Selasa, 14 Ogos 2018

ありがとう. 8040.


ありがとう. - arigato - terima kasih.







SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan 'bantuan RM800k'
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Ini susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa siasatan sedang dijalankan tetapi enggan mendedahkan lanjut butiran berkaitan.

Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.

Sumber yang lain berkata SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.

Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

“Agak meragukan bila dia dikatakan akan dilantik sebagai pembantu kepada menteri,” katanya.

Sumber berkata SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan.

Mohamad, yang juga presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), melapor diri sebagai menteri pertahanan pada 22 Mei, sehari selepas mengangkat sumpah jawatan bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Malaysiakini sudah menghubungi menteri dan seorang setiausahanya serta masih menunggu penjelasan mereka.
-malaysiakini
at 8/14/2018 06:31:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/sprm-siasat-orang-kuat-mat-sabu-susulan.html
KERENGGA: SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan 'bantuan RM800k'

Life:
1. Good Health

2. Good appetite

3. and get married soon

4. If you are single , wish you find your lover

5. If you are married, wish you love each other more

6. and have a smart little baby

7. If you are a man, wish you more handsome

8. and stronger

9. If you are a girl, wish you more beautiful

10. more considerately

11. Wish you happy!

12. Enjoy your life!

13. And Keep in touch

Dr M tegur MP HARAPAN jaga disiplin jika tak mahu k'jaan jatuh

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahawa kekurangan disiplin dan pertelingkahan dalaman akan menyebabkan kejatuhan gabungan itu.

Malaysiakini difahamkan bahawa Dr Mahathir menyampaikan mesej berkenaan ketika majlis makan malam melibatkan menteri, timbalan menteri dan anggota parlimen di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Beberapa yang hadir majlis berkenaan, yang enggan dinamakan, memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir menegur sikap sesetengah anggota parlimen yang masih seperti pembangkang dan menggesa mereka bersikap seperti kerajaan.

Dr Mahathir dikatakan mengingatkan anggota parlimen bahawa HARAPAN merupakan gabungan yang sama rata, maka disiplin penting kerana sekiranya terdapat parti komponen yang keluar gabungan itu, ia boleh menyebabkan kerajaan jatuh.

"Pada masa lalu, terdapat parti dominan (dalam kerajaan BN) yang boleh buat apa saja dan semua orang perlu ikut walaupun tidak suka.

"Tapi kini, kita semua ada kekuatan yang sama.

"Setiap parti komponen penting dalam gabungan ini. Jika ada yang menarik diri, kerajaan boleh jatuh, jika bukan di peringkat persekutuan, mungkin di peringkat negeri," kata Dr Mahathir seperti dipetik sumber.

Dr Mahathir juga dikatakan menyentuh secara tidak langsung berhubung dakwaan bahawa beliau masuk campur dalam urusan PKR.

Jelas Dr Mahathir, perkara itu merupakan salah satu contoh yang boleh menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin dalam gabungan itu.

"Kita perlu berkorban dan mengutamakan HARAPAN berbanding parti sendiri. Jika kita mengenepikan keputusan HARAPAN untuk kepentingan sendiri, ia akan menyebabkan perpecahan dan pergeseran di kalangan parti HARAPAN," katanya.

Dr Mahathir juga berpesan bahawa pembangkang kini menunggu untuk menarik pihak yang keluar dari HARAPAN.

Pengerusi HARAPAN itu juga menggesa anggota parlimen berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana ia boleh dijadikan senjata oleh pembangkang.

"Ketika BN dalam kerajaan, satu perkataan yang dikeluarkan pemimpin mereka boleh digunakan untuk menentang mereka.

"Cakap 'kepala bapak' boleh jadi isu besar. Tapi kini kita adalah kerajaan," katanya.

Pesanan Dr Mahathir itu dibuat ketika terdapat anggota parlimen PKR mendakwa beliau dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin merancang menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya.

Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Dr Mahathir dan Daim turut berpakat dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Semalam, Dr Mahathir menggesa pihak yang membuat dakwaan itu mengemukakan bukti tuduhan berkenaan.
-malaysiakini
at 8/14/2018 07:20:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/dr-m-tegur-mp-harapan-jaga-disiplin.html
KERENGGA: Dr M tegur MP HARAPAN jaga disiplin jika tak mahu k'jaan jatuh

Tuesday, 14 August 2018
Amaran Buat Penjawat Awam
Peguam Negara Tommy Thomas memberi amaran penjawat awam yang melakukan sabotaj atau membocorkan maklumat akan didakwa jika ada cukup bukti untuk berbuat demikian.

Mengakui kewujudan masalah itu, Thomas membangkitkan bagaimana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah memberitahu media tentang kerisauannya akan penjawat awam yang membocorkan maklumat terhadap pentadbiran lalu.

"Jika anda tanya mana-mana menteri, mereka juga berdepan masalah sama. Ini kerana ada penjawat awam yang begitu lama bawah regim terdahulu (BN).

"Saya pasti akan ada pendakwaan berkenaan perkara ini," katanya ketika sesi soal jawab di taklimat anjuran Badan Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Kemudian ketika ditanya pemberita tentang bila dakwaan akan dibuat, Thomas berkata beliau belum menerima kertas siasatan berhubung kes seumpama itu. 

- malaysiakini
http://www.addindeen.com/2018/08/amaran-buat-penjawat-awam.html
Addin: Amaran Buat Penjawat Awam

















Best Seller 2015 - Kad Merah Untuk Najib
Best Seller 2015 - Kad Merah Untuk Najib 
Best Seller 2015 - Skandal Deepak/Bank Rakyat
Best Seller 2015 - Skandal Deepak/Bank Rakyat
Best Seller 2013 - Najib Gagal
Best Seller 2013 -  Najib Gagal
Best Seller 2012 - Asalkan Bukan Najib ...
Best Seller 2012 -  Asalkan Bukan Najib ...
Best Seller 2011 - Kesilapan Najib
Best Seller 2011 - Kesilapan Najib
Best Seller Pertama (2011) - 
Najib Perdana Menteri Terakhir ...
Best Seller Pertama (2011) - Najib Perdana Menteri Terakhir ... 
Jika belum memiliki koleksi buku-buku ini, 
sila email ke alamat shahbudinhusin@gmail.com.












































talam dua muka... 

Tuesday, 14 August 2018
KAHKAHKAH...BELUM PUN 100 HARI HILANG JAWATAN, NAZRI SUDAH 'KORNER BARING' SOKONG TUN MAHATHIR

Siapa tidak kenal dengan Nazri Aziz?

Ketika Najib Razak berkuasa dahulu dan sedang dimusuhi oleh Tun Mahathir Mohamad, beliaulah antara pemimpin UMNO yang paling kuat dan ke depan mempertahankan bekas Perdana Menteri itu.

Bagi Nazri, Najib adalah pemimpin terbaik, terbuka, senang diajak bicara, menjaga kawan-kawan dan kehebatannya dianggap melebihi semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.

Malah, lebih daripada itu, pelbagai serangan juga turut dilakukannya kepada Tun Mahathir seiring dengan pujiannya kepada Najib, termasuk menganggap Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah nyanyuk, terlalu tua dan "baling gelas pun tak pecah" 
Jika sesiapa rajin, boleh saja "google" untuk mengetahui deretan serangan, cemuhan dan kejian yang pernah dibuat oleh Nazri terhadap Tun Mahathir.

Tapi itu dulu....hari ini dengan belum pun 100 hari UMNO kehilangan kuasa dan belum juga 100 hari beliau hidup tanpa jawatan menteri dan Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, nada suara Nazri nyata sudah jauh berbeza.

Beliau bukan saja sudah tidak segan-segan lagi menggesa Najib menjarakkan diri daripada UMNO berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dikatakan akan menjejaskan usaha pemulihan parti jika tidak berbuat demikian, malah bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu juga dilaporkan terkejut dengan pendedahan mengenai skandal 1MDB, penemuan wang tunai serta barangan kemas yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor yang berjuta-juta nilainya.
"Saya tidak tahu tentang Rosmah, saya juga tidak tahu tentang SRC International.

"Saya baru tahu tentang duit RM100 juta, takkan saya nak marah Perdana Menteri kalau dia nak siasat perkara itu.

"Jadi,  kita kena benarkan Tun Mahathir buat penyiasatan dan kalau ada kes prima facie, dakwalah," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.

Dan akhirnya Nazri juga menyatakan sokongan terbukanya  kepada kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Saya tidak pernah ada rekod menentang Perdana Menteri. Saya ahli politik selama 28 tahun dalam kerajaan, tapi selepas 28 tahun kalau saya nak menentang kerajaan, susahlah.

"Saya tiada budaya menentang Perdana Menteri. Itu bukan budaya saya," tambah Nazri lagi.

Kahkahkah....

Apa komen pembaca sekalian mengenai tindakan Nazri ini? 
(ShahbudinHusin 14/08/2018) 
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/kahkahkahbelum-pun-100-hari-hilang.html


私の村は東京の北300kmに位置しています。 私の故郷から東京まではわずか45分かかります。
Unknown Region
Wilayah Tidak Diketahui

Tiada ulasan: