Khamis, 26 Julai 2018

Wakil rakyat PH menggagalkan 1MDB - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. 7931.


Cerita MP Umno yang hilang kuasa. 

Sebahagian pemimpin elit terlibat rasuah: Tun M
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, MOHD HAFIZ ISMAIL, RIDAUDDIN DAUD

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada usia 92 tahun menjelaskan bahawa beliau kembali memimpin negara dalam keadaan rasuah yang teruk termasuk pegawai yang tidak boleh dipercayai.

Dalam temubual bersama CNN, Dr Mahathir menjelaskan, sebahagian pemimpin atasan dalam kerajaan terdahulu juga terlibat dalam rasuah yang dinilai amat teruk.

“Daripada luar kita dapat melihat kerosakan tetapi kita tidak pernah menjangkakan bahawa kerosakan yang begitu luas.

“Kebanyakan pemimpin atasan dalam kerajaan juga adalah korup,” katanya kepada CNN yang disiarkan hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan protege Dr Mahathir didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

“Saya terpaksa bekerja dengan sebahagian individu yang boleh dikatakan sebagai suspek.

“Ini adalah tugas yang begitu sukar. Jika kamu tidak bekerja dengan orang yang kamu tidak percaya, kamu tidak akan tahu sama ada kamu mahu mereka menyempurnakan tugas atau tidak,” katanya.

Dr Mahathir yakin kemampuan Anwar sebagai perdana menteri

Mengulas mengenai tempoh masa dua tahun sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata, beliau perlu mempercayai kemampuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut selepas ini.

“Pendapat peribadi saya tentang Anwar tidak penting. Saya perlu percaya kepada dia sama ada suka atau tidak. Saya tidak boleh berada di sini sampai bila-bila walaupun ada yang mahu saya berkhidmat melangkaui tempoh yang telah dipersetujui rakan gabungan,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir berkata cadangan menjadi perdana menteri selama dua tahun adalah satu cadangan dan ada kemungkinan beliau akan meninggalkan jawatan itu lebih awal serta lebih lewat daripada tempoh tersebut.

Menyentuh soal ancaman keganasan, beliau menyatakan, Malaysia, Filipina dan Indonesia telah meningkatkan kerjasama keselamatan, terutamanya di kawasan sempadan yang menjadi tempat perlindungan kumpulan militan.

“Ini adalah ancaman kepada negara. Kita cuba mengatasi keganasan dengan cara yang sangat canggih dan menggunakan teknologi baharu untuk memerangi keganasan.

“Kita perlu tahu keganasan ini ada sebabnya dan kita perlu mengatasi penyebab keganasan. Jika kita boleh menangani sebab dan menghapuskannya, maka tidak akan ada keganasan,” katanya.

Katanya, Islam berpandukan al-Quran adalah agama yang sederhana dan menyeru umatnya untuk bersaudara dan melarang pembunuhan.

“Apa yang berlaku hari ini adalah mereka melakukan perkara yang di larang Islam. Islam yang kamu lihat hari ini sebenarnya bukan Islam yang diajar oleh agama. Ini adalah Islam yang ditafsirkan oleh beberapa orang berkuasa, pemimpin dan sarjana,” katanya.

Sebelum ini juga, Dr Mahathir dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian berkata, kerajaan memberi jaminan melaksanakan ajaran Islam di negara ini berpandukan al-Quran.

Jelasnya, kitab al-Quran merupakan panduan terbaik buat seluruh umat Islam dan mampu menyelamatkan agama, umat serta negara Islam lain sekiranya mereka kembali kepada kitab suci itu.

Terperangkap antara China-AS 

Melalui laporan itu, CNN menilai Najib telah ‘menarik’ Kuala Lumpur dan membawa kepada Beijing, menandatangani perjanjian mengelirukan melibatkan projek jalan dan infrastruktur dengan Presiden China, Xi Jinping namun Dr Mahathir dilihat lebih berjaga-jaga.

Bulan ini, Malaysia membatalkan projek landasan kereta api bernilai puluhan bilion ringgit selepas kerajaan mendapati kos projek itu melebihi bajet sebenar dan jumlahnya mencecah RM20 bilion.

“Kita sentiasa mesra dengan China. Ada pepatah mengatakan ‘yang berkuasa ambil apa yang mereka mahu, yang lemah hasilkan apa yang mereka perlukan’,” katanya.

Tambah Dr Mahathir, China semakin berleluasa di sekitar Laut China Selatan malah mendakwa pulau-pulau milik Malaysia juga adalah milik negara republik itu.

“Kita tak boleh berperang dengan mereka. Mereka lebih berkuasa, kita tak boleh lawan mereka. Jadi, apa yang boleh kita manfaatkan daripada kuasa dan kekayaan mereka?

“Itu yang sedang kita fikirkan sekarang. Apa pun, kita perlu terima realiti dalam situasi tersebut,” ujarnya.

CNN juga melaporkan Dr Mahathir turut menuduh China memperluaskan pengaruhnya dengan menggunakan wang yang mereka ada dan meskipun projek mega dari negara berkenaan dialu-alukan di Malaysia namun beliau enggan kerajaan bergantung kepada pinjaman wang dari China.

“Ada pakar memberi amaran projek jalan raya (dengan China) akan menambah hutang sesebuah negara terutamanya negara kecil, menjadikan China mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan itu malah mengawal infrastrukturnya juga,” katanya.

Kebimbangan kedua Dr Mahathir melibatkan negara kuasa besar selain China adalah Amerika Syarikat.
Mal
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/sebahagian-pemimpin-elit-terlibat.html

BERITA»Nasional
Khamis, 26 Julai 2018 | 4:58pm
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika 
ditemui di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Surat kepada CIA tak patut didedah - Najib
Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Surat ditulis agensi perisikan negara kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah rahsia kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendedahan surat itu tidak sepatutnya berlaku kerana bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung kerahsiaan, khususnya membabitkan maklumat risikan.

Katanya, kerajaan serta Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang didakwa menulis surat memohon sokongan badan perisik Amerika Syarikat (AS) itu, tidak perlu mengulas mengenai kebocoran maklumat berkenaan kerana ia bukan tindakan yang betul.

"Surat ini dikatakan dibuat oleh badan perisik kita. Bukan dasar kita nak mendedahkan surat itu kerana ini rahsia kerajaan.

"Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apalah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara.

"Secara dasarnya, kita tidak sepatutnya mengulas mengenai kebocoran seperti ini kerana ia adalah amalan yang sangat buruk," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sama ada wujud surat seperti itu ditulis kepada negara lain.

Guan Eng turut menggesa siasatan menyeluruh dilaksanakan berhubung surat terbabit kerana menyentuh kedaulatan negara.

Sebelum ini, tersebar sepucuk surat didakwa daripada MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), memohon sokongan CIA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan).

Najib sekali lagi menegaskan tidak mengetahui sama ada surat itu benar-benar wujud atau sebaliknya kerana ia tidak melalui kelulusannya atau mana-mana kementerian, sebaliknya antara agensi.

"Benar atau tidak mereka menulis surat itu, kena tanya agensi berkenaan, bukan saya. Saya tidak boleh sah atau nafikan kerana saya tidak tahu.

"Apa pun, ia sudah terlewat kerana surat itu dikatakan ditulis ketika tempoh berkempen, dan ia tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454216/surat-kepada-cia-tak-patut-didedah-najib

Bekas IGP Khalid kini 'menganggur', letak jawatan Prasarana 
26 Jul 2018, 3:32 petang (Dikemaskini 26 Jul 2018, 3:37 petang)

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pengangkutan awam negara Prasarana Malaysia Bhd.

Khalid memberitahu Sin Chew Daily telah menyerahkan surat perletakan jawatan pada 17 Julai lalu dan dipetik akhbar berbahasa Cina itu berkata sekarang beliau "menganggur."

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melantik Khalid sebagai pengerusi lembaga pengarah Prasarana pada 5 September tahun lalu, sehari selepas beliau bersara daripada jawatan ketua polis negara.

Khalid menjadi individu paling terbaharu dalam senarai panjang pemberhentian atau perletakan jawatan daripada agensi utama kerajaan dan GLC sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berjanji mahu memotong bonus dan gaji para pengarah GLC.

Dalam perkembangan berkaitan, The Edge Financial Daily melaporkan Presiden Prasarana dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Masnizam Hisham juga mungkin akan meninggalkan syarikat itu juga.

Masnizam telah berkhidmat dengan Prasarana selama 12 tahun dan pernah memegang beberapa jawatan utama.

Akhbar itu memetik sumbernya melaporkan perletakan jawatan Masnizam "tidak dapat dielakkan" kerana Prasarana cuba mendapatkan dana tambahan daripada kerajaan untuk pembinaan LRT3.

Pada 2015, pentadbiran Najib mendakwa LRT3 hanya memakan belanja kerajaan sebanyak RM9 bilion.

Bagaimanapun, pentadbiran semasa mengatakan bahawa Prasarana telah memaklumkan Putrajaya pada bulan Mac, ketika itu masih di bawah pentadbiran Najib, bahawa kos sebenar bagi projek itu ialah RM31.45 bilion dan meminta kerajaan menjamin terbitan semula bon sebanyak RM22 bilion.

Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Prasarana kini perlu mengurangkan kos projek itu kepada RM16.63 bilion.
-malaysiakini
at 7/26/2018 06:38:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/bekas-igp-khalid-kini-menganggur-letak.html

Hanya 17 peratus MP hadir sidang Dewan Rakyat malam tadi
ARIF ATAN
Lebih banyak kerusi kosong daripada MP pada sidang Dewan Rakyat pada 9 malam, 25 Julai.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin memberitahu terdapat 38 Ahli Parlimen (MP) berada dalam sidang Dewan Rakyat setakat 9 malam tadi.

Ketua Bersatu Bahagian Ketereh, Kelantan itu berkata, MP Pakatan Harapan (PH) seramai 32 orang manakala Pas (4) dan dua lagi MP dari Umno.

Kehadiran itu hanya mewakili 17 peratus daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen.

“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” tulisnya di Facebook sambil memberitahu sidang dewan dilanjutkan sehingga jam 9.15 malam.
Dr Radzi Md Jidin
Ekoran itu, rata-rata komentar berpendapat kerajaan perlu meneliti semula waktu persidangan Dewan Rakyat agar lebih munasabah.

Pengguna Facebook Mohd Anuar berkata, “Rasanya kurang praktikal sidang sampai malam. Elok tangguh jam 6 petang sahaja. Lewat-lewat pun bukan boleh fokus kepada isi persidangan.”

Bagi Denzel Loo pula berpendapat tiada gunanya berada di Parlimen ketika majoriti ahli tidak hadir.

“Mengapa seret waktu hingga malam? Orang juga ada kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sabri Ismail menyarankan jumlah hari bersidang ditambah daripada 20 kepada 30 hari dengan mengambil kira keupayaan untuk seorang Ahli Parlimen kekal bertenaga.

“Tak perlu sampai malam kerana waktu malam untuk berehat sebelum menyambung tugas keesokkannya pula. Waktu yang produktif cuma jam 9 hingga 5.30 petang,” ujarnya.

Tidak kurang juga yang bertanyakan tentang kehadiran menteri yang mengemukakan usul agar dewan bersidang hingga malam.

“Menteri yang usul dewan bersidang sampai malam ada hadir?” soal Mogan Raaj.

Untuk rekod, 98 daripada 222 Ahli Parlimen dalam Mesyuarat Parlimen Ke-14 adalah muka baharu selepas PH mendapat mandat selepas 61 tahun BN menjadi parti pemerintah.

Pada mulanya, PH yang disertai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu menguasai 124 kerusi manakala BN memperoleh 79 kerusi.

Bagaimanapun tiga daripada 54 ahli Parlimen Umno mengisytihar menjadi ahli Parlimen Bebas manakala 19 ahli Parlimen daripada gabungan parti Sarawak iaitu PBB, SPDP, SUPP dan PRS keluar dari BN.

Keputusan tersebut menyebabkan BN kini mempunyai 54 kerusi di Dewan Rakyat.
at 7/26/2018 01:32:00 PTG
KERENGGA: Hanya 17 peratus MP hadir sidang Dewan Rakyat malam tadi

Najib digasak hari pertama berucap sebagai pembangkang
Faiz Zainudin
KUALA LUMPUR: Ucapan Datuk Seri Najib Razak digasak oleh beberapa ahli parlimen kerajaan pada pertama kali berucap dalam Dewan Rakyat sebagai pembangkang ketika membahaskan titah Agong.

Hari ini merupakan kali pertama Najib berucap di Dewan Rakyat sejak ia mula bersidang pada 16 Julai lalu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika berucap, kelihatan beberapa ahli parlimen kerajaan turut mencelah termasuk R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong).

Rayer meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan simpanan wang di rumah bekas perdana menteri itu.

Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian meminta Rayer tidak menganggu Najib.

“Yang berhormat ikut peraturan,” katanya.

Najib berkata beliau akan membantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Pekan itu berkata, semasa di akhir pemerintahan BN sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), keadaan ekonomi negara begitu kukuh.

Katanya, kini beliau berasa bimbang nasib golongan Felda di bawah kerajaan PH.

“Sebaik sahaja PH mentadbir, mereka tidak endahkan golongan peneroka, hari peneroka tidak disambut.

“Manifesto PH ingin membatalkan hutang peneroka dalam 100 hari, tapi apa jadi dengan janji ini,” katanya.

Pada PRU14 menyaksikan BN tumbang kepada PH yang membentuk kerajaan apabila memenangi 121 kerusi Parlimen.

Gabungan itu juga berjaya merampas bebarapa negeri baharu selain Selangor dan Pulau Pinang. Mereka menawan Perak, Kedah, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka.
at 7/26/2018 03:30:00 PTG
KERENGGA: Najib digasak hari pertama berucap sebagai pembangkang

Hanipa bidas gelagat tiga MP ‘parti hilang kuasa’
MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin membidas gelagat tiga Ahli Parlimen (MP) BN dalam perbahasan di ewan Rakyat semalam yang antaranya dianggap sungguh melucukan.

Bagi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), Hanipa berpendapat kepentingan rakyat berpendapatan rendah juga perlu diambil kira.

“Dalam perbahasan di Parlimen semalam, YB Rembau bangkit isu GST bagi menyerang Kerajaan PH. Beliau kata langkah PH hapuskan GST menyalahi pendapat pakar ekonomi seperti akauntan dan lain-lain.

“Jika boleh bertanya semalam, saya nak tanya begini ‘Baguslah YB sibuk dengan pendapat seperti pakar akauntan, pendapat rakyat bawahan yang ‘terjerut leher’ mereka dengan GST, macam mana? YB tak mahu ambil kira sekali ke?” ujarnya.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional berkenaan juga mengulas tentang soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ismail bertanyakan sama ada larangan untuk membincangkan skandal mega tersebut oleh Speaker Dewan Rakyat sebelum ini masih lagi digunapakai.

“Saya rasa nak tergelak. Apapun, percubaan yang baik YB (Kuala Krau).

“Cuma nak kata bila mantan MO1 (Malaysian Official 1) pun kini sudah boleh didakwa berkaitan isu 1MDB, keberanian YB Kuala Krau itu cuba berusaha nak jarakkan isu 1MDB dari Parlimen memang satu adegan yang amat menghiburkan sepertimana terhiburnya kita menonton Maharaja Lawak,” tempelaknya.

Walau bagaimanapun, Hanipa menganggap paling lucu dalam perbahasan semalam apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat “fatwa songsang” apabila menuduh wakil rakyat PH sebagai menggagalkan 1MDB.

“Sebab? Mereka semua sabotaj 1MDB. Saya rasa IMDB pun terkejut dengan ‘fatwa’ tersebut,” sindir peguam itu lagi dipetik daripada Facebook beliau.
at 7/26/2018 06:00:00 PTG
KERENGGA: Hanipa bidas gelagat tiga MP ‘parti hilang kuasa’

... 

Tiada ulasan: