Selasa, 14 Ogos 2018

Imbas. Pemain Politik. 8037.


Yang bermartabat tinggi xmungkin terasa.
Jangan cakap besar, jangan membongkak sombong, jangan berbahasa kesan dan memberi isyarat lucah.
Image may contain: 1 person, text
Kucing kurap UMNO tak ada modal. Minta Anwar cepat jadi PM. 
Gang ni dulu bersorak bila Anwar masuk penjara... 

https://alditta.blogspot.com/2018/08/saya-ada-bukti-cubaan-halang-anwar-jadi.html

Saya ada bukti cubaan halang Anwar jadi PM - MP Kapar


BERITA»Nasional
Isnin, 13 Ogos 2018 | 6:51pm
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
'Anwar patut segera jadi PM'
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya harap ayah Yang Berhormat Permatang Pauh (Nurul Izzah Anwar) jadi Perdana Menteri tak lama lagi.”

Itu kenyataan Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) ketika menjawab celahan Nurul Izzah (PH-PKR Permatang Pauh) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat .

Ahmad yang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018, menyentuh isu elaun bantuan untuk golongan petani sebelum memberi laluan Nurul Izzah untuk mencelah.

Nurul Izzah antara lain mencadangkan supaya kerajaan mengembalikan Lembaga Padi Beras Nasional (LPN) untuk menyelesaikan masalah pesawah di negara ini yang bukan hanya membawa keuntungan tetapi juga membela nasib petani.

Ahmad kemudian meminta pandangan Nurul Izzah itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada perbahasannya lalu berkata:

“Saya harap ayah Yang Berhormat Permatang Pauh akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi supaya perkara itu (berkaitan bantuan dan elaun kepada petani) dapat disegerakan.”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/461443/anwar-patut-segera-jadi-pm
'Anwar patut segera jadi PM' | Nasional | Berita Harian

Tentu saya akan undur jika Anwar jadi Perdana Menteri - TPM
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada sesi taklimat di Sri Mentaloon sebelum meninjau Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit dengan menaiki bot dari Jeti Muzium Negeri Kedah, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (kanan). - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA
Mohd. Rafie Azimi rafie.azimi@utusan.com.my
30 Jun 2018 7:36 PM

ALOR SETAR 30 Jun - Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sebaik saja suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu.

Wan Azizah berkata, tindakan tersebut memang sudah difikirkan sejak dari awal lagi.

"Takkanlah ada situasi di mana suami menjadi Perdana Menteri dan isterinya pula Timbalan Perdana Menteri. Dah tentu saya akan mengundur diri dan itu memang niat saya sejak dari mula.

"Itu bukan satu isu kerana suami saya sebelum ini tidak boleh bertanding kerana telah dizalimi. Kini beliau telah diampunkan dan boleh ambil bahagian dalam politik namun kami tetap mengikut janji bahawa Perdana Menteri ketika ini adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.

Mengenai kemungkinan proses itu akan dipercepatkan, Wan Azizah berkata, tiada keperluan untuk membincangkan mengenai kemungkinan sedemikian.

"Kenapa nak ada kemungkinan begitu? Kita hanya nak 'siapkan' mandat diberi rakyat kepada kerajaan baharu yang peduli nasib rakyat. Itu yang penting kerana kalau hendakkan jawatan, suami saya tidaklah masuk penjara sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menelusuri Sungai Kedah dengan menggunakan bot bagi meninjau sendiri perkembangan projek Rancangan Tebatan Banjir di sungai itu yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan lagi.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa Exco antaranya Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga, Ir. Zamri Yusuf serta Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Dalam temu bual bersama Assosicate Press (AP) baru-baru ini, Guan Eng dipetik sebagai berkata, Wan Azizah akan melepaskan jawatan tersebut dengan Pakatan Harapan sehingga kini masih belum memutuskan siapa bakal Timbalan Perdana Menteri baharu.

Sementara itu Wan Azizah turut menafikan dakwaan yang menyatakan kerajaan melakukan pembulian mahu pun mempunyai niat tertentu berhubung isu pembekuan akaun UMNO oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Tegas Wan Azizah, tindakan tersebut diambil bersandarkan undang-undang yang selari dengan proses SPRM dalam menjalankan siasatan.

"Ini undang-undang yang merupakan prosedur operasi standard (SOP) SPRM, jadi kena ikutlah.

"Kalau tak ada apa-apa, mungkin tidak akan dibekukan nanti. Kalau ada apa-apa sampai jumpa berjuta-juta, kena siasatlah," katanya. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/politik/tentu-saya-akan-undur-jika-anwar-jadi-perdana-menteri-tpm-1.699944
Tentu saya akan undur jika Anwar jadi Perdana Menteri - TPM - Politik - Utusan Online

Tak perlu tergesa-gesa lantik saya jadi PM - Anwar
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 09, 2018 13:33 MYT
Tak perlu tergesa-gesa lantik saya jadi PM - Anwar
'Jangan mendoakan orang mati cepat. Kalau peralihan berlaku selepas lima tahun umpamanya 
dan tiada kematian (ahli parlimen) maka peralihan berlaku dalam lima tahun.' 
- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, cadangan melantiknya sebagai ahli parlimen sebagai proses awal untuk menjadi Perdana Menteri tidak perlu disegerakan.

Sebaliknya, tegas beliau, apa yang penting ketika ini, semua pihak memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa sebarang gangguan.

Beliau bagaimanapun menghargai pelawaan mana-mana ahli parlimen yang ingin menawarkan kerusi wakil rakyat disandang bagi memberi laluan kepadanya.

“Sekarang belum (perlu dilantik sebagai ahli parlimen). Kalau ada yang mempelawa, saya hargai tetapi kalau teliti proses berlaku, ia harus bermula dengan penyertaan saya di parlimen. Saya tidak fikir dangkal untuk meletakkan saya mengambil alih,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Tegas beliau, PKR juga perlu memberi tumpuan kepada pemilihan parti yang akan bulan depan. Jelasnya, usaha meletakkannya sebagai ahli parlimen bukan bermaksud perlu mendoakan kematian mana-mana wakil rakyat.

“Jangan mendoakan orang mati cepat. Kalau peralihan berlaku selepas lima tahun umpamanya dan tiada kematian (ahli parlimen) maka peralihan berlaku dalam lima tahun.

“Sukar mengerti fahaman bahawa peralihan ini, ia satu perkara biasa kerana keputusan itu dibuat semasa saya di penjara lagi. Tak perlu segera, yang segera ialah proses pemilihan parti. Reform parlimen adalah agenda besar,” ujarnya. 


Tag: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana MenteriPKRParti Keadilan RakyatWan Azizah Wan Ismail
http://www.astroawani.com/berita-politik/tak-perlu-tergesa-gesa-lantik-saya-jadi-pm-anwar-182598
Tak perlu tergesa-gesa lantik saya jadi PM - Anwar | Astro Awani

Kasihan Anwar Ibrahim: Perlu Tunggu Tahun 2020 Untuk Jadi PM Ke 8
By MT Webmaster  On Feb 8, 2018
Syed Ahmad Fadhli
1. Simpati melihat nasib Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan sekalian penyokongnya. Mereka tidak sedar sedang ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr Mahathir, musuh ketatnya dulu yang kini sudah bertukar menjadi bos no 1 Pakatan Harapan.

2. Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan tarikh Anwar dijangka dibebaskan ialah pada 08 Jun 2018.
Pakatan Harapan pula sebelum ini berjanji untuk berusaha mendapatkan pengampunan Diraja agar Anwar dapat menjadi calon PM ke 8.

Pada penghujung Konvensyen PH, mereka mengumumkan Muafakat Pakatan Harapan yang antaranya menyebut;

“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8.”

3. Hari ini, Tun M berkata 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Oh, baru saya faham maksud ‘segera’ dalam Muafakat PH itu ialah 2 tahun rupanya.

Impian PKR untuk melihat pemimpin sanjungan mereka, Anwar Ibrahim bergelar PM kelihatan masih jauh panggang dari api.
Mereka perlu sabar menunggu sehingga tahun 2020 kerana Tun M mahu menjadi PM selama 2 tahun lagi.


Silap gaya impian Anwar sebagai PM ke 8 itu akan berkecai dan hanya akan tinggal kenangan kerana tidaklah mustahil bagi pemain politik licik seperti Tun M ini melantik anak kesayangannya si Mukhriz sebagai penggantinya di takhta.

http://www.malaysia-today.net/2018/02/08/kasihan-anwar-ibrahim-perlu-tunggu-tahun-2020-untuk-jadi-pm-ke-8/
Kasihan Anwar Ibrahim: Perlu Tunggu Tahun 2020 untuk Jadi PM ke 8 – Malaysia Today

Lain-lain berita: 

PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat...

https://www.malaysiakini.com/news/406874

28 Dis 2017 - "Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa ...


"Segera Bina Semula Negara" - Kenyataan Rasmi Anwar ...

says.com/my/.../kenyataan-rasmi-anwar-ibrahim-susulan-bertemu-perdana-menteri

14 Mei 2018 - DS Anwar Ibrahim juga dijangka akan dibebaskan dari penjara dan bebas berpolitik mulai ... Dua hari lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir telah ... Satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang jadi PM dua kali!


(Video) Seseorang Memberi Teguran Yang Tepat Kepada ...

kakitular.com/video-seseorang-memberi-teguran-yang-tepat-kepada-anwar-ibrahim-k...

11 Mei 2018 - Anwar akan dibebaskan segeraPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Yang di-Pertuan Agong bersedia ... VIDEO PENUH ANWAR IBRAHIM MELIHAT TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI ...












Tiada ulasan: