Khamis, 16 Ogos 2018

Dah panaskan dengan nasi panas. 8047.


56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan
Bernama | Diterbitkan pada Jun 28, 2018 13:01 MYT

ISKANDAR PUTERI: Lima puluh enam anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.
56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan
Suhaizan menyifatkan pelantikannya sebagai Speaker sebagai satu penghormatan yang sangat tinggi dan beriltizam akan mengendalikan persidangan DUN Johor sebaik mungkin. - Gambar fail
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN yang baharu dilantik, Suhaizan Kaiat dengan didahului Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian sebelum diikuti 10 anggota Exco.

Terdahulu, Osman mengemukakan nama Suhaizan sebagai Speaker DUN Johor dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Majlis angkat sumpah diteruskan dengan ADUN Gambir yang juga Anggota Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, ADUN Simpang Jeram yang juga Anggota Parlimen Pulai Salahuddin Ayub dan ADUN Penggaram Gan Peck Cheng sebelum disusuli kesemua ADUN lain.

Sejurus angkat sumpah kesemua ADUN selesai, Gan, 52, yang juga Setiausaha DAP Johor kemudian dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor apabila nama beliau dicadang Osman dan disokong Aminolhuda.

Sementara itu, Suhaizan, 45, yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam ucapannya, menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai satu penghormatan yang sangat tinggi dan beriltizam akan mengendalikan persidangan DUN Johor sebaik mungkin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Suhaizan yang merupakan Setiausaha Organisasi Amanah dan Naib Pengerusi Amanah Johor bertanding di kerusi DUN Kukup, namun, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Md Othman Yusof dengan majoriti 862 undi.

Suhaizan memperoleh 10,251 undi, Md Othman memperolehi 11,113 undi manakala calon PAS, Karim Deraman memperoleh 1,040 undi dalam perlawanan tiga penjuru itu.

Pakatan Harapan mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor pada PRU14, manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

Daripada 36 kerusi itu, DAP memperoleh 14 kerusi, Amanah (sembilan), PKR (lima) manakala PPBM (lapan).

Bagaimanapun, tiga ADUN BN daripada UMNO iaitu ADUN Sedili Rosleli Jahari, ADUN Endau Rasman Ithnain dan ADUN Johor Lama Alwiyah Talib kemudian mengumumkan bertindak keluar UMNO dan BN pada 12 Mei dan menjadi ADUN Bebas.

--BERNAMA
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-johor-angkat-sumpah-jawatan-179078
56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan | Astro Awani

Pas bergabung dengan Umno di Johor?
AMNI JAGAT

Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor dalam sesi pertama penggal ke 14 yang memasuki hari kelima menjadi gamat apabila Speaker Dun Suhaizan Kaiat berseloroh berkenaan kesepakatan pembangkang antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Hal tersebut bermula apabila Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling, Cheo Yee How dari parti DAP telah mengemukakan kekeliruan berkenaan dengan papan tanda sidang media pembangkang.
Pas bergabung dengan Umno di Johor?
Perkara tersebut menjadi tanda tanya apabila papan tanda sidang media pembangkang tertera dengan logo BN yang banyak di papan tanda tersebut.

“Dewan yang mulia, saya ada sedikit kekeliruan yang ingin pencerahan dari Tuan Speaker, di mana kita lalu di depan bilik Ketua Pembangkang itu kita sebenarnya nampak ada papan tanda sidang media BN.

“Persoalannya bolehkah mereka membuat perkara sebegitu sedangkan kita maklum di Dun ini ada dua pembangkang yakni BN dan Pas,” tanya Cheo Yee How dalam sidang Dun.

Perkara itu jelas dijawab oleh Suhaizan sebagai Speaker Dun Johor yang berseloroh sambil mengamatkan sidang Dun Johor yang sedang berlangsung.

“Sidang media itu adalah untuk pembangkang dan kita ada dua pembangkang di dalam dewan selain Bebas.

“Pada saya kalau BN sudah ada muafakat dengan Pas untuk buat sidang media itu tidak ada masalah.

“Hak dialah tetapi dengan syarat PAS mesti bersetuju bahawa itu adalah sidang media dari BN,” jelas Suhaizan ketika menjawab pertanyaan Adun Perling.

Dalam pada masa yang sama, perkara itu sekali lagi menggambarkan bahawa PAS di Johor yang mempunyai satu kerusi itu tidak mampu untuk bersaing sebagai pembangkang dalam Dun.

Perkara tersebut dilihat ketara apabila sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari pimpinan PAS baik peringkat negeri mahu pun pusat berhubung dengan tindakan yang dilakukan pembangkang dari BN tersebut.

at 8/16/2018 02:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/pas-bergabung-dengan-umno-di-johor.html
KERENGGA: Pas bergabung dengan Umno di Johor?


Tiada ulasan: