Jumaat, 3 Ogos 2018

Merapu. 7970.


Merapu sebab tegakkan benang basah, bagi pihak idola. 

Cover up shj
Kerajaan PH mesti buang semua duri duri lama dari BN.
Logiklah tindakan cepat lagi pantas yang dilakukan oleh PDRM tu. Bahaya kalau tak diambil tindakan kepada orang yang membocorkan surat tu kepada umum...boleh didakwa atas OSA. Bayangkan kalau dia dibiarkan melakukan pembocoran surat2 dan rahsia kerajaan berterusan, takke tergadai nanti keselamatan negara. Mereka ni boleh dicharge sebagai treason atau penghianat negara. Kalau kat negara luar macam di US dan England..hukumna yang setimpal ialah hukuman mati. Di China..dah tentu kena tembak dengan firing squad !!
Memohon bantuan asing adaah pengkhianat negara.Ada faham?
Habis tu pendedahan CIA yang menegaskan Tun M terlibat secaar langsung dengan kes kerugian Forex tu apa citer?? Itu pun dakwaan palsu lah yeer?? Pendedahan surat dari MEIO ni pun dilakukan oleh CIA jugak !!
Tu surat cia. Bkn dari tun m kpd cia.
Dan dlm surat tu tulis menurut risikan cia tun m xterlibat.

Apa yg kau merapu ni cai?
Duit forex 30b itu ada masuk bank Tun M? Kenapa kamu tidak buat laporan polis?. Kamu takut Tun M cakap itu duit 30b Al Marhum Raja Saudi DERMA IKHLAS?....
Lagi pun, kita tak sepatutnya menuduhn Dato Hasanah dalam isu ni. Dia kan dah pasang Lawyer jika di dakwa. Itu menandakan dia tak bersalah dalam hal ni dan sanggup dibicarakan jika didakwa di mahkamah nanti. Biar lah rule of law takes it's natural course. Jangan kita lakukan perbicaraan melalui media seperti yang terjadi pada DSNR. Belum apa2 lagi dah jatuhkan hukuman bersalah tanpa mewmberi ruang dan peluang untuk tertuduh membela diri. Takkan lah hakim kena arahkan gag order lagi kot macam dalam kes DSNR tu !!
DSNR memilih utk dibicarakan memalui media daripada masuk mahkamah.

Lupakah kau psl task force yg diwujudkan dulu?
Lupakah kau pegawai sprm yg ditangkap polis?
Lupakah kau pegawai polis yg ditukar jabatan?
Lupakah kau ghani dipecat dan digantikan dgn ag pilihan najib?

Bila kalah pru, jgn berlakon sbg mangsa.
Keangkuhan dan kesombongan najib yg mengheret umno masuk ke dlm longkang
Budin ...mana kau tau laporan dari Patriot tu takde followup dari PDRM?? Tak semua benda perlu diumumkan kepada rakyat. Mungkin penyiasatan berterusan masih dijalankan lagi kerana ia adalah isu yang sensitif. Beri lah ruang dan peluang kepada PDRM untuk handle isu ni. Bukan apa...takut2 nanti sebarang berita yang tak tepat ditularkan akan menganggu siasatan mereka . Let them do their job witout any outside interferience !!!
Pada aku dan mungkin ramai lagi rakyat Msia yang sependapat dengan aku tetap mengatakan PDRM ni adalah agensi penguat kuasa ayng paling cekap dan efisyen serta tinggi tahap keprofesionalismenya.

Dalam isu di atas, takde apa yang nak sisembunyikan atau sweep under the carpet oleh mereka. Ini kes berprofil tinggi dan semestinya perlu ditangani dengan berhemah lagi bijaksana. Tuduhan pengkhianat negara yang dilemparkan oleh media serta cai2 OH tu amat2 tak wajar sama sekali. Tertuduh ternyata takde apa2 kepentingan dalam hal ni. Iangan buat tuduhan berdasarkan persepsi ...ia bakal mengundang akibat yang tak elok untuk negara. Rakyat bebas membuat andaian..tapi pihak yang akan menentukannya ialah mahkamah. Janagn mendahului keputusan mahkamah hnay kerana rasa dendam, amarah serta witch hunt untuk mencari orang yang perlu dikambing hitamkan !!
Saya tak fikir Hasanah sanggup masuk jail tanpa beritahu cerita sebenar kpd mahkamah. Tunggu dan lihat siapa sebenar pengkhianat negara.
Lain lah manusia macam kamu imi GN. Dengan upah yg murah sanggup gadai maruah diri.
Nilai diri kamu ini BERAPA SEN GENG NAJIB?.....5 SEN?
Skrg harga gula gula 10 sen satu biji.......
Aku ada terbaca jugak pendapat beberpa orang penganalisa2 politi tempatan yang mengatakan pendedahan surat kepada CIA ni adalah satu taktik untuk mengalihkan isu atau diversion oleh kerajaan PH era baru ni. Tujuannya ialh untuk :

1. Mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kes SRC dan 1MDB yang sehingga kini dikatakan tiada bukti kukuh untuk mereka mengaitkan DSNR dengan kes2 tersebut. Kalau tidak, takkan lah AG masih terkial2 mencari bukti lagi sehingga terpaksa menetapkan perbicaraan pada tahun depan. Jadi cukup lah masa untuk terus merekayasa bukti untuk mengenakan DSNR.

2. Tak mustahil, ianya juga untuk mengalihkan perhatian rakyat dari terus menuntut agar janji2 dalam manifestomato PH tu ditunaikan dalam tempoh 100 hari pemerintahan mereka. Kerajaan tau adalah teramat mustahil untuk mereka mengotakan janji2 tu dan pastinya, mereka menyesal tak sudah semasa merangka manifstomato tu.

3. Kini Tu M dah jadi pengerusi Khazanah, lubuk emas negara tu. Dengan menimbulakn isu surat ni, rakyat tidak akan memberi perhatian kepada operasi menjarah harta negara oleh pengerusi Khazanah untuk diagih2kan kepada anak beranak dan kroni2nya.

Sememangnya taktik diversion seperti ini kerap dilakukan semasa pemerintahan PM ke 4 dulu, dan pastinya taktik yang sama juga akan digunakan oleh PM ke 7. Kita tak boleh terus menolak bahawa penularan surat ni sebagai langkah bijak kerajaan. Mungkin boleh diperbahaskan secara mendalam dan ilmiah di blog batu api ni !!
Haiii tak kes pengkhianat MEIO ni didiamkan kannn Tannn Seri oiii,
Seingat sy la bhgn Diplomatik ie kedutaan pun ada james Bond 007 ala Meow meow tp tgk mereka pun mungkin ada buat kerja ala ala gini
Rasa nya sudah sampai masa pihak Wisma Putra yg cenderung fanatik Regim. jibby dulu srmua di siasat agar tidak ada ketirisan kebocoran rahsia negara
Mohon dato Saifuddin Menteri Kementerian Luar
Hj Mat Sabu Kementerian Pertahanan utk attache tentera & (JPM petugas di bwh JPM)Tun buat Spring Cleaning ya sudah pembelot 2 pengkhianat rakyat pembayar cukai yg membayar gaji petugas 2 luar betul 2 buat kerja atau ber jimba Wining Dining & bermewah 2 diluar negara atas duit rakyat
Kami rakyat yg terlalu lama di tindas sedang memerhati...
adakah Kerajaan Malaysia Baru “walk d talk “
Kalu cereta pasai repot merepot teman suka..
Depakata kalu salah repot biag polis setel.yg meripot oke yg kena repot pong oke-oke saja.sbb polis dah setel.
Kalu takpueh ati p repot sampe bukit aman sana.
Yg meripot jgn ribot-ribot pasai yg kena ripot pong nak cari mkn juga.

Mcm cereta sakai hutan malaisa lama sudah.
Tuairumah!
Tuan saya dtg nak meripot rumah saya d cori orang,diaborang minta ijin sama saya,nak ambek rumah.saya kasihan ,muka nampak baek saya bagi depa ambek sbb rumah saya byk.

Depa masok sakai(mesen balak) depa tebang sebtg,lepastu sebtg,lepastu sebtg,lepas sebtg,sebtg sampe cerah burit ehh bokit sampe saya taktau nak tingai mana pasai rumah saya depa curi habih-habisan sampe linchin mcm palak bapak penakan saya nama tak mkn,bini dia nama tak cari ehh tebalik la pulak.
Tuan saya meripot sbb bila hutan jd linchin ,sungai keroh landak,bewak,babi babi hutan,babi tungai,habih dok tmpat laen. Susah saya tuan nak mkn babipangang dan minum air sungai lg.
Demikian ripot saya .ehh lg satu saya nak tanya pasaipa cina jd toke sadari moda sampe toa sampe mampuih .mlayu jd koli cina dari moda sampe toa sampe mampuih dan pupus..kwah kwah kwah.

Yg taksalah.
Tuairomah.
Sosahayah bin sonanglenag..


Friday, 3 August 2018
APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS OLEH PATRIOT?

Menurut apa yang dilaporkan semalam, Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun berkata, siasatan pihaknya berhubung kebocoran surat yang dihantar oleh  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri kepada CIA sebelum pilihanraya umum 9 Mei lalu sudah pun hampir selesai.


Perkembangan itu berlaku hanya kira-kira 72 jam selepas Hasanah Ab. Hamid, Ketua Pengarah bahagian berkenaan membuat laporan polis berhubung bagaimana kebocoran surat itu boleh berlaku sehingga ia menjadi pengetahuan umum dan disiarkan di media-media.
Woww...cepatnya pihak polis bertindak!! 
Tetapi, sebelum itu pada 24 Julai, sebuah NGO bernama Patriot juga turut membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan berkenaan penghantaran surat kepada CIA itu yang dianggap suatu bentuk pengkhianatan kepada negara.

Surat yang ditandatangani oleh Hasanah kepada Pengarah CIA itu ialah untuk memohon bantuan Amerika Syarikat kiranya BN hanya mampu menang tipis atau dengan kelebihan satu kerusi saja dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Patriot juga menggesa agar Hasanah disiasat untuk menentukan sama ada surat itu ditulis atas kehendaknya sendiri atau kerana adanya arahan pihak lain.

Dalam hal ini, adakah pihak polis sudah membuka kertas siasatan berkenaan laporan polis oleh Patriot itu?
Kenapa sehingga ini masih tiada khabar berita mengenainya?

Dan tiba-tiba dilaporkan pula siasatan berhubung dakwaan kebocoran surat itu pula yang hampir siap dijalankan.

Adakah pada tanggapan pihak polis, soal kebocoran surat itu lebih penting berbanding kandungan atau tujuan surat berkenaan yang jelas ternampak ada ciri-ciri khianat kepada negara kerana cuba memohon bantuan negara asing? (ShahbudinHusin 03/08/2018) 
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/apa-sudah-jadi-dengan-laporan-polis.html 

Orang Umno mencatur kuasa dalam kerajaan PH? SHAHBUDIN HUSIN 

Sejak Pakatan Harapan (PH) ada kuasa dan menjadi kerajaan, bukan saja mereka yang merupakan ahli dan penyokong parti-parti dalam gabungan itu yang sibuk mencatur kuasa, rupa-rupanya orang Umno pun tidak ketinggalan sama.

Di sebalik ada yang masih setia dengan Umno atau menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama Umno kehilangan kuasa, terdapat juga ahli-ahli parti itu yang sudah berwajah dua.

Dalam beberapa insiden, ada yang tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya menyokong PH secara diam-diam dalam pilihanraya lalu, meskipun masih lagi berstatus ahli Umno sehingga kini.

Konon katanya, apa yang mereka lakukan selama ini adalah dalam pengetahuan Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri memang merestui tindakan mereka.

Lebih daripada itu, mereka juga mendakwa sokongan ahli-ahli Umno terhadap PH seperti merekalah yang sebenarnya banyak menyumbang kepada kemenangan gabungan itu sehingga berjaya mengalahkan Umno dan BN.

Tidak kurang, ada juga orang Umno yang ketika ini asyik memuji-muji kehebatan Tun Mahathir di mana-mana, asal saja mereka ada peluang bercakap dan menonjolkan diri, meskipun mereka sebelumnya selalu mengambil pendirian mempertahankan Umno dan BN.

Antara mereka itu, ada juga yang mendakwa selalu menghantar maklumat penting secara terus kepada Tun Mahathir melalui aplikasi whatsapp sebagai menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka dengan Perdana Menteri ke-7 sekarang.

Pengakuan itu malah membuatkan seseorang yang rapat dengan Tun Mahathir agak terkejut kerana sepanjang pengetahuannya, sama ada sebelum ini atau setelah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Tun Mahathir bukanlah seorang diketahui aktif berhubungan dengan orang lain melalui whatsapp.

Namun, yang paling menarik ialah ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini diketahui pernah bekerja dengan menteri Umno juga turut cuba tumpang semangkuk mencatur kuasa dalam kerajaan baru ini.

Mereka ini mula berkawan rapat dengan individu tertentu yang diketahui rapat dengan menteri-menteri PH, lalu dalam waktu yang sama mencadangkan agar orang-orang pilihan mereka untuk diletakkan bekerja dengan menteri-menteri berkenaan sama ada sebagai setiausaha politik, pegawai khas dan sebagainya.

Matlamat mereka ini lebih kepada perniagaan. Dengan meletakkan orang-orang pilihan di kementerian-kementerian tertentu, mereka berharap akan terus dapat membolot kontrak dan peluang-peluang perniagaan sebagaimana ketika era pentadbiran BN sebelum ini.

Tak malukah mereka itu?

Yang nyata, belum 100 hari Umno kehilangan kuasa, semakin ramai ahli-ahli parti itu yang mula resah dan bimbang tentang masa depan yang mungkin tidak lagi seceria berbanding ketika BN berkuasa dahulu.

Bayangkan bagaimana gelagat mereka menjelang enam bulan, setahun atau dua tahun akan datang?

Tungguuu….mungkin tulisan ini ada sambungannya lagi selepas ini.

https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/orang-umno-mencatur-kuasa-dalam.html

Friday, August 3, 2018
Intuisi UncleSeekers - Part 7 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)
Kenapa Allah ciptakan Mahathir Mohamad Pemimpin Negara yang tertua dan Perdana Menteri sebanyak dua kali dalam dunia?

Siapalah kita nak dibandingkan dengan beliau. Tolong cerminkan diri kita dulu sebelum menghina beliau

Kesilapan beliau yang lepas dan akan datang adalah kerana beliau juga adalah manusia biasa seperti kita. 

Tugas kita sebagai rakyat harus menegur kalau beliau berbuat silap seperti mana Rasulullah juga pernah berbuat silap kerana berpaling dari orang buta dan Allah menegurnya

"Dia bermuka masam, dan berpaling, Bahawa seorang buta datang kepadanya, Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri? Atau mengingati, lalu peringatan bermanfaat kepadanya. Tetapi orang yang berasa kaya, Kepadanya kamu layan, Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya. Dan orang yang datang kepada kamu dengan bersegera, Dan takut-takut, Kepadanya kamu tidak pedulikan." 80:10

Mungkin Ayahanda Mahathir fikir...

1. Masyarakat umum susah nak paham satu jilid al-Quran tetapi perlu rujuk lebih 50 lebih jilid buku lain-lain sebagai penjelasan!

Adakah Allah turunkan mesej yang amat susah untuk difahami sedangkan ianya untuk dipatuhi.

Mesej yang turunkan dengan tujuan untuk dipatuhi semestinya mudah difahami.

Allah dah kata al-Quran tu mudah.

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:17, 54:22, 54:32, 54:40).

Walaupun empat kali Allah mengulangi, dalam bentuk ayat yang sama, susunan perkataan yang sama, bahawa Quran itu mudah untuk dipelajari, manusia masih ingkar. Ingkar dengan mengatakan bahawa Quran itu susah untuk dipelajari.

Ada yang mengatakan bahawa belajar Quran bersendirian itu berguru dengan syaitan.

Quran tidak mengatakan demikian!!!

Manusia masih tidak percaya bahawa Quran itu lengkap, jelas, terperinci dan mudah untuk dipelajari.

Takkanlah Allah tak tahu apa dia turunkan!

Takkanlah Allah tidak tahu kebolehan dan kelemahan manusia ciptaanNya!

Bila Allah kata mudah, maka ianya mudah.
2. Sesiapa yang membaca buku hadis yang berjilid-jilid, walau pun tidak kesemua, gerenti akan keliru lebih lebih lagi kalau nak meneliti berbagai-bagai hadis dari berbagai-bagai mazhab.

Mungkin itulah sebabnya universiti-universiti Islam di seluruh dunia mengadakan fakulti pengajian hadis.

Mahasiswa-mahasiswa di fakulti tersebut plak membuang masa kerana mereka cuba meneliti apa yang dianggap kata-kata atau perbuatan Nabi Muhammad.

Dari dulu, kini dan sampai kiamat gerenti ada percanggahan sama ada hadis-hadis yang telah dianggap sahih oleh ulamak muktabar dahulu, sahih atau tidak. 

3. Undang-undang dan peraturan ugama berdasarkan kepada kutipan ingatan manusia selama lebih 200 tahun kononnya merangkumi kesemua aspek kehidupan dari cara berjalan, makan, gelak, tidur, menguap, bersama isteri hinggalah cara buang air atau melabur

Amik satu contoh je

Dari Abu Qatada: Rasulullah berkata. “Bila kamu minum, jangan bernafas dalam bejana; dan bila kamu kencing jangan sentuh kemaluan dengan tangan kanan kamu. Dan bila kamu membersihkan selepas berak, jangan gunakan tangan kanan kamu.” (Sahih Bukhari, Jilid 7, Buku 69, Number 534) 

Bayangkan bagaimana orang yang tangan kirinya tidak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu? 

4. Kalau kita baca hadis, kita akan terjumpa kata-kata atau perbuatan yang dikaitkan dengan Rasul sehinggakan yang berkaitan dengan cara berjimak, keinginan dan kemahuan seksnya.

Tidakkah orang-orang yang ceritakan hadis-hadis sebegini mempunyai kerja lain yang lebih berfaedah dari asyik mengendap dan mengintai perbuatan peribadi Rasul.

Bolehkah kita percayai kesahihan cerita-cerita dari orang-orang yang sebegini perangai?

Yang anihnya ialah pembohongan ‘pakar-pakar’ ugama yang ikut cerita-cerita yang tiada hujung pangkal digunakan sebagai modal penghormatan dan kecintaan kepada Rasul. 

5. Terdapat banyak perkara-perkara mengarut dalam buku-buku hadis seperti minum air lalat, air kencing unta dan lain-lain.

Kenapa perkara-perkara terperinci semacam ini penting bagi sesetengah orang?

Mungkin sebab orang-orang ini adalah jahil terhadap Islam sebenar, maka mereka fikirkan Islam adalah hanya undang-undang dan peraturan kepada perkara-perkara remeh harian.

Mereka menyusahkan diri sendiri sambil megah dengan jihad sebagai kesalihan terhadap Islam.

Kepada Allah manakah yang mereka abdikan dan Islam manakah yang mereka anuti?

Tidak mungkin kepada Allah yang mengatakan dengan jelas: 

Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara (20:2)

6. Allah Tidak Kehabisan Perkataan Sekiranya Allah menghendakki supaya kehidupan harian kita jadi lebih terperinci dan khusus, sudah tentu Dia akan turunkan berjilid-jilid wahyu bagaimana kita patut tidur, masak, makan minum, pakai pakaian, mandi, pandu kenderaan, bina rumah dan seterusnya.

Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana. (31:27)

Tetapi Allah yang Pemurah dan Penyayang hanya mahukan kita tunduk patuh kepada apa diturunkandalam al-Quran, dan gunakan akal, ilmu, kewarasan dan kebijaksanaan kita untuk lain-lain perkara tentang kehidupan. 

Dalam al-Quran ada perkara yang Allah perincikan dan ada yang tidak.

Sebagai contoh

a) Allah perincikan apa yang patut dibuat sebelum solat (5:6),
b) Cara pembahagian harta (4:11-12),
c) Cara beradab dan bersopan (24:58-61).

Dalam pada itu Allah juga melonggarkan dan membiarkan ianya umum beberapa perkara, walaupun dianggap pokok.

Sebagai contoh

a) Allah tidak tetapkan ukuran zakat,
b) Berapa raka’at dalam solat,
c) Cara nikah kahwin,
dan lain-lainnya.

Apabila Allah membiarkan ianya umum, mengapa kita pula manusia memandai-mandai cuba membetulkan dan mengemaskan lagi.

Adakah mereka menganggap kerja Allah tidak lengkap dan kurang bermutu?

 Al-Quran mendedahkan pemalsuan hadis dalam ayat berikut 

"Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6) 

"Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa" (45:7)

Allah mengatakan bahawa al-Quran adalah sumber yang benar dan konsisten kerana ianya ayat-ayat Allah. Tiada percanggahan di dalamnya, tidak sebagaimana hadis. 

Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan. (4:82)

7. Hadis mungkin boleh diguna dari sudut lain, tetapi tidak harus digunakan untuk menentukan hukum hakam dan amalan-amalan ugama.

Ini tidak bermakna kita tidak ikut nabi Muhammad.

Kita ikut dan menghormati nabi Muhammad dengan ikut dan mematuhi apa yang diwahyukan Allah dan keluar dari mulutnya. 

Al-Quran ajar kita bahawa nabi Muhammad akan kecewa dengan apa yang dilakukan kepada mesej yang dia bawa. 

Rasul berkata,

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)

Oleh itu ikut dan mendukung hadis yang tak berasas adalah bukan sesuatu yang Allah atau rasulNya menghendakki. 

Oleh itu ikut dan mendukung hadis yang tak berasas adalah bukan sesuatu yang Allah atau rasulNya menghendakki. 

"Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina." (31:6)

8. Sebenarnya Allah dan rasulNya mahukan kita tunduk patuh hanya kepada ayat-ayat Allah sebagai sumber bimbingan hidup. Kalau tidak kita akhirnya akan bertikai dan berpecah sesama sendiri. 

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk." (3:103)

Al-Quran adalah kata-kata Allah. Hadis adalah apa yang manusia anggap kata-kata nabi.

Nabi adalah manusia. Allah mengarahkan kita membaca al-Quran.

Allah tidak pernah mengarahkan kita membaca hadis.

Bacalah al-Quran (bacaan) dalam apa bahasa pun asalkan kita faham.

Bila Allah mengatakan al-Quran itu senang untuk difahami, Dia bermaksud demikian. Dia tidak bermain-main. Dia tak buat lawak. 

9. Al-Quran – Hadis terbaik 

Allah mengelar Al-Quran, HADIS TERBAIK. Dia panggil orang-orang yang betul percaya supaya tidak menerima hadis-hadis lain sebagai sumber rujukan. 

"Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab ……. "(39:23)

"Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan percayai?" (7:185)

"Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina." (31:6)

"Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6)

"Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?" (77:50)

Al-Quran tidak perlu kepada hadis-hadis ciptaan manusia untuk menjelaskan atau menyempurnakannya.

Al-Quran sudah sempurna dan lengkap. Tidak perlu kepada apa-apa tambahan atau rujukan sampingan. 


UncleSeekers
Seek The Truth
Posted by Syed Abdullah Al-Attas at 10:01 AM 


===

Tiada ulasan: