flat kos rendah di Kuala Lumpur dan Selangor membabitkan 996 isi rumah dan 2,142 kanak-kanak sebagai responden.
 Dr Muhammed Abdul Khalid
Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi DM Analytics, Dr Muhammed Abdul Khalid dalam laporan itu turut mendedahkan kanak-kanak di flat kos rendah mengalami kekurangan zat makanan lebih tinggi berbanding purata kebangsaan.

Kajian mulai 28 Ogos hingga 30 September tahun lalu itu turut menyaksikan ibu bapa tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Sebahagian kanak-kanak yang tinggal di rumah flat kos rendah terpaksa belajar di ruang tamu, berkongsi ruang dengan ahli keluarga lain yang menonton televisyen bahkan ada yang tidak mempunyai ruang belajar sama sekali.

Sementara itu, penganalisis ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dilapor berkata, 89 peratus daripada populasi pekerja di negara ini masih memperoleh gaji kurang RM5,000 sebulan.

Sehubungan itu, gesanya tumpuan harus diberi kepada golongan B40 di bandar kerana purata perbelanjaan isi rumah mereka sebanyak RM3,200 adalah melebihi purata pendapatan isi rumah kira-kira RM3,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2016 pula mendedahkan ramai rakyat Malaysia tidak cukup simpanan KWSP lantaran gaji diperoleh rendah.

Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif berusia 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.  at 7/01/2018 12:00:00 PTG

Sumber: 
KERENGGA: ‘Buat mereka berstatus pemimpin, jenguklah nasib marhaen’

Ahad 1 Julai 2018
Oleh Minderjeet Kaur 
Pengawal terkejut gurauan tentang Jho Low selama ini benar
SPRM menyerbu unit yang dikatakan milik Jho Low 
di blok apartmen mewah  di Jalan Kia Peng hari ini. 
KUALA LUMPUR: Apabila penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pangsapuri yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang menyembunyikan diri, Low Taek Jho atau Jho Low, hari ini, yang paling terkejut adalah pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri mewah di Jalan Kia Peng itu. 

Mereka tidak pernah ternampak lelaki yang sangat dikehendaki pihak berkuasa itu tetapi mereka ada bergurau sesama sendiri yang mungkin Jho Low memiliki salah satu unit di sini. 

“Kami tidak pernah ternampak Jho Low tetapi kadangkala kami bergurau sambil bertanya sesama sendiri jika benar Jho Low memiliki salah satu unit. 

“Dan apabila pihak berkuasa tiba hari ini, kami sangat terkejut kerana gurauan rupanya benar. Kami selama ini mungkin mengawal keselamatan kediaman milik seseorang yang sedang menyembunyikan diri,” kata salah seorang pengawal. 

Katanya, pengawal-pengawal tahu tentang Jho Low kerana ada terbaca di media sosial bahawa dia dikehendaki dalam siasatan 1MDB. 

“Kami juga tahu tentang 1MDB,” katanya sambil menambah, dia terus membuat panggilan telefon kepada keluarganya untuk berkongsi pengalaman luar biasa hari ini. 

Katanya, lebih kurang 7 pegawai SPRM memasuki pangsapuri itu dan berada di dalam unit itu dari 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. 

“Kami tidak tahu apa yang diambil penguatkuasa tetapi saya pernah diberitahu unit itu ditukar menjadi pejabat. 

“Kami difahamkan unit itu mempunyai sistem interkom sebelum ini tetapi diputuskan taliannya beberapa bulan lalu,” katanya. 

Pengawal berkata tiada siapa pernah mendaftar di rumah pengawal untuk memasuki unit itu tetapi mereka mungkin menggunakan kad akses. 

Satu waran dikeluarkan SPRM hari ini menyatakan “ada sebab munasabah yang mengesyaki ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan” di premis itu. 

Gambar daripada serbuan itu yang bocor di internet menunjukkan antara lain sebuah mesin mencincang kertas dan peti simpanan. 

Jho Low, dan 4 lain, dikehendaki SPRM dalam siasatan ke atas AS$4.5 bilion yang didakwa disalurkan dari 1MDB antara 2009 dan 2015. 

Awal bulan ini, SPRM meminta Jho Low tampil membantu siasatan ke atas SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. 

SPRM juga meminta bekas pengarah urusan SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman, 47, untuk membantu siasatan, dan menggesa seorang lelaki misteri, Tan Kim Loong, yang didakwa menjadi penandatangan beberapa bank akaun di luar negara, di mana berbilion wang daripada 1MDB diubah, untuk tampil membantu siasatan. 

Terdahulu dilaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran kepada penyiasat untuk menyoal siasat Jho Low di Dubai. Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 10:00 am

Sumber: 
al- Husseyn: Pengawal terkejut gurauan tentang Jho Low selama ini benar

Pemilihan Zahid tanda Umno tidak mahu berubah
Faiz Zainudin
KUALA LUMPU: Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden ketujuh Umno menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu berubah.

Katanya usaha untuk meraih kembali kepercayaan rakyat supaya menyokong Umno juga dilihat sukar kerana masih mengekalkan orang lama dalam parti.

“Hasilnya menunjukkan Umno tidak mahu berubah, bahkan tidak dapat diperbaiki,” katakan kepada FMT.

Beliau mengulas mengenai kemenangan Zahid selaku presiden Umno yang memperoleh 93 undi bahagian pada pemilihan kali ini, mengalahkan Khairy Jamaluddin yang mendapat 53 undi dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah 28 undi.

Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara mengundi dalam pemilihan kali ini.

Ini merupakan kekalahan kedua Razaleigh dalam usaha merebut jawatan presiden Umno, selepas kalah tipis 43 undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan parti 1987.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan sebagai pemenang apabila jauh meninggalkan pencabarnya Tan Sri Annuar Musa dengan mendapat 110 undi.

“Ahli Umno masih mengikut apa yang pemimpin mereka mahu, termasuk ketua Bahagian Umno memberitahu mereka siapa yang harus dipilih,” tambah Kamarul.

Kamarul berkata kemenangan Zahid juga merupakan berita baik kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan Umno pada pilihan raya akan datang, iaitu merujuk kepada kelemahan kepimpinan parti itu yang dapat dibaca pihak kerajaan.

“Berita baik untuk PH,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis keputusan penuh rasmi bagi pemilihan semua jawatan di peringkat pusat dan Bahagian Umno belum diumumkan.

Setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor lewat malam semalam berkata, keputusan penuh pemilihan Umno akan diumumkan pagi ini. at 7/01/2018 10:40:00 PG

Sumber: 
KERENGGA: Pemilihan Zahid tanda Umno tidak mahu berubah


Ahad 1 Julai 2018

Penipu, pembohong dan penunggang agama sebenar...

Oleh Azhar Harun:
Inilah bukti bahawa ramai di antara mereka yang memanggil diri mereka ulamak di dalam Parti ISLAM Se-Malaysia (P.A.S.) sebenarnya ialah penipu, pembohong dan penunggang agama dan Tuhan.

Dulu, mati-mati si Nik Abduh ni nafikan bahawa rakaman suara yang kata PAS ambil duit UMNO adalah palsu. Suara di dalam rakaman itu bukan suara dia. Kononnya.

Bukan itu saja, dia panggil penyebar rakaman itu sampah. Dia doakan agar balasan Tuhan disegerakan ke atas mereka.

Maka hamba sahaya unta-unta PAS pun bising satu dunia bahawa PAS dah kena fitnah, bahawa itu semua satu pembohongan musuh Islam dan sebagainya.

Ya.
Sekarang balasan Tuhan dah datang.

Dalam Mahkamah orang putih kafir harbi Kristian-Yahudi tu, peguam hangpa sendiri dah MENGAKU bahawa rakaman itu ialah rakaman yang tulin. Suara tu ialah suara Nik Abduh.

Hangpa panggey diri hangpa ulamak.

Hangpa kata PAS parti yang memperjuangkan Islam. Nak pertahankan Islam kononnya.

Ni ikut ayat mana. Ikut sunnah mana. Yang membohong ni?

Tak cukup dengan itu, itu hari unta-unta hangpa bising satu dunia dalam fb, twitter dan WhatsApp. Hangpa kata Hj Hadi dah menang kes fitnah lawan Clare ni.

Menang apakejadahnya PAS oi?

Hangpa paham ka permohonan interlokutori tu apa? Kalau tak paham pi tanyalah Queen Counsel yang hangpa bayaq berjuta-juta ringgit tu.

Kes ini akan dibicarakan selama 11 hari dari 1 April 2019.


Kalau dah menang buat apa nak bicara PAS oi? Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at SUNDAY, JULY 01, 2018

Sumber: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Penipu, pembohong dan penunggang agama sebenar...

Monday, March 22, 2010
Oleh Masdar Wahid 

Isu arak di Parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.
"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.
Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.
TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.
Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;
"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'
Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.
YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?
Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.
Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.
Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..
“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.
Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?
Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

Sumber:
https://infodppsa.blogspot.com/2010/03/isu-arak-di-parlimen-rembau-terpaku.html

Penyokong Najib dan angin Incredible Hulk
ISMAIL HASHIM YAHAYA 
Beberapa hari lepas, sedang saya minum di sebuah restoran di Shah Alam, beberapa rakan lama datang duduk semeja bersembang dengan saya. Kami sering bertemu untuk sembang isu semasa.

Perbualan kami mula-mula berkisar di sekitar hari Raya, balik kampung, kesesakan di lebuh raya. Tiba-tiba Rahim (bukan nama sebenar) membuka bicara mengenai IMDB dan nilai rampasan di rumah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kami tersentak!. Wajah lemah lembut Salmah (bukan nama sebenar) berubah menjadi `Incredible Hulk’, muka ganas giler. Wajahnya garang dan panas baran secara tiba-tiba.

Katanya, “cuba fikirkan media sosial dan online suka putar belit, Najib tu memang asal orang bangsawan, keturunan orang kaya. Hangpa semua duk percaya buat apa.”

Mengapa Najib jadi sasaran ni macam berdendam, ramai orang bagi derma kat isteri dia apa salahnya.”

Rahim berkata,”apa yang hang duk menggila ni, kena sampok hantu ka, aku cuba cakap nilai rampasan sebagaimana dijelaskan Datuk polis Benggali tu, sensitif betui la.”

Dia berkata “sensitif la main rampas sahaja, geledah semua, kesian Najib dan Rosmah tu.”

Saya mencelah marilah kita tengok fakta asas, manakah pergi wang 1MBD tu sebenarnya, kata nak buat pembangunan untuk rakyat, sekarang ke mana pergi duit tu. Apa hasilnya?

“Bukankah Najib ketuanya, kerajaan PH dan Tun Dr Mahathir nak siasat la, cuba hang beritahu nak siasat siapa lagi, lepas tu depa cari orang yang berkaitan dan berurusan dengan 1MDB ni.”

Dia naik angin terus, mata terbeliak dan muka merah padam sampai pelanggan di restoran pun terkejut dan memerhati kami bertiga.

Katanya, ini macam sengaja buat pertuduhan buat malu kat Najib, padahal dia sendiri cakap tak tahu menahu, buat siasatan carilah orang lain.”

Salmah berkata, “aku nak baliklah tak pa naik Grab ja.”

Rahim berkata, “Jangan begitu Mah, takkanlah pasai ni pun nak putus persabahatan merajuk la tu.

“Tak da la hang pa duk tuduh macam-macam.” katanya.

“Hang boleh tak sutuju tetapi janganlah naik angin tiga suku macam ni kenapa ni, kita bebas beri pandangan dan kalau tidak setuju bagi hujahan dan janganla emosi,” katanya.

Jelas saya, “emosi tak akan bawa ke mana, maaf saya cakap ia akan memperlihatkan kebodohan sahaja, hujah dengan mantap penuh tenteram.

“Sudahlah mai balik,” kata Salmah.

“Malaih nak sembang dengan hanpa, nak menang semua. Aku tetap dengan pendirian aku yang Najib tidak bersalah.”

Saya pun berkata, “Rahim bawak Salmah balik, lain kali kita sembang-sembang, pesan minum pun tidak.”

Ada juga beberapa ahli Umno yang saya temui kebanyakannya naik angin bila sentuh isu 1MDB dan Najib.

Mereka tidak boleh terima hakikat yang pihak polis datang ke rumah Najib merampas barang-barang dan wang tunai Najib dan isterinya Rosmah.

Mereka cepat sensitif apabila Najib dikaitkan dengan 1MDB. Itulah wacana kalangan ahli Umno dan mereka yang berkhidmat dalam BN dahulu.

Ada yang berkata pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menjejaskan mata wang dan bursa saham. Ada yang berkata buat apa mendedahkannya dan ia menjejaskan pelaburan asing langsung dan kedudukan ekonomi negara.

Suatu wacana yang berlegar ialah isu bahasa dan orang Melayu. Ramai juga kalangan orang Melayu yang pro kerajaan BN dahulu yang saya temui berkata Melayu akan pupus dianaktirikan contoh macam isu Guan Eng dengan kenyataan media bahasa Mandarin dan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mengenai kemasukan 10% bukan Melayu ke Matrikulasi.

Apa yang saya tanggapi kebanyakan ahli Umno dan BN tidak mengemukakan hujah yang mantap, malah mereka yang berstatus Profesor dan Phd pun seperti bercelaru, tenggelam punca, jadi lumpuh, hidup dalam penafian, delusi dan tidak menerima amalan politik kleptokrasi.

Mereka tidak dapat menerima realiti yang banyak institusi kerajaan telah menjadi kenderaan tunggangan untuk merompak khazanah negara secara sistematik.

Jika tidak bersetuju mereka perlu membukti secara hipotetikal andainya perkara dibiar berterusan apa yang akan berlaku kepada negara kita. Ramai kalangan yang cepat melatah, naik angin dan emosi hingga sanggup bertumbuk atau hentak meja.

Apakah mereka masih bersetuju dengan amalan politik wang dan rasuah yang berleluasa sebelum ini?

Sehingga sekarang saya masih tidak menemui hujah mantap untuk tidak mengaitkan Najib dengan kleptokrasi dan 1MDB.
--------------
Penulis adalah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel). at 6/30/2018 05:00:00 PTG

Sumber: 
KERENGGA: Penyokong Najib dan angin Incredible Hulk

PANAS!!! Calon jawatan tinggi Umno disiasat SPRM gunakan lebih RM800,000 dana yayasan untuk bayar kad kredit miliknya dan isteri

Seorang pemimpin tertinggi Umno akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan yang dipengerusikannya.

Sumber memberitahu Sinar Harian, pemimpin berkenaan merupakan menteri kanan dalam kabinet bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut menawarkan diri bertanding jawatan tinggi Umno pada pemilihan hari ini.

Akhbar itu melaporkan siasatan SPRM sejak awal tahun ini mendapati pemimpin itu disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri sejak 2014 hingga 2016.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan laporan Sinar Harian kelmarin mengenai kes penyelewengan itu.

“Memang ada seorang pemimpin tinggi Umno sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi akhbar terbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit atau memberi maklumat lanjut.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Sinar Harian bahawa SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen transaksi pembayaran dilakukan pemimpin berkenaan.

Pada masa sama, SPRM juga sedang menyiasat kes penyelewengan dana dan salah guna kuasa beberapa tokoh politik, termasuk beberapa bekas menteri dan ketua bahagian parti.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan nama mereka yang disyaki terlibat.

Lima individu disenaraikan bertanding untuk jawatan Presiden Umno yang dikosongkan Najib selepas BN tumbang kepada Pakatan Harapan pada PRU14.

Mereka ialah pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli Umno Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@ Jamaluddin.

Jawatan Timbalan Presiden ditandingi oleh Pengerusi Umno Negeri Sembilan yang juga bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
-malaysiakini at 6/30/2018 01:00:00 PTG

Sumber: 
KERENGGA: PANAS!!! Calon jawatan tinggi Umno disiasat SPRM gunakan lebih RM800,000 dana yayasan untuk bayar kad kredit miliknya dan isteri

Kajian dapati 70% orang Melayu puas hati dengan kerajaan baharu
Bede Hong

SATU tinjauan seluruh negara mendapati 70% orang Melayu berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu.

Firma penyelidikan bebas, Oppotus Research Group menjalankan tinjauan secara bersemuka antara 22 Jun hingga 26 Jun dengan sampel wakil 1,035 orang Melayu.

Mengenai prestasi kerajaan baru, 56% responden berkata mereka berpuas hati, sangat berpuas hati (14%), tidak berpuas hati (27%) dan sangat tidak berpuas hati (3%).

Undian juga mendapati 51% responden tidak menyokong Umno, berbanding 44% yang menyokong, manakala 5% enggan mengulas.

Hampir semua iaitu 95% responden menyatakan mereka mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Daripada jumlah tersebut, 77% tinggal di kawasan bandar manakala selebihnya dari kawasan luar bandar.

Mengenai parti yang diundi dalam PRU14, 40% berkata mereka mengundi Barisan Nasional (BN), PH (34%) dan calon bebas (13%). Baki 13% lagi pula enggan mengulas.

Tinjauan ini bertujuan mengukur sentimen orang ramai pada PRU14 dan pemilihan parti Umno hari ini.

Margin kesilapan dianggarkan pada kadar 3.10%.

Umno memenangi 54 daripada 79 kerusi BN di Parlimen. PH memenangi 122 daripada 222 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan tetapi semua parti komponennya kurang berbanding jumlah dimenangi Umno.

PH memperoleh 47.88% undi popular dalam PRU14, termasuk daripada kerusi yang diperoleh melalui sekutu di Sabah, Parti Warisan Sabah.

Bahagian undi popular BN adalah 33.8%, manakala PAS, melalui Gagasan Sejahtera, mengambil 17%. Ini menjadikan gabungan bahagian undi popular mereka pada kadar 50.8%, lebih tinggi daripada PH.

Menurut data Merdeka Center yang dikeluarkan dua minggu lalu, hanya 25% hingga 30% orang Melayu mengundi PH, BN (35-40%) dan PAS (30-33%).

Laporan itu berkata meskipun peratusan orang Melayu mengundi PH di Johor dan negeri-negeri pantai barat seperti Melaka dan Negeri Sembilan lebih tinggi, sokongan keseluruhan orang Melayu terhadap PH menurun disebabkan prestasi lemah di Kelantan dan Terengganu.

Laporan itu memberi amaran yang perpecahan dalam undi Melayu akan memberi implikasi besar dalam PRU masa depan memandangkan PH, BN dan PAS berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.

Pengurus Penyelidik Tan Seng Keat berkata walaupun ramai penyokong tradisi BN tidak gembira dengan bekas perdana menteri Najib Razak dan cukai barangan dan perkhidmatan, mereka juga tidak mempercayai PH.

“Indoktrinasi propaganda sepanjang tahun ini tidak dapat berubah dalam beberapa hari berkempen, walaupun dengan Dr Mahathir Mohamad ada.

“Bagi mereka, Umno adalah parti Melayu, parti Islam. Mereka berasa selamat,” kata Tan yang dipetik oleh The Straits Times baru-baru ini. at 6/30/2018 03:33:00 PTG

Sumber: 
KERENGGA: Kajian dapati 70% orang Melayu puas hati dengan kerajaan baharu

Tiada ulasan: