Khamis, 9 Ogos 2018

Duit kena kebas dari pejabat, gst pun jadi amanah yang lesap. 7997.


17 pegawai keselamatan disyaki curi RM3.5 juta dari pejabat Najib

Pegawai-pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM3.5 juta daripada pejabat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Sumber memberitahu Malaysiakini seramai 17 anggota keselamatan mengambil wang itu - yang dikatakan SPRM sebahagian dana pilihan raya Umno - apabila mengetahui "BN tewas pilihan raya."

"Para anggota keselamatan adalah sebahagian daripada pasukan bertugas malam itu untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

"Mereka yang ditangkap adalah orang yang pada masa itu ditugaskan untuk menjaga bangunan utama di mana terletaknya pejabat perdana menteri.

"Dipercayai apabila mereka mengetahui BN akan kalah pilihan raya, mereka memutuskan untuk mengambil sesuatu untuk diri mereka sendiri dan masuk ke pejabat bekas perdana menteri," kata seorang sumber.

Wang itu, tambah sumber berkenaan, tidak disimpan dalam peti keselamatan.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan berkenaan telah menyapu bersih semua wang tunai yang didapati di pejabat berkenaan.

Sumber lain berkata pihak berkuasa mula curiga terhadap penglibatan suspek apabila mereka dilihat menayangkan kemewahan mereka secara mendadak, termasuk membeli motosikal baru.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan anggota keselamatan berkenaan sedang disiasat, namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu hari ini, SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama lima hari terhadap suspek, berusia antara 31 dan 51 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dilaporkan SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM840,700 daripada suspek, bersama sembilan motosikal bernilai RM90,000.

-malaysiakini
at 8/09/2018 12:35:00 PG
KERENGGA: 17 pegawai keselamatan disyaki curi RM3.5 juta dari pejabat Najib
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/17-pegawai-keselamatan-disyaki-curi.html

NAJIB DITUDUH TERIMA WANG HARAM 
7 OGOS 2018
Sekali lagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira 10 minit sebelum jam 9 pagi.

Kali ini Najib berdepan tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

tuduhan terima RM42j wang haramMengikut kertas pertuduhan, Najib didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta pada 26 Dis 2014 di AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, dan ia adalah hasil daripada aktiviti haram.

Wang itu diterima melalui sistem Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS).

Bagi tuduhan kedua pula bekas perdana menteri terbabit didakwa menerima wang berjumlah RM5 juta pada tarikh dan tempat serta kaedah sama.

Tuduhan ketiga pula membabitkan wang berjumlah RM10 juta dan ia berlaku di tempat sama, namun pada tarikh berlainan iaitu 10 Feb 2015.

Bagi ketiga-tiga tuduhan berkenaan anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Sek 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Jika sabit kesalahan Najib boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, denda lima kali ganda daripada jumlah atau hasil aktiviti haram berkenaan, atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Najib ialah anak bekas perdana menteri kedua Malaysia. Beliau sebelum ini sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

LIPUTAN LANGSUNG

11.55am -  Hakim Nazlan menetapkan Jumaat ini untuk mendengar penghujahan berkaitan permohonan larangan mengulas kes itu.

Tarikh perbicaraan berkemungkinan besar ditetapkan selepas isu larangan itu selesai.

11.50am - Shafee mahu dokumen-dokumen berkaitan diserahkan terlebih dahulu.

“Kita tidak patut tergesa-gesa dalam perkara ini dan minta tarikh pengurusan kes supaya tarikh perbicaraan dapat ditetapkan,” katanya.

Hakim Nazlan berkata beliau bersedia mendengar isu berkaitan permohonan arahan tutup mulut daripada mengulas isu itu.

Shafee bagaimanapun berkata Jumaat adalah hari yang sesuai untuk berbuat demikian kerana kedua-dua pihak telah membuat penghujahan hari ini.

DPP Manoj bersetuju.

11.45am - Shafee meminta dokumen yang belum diperoleh.

Shafee juga meminta supaya permohonan larangan media daripada mengulas isu itu didengar mahkamah pada Jumaat ini.

Untuk perbicaraan, Shafee juga berkata tarikh paling awal beliau dapat hadir pada Februari ini.

DPP Manoj pula berkata beliau tidak bersetuju dan mahu ia diadakan pada November.

11.40am - DPP Manoj minta supaya tempoh jaminan diperpanjang.

Beliau meminta kesemua dokumen berkaitan diserahkan kepada pihak pembelaan.

11.33am - Shafee mengingatkan bahawa badan kehakiman harus kekal bebas.

Hakim Nazlan berkata beliau telah menerima dan membacanya.

DPP Manoj berkata pemindahan hakim itu adalah perkara biasa. Beliau bertanya kenapa Shafee membangkitkan perkara itu sedangkan beliau tiada bantahan.

Shafee dan Manoj bertelagah.

DPP memohon kes perbicaraan dipercepat.

11.25am - Shafee membantah dan menunjukkan surat Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Katanya, surat itu adalah pemerhatian terhadap pentadbiran keadilan di negara ini berkaitan kes itu.

Shafee juga merujuk kepada pemindahan hakim Sophian. Katanya, beliau tidak memperkecilkan kelayakan hakim Nazlan.

Shafee berkata, anak guamnya mengadu berkaitan pentadbiran keadilan dan menegaskan kes itu sebagai kes yang sangat sensitif.

“Bila pemindahan (hakim) berlalu, Majlis Peguam senyap,” katanya.

11.18am – DPP Manoj berkata mereka telah meminda pertuduhan pada 4 Julai lalu.

Pertuduhan baru itu menyebut:

• Najib memperoleh RM42 juta di Jabatan Perdana Menteri dan meluluskan dana KWAP sebanyak RM4 bilion.
• Najib di Amisamic Bank sebagai penjawat awam yang diamanahkan dengan SRC International telah memperoleh RM27 bilion.
• Najib di Amislamic Bank sebagai penasihat emeritus SRC menerima RM5 juta.
• Najib di Amislamic Bank menerima RM10 juta dari SRC.
Manoj meminta kes-kes itu disatukan.
11.15am - Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup berkata tuduhan baru ke atas Najib sudah disebut di Mahkamah Tinggi 1.

Beliau kemudian meminta tuduhan itu dibacakan sekali lagi dan kenyataan Najib diambil.

Tuduhan tersebut kemudian dibacakan bersama hukuman yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan. Najib dilihat kemudian mengangguk sebagai tanda memahaminya.

Najib kemudian mengaku tidak bersalah dan meminta kesnya dibicarakan.

11.03am: Najib memasuki mahkamah dan duduk di kandang tertuduh, manakala anak-anaknya mengambil tempat di kerusi baris kedua galeri awam.

Turut kelihatan ialah pembantu sekali gus setiausaha akhbar Najib Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Kes ini didengar hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menggantikan hakim sebelum ini Datuk Sophian Abdul Razak.

10.36am: Hanafiah meminta supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 dan urusan ikat jamin, katanya, wajar dilakukan di situ.

Peguam bela Najib Muhammad Shafee Abdullah turut bersetuju dengan permohonan berkenaan.

Hakim kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

Dijangkakan tiga tuduhan hari ini akan didengar serentak dengan empat tuduhan lain yang sudah dikenakan ke atas Najib sebelum ini.

10.30am: Mahkamah bersidang di depan hakim Datuk Azman Abdullah dengan dimulai pengenalan diri oleh ketua pihak pendakwa Mohd Hanafiah Zakaria, serta peguam bela dan peguam pemerhati bagi pihak Rosmah Mansor.

Hanafiah berkata kes itu dibicarakan di situ selepas dipindahkan dari mahkamah sesyen.

10am: Tiga pertuduhan dibacakan kepada Najib membabitkan penerimaan wang haram berjumlah RM42 juta dalam akaunnya empat tahun lalu.

Wang itu ialah milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib, 65, selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.

9.40am: Seorang penyokong Najib yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Daniel Goh berkata semasa Najib didakwa kali pertama dulu, tiada sebarang kejadian "di luar kawalan" berlaku.

Justeru kata Goh polis sepatutnya membenarkan mereka memasuki pekarangan kompleks mahkamah hari ini.

"Kami bukan nak ganggu peguam negara. Saya sama sekali tak setuju dengan kata-kata rowdines kamu," katanya.

Goh berkata demikian semasa menjawab soalan seorang petugas media asing yang mengaitkan insiden pada 4 Julai lalu dengan arahan pihak berkuasa hari ini.

Semasa Najib dituduh untuk kali pertama sekumpulan penyokongnya menjerit-jerit dan memarahi Peguam Negara Tommy Thomas sejurus sebelum dia mengadakan sidang media.

Mereka mengecam Thomas kerana tidak menggunakan bahasa Melayu.

Datuk Lokman Noor Adam dan Ellie Suriaty Omar bersependapat dengan kenyataan Goh.

Kata Ellie mereka hanya bertindak balas terhadap "provokasi" pemimpin DAP, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang membuat kenyataan media menggunakan bahasa Mandarin.

Apabila dijelaskan kenyataan media itu dibuat untuk kegunaan media berbahasa Cina, Goh berkata, Thomas sepatutnya faham keadaan itu.

"Tommy Thomas menghabiskan banyak masa di Kanada. Di sana ada ramai orang yang menggunakan bahasa Cina.

"Adakah Kanada membenarkan (kenyataan media dibuat dalam bahasa Mandarin)?" katanya.

Kemudian wartawan terbabit menjawab: "Ya, mereka memang benarkan. Saya tahu sebab saya orang Kanada."

Namun Goh tetap tidak berpuas hati. Katanya Kanada tidak akan melantik seseorang peguam negara yang tidak mampu berbahasa Inggeris.

9.20am: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap kepada media Lokman yang baru saja dikecewakan di Sungai Kandis berkata, apa yang berlaku hari ini menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akan iaitu menghalang orangg awam memasuki kompleks mahkamah.

"Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja," katanya.

Menurut Lokman, kerajaan hari ini sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Turut hadir bersama Lokman ialah seorang lagi penyokong kuat Najib, pelakon Ellie Suriaty Omar.

9.11am: Najib kelihatan masuk dari arah bilik saksi dan mengambil tempat di kandang tertuduh.

Ia berlaku hanya beberapa minit selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan anaknya Farhan Shafee serta kumpulan peguam belanya masuk. 

8.55am: Peguam Rosmah Mansor, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent berada di mahkamah untuk melihat prosiding berlangsung.

Turut ada di dalam kamar ialah pihak pendakwa diketuak Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalannya, Ishak Mohd Yusoff serta beberapa pegawai kanan lain.

Buat masa ini peguam Najib yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah belum kelihatan.

8.49am: Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba. Najib yang datang menaiki Toyoto Vellfire putih terus menuju ke lif di tepi bangunan kompleks mahkamah.

Menyertai Najib - yang kelihatan tenang - ialah dua orang anaknya Nooryana Najwa dan Norashman.

Beliau sempat melambai ke arah wartawan serta jurugambar yang menantinya sejak pagi tadi.

Di luar ada kira-kira 20 orang penyokong beliau berkumpul bagi memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri berkenaan. 

8.30am: Petugas media sabar berkumpul menanti kedatangan Najib. Bagaimanapun keadaan terkawal.

NAJIB DITUDUH TERIMA WANG HARAM 7 OGOS 2018 ~ Menconteng Untuk Perubahan™
https://penburukonline.blogspot.com/2018/08/najib-dituduh-terima-wang-haram-7-ogos.html

09 August 2018

Gomen Najib dulu balun duit refund GST...


Terkejut besar & terdiam bekas2 menteri Umno/BN terutama Khairy Jamaluddin & Ahmad Maslan bila Menteri Kewangan dedah penyelewengan duit2 kutipan GST RM18 BILION di mana wang yang patut ada dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun amanah.

Bila harga barang naik ketika GST dilaksanakan peniaga yg disalahkannya sepenuhnya.

HAKIKATNYA di peringkat jualan spt pemborong dan peruncit inilah yg menjadi mangsa penipuan Umno/BN kerana tuntutan pembayaran balik cukai input tersebut tidak dpt dilaksanakan w'pon dah 2 tahun berlalu yg sepatutnya dibayar slps tempoh 2 minggu.

INI KERANA DUIT-DUIT 'CLAIM GST' TERSEBUT TELAH 'DIROMPAK' OLEH BN !!.. Nampak Tak !! Mereka rompak duit GST, peniaga pula disalahkannya.. Macai2 Umno/BN, walaunta & walauntit pon percaya telan sampai mati..

Selama ini ramai pemimpin UMNO dan BN sibuk menyatakan GST adalah sistem cukai yang efisen, cekap dan kurang ketirisan berbanding SST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah ia hanya cekap dan efisen dalam bab kutipan daripada rakyat semata-mata, tetapi tidak berkaitan wang yang berjaya dikumpulkan?

Sediakah Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan era BN sebelum ini menjelaskan mengenai kehilangan wang itu?

Bayangkan apa terjadi kepada kehilangan wang itu sekiranya dalam PRU14 lalu rakyat tidak berubah dan BN masih lagi memerintah?

Umno dok tanya.. tak bankrup pon negara.. elok je. Dulu korang kempen negara akan bankrup, negara akan bankrup.. tengok ok je. Jadah nipu je. Selepas kami menang jadi kerajaan.. pabila kami ambik aleh tampuk kerajaan.. kami dapati...

- 7 bilion wang pembayar cukai diguna buat bayar hutang 1mdb. Sedangkan Najib bagitau 1mdb mampu bayar sendiri hutang2 dia mengikut jadual.

- 5 juta ringgit dibayar kepada Arul Kanda ..nasib la dah kalah dapat 2.5 juta je.. Najib arahkan Arul nih kerja dia road tour menipu pasal 1mdb je.

- berjuta juta peruntukan diberi untuk jemaah2 haji terpilih mengerjakan haji. Agama tak ajar ke sumber kewangan andai tak bersih.. duit hasil curi tak boleh bawak haji? Itu pon dibuat sebab nak menampakkan 1mdb nih suci murni.

- Berbilion wang claim GST.. patutnya peniaga2 boleh claim balik kos cukai GST dalam tempoh 2 minggu..tapi dah 2 tahun kerajaan BN masih hold pembayaran claim duit2 peniaga yg nak tuntut tu. Lebih memeranjatkan, wang yang depa nak tuntut tu lesap tak tau mana!!! Biar betik?

- ah! malas la nak tulis banyak2.. nih.. dari pemimpin sampai ke pak guard kerja mencuri.. kalau BN still memerintah.. tukang kebun pon ikot jadi pencuri!!! Mana negara tak bankrup?? - f/bk
Image may contain: 3 people, text
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

Pendedahan itu berikutan tuduhan pentadbiran terdahulu telah 'merompak' dana bayaran balik GST itu.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 petang tadi, Lim berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adalah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.

"Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM 18 bilion," jelas beliau.

Lim berkata ini berdasarkan audit dalaman dan pemeriksaan jabatan kastam.

"Tunggakan sebesar ini... berlaku bukan saja kerana garis panduan tidak dipatuhi, tetapi ia dianggap... kerajaan dulu untuk menyelewengkan jumlah wang baki yang sedia ada," tambahnya.

Dakwaan BN palsukan akaun

Menurut perangkaan jabatan kastam, jumlah bayaran balik GST untuk 2017 adalah sebanyak RM9.18 bilion, pada 2016 (RM6.78 bilion) dan pada 2015 (RM610 juta).

"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran berleluasa dan pertambahan hutang yang besar," maklum Lim.

Beliau mendakwa pentadbiran terdahulu memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

"Apa yg dilakukan oleh pentadbiran terdahulu merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai (GST) untuk kegunaan lain atau menutup defisit supaya menunjukkan keadaan akaun baki semasa kelebihan.

"Kami kesal bahawa tunggakan ini berlaku kerajaan lama masukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tuntutan cukai.

"Kerajaan BN telah merompak akaun amanah tersebut," dakwa Lim - mk

3 lagi pertuduhan untuk Najib...
Tiga pertuduhan mula dibacakan terhadap Najib Razak di Mahkamah Sesyen di hadapan hakim Azura Alwi.

Tiada pengakuan diambil dari Najib kerana pihak pendakwaan mohon kes dipindahkan terus ke Mahkamah Tinggi.

Tiga pertuduhan tersebut ialah:

1) Menerima RM27 juta daripada aktiviti haram pada 26 Disember 2014

2) Menerima RM5 juta daripada aktiviti haram pada 26 Disember 2014, dan

3) Menerima RM10 juta daripada aktiviti haram pada 10 Februari 2015.
Image may contain: one or more people
"Mereka yang ditangkap adalah orang yang pada masa itu ditugaskan untuk menjaga bangunan utama di mana terletaknya pejabat perdana menteri.

"Dipercayai apabila mereka mengetahui BN akan kalah pilihan raya, mereka memutuskan untuk mengambil sesuatu untuk diri mereka sendiri dan masuk ke pejabat bekas perdana menteri," kata seorang sumber.

Wang itu, tambah sumber berkenaan, tidak disimpan dalam peti keselamatan.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan berkenaan telah menyapu bersih semua wang tunai yang didapati di pejabat berkenaan.

Sumber lain berkata pihak berkuasa mula curiga terhadap penglibatan suspek apabila mereka dilihat menayangkan kemewahan mereka secara mendadak, termasuk membeli motosikal baru.

Persoalan kini milik siapakah wang yang dijumpai sebanyak itu di dalam pejabat Najib dan untuk tujuan apa sebenarnya diletakkan di pejabat itu tanpa dikunci dalam peti besi? - f/bk
Super yacht Equanimity of fugitive financier Low Taek Jho (Jho Low) fame, was bought using four tranches of funds totalling US$262.4 million misappropriated from 1Malaysia Development Bhd (1MDB) between January and June 2014, according to lawyers representing the Malaysian government who “arrested” the billion-ringgit vessel in Port Klang yesterday.

In fact, US$140.6 million or just over half the yacht’s price tag was paid in early June 2014 using proceeds of a US$239.9 million Deutsche Bank bridging loan taken by 1MDB’s then 100%-owned unit 1MDB Energy Holdings Ltd (1MEHL) on May 26, 2014, according to information from Sitpah Selvaratnam, from the firm Tommy Thomas Advocates & Solicitors and lauded as one of Malaysia’s best maritime lawyers. [See Chart 4]

Two days after getting the loan, 1MEHL transferred most of the cash to Aabar BVI (British Virgin Islands), also known as the fake Aabar. The money then went through Affinity Equity and Alpha Synergy before reaching Jho Low, who on June 3, 2014 transferred US$140.6 million to WorldView for the fourth and final payment of the yacht. The earlier three tranches originating from 1MDB also went to WorldView.

“WorldView Ltd is a family trust of which only the Low family are beneficial owners of,” according to Low’s email in June 2015 to a lawyer at Hill Dickinson LLP and a senior BSI banker cited in the 251-page filing by the US Department of Justice (DoJ) in June 2017 to seize 1MDB assets, including the Equanimity.
The same filing said Jho Low and his parents Low Hock Peng (LHP) and Evelyn Goh Gaik Ewe on Sept 9, 2013 flew from Barcelona to Rotterdam — near where the Equanimity was being built — to view the shipyard and the yacht the following day.

The DoJ filing also said Jho Low laundered over US$200 million in misappropriated funds traceable to 1MDB’s 2013 bond sale into a US account belonging to US-based law firm DLA Piper.

The US$29.1 million second payment for Equanimity made on Feb 5 and 18 as well as April 2, 2014 was part of the US$56.5 million that went from DLA Piper’s account to LHP — who with Jho Low participated in the Condor joint venture (JV) through Strategic Resources (Global) Ltd (SRG) to acquire Houston-based Coastal Energy with International Petroleum Investment Co (Ipic) and Ipic’s Spanish unit Compañía Española de Petróleos SA.

The first and third tranches of payments for Equanimity made on Jan 7, 2014 and April 11, 2014 originated from US$2.72 billion bond proceeds raised in March 2013 by 1MDB Global Investment Ltd, which found their way to another Jho Low-linked offshore entity, Tanore Finance Corp.
The bond proceeds were intended for a JV with Ipic’s unit Aabar Investments PJS called Abu Dhabi Malaysia Investment Co. But instead of funding the Tun Razak Exchange development, the cash ended at Tanore instead. The money in the Tanore account was also used to buy artworks and the Park Lane hotel in New York, according to the DoJ filing.

When questioned by reporters yesterday, former prime minister Datuk Seri Najib Razak said he has never been on the Equanimity and has no knowledge that the yacht was bought using 1MDB money.

“Why we didn’t pursue [to get back the yacht] earlier [was] because we were interested in the full settlement with United Arab Emirates on Ipic … that is worth much more than this Equanimity. That is the biggest sum; we wanted [this] big settlement to be settled first, that’s why we didn’t pursue the yacht,” Najib said,  adding that the Equanimity “is being used as a populist move”.

“I have no knowledge whatsoever as to the yacht and also the yacht itself is subject to litigation. It’s not a clear-cut matter,” Najib added. - theedgemarket
Related image
After PKR presidency, Brader Anwar on his way 
to be MP, DPM and beyond...
Wan Azizah will not vacate her seat for her husband. 
Nurul Izzah will not vacate her seat for her father. 
The Batu MP will not vacate his seat for money. 
So who will vacate their seat for Brader Anwar?

On Monday (Aug 6), PKR Selayang MP William Leong Jee Keen said that lawmakers from his party would be willing to relinquish their seats to allow Anwar to contest a parliament seat.   Leong denied rumours that he had been requested to vacate his seat, but said he would gladly do so if asked.

Well all the Parliamentary seats are taken. So someone has to vacate one seat for the Brader to contest.  Who will it be?

Imagine if Brader Anwar gets into Parliament then it will be father, wife, daughter in Parliament.  Mother DPM, daughter MP. What about the father? 

All the Parliamentary seats are presently  occupied. 
If Brader Anwar wants to be an MP then someone has to resign to allow Brader Anwar to contest a seat.

Similarly, all the Cabinet positions are already occupied. All the Ministers have been appointed.

So if Brader Anwar (the future MP) wants to get into Cabinet, you cannot create another new Ministry for him.  Someone has to step down.

Takkan Brader Anwar the president of PKR will accept any Cabinet position while his wife (who is no more the President of PKR) remains the Deputy Prime Minister?

It does not sound likely. 
Ok Wan Azizah says she will NOT resign as MP or as DPM.  So what Cabinet post will Brader Anwar occupy?

Jeng . . . jeng . . .jeng . . .Prime Minister ?

I think this is a foregone conclusion in Brader Anwar's planning.

When? 

The PKR elections are around the corner. That is a done deal. 

After that a By Election for Brader Anwar to get into Parliament.  Also done deal. Say before end of September? 

Then the rock and roll will begin. - ostb

Image may contain: 1 person, smiling, text and closeup

Image may contain: 1 person, smiling, meme and text


cheers.
pesan ku li...
pesan ku li...
tumpang sekole...?: Gomen Najib dulu balun duit refund GST...
https://alditta.blogspot.com/2018/08/gomen-najib-dulu-balun-duit-refund-gst.html

Thursday, August 9, 2018
Pengorbanan besar Johari untuk Anwar
SUSUPAN MALAM

TERKEDU sungguh hati saya mendengar pengakuan ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang mengganggap Anwar Ibrahim sebagai abang kandungnya dan sedia melepaskan kerusi parlimen Sungai Petani untuk Anwar.

Tidak ada bahasa indah lain untuk dikalungkan kepada Johari selain terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Kesediaan itu adalah pengorbanan tertinggi Johari kepada bosnya. Nampaknya Johari menjadi ahli parlimen PKR kedua sedia berkorban kepada Anwar kalau diminta berbuat demikian selepas ahli parlimen Selayang William Leong Yee Keen.

Kemuliaan hati Johari mengatasi daripada kemuliaan Dr Wan Aizah(?) dan anaknya Nurul Izzah sendiri yang tidak sedia mengorbankan kerusi buat Anwar. Azizah dan Nurul Izzah masing-masing menafikan bayangan mereka akan mengosongkan kerusi masing-masing untuk Anwar walaupun wakil yang munasabah melepas kerusi untuk Anwar adalah mereka.

Dan Anwar tidak seharusnya berfikir panjang untuk menerima huluran kerusi daripada Johari. Saya sependapat dengan beliau, Anwar harus berada segera dalam kabinet memandangkan suasana parlimen hari ini masih belum teratur dan wakil PH termasuk menteri tidak dapat menunjukkan persembahan menyakinkan.

Lagi pun Johari tidak rugi besar kalau dia menyerahkan kerusi itu kepada Anwar kerana beliau masih ada kerusi Dun di Kedah.

Sekiranya Anwar berada dalam parlimen sudah tentu beliau boleh membimbing ahli parlimen dari kerusinya. Kemasukan beliau dalam parlimen juga menjadikan jawatan kerusi PM tidak begitu jauh daripadanya.

Saya yakin sebagai seorang ahli politik dimana kegiatan politik merupakan penawar, Anwar akan sihat dan aktif apabila menjadi ahli parlimen nanti.

Sekali lagi kesediaan Johari untuk berkorban kepada bosnya itu satu tindakan bukan mulia tetapi bijak kerana Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan itu dapat membaca “kebahayaan” politik PH tanpa Anwar berada dalam parlimen apa lagi dalam kerajaan.

Anwar perlu berada di tempatnya itu untuk memantau simpang siul politik Dr Mahathir dari dekat.   [wm.kl.12:23 am 09/08/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 12:28:00 AM 
.: Pengorbanan besar Johari untuk Anwar
https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/pengorbanan-besar-johari-untuk-anwar.html

MAT SABU TIADA PILIHAN, MELAINKAN MENGEMBALIKAN HAK MEJAR ZAIDI...

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 6 jam yang lalu
Sudah tentu ramai yang terperanjat dan turut berkongsi kecewa dengan nasib yang menimpa Mejar Zaidi Ahmad berhubung keputusan TUDM menolak rayuan berkaitan pemecatannya. Pada 2013, Mejar Zaidi telah membuat laporan polis tentang penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal dan beliau kemudian dipecat sebagai juruterbang kerana perbuatannya itu. Pada ketika itu beliau dianggap sebagai hero kerana dilihat berani bertindak berasaskan kebenaran sehingga sanggup merisikokan jawatannya dalam kerajaan demi kebenaran dan rasa sayang kepada negara. Tindakan kerajaan BN memecatnya ketika itu ... lagi »

Kenapa Anwar perlu segera masuk kabinet?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 7 jam yang lalu
Mohd Nasaie Ismail | Diterbitkan 8 Ogs 2018, 4:14 petang | Dikemaskini 8 Ogs 2018, 4:14 petang - - Item 1 - Item 2 - Item 3 - Item 4 A+ A- ULASAN | Hasrat menulis isu ini sudah beberapa minggu tertangguh dan kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai calon Presiden PKR. Sama ada beliau presiden atau tidak, Anwar perlu berada di dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad atas beberapa sebab. Ketiadaan Anwar dalam kabinet dalam keadaan beliau bebas di luar memimpin PKR dan Pakatan Harapan (HARAPAN) membuka ruang kepada adu d... lagi »

SST AKAN TURUNKAN HARGA BARANG, MUKTAMAD

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 7 jam yang lalu
[image: SST akan turunkan harga barang, muktamad] SST akan turunkan harga barang, muktamad Posted By: Pentadbiron: August 08, 2018 Print Email Tony Pua (PH-Damansara) hari ini menjelaskan sebab-sebab kerajaan membuat keputusan memansuhkan GST dan tidak mengurangkan kadarnya ke 3%. Pua percaya harga barangan akan lebih murah selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Beliau berkata dengan kutipan GST 6%, kerajaan mengutip RM40 bilion dan jika ia dikurangkan ke 3%, ia berjumlah RM20 bilion. “Itu tidak efisien kerana kos mengutip GST akan lebih tinggi bagi kerajaan da... lagi »

NAJIB HADAPI 125 TAHUN PENJARA JIKA SABIT KESALAHAN

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 7 jam yang lalu
[image: Najib hadapi 125 tahun penjara jika sabit kesalahan] Najib hadapi 125 tahun penjara jika sabit kesalahan Posted By: Pentadbiron: August 08, 2018 Print Email Najib Razak berdepan hukuman penjara 125 tahun dan denda RM210 juta, jika sabit kesalahan kesemua tujuh tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dihadapinya sekarang terkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)—sekiranya hukuman itu tidak diperintahkan oleh mahkamah untuk dijalani serentak. Bekas perdana menteri dan menteri kewangan hari ini menghadapi tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram di samping empat tuduhan p... lagi »

Najib hadapi tuduhan baru ubah wang haram - 7 kes setakat ini

kerengga pada KERENGGA - 8 jam yang lalu
Datuk Seri Najib Razak berhadapan tiga pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001 dengan empat pertuduhan terdahulu dipinda. Bekas perdana menteri itu tiba di kompleks mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pagi ini memakai kot biru dan tali leher kelabu. Dia dibawa terus ke Mahkamah Sesyen di hadapan hakim Azura Alwi,

Insentif KWSP surirumah minggu hadapan

Pejuang Perubahan pada AGEN PERUBAHAN ® - 8 jam yang lalu
[image: Insentif KWSP surirumah minggu hadapan] *i**klan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com* Seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu. Katanya, Suri yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, ba... lagi »
empangan tiga gaung. 
EMPANGAN TERBESAR DI DUNIA
Stesen janakuasa hidroelektrik biasanya memerlukan sungai yang diempang sebagai sumber air yang kemudian mengerakkan turbin generator. Empangan hidroelekrtik terbesar dunia sekarang terletak di Three Gorges Dam China dengan jumlah output tenaga maksimum 22 500 MW. 

Empangan Hidroelektrik Taum Sauk. 

Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010. 

http://randauruaialamisteri.blogspot.com/2013/08/empangan-terbesar-di-dunia.html

Tiada ulasan: