Jumaat, 17 Ogos 2018

Islam mencintai kebersihan dan kesucian. 8056.


Fizikal dan kejiwaan: 

 “Kebersihan dan kesucian luaran dan dalaman jasad dan roh individu Islam.” 

Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa adalah Senjata bagi Orang-orang Mukmin, Tiang bagi Agama dan Nur bagi Langit dan Bumi.” (Hadis Riwayat Hakeem)

Pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang Gabenor Wilayahnya yang berbunyi: “Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.” 

Antara doa yang punya keistimewaan tersendiri: 
FRIDAY, AUGUST 17, 2018
Maksud Bacaan Doa ketika Duduk Antara Dua Sujud
Posted by Editor at 11:18
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/08/maksud-bacaan-doa-ketika-duduk-antara.html

Mujahid lancar kempen menjaga kebersihan Kota Suci Mekah
kepada Jamaah Haji Malaysia di Maktab Land Premium. 
  3:06 PTG      Pejuang Perubahan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa melancarkan kempen Program Kebersihan Perdana Masyair di Maktab Land Premium semalam.

Program berkenaan bertujuan bagi memberi galakkan kepada jemaah haji Malaysia supaya menjaga kebersihan dengan mengutip sampah dan bergotong-royong semasa Masyair iaitu ketika di Arafah-Mina-Muzdalifah.

Semasa pelancaran itu juga, turut dihadiri Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik serta Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahmah.

“Insya-Allah sesi gotong-royong bersama jemaah haji akan diadakan selama tiga hari pada setiap pagi iaitu pada jam 8 hingga 9 pagi” katanya dalam tulisan di Facebooknya semalam.

Selain itu juga, Mujahid yang telah berada di Mekah selama empat hari bagi menunaikan ibadah haji sempat meluangkan masa bertemu dan menziarahi jemaah yang ditempatkan di klinik-klinik sekitar tanah suci.

Beliau juga mengadakan pertemuan bersama Duta Malaysia di Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin

“Saya juga berkesempatan menziarahi maktab-maktab, klinik dan pesakit dari Malaysia serta menyantuni jemaah haji,” ujarnya lagi.

mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/mujahid-lancar-kempen-kebersihan-di.html
Mujahid lancar kempen kebersihan di Mekah ~ AGEN PERUBAHAN ®


Tiada ulasan: