Cara Solat Dhuha Yang Mudah Beserta Doa!
SOLAT DHUHA BUKAN SUSAH, SENANG JA…JOM BUAT SOLAT DHUHA
Solat Dhuha
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum semua,
Solat Dhuha boleh dikatakan sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan hidup yang diberikan-NYA. Waktu mendirikan solat Dhuha ialah pada waktu pagi, seeloknya dalam pukul 8.00 hingga 11.00 tengah hari. Aisyah selalu solat antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi sebab waktu pada masa itu panas matahari baru keluar memancar. Jumlah rakaat solat Dhuha pula paling sedikit 2 rakaat, 4, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun tanpa ada batasan tertentu. Namun, ada riwayat hadis mengatakan bahawa:
“Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat”.
Ringkasnya solat Dhuha adalah seperti berikut:
RAKAAT PERTAMA
1 1) Niat dalam hati untuk sembahyang Dhuha: “ Sahaja aku sembahyang Dhuha 2 rakaat kerana Allah” Lafaz niat:
2) Takbiratul ihram
3) Doa iftitah
4) Membaca surah al-fatihah
5) Membaca surah al-Quran, cth: al-kafirun, ayat kursi, as-syam, al-lail (tidak ada surah yang khusus)
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
RAKAAT KEDUA
1) Membaca surah al-fatihah
2) Membaca surah al-Quran, cth: al-dhuha, al-ikhlas (tidak ada surah yang khusus)
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud
7) Sujud kali kedua
8) Duduk untuk tahiyat akhir
9) Memberi salam
Doa solat Dhuha:
Akhir kalam, Aisyah akhiri dengan satu riwayat nabi kita sebagai semangat untuk kita menjadikan solat Dhuha sebagai amalan kita setiap hari. Sesungguhnya, nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan”. (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Jadi, jom buat solat Dhuha hari-hari ya, In Shaa Allah.
Lain-lain Solat:
Cara Solat Tahajjud yang Betul, Mudah & Ringkas
Bagaimana Solat Witir Yang Mudah Didirikan?
Cara Solat Taubat yang Ringkas
Panduan Solat Hajat Ringkas Dan Mudah Beserta Doa
editor: @isyah
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Beserta Doa! - TinHijau
https://tinhijau.blogspot.com/2015/08/cara-cara-solat-dhuha.html
Solat Sunat Tahajud
Solat Tahajud ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sekejap.Waktu solat Tahajud ialah antara waktu Isyak hingga Subuh. Lebih afdal ialah satu jam sebelum Subuh.
Bilangan rakaat tidak ditentukan tetapi paling kurang ialah dua rakaat satu salam.
Cara menunaikan solat Tahajud;
(i) Takbiratulihram beserta niat.
(ii) Pada rakaat pertama:
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Kafirun.
- Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.
(iii) Pada rakaat kedua:
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Ikhlas.
- Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.
- Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.
- Berdoa kepada Allah Subhanahu WaTaalla.
Hikmah solat sunat Tahajud;
(i) Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii) Memberikan ketenangan jiwa.
(iii) Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(iv) Mendisiplinkan diri seseorang.
https://ohtazkirah.blogspot.com/2013/09/solat-sunat-tahajud.html
Solat Sunat Rawatib
BeMiE 09:02 Solat Sunat
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
2. Niat Solat Rawatib:
a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
b. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1: Surah al-Kafirun
Rakaat 2: Al-Ikhlas
Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
Qada solat Rawatib
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad. Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya..Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelumZuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.) Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’;
“Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.” Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.
p/s: Sampaikan Walau Satu Ayat... Semoga Bermanfaat..
In Syaa Allah.
Solat Sunat Rawatib - Menjinak Hati
https://menjinakhati.blogspot.com/2014/01/solat-sunat-rawatib.html
SOLAT SUNAT WITIR
BeMiE 17:37 Solat Sunat
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah:
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain.
"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
https://menjinakhati.blogspot.com/2014/01/solat-sunat-witir.html
20 September 2014
Amalan Kecil Berpahala Besar - Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh
Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim
Solat sunat dua rakaat sebelum subuh adalah satu amalan kecil yang berpahala besar. Saidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Dua rakaat fajar (solat sunat seblum subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".
Menakjubkan! Pahala solat sunat sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan isinya serta kekayaan dan kenikmatan yang ada dalamnya. Ia lebih baik daripada wanita yang cantik jelita, lelaki yang tampan mempersona, permata dan mutiara yang menyilaukan mata, takhta, serta jawatan atau pangkat yang direbut-rebut oleh para manusia sekalian.
Gambarajah tentang solat sunat qabliyah dan ba'diyah yang mudah untuk kita fahami
Sudah ternyata, mereka yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, adalah manusia yang terkaya di dunia dan di sisi Allah S.W.T
Besar sungguh pahala solat sunat dua rakaat yang ringan dan kecil ini. Ia adalah ibadah yang ringan kerana Rasulullah s.a.w sering membaca Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Insyaallah semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga dan mengamalkan solat sunat ini. Mari baca surah dibawah dan fahami maksudnya;
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Hai orang-orang kafir! ". Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat". "Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat". "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa". "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat". "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan". "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Sekian dahulu dari saya. Jika ingin membuat sebarang teguran atau penambahan, silalah komen dibawah supaya pihak kami dapat membuat penambahbaikan. Assalamualaikum w.b.t. Majulah Islam!
Baca artikel tentang SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA
Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!
Ditulis oleh makmum muda pada 9/20/2014 07:54:00 pm
Amalan Kecil Berpahala Besar Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh
https://babab.net/out/amalan-kecil-berpahala-besar-solat-sunat-2-rakaat-sebelum-subuh.html
Cara Solat Tahajjud Yang Betul Mudah Ringkas
papar berkaitan - pada 10/9/2015 - jumlah : 852 hitsRingkasnya solat sunat Tahajjud 1 DOA SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD 2 RAKAAT PERTAMA 1 Niat dalam hati untuk sembahyang Tahajjud Sahaja aku sembahyang Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Lafaz solat Tahajjud 2 Takbiratul ihram 3 Doa if...
Alahai Cara Solat Sambil Mengendong Bayi
papar berkaitan - pada 10/9/2015 - jumlah : 335 hitsHari tu aku tengok ada sorang brader tu solat jemaah maghrib kat surau dia bawak anak dia yang maybe dalam usia 5 6 bulan camtu So aku sangat exited nak tau cmne solat sambil kendong bayi ni Sebenarnya solat begini boleh dilakukan dalam kea...
Moh Kito Ghamai Ghamai Menunaikan Solat Sunat Terawih Kat Masjid
papar berkaitan - pada 1/9/2015 - jumlah : 171 hitsSelamat Mengerjakan Ibadah TerawihSemoga Kita Semua Mendapat Berkat Dan Rahmat Di Bulan Yang Penuh Keberkatan Ini
Orang Sibok Kenduri - Boleh Dia Masok Bilik Pengantin!
Lawak Hangit
Published on Aug 22, 2018
Orang Sibok Kenduri - Dia Sibok Mencuri Masok Bilik Pengantin !
please like share and subscribe my channel,tq guyss
Category
Pets & Animals
Untuk bacaan ulasan sila ke link di bawah:
https://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2012/08/14/pantat-kuali/
Pantat kuali
Waduh, ampon pak, di Malaysia ini ngak bisa disebut pantat kuali, lebih cocok di panggil bontot kuali. Kegunaannya untuk dicocoh api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan