Sabtu, 11 Ogos 2018

Jangan biar hidup menjadi sia-sia. 8010.


Hidup akan sangat memenatkan, sia-sia & menjemukan bila Anda hanya mengolah fikiran untuk mengurus BUNGKUS-nya saja dan mengabaikan ISI-nya.  Maka, bezakanlah apa itu "BUNGKUS"-nya & apa itu "ISI"-nya.

"Rumah yg indah" hanya bungkusnya

"Keluarga bahagia" itu isinya.

"Pesta kenduri kahwin" hanya bungkusnya

"Cinta kasih, Pengertian, & Tanggung jawab" itu isinya.

"Kekayaan" itu hanya bungkusnya,

"Hati yang gembira" itu isinya.

"Makan yg sedap2" hanya bungkusnya,

"Nutrisi, energi, dan sihat" itu isinya.

"Kecantikan dan Ketampanan" hanya bungkusnya;

"Keperibadian dan Hati" itu isinya.

"Bicara" itu hanya bungkusnya,

"Kenyataan" itu isinya.

"Buku" hanya bungkusnya;

"Pengetahuan" itu isinya.

"Pangkat dan jawatan" hanya bungkusnya,

"Berkhidmat dan amanah" itu isinya.

"Pergi ke tempat ibadah" itu bungkusnya,

"Melakukan Ajaran Agama" itu isinya.

"Kharisma" hanya bungkusnya,

"Karakter" itu isinya.

"Rezeki" itu hanya bungkusnya.

"Barokah" itu isinya.

Utamakanlah *isi*nya, serta tetaplah menjaga *bungkus*nya dengan baik...


Maaf kalau teman-teman dari tadi  tunggu2 mana  isinya coli, kenapa tak muncul2


Sebab tu ... jgn lihat tajuknya...  Lihatlah Isi nya😁😁😁😁😁

😋
Kisah sebagai pengajaran.
Pada suatu hari sepasang suami isteri kaya sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.

Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".


Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar dia menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.


Hari demi hari berlalu, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.


Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang bangkrut itu menikah lagi dengan seorang pedagang kaya dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk seseorang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikanlah makan  pengemis itu dengan daging ayam seperti yg kita makan!".


Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".


Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."


Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?..................

Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.


Cerita ini diambil dari:

"Syarah Ratib Alhaddad'
Karya AlHabib Alawi bin Ahmad bin Hasan bin Abdulloh bin Alawi Al Haddad.

Renungan :

"Jangan Bersikap Sombong ketika berada di ATAS., apa lagi tidak sedang berada di ATAS... 

Tebarkan perbuatan baik di mana-mana, In Syaa Allah... maka anda akan menerima balasannya"


Salam... 
Saturday, 11 August 2018
SELAIN PENGAWAL KESELAMATAN, MUNGKINKAH ADA PIHAK LAIN TURUT SAMA MENCURI DANA PILIHANRAYA DARIPADA PEJABAT NAJIB?

Apa yang kita tahu dan didedahkan di dada-dada media hanyalah mengenai perbuatan sekumpulan 17 pengawal keselamatan mencuri wang yang dipercayai dana pilihanraya berjumlah RM3.5 juta dalam bilik bekas Perdana Menteri, Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri.

Mereka melakukan perbuatan itu pada malam 9 Mei lalu sebaik menyedari BN sudah tewas dan kerajaan baru akan mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Daripada kejadian tersebut, sekurang-kurangnya ada dua persoalan yang bermain-main di kepala orangramai ketika ini:-

Pertama, adakah hanya RM3.5 juta itu saja yang disimpan atau merupakan lebihan kegunaan pilihanraya yang ada di pejabat Najib?
Jika  ada lebih banyak yang mungkin disimpan di pejabat Najib, ke manakah perginya wang-wang tersebut?

Kedua, kiranya pengawal keselamatan pun boleh tahu mengenai wang dalam pejabat Najib, apakah mungkin ada pihak-pihak lain yang bekerja dengan Perdana Menteri ketika itu lebih mengetahui tentang berapa jumlah beg atau kotak yang ada tesimpan dalam Pejabat Perdana Menteri?

Dalam konteks itu, memang mustahak sebenarnya untuk pihak SPRM memanggil Najib bagi diambil keterangannya mengenai wang tersebut.

Selepas keterangan Najib diambil, barangkali boleh dipertimbangkan  juga untuk SPRM memanggil semua pegawai dan kakitangan yang pernah bekerja dengan Najib yang tentunya bebas keluar masuk ke Pejabat Perdana Menteri pada bila-bila masa sebelum secara rasmi diumumkan tumbangnya BN pada subuh 10 Mei lalu.

Kamera CCTV atau litar tertutup pula mungkin boleh dilihat semula untuk mengetahui sesiapa yang ada memasuki Pejabat Perdana Menteri ketika itu.

Selain untuk mengetahui berapa banyak wang yang tersimpan di pejabat Najib, penyiasatan lebih menyeluruh oleh SPRM juga penting  untuk menentukan kebarangkalian tiada pihak-pihak lain yang mungkin lebih dulu serta  cekap daripada 17 pengawal keselamatan dalam melakukan pencurian dana pilihanraya yang tidak mustahil jumlahnya lebih banyak daripada RM3.5 juta itu. (ShahbudinHusin 11/08/2018).
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/selain-pengawal-keselamatan-mungkinkah.html


Mahathir disambut Mat Sabu lawat Equanimity
MALAYSIA DATELINE

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Terminal Boustead Cruise Center untuk melawat kapal layar mewah Equenimity yang dikaitkan dimiliki taikun Jho Taek Low atau Jho Low.
Dr Mahathir, yang tiba pada jam 11.30 pagi, disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Dr Mahathir dijangka menghabiskan satu jam di kapal sebelum memberikan sidang akhbar selepas lawatan itu.

Kapal layar kapal berharga AS$250juta (RM1.02 bilion) kini berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center selepas tiba dari Indonesia pada hari Selasa lalu.
at 8/11/2018 01:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/mahathir-disambut-mat-sabu-lawat.html


IKSIM guna duit zakat untuk lawan Pakatan Harapan?
IKSIM dapat duit zakat untuk lawan Pakatan Harapan, akui Ustaz Engku Ahmad Fadzil
KU FARIS ISMAIL
10 OGOS 2018 - Polemik gelapkan perbelanjaan RM 7.4 Juta, Ustaz Engku Ahmad Fadzil terpaksa akui bahawa IKSIM mendapat dana dari zakat dalam melakukan agenda melawan Pakatan Harapan dalam PRU baru-baru ini.

"Jawatankuasa Baitulmal MAIWP telah meluluskan dana untuk IKSIM sebagai asnaf fi sabililLaah", Tulis beliau yang juga Fello IKSIM.

IKSIM adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Najib Tun Razak untuk melawan Pakatan Harapan dalam PRU dalam membangkitkan isu-isu perkauman dan agama.

Disamping mewujudkan prejudis sesama rakyat Malaysia atas alasan agama dan kaum, antara modus operandi mereka dengan melakukan fitnah terhadap beberapa tokoh pemimpin Pakatan Harapan.

Ustaz Engku Ahmad Fadzil antara individu terkehadapan memfitnah golongan muslim yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai wahabi, Liberal dan Plural. Malahan, beliau juga tokoh kehadapan menuduh sebilangan Non Muslim di Malaysia sebagai Kafir Harbi.

"Dengan dana yang diluluskan dan disalurkan oleh MAIWP itulah IKSIM menanggung kos2 operasi (bayar gaji, sewa dsb) dan kos2 program", jelas Ustaz Engku Ahmad Fadzil yang pernah menuduh Dr Mujahid Yusuf Rawa sebagai tokoh liberal.

Rentetan gelapkan wang RM 7.4 juta, dikhabarkan Tun Mahathir akan memastikan siasatan terhadap Muhamad Naser Desa akan dilakukan untuk memastikan pengesahan dakwaan ramai bahawa beliau pecah amanah.

-https://dakwathalus.blogspot.com 
at 8/11/2018 02:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/iksim-guna-duit-zakat-untuk-lawan.html

Mufti, tokoh agama sokong tindakan Mujahid
  1:42 PTG      Pejuang Perubahan      
Harussani
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengarahkan potret aktivist Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diturunkan mendapat sokongan mufti dan tokoh agama negara ini.

Menurut Mufti negeri Perak Tan Sri Harussani zakaria LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan oleh Allah sama ada dilakukan secara terus terang atau sembunyi.

Bahkan katanya, LGBT juga merupakan perbuatan terkutuk yang menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia kerana menafikan hak berhubung melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf syarak.
Tambahnya, perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha untuk menggalakkan dan mengiktiraf perbuatan haram tersebut.

“Saya menyokong sepenuhnya tindakan Menteri agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di festival pemeran fotografi diturunkan.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Agama kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menulis di Facebooknya turut menyokong tindakan berani Mujahid itu dan mengucapkan tahniah kepada beliau.

“Bravo Dr Mujahid! Congratulation! May Allah bless and guide you. Alhamdulillah!,” ujarnya di Facebooknya.

Sokongan itu juga turut dinyatakan oleh Presiden Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman di laman Facebooknya dengan menegaskan tindakan Mujahid itu adalah tindakan yang tepat.

“Tahniah dan perlu disokong tanpa mengira parti politik. Ia kelihatan kecil tetapi membawa suatu mesej yang besar dan jelas,” katanya.
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Tambahnya, hak mereka sebagai individu dan perlakuan secara individu, namun mempromosi gerakan kepada awam, ia memang patut disekat.

“Kita tidak mahu promosi mereka ‘menceroboh’ rumah-rumah masyarakat Malaysia yang bencikan perlakuan LGBT,” ujarnya.
Terdahulu, Mujahid berkata, tindakan menurunkan potret aktivis LGBT kerana hal itu bertujuan promosi di mana bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan berhubung isu LGBT.

“Adakah perlu ikon sedemikian? Tiada ikon lain yang boleh ditampilkan. Jadi, jika saya tidak berkata apa-apa mengenainya, kita dilihat seperti mencabar polisi yang kita katakan beberapa kali sebelum ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen kelmarin.

Pameran bertemakan patriotisme itu menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Mujahid berkata, pihaknya menghormati golongan LGBT tetapi tidak bersetuju mempromosi gaya hidup golongan tersebut.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Farizan Darus menjelaskan beliau menerima aduan mengenai potret kedua-dua aktivis berkenaan dan telah meminta pihak penganjur GTF menurunkannya.

mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/mufti-tokoh-agama-sokong-tindakan.html
.

Tiada ulasan: