Isnin, 10 September 2018

Ada enam hal individu yang hasilnya menzalimi dirinya sendiri. 8171.


Islam itu indah 
Jumaat, 22 April 2011
Islam itu indah
Jalan-jalan ke Neraka. 

Enam perkara yang negatif merosakkan amalan baik kita sabda Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam yang bermaksud: Suka mengaibkan orang lainKeras hati/busuk hatiCinta kepada dunia keterlaluanTidak punya Perasaan maluAngan-angannya tinggi melangit, dan Perbuatan zalim berterusan.” (HR Ad Dailami) 

1. Suka  Mengaibkan Orang Lain.

Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan  keburukan orang lain, merancang perkara yang tidak wujud dengan tujuan memalukan, dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibkan, melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri, kemudian mengkambing hitamkan orang lain. 

Jari telunjuknya selalu ke depan, tidak pernah menunjuk kebalakang kepada dirinya   untuk muhasabah  dan mengintrospeksi dirinya. 

Islam melarang mengaibkan dan membuka aib orang lain, Islam menyuruh umatnya selalu muhasabah diri, menghias diri dengan akhlak yang mulia, rendah hati tidak sombong, pemurah, penyayang dan suka membantu terhadap orang yang memerlukan.

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam bersabda: Seutama-utama orang mukmin dalam hal ke Islamannya ialah seluruh orang Islam merasa selamat, ya'ni sejahtera dari kejahatan lisan (lidah) dan tangan orang mukmin itu, sedang seutama orang mukmin dalam hal keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya (budi pekertinya) adapun seutama-utama orang berhijrah itu, ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t kepadanya,  sedangkan seutama-utama jihad ialah orang yang berjuang melawan nafsunya sendiri untuk memperoleh keredaan Allah Subhanahuwatalla.” (HR. Ath-Thobarani dari Ibnu Umar).

Seorang mukmin selalu menjaga lidah dan tangannya dari melakukan perkara mungkar (jahat), jadikan diri mukmin sesuai dengan namannya, berakhlak dengan akhlak mulia, tidak  menciptakan perbuatan maksiat, tinggalkan perbuatan  yang dikutuk oleh Allah Subhanahuwatalla

Semulia-mulia orang mukmin itu dia  melawan nafsu jahat dalamannya (nafsu yang kotor), nafsu yang sangat licik, pembohong, tukang fitnah, bagi mereka yang didodoi oleh nafsu jahat ini, bahawa melakukan kejahatan itu suatu kebangaan baginya.

Seseorang mukmin, ia tidak berkata apa-apa sebelum  melihat dengan ke dua matanya, tidak berkata apa-apa sebelum ia mendengar dari orang yang baik-baik dan yang diyakininya, dia selalu menghidu baik buruknya sebelum melakukannya. Panca inderanya adalah untuk kemanfaatan semata-mata, seorang mukmin dilahir sebaik-baik ummah untuk manfaat orang lainnya.

Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud: Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang diberi  rahmat oleh Allah Subhanahuwatalla.” (Q. Surah Yusuf: 53)

Kejahatan yang bersarang dalam diri manusia itu, sebenarnya  mengketepikan petunjuk Allah Subhanahuwatalla tidak mahu peduli, tidak mahu memahami dan mahu menghayati, akhirnya terperangkap unsur-unsur negatif atau kejahatan, terkeluar dari hidayah Allah dan mengakhiri hidup ini dengan kejahatan. 

Sifat Allah itu Maha Penyayang. Segala kejahatan manusia selalu ditutup,  tidak mudah terdedah dan Allah selalu mengajurkan supaya manusia bertaubat. 

Taubat maksudnya kembali, kembali kepada kenyataan iaitu asal  kejadian manusia yang suci dan bersih. Jangan biarkan bisikan nafsu jahat diperkukuh oleh unsur luaran iaitu syaitan. 

Syaitan akan merubah wajah manusia, menjadi pahlawan kemungkaran dan jangan berbangga menjadi pahlawan kemungkaran, kerana watak ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang suci itu,  jangan mengaibkan orang lain atau membuka aib orang lain. 

Seorang muslim harus lebih banyak memeriksa dan meninjau dirinya setiap masa, koreksi diri sebelum  melakukan koreksi terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengaibkannya.

2. Keras Hati Atau Busuk Hati
Keras hati, apabila sifat ini sukar dicernakan, sukar dinasihati ia akan membusuk dan membarah di dalam, ia akan menjadi manusia busuk hati, kemudian merebak menjadi penghasut, hasad dengki, pendendam, riya', suka memfitnah dan menjadi pengkhianat.

Hasad itu datangnya dari hati yang sukar dinasihati dan dicernakan, ia timbul dari sifat marah yang keterlaluan dan tertehan-tehan sehingga membengkak dan meletus bila-bila masa sahaja. 

Di antara ciri-cirinya, suka beriri hati apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kenikmatan dari Allah, dia benci kepada kenikmatan  dimiliki orang lain. Sentiasa mengaharapkan setiap masa supaya apa yang dinikmati itu akan  hilang secepat mungkin dari orang yang menerima nikmat tersebut. Tidak senang melihat orang lain hidup bahagia dan selesa.

Allah memberikan peringatannya, firmannya yang bermaksud: Jika kamu memperolehi kebaikan menyedihkan bagi mereka, dan jika kamu ditimpa keburukan (bencana) mereka gembira kerananya.” (Q. Surah Ali Imran: 120)

Sifat buruk ini bukan sahaja merosak dirinya sendiri tetapi akan merebak dan menjadi penyakit masyarakat, kemudian menjadi ikutan kepada orang lain, ia akan menerima pembalasan dari yang menjadi mangsa hasad itu pula, ia tidak akan berhenti sehingga akhirnya mendatangkan huru hara dalam masyarakat. 

Oleh itu hindari dari sifat tersebut, hindari dari orang hasad apabila tidak lagi dapat dinasihati. 

Firman Allah Yang bermaksud: Dan dari kejahatan orang yang hasad (dengki) apabila dia hasad (dengki).” (Q. Surah Al Alaq: 5) 

Ayat tersebut di atas didahului dengan ayat (Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh)  dari kejahatan orang yang hasad (dengki) dalam arti kata lain berlindung dengan Allah dari kejahatan tersebut dari berjagkit kepada diri kita, berlindung dengan Allah dari perbuatan mereka  yang hasad kepada kita, melindungi diri kita dari tercebur dalam golongan tersebut.

3. Cinta Dunia Keterlaluan.

Cinta dunia bermaksud, cinta yang berlebihan, keterlaluan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap rakus. 

Seolah-olah dunia ini segala-galanya, mejadikan dunia ini sebagai istana impian lagaknya, melistarikan lingkungan hidupnya seolah kita tinggal buat selama-lama di dunia ini lupa akan tujuan Allah menjadikan manusia ini sebagai hambanya yang mengabdi kepadaNya, dalam artikata lain akhirat yang berada dihadapannya di kesampingkan. 

Selain dari itu jangan sampai membiarkan kuasa harta menguasai diri kita, kuasa harta melebihi dari kecerdasan minda kita, kuasa harta menyebabkan kita menzalimi orang yang perlukan bantuan kita, menyebabkan kita angkuh dan bangga diri,  menyebabkan takut kepada kematian yang sentiasa ada didepan kita.

Harta itu hanyalah alat untuk menambah baik kehidupan di dunia ini, ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita tinggalkan dunia ini. Harta boleh datang dan boleh hilang, bila-bila masa sahaja, disebabkan oleh bencana alam, dirompak, dicuri, digunakan nuntuk berpoya-poya, sakit  yang memerlu rawatan yang mahal dan sebagainya. 

Harta yang kita gunakan itu untuk memenuhi keperluan asas kita, jika melebihi dari keperluan asas, digunakan untuk keselesaan kita, jika melebihi dari keselesan, maka digunakan untuk kemakmuran dan kemewahan. Namun itu semuanya  hanya berlegar-legar di dunia ini semata-mata.

Oleh itu sebagai seorang muslim, jika inginkan keuntungan, hendaklah mengimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat, sebagaimana digariskan oleh Allah Subhanahuwatalla dalam Al Qur'an, firman Allah yang bermaksud: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi.” (Q. Surah al Qashash: 77)

Secara keseluruhanya, seorang muslim haruslah mempunyai sikap seimbang antara kehidupan dunia dengan persiapan untuk kehidupan di akhirat. 

Dimaksudkan dengan keseimbangan itu tidak semestinya 50-50, tetapi titik tolaknya ayat di atas mendahulukan akhirat. Jadi artinya perlu diberikan keutamaan, keselesaan dan kemakmuran yang kita terima itu perlu ada bahagiannya di akhirat, sebab harta yang kita miliki itu yang kononnya menjadi hak kita, sebenarnya bukannya 100 % bahagian kita. Contohnya untuk anak, isteri, keluarga, adik beradik dan lain-lain hamba-hamba Allah. 

Apabila harta itu juga disumbangkan ke jalan Allah, kalau tidak harta di dunia ini akan menjadi tabungan perut semata-mata atau seperti membakar rokok tidak ada hasil yang kita dapat kecuali habok-haboknya. Maka itulah contohnya terhadap harta yang tidak disumbangkan ke jalan Allah tidak dapat melihatnya di akhirat.

Allah Subhanahuwatalla menerangkan dalam Al Qur'an, firmannya yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Q. Surah al Ankabuut: 64) 

Allah Subhanahuwatalla menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai suatu senda gurau, sambil berjalan-jalan untuk melihat kelestariannya, mencipta berbagai pesta keramaian, suwa heboh dan sebagainya tapi harus ingat, bahawa kita tidak selama-lamanya berada ditempat tersebut. 

Ingat juga, bahawa  di belakang keseronokan dan keindahan itu ada kemusnahan. Ia tidak kekal dan bila-bila masa sahaja akan musnah seperti apa yang berlaku kepada negara yang dilanda, gempa bumi, tsunami, ribut topan, gunung berapi dan sebagainya, yang hanya separa kemusnahan, belum lagi kemusnahan total.

4. Tidak Punya Perasaan Malu.

Malu atau dalam bahasa Arab dipanggil Al Haya'. Dalam kontek Islam malu itu, selalu dikaitkan dengan marwah atau kehormatan. 

Malu melaku perkara  yang dilarang oleh Allah, malu  tidak menunaikan hak dan tanggungjawab. Ya'ni segala perkara yang berkaitan dengan hak, kewajiban dan tanggungjawab, jika tidak dapat menunaikannya harus  ada rasa malu. Malu juga dikaitkan dengan iman. 

Nabi Muhammad Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda maksudnya: Malu  itu mempunyai lebih 60 rangka (cabang) malu adalah salah satu dari cabang Iman.” (HR. Al Bukhari)

Dalam Hadis  yang lain Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam bersabda maksudnya: Malu dan keimanan itu  dalam rangkaian yang satu, maka apabila salah satunya terpisah, maka yang satu lagi itu juga ikut terpisah.” (HR.Abu Na'im dari Ibn Umar) 

Seseorang yang telah mencapai usia dewasa, sihat mental dan fizikalnya, pada umumnya mempunyai sifat malu, sifat malunya itu berbeza antara satu sama lain. 

Kadang-kadang ada di antaranya perasaan malu amat sedikit, melakukan hal-hal yang bercanggah dengan norma dan tata susila dalam masyarakat adalah biasa baginya,  seperti berkata dengan kata-kata tidak sopan, lucah dan prono, berpakaian yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, semuanya ini melambang amat sedikit rasa malu, kadang-kadang ia berpakaian  yang seksi dan seksa mata orang lain melihatnya, kemudian minta maaf pula kerana menyiksa orang yang melihatnya. 

Jadi hidup yang seperti ini berada di antara norma-norma dan etika Barat dan Timur, dikatakan Barat bukan dan Timur pun bukan, jadi mangsa kepada serangan budaya sekular Barat yang dipanggil kebarat-baratan. Orang Barat memang jelas, melihat cara berpakaian orang Timur terutama wanita Islam, merimaskan mereka. Tetapi kita melihat mereka semacam tidak berpakaian itu juga merimaskan.

Maka bagi orang Barat perbuatan tidak beretika itu, mereka menganggap sebagai suatu intermezo satu selingan atau pertunjukan yang tidak mengenal batas, yang  mengajarnya dari sistem yang  bebas lepas tidak terikat kepada mana-mana etika yang ada. Sistem sekular yang seperti ini sampai ke tahap sekular yang ekterim sukar dirubah... amat bahaya.

Sifat malu  itulah merupakan demarkasi (pemisah) antara orang yang baik dengan orang jahat. 

Dalam satu hadis Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam bersabda yang maksudnya: Seorang lelaki yang mempunyai sifat malu  adalah petanda dari lelaki yang soleh. Lelaki yang tidak bersifat malu adalah petanda dari orang yang jahat.” (HR. Ath Thabarani dari Eisyah r.a)

Oleh itu yang dikatakan malu itu, perlanggaran etika yang serius yang membabitkan maruahnya yang ketara. Ini berarti malu  bertempat, sedangkan malu yang tidak pada tempat itu, seperti malu mengatakan sesuatu yang benar, malu  mengatakan sesuatu yang baik, malu untuk memperakui akan kebenaran apa-apa yang dilihatnya. 

Jadi sesuatu yang benar dan baik itu, tidak termasuk apa yang dimaksudkan dari sifat negatif itu dan ia memang tidak tergolong dari sifat tersebut.

5. Angan-Angannya Tinggi Melangit.

Angan-angan itu suatu bayangan, dalam bentuk khayalan tanpa perhitungan, tanpa perancangan. Bukan realiti. Tidak seperti cita-cita yang berdasarkan  perhitungan dan perancangan yang dianalisa oleh akal yang mengandungi kemungkinan.

Angan-angan biasanya mengundang kehancuran, kerana mengheret seseorang melakukan sesuatu tanpa perancangan yang akhirnya membawa kegagalan. Angan-angan juga apabila menjelema kepada manusia ia akan mencetak manusia pasif, statik, idea yang berbungkah-bungkah yang tidak dapat dicernakan, kerana matlamat dan tujuannya tidak jelas. 

Seperti angan-angan dalam cerita penglipur lara Mat Jenin menjadi pemanjat kelapa, ia berangan-angan untuk menjual kelapa yang dipanjatnya dan uang hasil jualan kelapanya akan membeli sebuah kapal, kononya ia belayar dengan kapalnya dan singgah disebuah negeri, kemudian ia berkahwin dengan puteri raja negeri tersebut, sambil bergurau dengan puteri konon isterinya, tidak sedar ia berada di atas pohon kelapa dan terjatuh  lalu mati. Kelihatanya cerita ini dongen semata-mata, tapi sambil merenung boleh jadi iktibar.  

Tersangat malang jika anggan-angan ini hinggap kepada seseorang pemimpin yang berjiwa besar. Hal ini akan mengheret masyarakat dan negara ke lembah kehancuran. Lihat saja ke negara jiran tetangga, era 60an  zaman Sukarno  dengan gagasan NEFSO The New Emerging  Forces yang menyebabkan dia tersingkir dari istana Presiden.

Peribahasa mengatakan: Hendaklah angan-angan sepanjang badan.” Maksudnya: “Berpada-pada dan harus berdasarkan kenyataan, kemungkinan dan perhitungan  perlu konkrit dan boleh diterima serata masuk akal.” 

Selain dari itu mungkin disebabkan oleh tekanan hidup dan terdedah  kepada penipu dan berangan-angan untuk menjadi jutawan segera sangup bergadai harta untuk melabur dan dijanjikan pulangan hebat. Akhirnya semua musnah dan hidupnya lebih teruk dari sebelum ini dan hampir hilang pertimbangan dalam hidupnya. 

Oleh itu singkirkan sifat negatif tersebut dalam diri kita hidup yang tidak berdasarkan realiti dan fakta, kerana ia akan mengheret kita ke kancah derita yang akan menyebabkan derita di dunia terseksa di akhirat, dunia dikejar tak dapat dan akhirat juga melepas. 

Tinggalkan sesuatu yang tidak mungkin kita capai, kerana hidup yang namanya dunia ini adalah material, realiti dan fakta sesuaikan diri kita dengan kehidupan ini dan ikut petunjuk yang  diberikan oleh Allah Subhanahuwatalla. 

6. Perbuatan Zalim Yang Berterusan.

Perbuatan zalim itu, iaitu memijak-memijak keadilan, memijak-mijak kebenaran, peanyayaan, penindasan. Kezaliman yang paling besar sekali mensyirikkan Allah. 

Al Maududi merumuskan, bahawa kezaliman itu suatu perkosaan terhadap hak dan kewajiban (A violation of a right or duty) Rumpun dari semua kezaliman itu, zalim terhadap Allah, iaitu tidak mahu tunduk terhadap peratura Nya, sangat suka kepada hal-hal dilarang dan syirik kepada Nya.

Allah Subhanahuwatalla menjelaskan  Syirik kepada Allah itu maksud Al Qur'an: Sesungguhnya memperskutukan Allah itu benar-benar kezaliman  yang besar.” (Q. Surah Lukman: 13)

Zalim terhadap manusia melakukan hal yang merugikan orang lain, merampas, memperkosa, melakukan sewenang-wenang kuasa yang ada kepadanya, khususnya oleh pemimpin, hingga mendatangkan kerugian besar kepada agama, bangsa dan rakyatnya. Kemudian kezaliman ke atas dirinya sendiri, seperti berpoya-poya, bermabuk-mabukan, perlumbaan haram, menjatuhkan dirinya dalam perangkap dadah, pelacuran dan sebagainya. 

Selain dari itu tidak memelihara kesihatan, makanan yang bermutu menurut kemampuan, membelenggu dirinya ke arah kebinasaan dan lain sebagainya, ini berarti segala perkara yang boleh merosakkan dirinya.

Kezaliman sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain, sesuatu negara kepada negara  yang lain, sehingga menyebabkan punah ranah  dan hancur lebur negara tersebut. Sejarah kejatuhan sesuatu negara dan sesuatu bangsa membuktikan hal tersebut.

Sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahuwatalla dalam firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu ketika mereka  berbuat   zalim.” (Q. SurahYunus: 13)

Kesimpulan. 

Kezaliman itu sebagai kemuncak kepada kejahatan, doa orang yang dizalimi sangat mudah diterima oleh Allah dan mudah pula akan menimpa sesuatu ke atas diri penzalim. 

Banyak-banyak muhasabah diri  atau introspeksi diri, kemudian perbaiki diri, didiklah diri sebagaimana Allah mendidik manusia dengan cara mendirikan ibadah yang wajib untuk mencegah perbuatan jahat dan keji. 

Jadikan diri ini rendah hati, terpuji, dan di ridha Ilahi. Kejahatan-kejahatan di atas, jika terus menerus bersarang  dalam diri kita, ia akan memusnahkan kebaikan yang ada pada diri kita, maka perlu diingat, bahawa hidup ini tidak indah lagi apabila keburukan itu kekal mengambil tempat dalam diri ini. 

Wallahu A'lam.
Dicatat oleh Ibnu Ya'quby di Jumaat, April 22, 2011
-ISLAM ITU INDAH-: ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA.
http://abdhalim45.blogspot.com/2011/04/enam-perkara-negatif-yang-boleh.html
“.” 
Monday, September 10, 2018
Timbalan Menteri pecat pegawai ‘kantoi’ rakam bawah skirt wanita 
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman bertindak memecat pegawainya yang didapati merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai didakwa bertugas untuk timbalan menteri 'kantoi' rakam bawah skirt wanita

Mohd Aziz turut mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang melakukan tindakan terkutuk tersebut.

“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata dijalankan.

“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

“Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut  menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku timbalan menteri dalam negeri dan pejabat timbalan menteri,” katanya menerusi kenyataan media di halaman Facebooknya, Ahad malam.
Mohd Azis Jamman.
Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau memohon maaf di atas tindakan pegawai tersebut tetapi menegaskan perbuatan keji itu tidak mencerminkan pegawai-pegawai lain di pejabatnya.

“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat timbalan menteri yang sedang bertugas dengan saya,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah klip video berdurasi hampir dua minit menunjukkan seorang pegawai kepada pegawai kerajaan membuat rakaman di bawah skirt seorang wanita.

Ketika kejadian, mangsa sibuk melakukan pemeriksaan mata terhadap pegawai kerajaan berkenaan.
Menurut video yang tular di media sosial, lelaki yang membuat rakaman itu didakwa merupakan pegawai kepada seorang timbalan menteri.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Dilaporkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mengenai perkara tersebut.

Posted by Abu Luqman at 7:59 AM
Perghhh !!!“Perbuatan terkutuk, keji!”
http://kachipemas.blogspot.com/2018/09/perghhh-perbuatan-terkutuk-keji.html

MONDAY, SEPTEMBER 10, 2018
Du'a for parents
Posted by Editor at 10:13
Ahmad Sanusi Husain.Com: Du'a for parents
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/dua-for-parents.html#axzz5Qg798Mpw

Persepsi psikologi pengundi ‘segalanya ok’, faktor keluar mengundi merosot, kata Ide 
MALAYSIA DATELINE 
Persepsi saikologi pengundi ‘segalanya ok’, faktor keluar mengundi merosot, kata Ide
Dalam kajian Institut Darul Ehsan (Ide) mendapati peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong dan Seri Setia merosot disebabkan lima faktor utama yang mempengaruhi kecenderungan terhadap 115,714 pemilih berdaftar untuk keluar mengundi pada 8 Ogos lalu. 

Ini menunjukkan keputusan peratusan keluar mengundi bagi kedua-duanya di bawah paras 50%.

PRK Seri Setia mencatatkan peratusan turun mengundi 44% manakala bagi DUN Balakong adalah 43%. Tiga PRK yang telah berlangsung pasca PRU 14 termasuk PRK Sg Kandis memperlihatkan peratusan turun mengundi adalah di bawah 50%.

Ide dalam analisisnya menyatakan lima faktor tersebut antarnya kesan persempadanan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Dun Seri Setia.

“Pengundi melalui 3 pilihan raya sejak 14 tahun lalu tanpa persempadanan baru. Pengundi turun mengundi pada 9 Mei 2018 yang lalu, mengundi bukan kerana dia tahu parlimen atau DUN berkaitan, tetapi turun mengundi atas semangat pilihan raya dan proses demokrasi,” ujarnya.

Oleh itu Ide mencadangkan agar inovasi baru wajar diterokai seperti negara-negara lain umpama Indonesia, UK dan US yang mempunyai kaedah mengundang pengundi datang dengan surat, kad atau pesanan telefon untuk turun mengundi.

Keduanya pengundi ‘dihantui’ persepsi negatif terhadap proses pilihan raya Mei 2018.

Komen masyarakat awam khususnya yang berumur mempunyai impak psikologi apabila masih ‘trauma’ dengan situasi yang berlaku dalam PRU 14 yang lalu. Suasana keluar mengundi PRU 14 di kebanyakan tempat cukup luar biasa hinggakan pengundi terpaksa beratur panjang, suasana panas, dan saluran yang mungkin tidak sesuai khususnya di waktu puncak. Respon yang diterima IDE, masyarakat merasa letih dan takut untuk beratur panjang. Pengalaman negatif yang mereka lalui semasa PRU 14 yang lalu masih menghantui pengundi.

Ketiga berkaitan persepsi saikologi pengundi yang merasakan “segalanya ok” (complacent feel good factor)

Pengundi yang turun mengundi kebanyakannya pengundi berumur 40 tahun ke 60 tahun terdiri di kalangan ahli parti dan penyokong tegar parti.

“Rata-rata pengundi atas pagar yang ditemui merasakan mereka tiada objektif besar terhadap PRK kali ini dan menjangkakan Pakatan Harapan akan menang. Pengundi dalam kategori ini merasakan mereka tiada motivasi khusus untuk keluar pengundi kerana Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor dan seterusnya Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) telah berubah daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan.

“Perubahan yang berlaku selepas 60 tahun ini, menjadikan motivasi masyarakat seolah-olah mereka tiada motivasi khusus untuk menukar kerajaan. Persepsi ini memberi tanda aras bahawa masyarakat masih memberi ruang kepada Pakatan Harapan untuk terus memperjuangkan isu-isu rakyat.” ujar Ide.

Manakala faktor keempat tarikh PRK yang tidak sesuai dengan mood cuti panjang.

Pelbagai lapisan masyarakat di DUN Seri Setia dan DUN Balakong khususnya, telah merancang cuti luar kawasan sejak awal memanfaatkan cuti panjang dalam tempoh 3 minggu ini hingga ke cuti sambutan Hari Malaysia 16 September 2018 pada minggu hadapan.

“Wajar SPR untuk menilai dan mempertimbangkan suasana sesuai untuk mengadakan pilihan raya dengan mendapat maklum balas daripada parti-parti utama yang bakal bertanding. Faktor keempat ini menyebabkan PRK Balakong dan Seri Setia peratusan mengundi berbeza 5% ke 6% jauh lebih rendah dari PRK Sungai Kandis. Tempoh berkempen 21 hari juga memenatkan jentera pilihan raya yang sukar untuk secara konsisten bermotivasi tinggi berkempen dalam tempoh tersebut.”

Dan faktor kelima punca kemerosotan keluar mengundi adalah suasana pengudnian Lembah Kelang yang terdiri di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar.

PRK Sungai Kandis, PRK Seri Setia dan PRK Balakong, sebahagian besar demografi dan geografi penduduknya boleh dikategorikan sebagai pengundi-pengundi bandar dan pinggir bandar. Demografi masyarakat berdekatan dengan ibu kota merupakan masyarakat yang digolongkan sebagai “smart voters” yang tidak mudah bergantung kepada sentimen semata-mata, kata Ide.

“Mereka ini adalah pengundi yang saban hari mudah menerima pendedahan isu-isu politik dari media cetak, elektronik dan media sosial. Psikologi mereka juga mungkin telah muak untuk ‘berpolitik’ dalam suasana PRU 14 baru berlalu dalam masa 3 bulan.

“Peratusan turun mengundi di PRK lain sebagai contoh PRK Sungai Besar (74%), PRK Kuala Kangsar (71%), PRK Teluk Intan (67.4%), PRK Rompin (73%), PRK Sungai Limau (85.5%). Kesemua PRK yang dinyatakan di atas demografi dan geografi penduduk adalah berlainan dengan tiga PRK ini iaitu di luar Lembah Kelang,” ujar kajian Ide itu lagi.
at 9/10/2018 12:39:00 PTG 
KERENGGA: Persepsi saikologi pengundi ‘segalanya ok’, faktor keluar mengundi merosot, kata Ide
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/persepsi-saikologi-pengundi-segalanya.html

Monday, 10 September 2018
MENGAPA BARU SEKARANG NAJIB TAMPIL BUAT PENJELASAN?
Membaca huraian panjang lebar yang dibuat Najib Razak di laman Facebooknya semalam berhubung rampasan wang berjuta-juta di beberapa unit kondo yang dikaitkan dengannya, persoalan paling utama yang timbul ialah mengapa baru sekarang beliau tampil berbuat demikian?
Kenapa hanya setelah lebih tiga bulan rampasan itu dilakukan oleh pihak polis barulah Najib ada penjelasan mengenainya?

Mengapa tidak ketika beberapa hari setelah rampasan itu dilakuka dahulu?

Apakah Najib memerlukan masa lebih tiga bulan untuk mendapat ilham menulis penjelasannya itu?

Selain itu, orangramai memang tidak mempertikaikan hak beliau sebagai Presiden UMNO ketika itu untuk mengumpul dana bagi kegiatan parti atau untuk menghadapi pilihanraya dan memang tidak aneh pun ada wang berjuta-juta disimpan di Pejabat Perdana Menteri.

Tetapi,  persoalan lain yang membingungkan dan sedikit aneh ialah mengapakah, jika benar, semua wang tersebut ialah lebihan daripada belanja pilihanraya yang tidak digunakan, ia perlu dihantar ke kondo yang terletak di tengah-tengah ibukota?

Mengapa ratusan juta yang kononnya daripada simpanan bilik kebal di Pejabat Perdana Menteri tidak dihantar ke kediaman peribadi Najib yang diketahui umum yang terletak di Taman Duta?

Apa tujuannya dipindahkan ke tempat lain, kalau pun benar kononnya wang itu adalah milik UMNO dan untuk menunggu selesainya proses peralihan kepimpinan parti?

Bukankah rumah peribadi Najib di Taman Duta itu lebih besar dan lebih mudah untuk mengangkut beg-beg pakaian bersaiz besar yang mengandungi wang tunai tersebut berbanding memindahkannya ke kondo di atas awan di tengah-tengah kesesakan ibukota?

Bagaimana pula dengan ribuan barangan kemas dan ratusan beg tangan mewah yang turut terdapat di kondo tersebut?

Mengapa ia diletakkan di situ dan tidak di kediaman di Jalan Duta?

Ohhh....sebelum itu iaitu beberapa hari selepas hilang kuasa, bukankah Najib dan keluarga didapati cuba meninggalkan negara kononnya untuk bercuti ke Indonesia dengan sebuah jet sewa khas yang disediakan kenalannya?

Apakah ada kaitan cubaan pergi ke Indonesia dengan penemuan 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas di kondo tersebut berbanding sepatutnya semua beg-beg itu disimpan  di rumah yang biasa dikunjungi ramai dan diketahui umum di Jalan Duta?

Huhh...mujur Tun Mahathir Mohamad yang jadi Perdana Menteri dan beliau ternyata dengan cekap menghalang Najib daripada meninggalkan negara.

Cuba kita bayangkan dan renung sejenak, apa akan jadi sekarang ini jika ketika itu Najib, Rosmah Mansor dan keluarganya dapat berlepas ke Indonesia dengan jet sewa khas tersebut?

Apakah mungkin masih ditemui 72 beg tersebut?

(ShahbudinHusin 10/09/2018)
Shahbudin dot com: MENGAPA BARU SEKARANG NAJIB TAMPIL BUAT PENJELASAN?
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/mengapa-baru-sekarang-najib-tampil-buat.html

MONDAY, SEPTEMBER 10, 2018
Power of mind
Posted by Editor at 11:41
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/power-of-mind.html

Anwar gadai rumah untuk dana PRU14 - Rafizi
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli melakukan 'serangan' sekali lagi ke atas penyandang jawatan itu Datuk Seri Azmin Ali menjadikan saingan untuk jawatan pelapis parti berkenaan semakin panas.

Kali ini Rafizi mendakwa Azmin - dan penyokongnya - gagal membantu parti menyediakan dana mencukupi ketika PKR membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Berucap di majlis #Reformasi20Tahun di Kuantan, Pahang semalam Rafizi mendakwa keadaan itu mendorong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencagarkan rumah mereka yang terletak di Bukit Segambut.

"Kita ada menteri besar, kita ada exco, kita nampak gah.

"Bukan kita suruh ambik duit Selangor, tapi kita minta dia buat tugas dia untuk cari dana dengan cara yang ikhlas, macam kami cari dana untuk parti," katanya tanpa menyebut nama sesiapa.

Tidak seperti kem Azmin, Rafizi menjelaskan pihaknya gigih mengumpul dana sebanyak mungkin dengan pelbagai cara termasuk melalui jualan baju T.

Keadaan itu katanya terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mempunyai kedudukan atau kuasa, apatah lagi menjadi menteri besar.

Belum bayar balik

"Tetapi kamu menteri besar, kamu exco. Kamu ada jawatan besar.

"Kamu boleh sebenarnya menjalankan tanggungjawab mencari dana dengan cara yang ikhlas untuk membantu parti menghadapi pilihan raya," katanya.

Namun kata bekas anggota parlimen Pandan itu wang yang diperlukan "tidak pernah" disalurkan kepada parti.

"Duit itu tak pernah datang saudara saudari. Seminggu, dua minggu sebelum pilihan raya.

"Saya bagitahu Datuk Seri Anwar, tak payah bimbang. Mana yang kami boleh bayar, akan bayar.

"(Duit) deposit (untuk calon), kempen semua, kami tolong, tapi yang tempat lain, parti kena bayarlah.

"Parti tak ada duit. Saudara tahu Anwar Ibrahim buat apa? Anwar dan Kak Wan (Dr Wan Azizah) gadaikan rumah di Bukit Segambut, buat pinjaman bank RM4 juta. Tak bayar (balik) lagi sampai sekarang," katanya.

Rafizi membariskan sejumlah pemimpin kanan dalam kemnya untuk menghadapi pemilihan parti yang sedang berlangsung sekarang.

Bersama kumpulan Rafizi termasuklah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Fuziah Salleh (Kuantan) Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baru), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar) dan William Leong (Selayang).

Rafizi juga menjelaskan mengapa mereka mengambil sikap lantang, beremosi dan membuat pelbagai pendedahansemasa berkempen.

"Sebab kami pendam (perasaan) banyak... lama kami pendam," katanya.

Menurut Rafizi selepas Anwar mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan dana mencukupi bagi menghadapi PRU ke-14, dia berasa malu sekali gus sedih melihat bekas timbalan perdana menter berkenaan.

"Sekarang dah menang, timbul soal tawar jawatan, tawar kontrak, lantikan.

"Kalau anda berada di tempat kami, saudara saudarai (pun) akan marah," katanya.

Bagaimanapun untuk rekod, pada banyak keadaan Azmin mengambil sikap tidak membuat kenyataan balas - terutama secara langsung - terhadap dakwaan dibuat Rafizi.

-malaysiakini
at 9/10/2018 02:08:00 PTG
KERENGGA: Anwar gadai rumah untuk dana PRU14 - Rafizi
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/anwar-gadai-rumah-untuk-dana-pru14.html

MONDAY, SEPTEMBER 10, 2018
Don't lose hope. When the sun goes down, the stars come out
Posted by Editor at 12:44
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/dont-lose-hope-when-sun-goes-down-stars.html































27 comments:

(ShahbudinHusin 10/09/2018)
Shahbudin dot com: MENGAPA BARU SEKARANG NAJIB TAMPIL BUAT PENJELASAN?
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/mengapa-baru-sekarang-najib-tampil-buat.html
  1. Anwar wajib jawab tuduhan Rafizi terhadap Azmin



    Semalam calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan satu serangan maut ke atas penyandang jawatan itu Datuk Seri Azmin Ali sambil mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini cuba melakonkan sifat neutral dalam perebutan jawatan PKR kali ini.

    “Saya boleh sebut di sini dia pergi ke Turki untuk berjumpa dengan Anwar sendiri. Anwar baru habis pembedahan, dia boleh pergi berjumpa dan berkata, kamu (Anwar) tak payah jadi presiden parti biar saya jadi presiden parti.

    “Sekarang biar saya yang tanya Azmin, kamu pergi jumpa Anwar sendiri minta jadi presiden, jadi salahkah kawan-kawan lain tanya kenapa kamu tidak boleh sokong Anwar dari awal lagi sebagai presiden,” begitulah pendedahan Rafizi dalam serangan terbarunya terhadap Azmin.

    Setiausaha politik Azmin, Hilman Idham terus tampil menafikan dakwaan itu sambil berkata Anwar tidak mungkin akan membenarkan Azmin berjumpanya ketika beliau menerima rawatan di Turki sekiranya benar itu permintaan Azmin.

    Jika dilihat daripada kronologi peristiwa yang berlaku, Anwar mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden PKR pada 14 Julai yang lalu di Twitter.

    “Justeru setelah berbincang dengan Azizah, timbalan presiden dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan KEADILAN, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN,” tulis beliau dari Turki.

    Pada keesokan harinya 15hb Julai, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan bahawa Azmin telah pergi ke Turki kononnya untuk memuktamadkan nama calon Pakatan Harapan bagi PRK DUN Sungai Kandis. Ini selari dengan tulisan Anwar di atas.

    Pada hari yang sama, Azmin juga memuatkan status Twitter berbunyi, “Tiba dari Istanbul bersama YAB @drwanazizah dan @n_izzah sebentar tadi. Dua hari bersama @anwaribrahim dan syukur beliau bertambah sihat dan bincang panjang tentang negara dan umat.”

    Sekiranya tuduhan Rafizi benar, apakah perbincangan dengan Azmin itu yang menyebabkan Anwar bertekad untuk bertanding jawatan presiden PKR?

    Persoalannya bagaimanakah Rafizi boleh tahu mengenai perkara yang sebegitu sulit perbualan antara 2 orang manusia, melainkan salah seorang mereka memberitahunya atau beliau mengetahui daripada pihak ketiga?

    Jika Anwar tetap berdiam diri atau mengelak untuk menjawab atau melontarkan bola ini kembali kepada Rafizi, maka bolehlah kita menganggap apa yang disebut Rafizi itu benar dan merupakan pemangkin kepada keputusan Anwar untuk bertanding jawatan Presiden PKR?

    Ini akan menyebabkan tercetusnya perang terbuka dalam PKR kerana Azmin akan terasa beliau dikhianati apabila perbualan sulit itu bocor ke tangan Rafizi dengan sengaja.

    Sekiranya Anwar menafikan tuduhan Rafizi, maka ia akan meletakkan Rafizi dalam keadaan kekok dan bahaya dalam pertarungan jawatan timbalan presiden PKR kali ini.

    Apapun kekeliruan yang ditimbulkan Rafizi ini wajib dijawab oleh Anwar dan jawapan itu akan menentukan siapakah yang bakal menjadi timbalan presiden PKR pada bulan November ini.

    TIMMY SAY. 



    1. Bekas ketua hakim: AGC guna 'jalan selamat' kes Guan Eng?


      Bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) melepaskan tanpa membebaskan dalam kes bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

      Dalam tulisan di blognya hari ini, Hamid bertanya sama ada Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mengambil jalan selamat dengan membuat keputusan itu dan bukannya pembebasan penuh atau dilepaskan dan dibebaskan.



      "Menurut Hanafiah, dia hanya minta (Lim) dilepaskan tanpa dibebaskan.

      "Adakah dia tidak pasti dengan keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan, atau hanya mengambil jalan selamat, jalan tengah, agar dia tidaj disalahkan dan kedudukannya tidak terancam?" katanya dalam tulisan panjang yang mengkritik keputusan Peguam Negara Tommy Thomas dan jabatannya.

      Pada 3 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memberi pembebasan penuh kepada Lim dan Phang meskipun pendakwaan hanya memohon untuk pelepasan tanpa pembebasan.

      Menurut Hamid, sekiranya pendakwaan berhasrat untuk pembebasan tanpa pelepasan, ia harus membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah.

      "Jika arahan mahkamah untuk pembebasan penuh, mahkamah akan disalahkan, sementara Lim, DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan gembira, dan peguam negara tidak akan rasa selesa apabila berjumpa Lim.

      "Sekiranya pendakwaan benar-benar serius ia hanya mahukan pembebasan tanpa pelepasan, ia harus membuat rayuan terhadap keputusan hakim itu,

      "Atau adakah mereka sangat gembira kerana dapat lebih daripada yang diminta, dan boleh tuding jari pada mahkamah atas keputusan itu?" katanya.



      Dalam tulisan itu juga, Hamid mendakwa Hanafiah didesak untuk menggugurkan dakwaan terhadap Lim dan Phang meskipun Thomas tidak memberi apa-apa arahan kepadanya.

      "Dalam situasi itu, dia (Hanafiah) tahu dia perlu membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Lim dan dia perlu mencari alasan.

      "Jadi dia beri alasan bahawa dia mendapati kes pendakwaan lemah selepas penelitian dan penemuan bukti baru! Saya rasa kasihan kepadanya," katanya merujuk penjelasan Hanafiah dalam pengguguran kes itu.

      Bagaimanapun, menurut Hamid, Hanafiah seharusnya memanggil ketua pendakwaan kes itu dan SPRM bagi menangani kelemahan - seperti mencari bukti bari atau memanggil saksi tambahan.
    2. Keluar Parti Amanah setelah istikharah



      Mohd Sabri Salleh (baju petak), Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh telah keluar daripada parti AMANAH setelah mendapat petunjuk daripada solat istikharahnya

      Sebelum ini (4 April 2018 ) dia, Mohd Sabri membuat laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh rakaman suaranya tular di laman sosial berkaitan isu penyaluran wang oleh Umno kepada Pas, sepupunya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .

      Ini adalah petikan kenyataan dia.

      Bismillahirrahmanirrahim..

      Sejak akhir2 ni saya lihat kecelaruan dalam politik sejak beberapa bulan yang lalu, terutamanya dalam parti Amanah, menyebabkan saya melakukan istikharah, dan melalui petunjuk dari istikharah inilah, hari yg penuh barakah ini saya mengisytiharkan bahawa saya meletak jawatan AJK Amanah kawasan Pasir Puteh, dan keluar dari parti Amanah.

      Walaupun dengan berat hati, namun saya terpaksa lakukan juga demi mengikut petunjuk istikharah yg saya buat sejak bbrp bulan yang lalu. Saya yakin tindakan saya ini tidak akan mengurangkan, dan ada saya juga tidak menambah apa2. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 sekelian. Moga ukhuwwah kita terus kekal berpanjangan walaupun kita mungkin akan berbeza pendapat dalam bbrp perkara. Moga Allah ampuni segala dosaku dan terus beri petunjuk dari masa ke semasa.

      Siruu ala barakatillah...

      Mohd Sabri Salleh.
      Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh


      : Bertaubat itu sebaik-baik membuat kesalahan. Tapi sukar juga untuk nak kembalikan apa yang kita buat sebelum ini kerana tidak semua orang yang salah faham dengan apa yang kita buat boleh mendapat pencerahan semula..
    3. Hukum Sebatan Ke Atas Salah Laku Seks Sejenis (Homoseksual): Apa Yang Orang Awam Perlu Tahu



      Polemik hukum sebat ke atas pelaku seks sejenis sepasang lesbian di Terengganu menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Sebagai rakyat biasa, saya melihat ini sebagai satu kesempatan untuk menambah kefahaman mengenai hukum jenayah syariah. Saya dapati ramai orang awam seperti saya yang keliru tentang isu pokok yang sepatutnya diperjelaskan oleh alim ulamak kita bila menangani polemik ini. Daripada sudut yang positif, polemik ini sepatutnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk menambah ilmu pengetahuan, bukan medan bertelagah dan melempiaskan amarah penuh emosi samada untuk mempertahan ataupun menentang.

      Apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas pasangan lesbian di Terengganu, wujud 2 golongan iaitu golongan yang menyokong dan golongan yang tidak bersetuju dengan bentuk hukuman tersebut. Pada pandangan saya, titik tolak berlakunya polemik ini mungkin bermula apabila ada pihak yang menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan menganggap bahawa ada kaedah lain yang lebih baik dilaksanakan. Maka berlakulah tuduh menuduh bahawa satu pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi syariah Terengganu. Dalam kalangan alim ulamak juga terdapat perbezaan pendapat tetapi dengan kefahaman yang mendalam, perbezaan pendapat ini dapat dikawal. Apa yang menjadi masalah adalah perbalahan dalam kalangan RAKYAT BIASA seperti saya yang kurang pengetahuan tentang hukum hakam agama khususnya berkenaan dengan hukum jenayah syariah. Akibatnya berlakulah tuduh menuduh termasuklah label melabel dalam kalangan sesama Islam.

      Saya berpandangan bahawa polemik ini akan reda jika ada pihak yang berautoriti memberi penjelasan yang mudah difahami oleh orang awam tentang APAKAH HUKUMAN YANG SEPATUTNYA DIKENAKAN KE ATAS PESALAH HUBUNGAN SEKS SEJENIS MENGIKUT AJARAN ISLAM. Jadi di dalam tulisan ini, kita akan mencari jawapan ke atas persoalan ini. Untuk tujuan tersebut saya berkesempatan merujuk beberapa tulisan ahli akademik dan juga ulamak. Saya juga berbincang dengan seorang Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang yang juga Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iaitu A.Prof Dr. Ruzman Md Noor. Berikut adalah beberapa fakta mengenai Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia dan jawapan kepada persoalan utama yang saya nyatakan di atas:

      1.Negara kita mempunyai dua jenis mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

      2.Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya

      3.Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah berasingan dengan Mahkamah Sivil

      4.Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah sivil dan dianggap setaraf. Kuasa kedua-dua mahkamah ini tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

      5.Undang-undang yang lulus di Dewan Undangan Negeri dinamakan ENAKMEN, manakala undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dinamakan AKTA.

      6.Jenis hukuman ke atas pesalah yang dibicara di dalam mahkamah syariah ditentukan oleh undang-undang negeri (enakmen) masing-masing. Ianya boleh berbeza tetapi had maksima hukuman adalah sama untuk semua negeri kerana ianya tertakluk kepada Akta.

      7.Had kuasa dan hukuman maksima Mahkamah Syariah tertakluk kepada akta yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

      8.Parlimen telah meluluskan satu AKTA yang bertujuan MENGHADKAN KUASA mahkamah syariah. Akta yang menghadkan kuasa mahkamah syariah ke atas Jenayah Syariah adalah Akta 355 ( pindaan 1984). Akta 355 ini menghadkan hukuman kepada denda tidak melebihi RM5000 atau 3 tahun penjara atau hukuman rotan tidak melebihi 6 sebatan atau gabungan ketiga-tiganya. Anakmen yang ditentukan di peringkat negeri tidak boleh melampaui had ini.
    4. 9.Maka untuk meningkatkan had hukuman bagi Jenayah Syariah di peringkat negeri, perlu pindaan akta 355 di peringkat parlimen. Justeru RUU355 adalah rang undang-undang yang dicadangkan untuk meningkatkan had hukuman ke atas Jenayah Syariah.

      10.Salah satu bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah membicara dan menghukum kes-kes JENAYAH SYARIAH.

      11.Terdapat 3 kategori Jenayah Syariah iaitu :
      a.QISAS (Jenayah terhadap nyawa dan tubuh badan, bunuh dibalas bunuh, cedera di balas cedera dengan syarat-syarat yang ditentukan, hukum Qisas dinyatakan dalam Quran dan Hadith)
      b.HUDUD (Jenis kesalahan dan hukuman dinyatakan dalam Quran dan Hadith iaitu Zina,Qazaf (tuduh zina tanpa cukup saksi),Minum Arak, Mencuri,Memberontak dan Murtad)
      c.TAKZIR (Kesalahan dan dosa/maksiat yang hukumannya TIDAK dinyatakan dengan khusus di dalam Quran dan Hadith, hukuman mengikut kebijaksanaan Hakim)

      12.Jenis kesalahan dan bentuk hukuman di bawah kategori hudud adalah jelas kerana ianya dinyatakan di dalam Quran dan Hadith. Jadi Hudud hanya sebahagian kecil daripada jenayah syariah yang dibicarakan oleh mahkamah syariah. Proses perbicaraan dan perlaksanaan hukuman adalah mengikut syarat-syarat yang ketat mengikut Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak.

      13.Adakah HUBUNGAN SEJENIS (homoseksual) termasuk di dalam makna ZINA? Jika hubungan sejenis adalah kesalahan zina, maka ia termasuk di dalam kategori HUDUD dan hukum hudud untuk penzina adalah rejam (sudah berkahwin) dan sebat 100 rotan (belum berkahwin) dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

    5. 14.Terdapat PERBEZAAN PENDAPAT mengenai status kesalahan hubungan sejenis di dalam jenayah Syariah. Percanggahan ini berlaku semenjak zaman sahabat lagi, mengikut penulis buku Undang-Undang Jenayah Islam, Dr. Paizah Haji Ismail, mantan Pensyarah Akademi Islam, UM. Kebanyakan ulamak termasuk Imam besar Abu Hanifah (mazhab Hanafi) berpendapat bahawa amalan homoseksual (termasuk liwat dan lesbian/sahhak) TIDAK dikategorikan sebagai zina dan dihukum TAKZIR. Walau bagaimanapun tidak kurang juga ulamak dan mazhab yang memberi pendapat berbeza. Hukuman terhadap jenayah hubungan sejenis ini TIDAK dinyatakan dengan jelas di dalam Quran dan Hadith. Pendek kata kedua-dua pendapat mempunyai kekuatan hujah masing-masing. Tidak ada percanggahan pendapat tentang besarnya dosa kedua-dua perbuatan ini.

      15.Bentuk hukuman di bawah TAKZIR adalah mengikut KEBIJAKSANAAN hakim. Hukuman boleh merangkumi penjara, sebat, buang daerah, denda, nasihat dan lain-lain. Kebijaksanaan hakim ini merangkumi bentuk hukuman dan juga samada perlu ataupun tidak dipamerkan kepada orang ramai.

      KESIMPULAN

      Daripada penulisan di atas boleh disimpulkan bahawa hukuman sebatan sebanyak 6 kali dan denda RM3,300 yang dikenakan ke atas pesalah lesbian di Terengganu adalah di bawah kategori TAKZIR dan bukan hudud. Apabila ianya jatuh di bawah hukuman takzir, maka bentuk hukumannya boleh berbeza pendapat mengikut kebijaksanaan hakim dan pemerintah. Di bawah hukuman takzir juga, hakim boleh membuat keputusan samada hukuman itu perlu ataupun tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai. Setiap negeri dan mahkamah syariah yang ada di dalamnya berhak untuk menentukan jenis hukuman yang dikenakan mengikut enakmen dan kebijaksanaan masing-masing bagi mencapai Maqasid Syariah selagi ianya di dalam bidang kuasa yang telah ditentukan. Persoalan samada boleh ataupun tidak pihak lain mengkritik keputusan mahkamah syariah di dalam kes ini, itu saya serahkan kepada pembaca semua untuk membuat penilaian dan pertimbangan. Apa yang penting adalah raikan perbezaan pendapat selagi ruangnya diberikan oleh agama kita dan janganlah pula ada yang menuduh pihak yang berbeza ini sebagai sesat. Kita sesama Islam hendaklah cuba mencari titik pertemuan, tidak berpecah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu.

      Penulis: DDr Rushdan Noor
      Penyemak: Prof Madya Dr.Ruzman Md Noor, Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar), Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Islam , Universiti Malaya

      9 hb September 2018

      RUJUKAN

      1. https://www.bharian.com.my/…/461036/pasangan-lesbian-didend…
      2. Paizah Haji Ismail, Undang-Undang Jenayah Islam, Dewan Pustaka Islam, 1991
      3. https://www.hidayatullah.com/…/homoseksual-dan-lesbian-dala…
      4. https://islamqa.info/en/21058
      5. http://muftiwp.gov.my/…/2154-realiti-perundangan-dalam-pela…
      6. http://agama-mahkamahsyariah.blogspot.com/…/definisi-mahkam…

      Sumber: https://www.facebook.com/rushdan.noor/posts/10212048732761459?__tn__=K-R
    6. Muhyiddin Keliru dan berbelit pasal hubungan PAS dan UMNO



      Baik Umno mahu pun PAS, kedua-dua parti itu kini dipercayai semakin yakin bahawa formula yang dipersetujui bersama mutakhir ini akan membawa manfaat buat mereka.

      Keputusan yang dicatat pada pilihan raya kecil Seri Setia semalam mungkin boleh dijadikan satu lagi dalil bahawa kedua-dua parti berkenaan membuat keputusan paling tepat untuk mendepani kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Namun bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi salah seorang bekas pemimpin paling kanan - dan lama - dalam Umno suatu ketika dulu hubungan intim PAS dan Umno tidak akan ke mana-mana.

      Di mata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu Umno sudah menjadi sejarah.

      "Umno sekarang bukan saja sudah kalah teruk, tapi hampir hancur.

      "Mereka kini menjadi satu kelompok parti pembangkang yang jauh lebih kecil. Saya percaya mereka sudah hilang keyakinan," katanya pada sesi wawancara dengan Malaysiakini dan wakil Sinar Harian dikediamannya di Bukit Damansara pada 7 Sept.

      Antara kecelaruan Muhyiddin dalam temubual tersebut ialah;

      1. Muhyuddin berkata
      "Sebab itu, dalam keadaan tidak menentu mereka mungkin cuba berbicara dengan PAS (tapi) saya tak yakin Umno boleh bersama dengan PAS.

      "Ini (kerjasama Umno dan PAS) bukan cerita baru. Cerita ini sudah jadi sejak zaman berzaman.

      "Mereka nampak baik, lepas tu tak baik... lepas tu sebelum pilihan raya nak bekerjasama, lepas tu tak jadi, lepas tu macam-macam.
      Habis bagaimana BERSATU dan DAP boleh bekerjasama sedangkan serangan Mahathir kepada DAP bukan perkara baru?

      2. Muhyiddin berkata
      Menurut Muhyiddin, ada anggota Umno sendiri tidak akan setuju jika parti itu bekerjasama dengan PAS.

      Pada masa sama kata anggota parlimen Pagoh itu anggota PAS - yang selama ini diasuh bahawa Umno itu adalah musuh politik - juga tidak akan menerima kerjasama berkenaan walaupun di peringkat pimpinan ia sudah berlaku.

      "Orang PAS saya percaya (tak boleh terima) sebab selama ini mereka melihat Umno sebagai parti yang katanya tak Islam, tak ikut syariat agama, yang buat macam-macam kemungkaran.
      Jika ini alasanya bagaimana Mahathir boleh bersama Anwar Ibrahim? Bagaimana DAP boleh terima Mahathir?

      Hubungan PAS-UMNO boleh jadi atau tidak bergantyung kepada keperluan politik semasa sebagai mana Mahathir perlukan DAP dan Anwar untuk jatuhkan Najib. Politik buka bacaan buku yang sekadar kita anggap itu dan ini. 
    7. PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud = ANTI TAKZIR = KENCING HANCING SATU MALAYSIA = BARU BERAPA BULAN DAH BUAT MACAM-MACAM BENDA TAK SENONOH = islam ikut kepala hotak dia = PARTI SODOM = HIPOKRIT = MAHU ISLAM IKUT NAFSU DIA = puak SESAT = KERAjaan
    8. Kamu gerun dengan pembangkang'
      SAIFULLAH AHMAD 10 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
      Mohd Akmal Kamaruddin
      Mohd Akmal Kamaruddin
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      IPOH - PH dilihat seolah-olah gerun dengan kerjasama parti-parti pembangkang terutama antara Pas dan Umno ketika ini.

      Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, hubungan baik antara Pas dan Umno tercetus atas dasar kesatuan parti pembangkang seperti PH sebelum menjadi kerajaan.


      "Pas berjuang selama ini bukan untuk menjatuhkan Umno tetapi mahu memartabatkan Islam. Mereka sekarang terima agenda Islam. Kenapa nak bermusuh lagi? Kita akan bermusuh dengan sesiapa saja halang agenda Islam.

      “Kini kamu pula yang sesak nafas terhadap agenda Islam yang kami bawa maka kamu pula musuh kami,” katanya kepada Sinar Harian.

      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang menyifatkan kerjasama Pas dan Umno yang ditunjukkan pada PRK Seri Setia sebagai gabungan politik tidak berprinsip.

      [ARTIKEL BERKAITAN: Pas-Umno gabungan politik tidak berprinsip]

      Mohd Akmal berkata, kerjasama Pas dan Umno mungkin kelihatan pelik bagi mereka kerana Umno tidak pernah menjadi pembangkang.

      "Bagaimanapun pemimpin PH tidak sedar dakwaan mereka bahawa Umno rosak sejak 60 itu sebahagian daripadanya berlaku ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali pertama dahulu.

      Beliau berkata, Dr Mahathir mengetuai pakatan mereka pada hari ini dan disanjung tinggi.

      “Kami tahu kerjasama antara Pas dan Umno ini amat menggerunkan kamu sebab itu kamu pula yang tentang kerjasama kami. Sepatutnya kamu sambut baiklah untuk semak dan imbang untuk kerajaanPH,” katanya.
    9. Pas bukti pencapaian baharu
      HASNIZA HUSSAIN 10 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore948
      Pas bukti pencapaian baharu
      Halimey meraikan kemenangannya.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Seri Setia kelmarin, bukan sesuatu yang luar biasa kerana ramai sudah menjangkakan ia akan terus kekal menjadi milik PH ekoran ia merupakan kubu kuat parti gabungan itu sejak tiga penggal lalu.

      Kelebihan calonnya, Halimey Abu Bakar yang bukan saja anak tempatan, malah sebagai bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak dinafikan banyak membantu kemenangan pada kali ini.


      Namun di sebalik kegembiraan PH mengekalkan kemenangan di kubu kuat mereka itu, berlaku kemerosotan dari segi bilangan undi diraih pada PRK kali ini berbanding PRU14 lalu iaitu daripada 29,250 undi kepada 13,725 undi.

      Sementara itu, kekalahan calon Pas, Dr Halimah Ali pada PRK ini pula tidak dilihat sebagai perjuangan yang sia-sia, sebaliknya kekalahan parti Islam itu menunjukkan perkembangan positif apabila pelbagai pencapaian berjaya dicipta dalam keadaan serba kekurangan termasuk dari segi jentera dan dana.

      Advertisement

      Antara kejayaan lain Pas adalah dapat meningkatkan jumlah undi pada PRK kali ini sebanyak 9,689 undi berbanding 4,563 undi sahaja pada PRU14 lalu, malah turut menang menerusi undi pos, undi awal daripada polis dan tentera, peningkatan ketara undi daripada golongan muda di sebahagian saluran di Seri Setia serta peningkatan sokongan undi kira-kira 30 peratus dari kaum India serta 10 kali ganda sokongan undi dari kaum Cina.

      Dalam pada itu, kadar peratusan keluar mengundi di PRK Seri Setia turut direkodkan antara yang terburuk kerana mencatatkan kadar lebih rendah berbanding PRK Sungai Kandis sebanyak 44.1 peratus dan ia turut dikaitkan dengan faktor cuti panjang, cuaca tidak menentu, tempoh PRU14 yang baru dilaksanakan beberapa bulan lalu selain keengganan ahli Pas dan Umno untuk keluar mengundi kerana dikatakan tidak suka dengan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti.

      Secara keseluruhannya, walaupun menang, PH tampaknya belum boleh menarik nafas lega serta berpuas hati kerana pencapaian dicipta Pas menerusi kekalahan mereka seolah-olah isyarat dari rakyat buat PH untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan mereka selepas ini, malah kemerosotan peratusan keluar mengundi juga tidak boleh diabaikan dan perlu diteliti dengan lebih mendalam.

      Kalah tapi banyak peningkatan
      Berdasarkan analisa Pas, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan peningkatan besar sokongan terhadap Pas pada PRK Seri Setia dipengaruhi kerjasama antara Pas dan Umno, selain isyarat dari rakyat yang mula menolak PH.

      "PH menang tapi jumlah undi semakin mengecil dan kita yakin ia isyarat penolakan dari rakyat dan akan semakin ketara menjelang PRU15 nanti.

      "Ahli dan penyokong Pas serta Umno mempamerkan kerjasama yang baik dan memandangkan hubungan ini masih baru, jika ia terus dipupuk dan dipertingkatkan tidak mustahil dapat menerbitkan hasil yang lebih kukuh pada masa depan," katanya.

      Perlu kajian lebih mendalam
      Walaupun Pas dilihat begitu positif dengan kekalahan mereka di Seri Setia dan menganggapnya sebagai kalah dalam menang, Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga pemerhati politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpandangan analisa Pas itu perlu dilihat dengan lebih terperinci.

      Beliau berkata, analisis dibuat parti Islam itu mungkin benar atau sebaliknya dan faktor jumlah pengundi juga boleh menjadi alasan untuk menolak analisis tersebut.
    10. Harga rumah dijangka tidak turun selepas SST
      WARTAWAN SINAR HARIAN 10 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.9K
      rumah
      Gambar hiasan
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Harga rumah dijangka tidak turun atau mungkin masih kekal kadar lama walaupun perkhidmatan pembinaan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

      Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSN Group of Companies (MSN), Masnawi Ariffin berkata, ini kerana harga rumah ditentukan banyak faktor lain, bukan sahaja bahan binaan tetapi juga melibatkan nilai tanah semasa mengikut lokasi, selain kos-kos autoriti.


      Selain itu katanya, pemaju terpaksa menanggung kos melibatkan lebih 40 jenis yuran yang dibayar kepada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam proses untuk membangunkan satu projek perumahan.

      "Perkara inilah yang akan menyebabkan harga rumah tinggi. Untuk kos pembinaan, bagi saya sebenarnya ia stabil. Masa kenakan GST , pemaju boleh tuntut balik, sekarang tanpa SST harga akan kekal, tetapi pemaju tidak akan turunkan harga rumah.

      "Cuma mungkin harga rumah akan kekal. Saya sudah 19 tahun dalam industri dan banyak kali alami pelbagai situasi seperti ini," katanya.

      Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mahu melihat lebih banyak respons positif penggiat industri perumahan, susulan pengumuman perkhidmatan pembinaan dikecualikan SST.

      Pengarah yang juga Pengarah Jualan Bandacaya Group, Raja Umar Raja Ali juga senada dengan Masnawi dengan mengatakan, sekiranya harga rumah turun, ia hanya melibatkan rumah jenis apartmen.

      Menurutnya, cukai bukanlah penyebab kenaikan harga rumah, sebaliknya berpunca daripada tiadanya pemantauan dari segi penilaian bagi setiap kaki persegi tanah dan binaan.

      "Harga rumah boleh dikawal dari segi itu, di mana juru nilai atau penilai kerajaan yang menilai perlu melihat apabila pemaju memohon lesen pemaju atau mendapatkan Permit Import (AP). Mereka kena pastikan harga kaki perseginya standard," katanya.
    11. Pau pun kena SST!
      RIDAUDDIN DAUD 9 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore12K
      Pau pun kena SST!
      Twitter Najib Razak
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bukan saja memberi kesan kepada rakyat biasa malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut terkena tempiasnya.

      Beliau yang kini aktif mengulas isu semasa dalam laman sosialnya kali ini memilih untuk meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST.


      Dalam catatan di Twitternya, Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim, Perak.

      “Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!

      “Kedai Pau pun kena SST,” tulisnya dalam status tersebut.

      Malah, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar resit diterimanya dan dalam resit tersebut jelas terpampang SST berjumlah RM3.80 dikenakan kepada Najib.
    12. Kenapa terlalu mudah gugur kes Guan Eng?
      WARTAWAN SINAR HARIAN 9 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore836
      Guan Eng
      Guan Eng
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad nyata kurang senang dengan keputusan Pejabat Peguam Negara menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

      Dalam catatan panjang di laman blognya, Hamid mempersoalkan adakah Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mengambil jalan selamat dengan membuat keputusan tersebut.


      Menurutnya, adakah keputusan Mohamad Hanafiah itu juga untuk memastikan kedudukannya tidak terancam dan tidak disalahkan jika berlaku sesuatu dalam kes berkenaan.

      “Menurut Hanafiah, dia hanya minta (Guan Eng) dilepaskan tanpa dibebaskan. Adakah dia tidak pasti dengan keputusan tidak meneruskan pendakwaan.

      “Atau dia hanya mengambil jalan selamat, jalan tengah, agar dia tidak disalahkan dan kedudukannya tidak terancam?" soalnya.

      Sementara itu, Abdul Hamid turut mendakwa Hanafiah didesak menggugurkan dakwaan terhadap Guan Eng meskipun tiada arahan sedemikian daripada Peguam Negara, Tommy Thomas.

      "Jika arahan mahkamah untuk pembebasan penuh, mahkamah akan disalahkan, sementara Guan Eng, DAP dan PH akan gembira dan Peguam Negara tidak akan rasa selesa apabila berjumpa Guan Eng," katanya.
    13. Jangan politikkan hukuman sebat syariah
      NURUL HUDA HUSAIN 9 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore377
      Takiyuddin
      Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media mengenai Muktamar Pas ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak hari ini. - Foto Bernama
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA NERUS - Pelaksanaan hukuman sebat syariah yang dilaksanakan terhadap dua wanita di Terengganu baru-baru ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh pihak tertentu.

      Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman yang bertujuan untuk mendidik itu perlu dilihat dalam aspek perundangan bukannya politik.


      "Ini adalah isu perundangan. Kenapa sebatan sivil tidak digembar-gemburkan. Sebatan sivil semua orang tahu tahu macam mana tetapi tak dikatakan zalim. Tidak dikatakan melakukan satu penderaan kepada pesalah.

      "Kalau kita tengok, banyak lagi pelaksanaan hukuman lain seperti dikenakan hukuman mati kepada kes-kes tertentu, tetapi tidak dikatakan zalim atau dipersoalkan,"katanya.

      Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media khas di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, hari ini.

      [ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian didenda, disebat]

      [ARTIKEL BERKAITAN: Sebat wanita tidak cerminkan keadilan Islam: Kabinet]

      Menurut Takiyuddin lagi, semua pihak perlu melihat pelaksanaan hukuman sebatan syariah itu dari aspek yang lebih positif kerana ia bukan bertujuan untuk mencederakan tetapi lebih kepada pencegahan agar ia menjadi pengajaran kepada pihak lain.

      "Jadi, jangan jadikan hukuman ini sebagai modal politik dan sebagainya kerana pelaksanaan undang-undang ini di bawah bidang kuasa mahkamah,"katanya.
    14. Prestasi Thomas dikritik bekas Ketua Hakim Negara
      NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & RIDAUDDIN DAUD 9 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.8K
      Abdul Hamid Mohamad
      Abdul Hamid Mohamad
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Tommy Thomas berhubung pelbagai tindakannya selama tiga bulan menjawat jawatan Peguam Negara.

      Kritikan itu antara lain menyentuh keputusan Thomas dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.


      Dalam kes 1MDB itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwaan menarik diri dan melantik bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya.

      Alasan diberikan Thomas adalah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara.

      Advertisement

      "Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugas sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan.

      "Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan," katanya dalam satu artikel di blognya hari ini.

      [ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya tetap Thomas yang sama’]

      [ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara]

      [ARTIKEL BERKAITAN: Tommy Thomas undur diri ketuai kes Najib]

      Abdul Hamid berkata, apa yang dilakukan Thomas itu membuktikan bahawa beliau sebagai seorang peguam persendirian yang ternama tetapi tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan.

      Sebab itu kata Abdul Hamid, Peguam Negara seharusnya dilantik dalam kalangan perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

      "Apa-apa pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan dikenang untuk satu tempoh panjang.

      "Semoga dia tidak akan dikenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri," katanya.

      Abdul Hamid juga mengkritik keputusan Thomas melantik bekas Hakim Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.

      Selain kes 1MDB, Abdul Hamid turut menyentuh kes kapal persiar mewah Equanimity; kes kerajaan Sarawak dengan Petronas; pembatalan dakwaan terhadap ahli Parlimen dan penyokong PH serta kes pengguguran pendakwaan rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membeli sebuah rumah banglo di bawah harga pasaran semasa.

      Setakat ini katanya, Thomas lebih dikenali dengan apa yang tidak dilakukannya, bukan apa yang telah dia lakukan," katanya, sambil menambah Thomas berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran.

      "Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam-peguam ini atas pengorbanan mereka. Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan PH?" soalnya.
Badan pemikir pro-Republikan AS dedah hubungan dgn PH jatuhkan BN



PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan yang berkait rapat dengan tokoh kanan parti Republikan dan bekas pegawai tinggi perisikan Amerika Syarikat (AS) bekerjasama dengan pembangkang Malaysia sejak 2002, termasuk Pakatan Harapan yang menambilalih kuasa dalam pilihan raya umum Mei lepas, menurut satu pendedahan dalam forum melibatkan badan pemikir utama negara itu baru-baru ini.

The International Republican Institute (IRI), sebuah badan pemikir berpangkalan di Washington, yang ahli lembaga pengarahnya termasuk pemimpin parti Republikan seperti John McCain, serta bekas penasihat Keselamatan Negara dan bekas pegawai tentera AS berkata, kegiatan badan itu di Malaysia akhirnya berhasil dalam pilihan raya umum ke-14 lepas dan ia menguntungkan AS dari sudut persaingannya dengan China sekarang.

“Saya pergi dan duduk bersama-sama ramai pemimpin baru kerajaan baru di sana, dan ramai dalam kalangan mereka merupakan rakan kongsi yang bekerja dengan kita sejak 15 tahun lepas. Salah seorang yang paling kanan dalam kalangan mereka, yang kini menguasai kerajaan berkata kepada saya, ‘Hebat IRI, anda tidak meninggalkan kami walaupun pada saat kami sudah bersedia untuk menyerah kalah’,” kata presiden IRI Daniel Twinning dalam satu forum anjuran Center for Startegic & International Studies, bulan lepas.

Twinning berkata, dalam pertemuan di pejabat perdana menteri selepas pilihan raya umum itu, beliau memberitahu pemimpin kanan PH bahawa kredit itu milik mereka, “bukan kami”.

Kenyataannya itu dijangka menghangatkan lagi debat berhubung peranan AS dalam proses demokrasi negara berikutan pendedahan sepucuk surat daripada ketua risik kanan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta sokongan Washington sekiranya Barisan Nasional menang tipis dalam pilihan raya baru lalu.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas surat yang ditulis oleh bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (ME10) Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada rakan sejawatannya di Biro Penyiasatan Pusat AS (CIA), yang antara lain menyebut bahawa AS lebih beruntung sekiranya Najib memimpin Malaysia berbanding Dr Mahathir yang “anti-Yahudi” dan “anti-Barat”.

Pemimpin PH mendesak Hasanah didakwa kerana mengkhianati negara.

Pemeriksaan ringkas ke atas lamanweb IRI mendapati badan itu ditaja oleh Jabatan Negara AS dan National Endowment for Democracy (NED), sebuah pertubuhan yang bermatlamatkan “pengukuhan institusi demokrasi di seluruh dunia”, termasuk kesatuan sekerja dan kuasa pasaran bebas.

Twinning memberitahu forum tersebut bahawa Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baru Putrajaya sejak dari mula lagi.

“Tahukah anda bahawa antara langkah pertama diambil oleh kerajaan baru itu? Ia membekukan pelaburan infrastruktur China kerana ia membuka rekod dan mendapati terdapatnya banyak wang ‘pelik’ yang bergerak ke sana-sini dalam sebuah sistem korup, tidak telus dan berakauntibiliti,” katanya, yang jelas merujuk kepada kajian semula beberapa projek mega melibatkan syarikat China, termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Twinning mengakui Malaysia tidak mungkin menjadi sekutu AS, tetapi kemenangan PH akan memberi manfaat kepada Washington.


: PH dia mencuri dia yang laung minta tolong....

justice league, if you don't want to lick your wounds, LICK JIBO'S ASSOL.

Your endless copy-pasting will be countered by doing the same about Jibo's / Umno's shit and about PH greatness.

Laporan: Singapura kembalikan RM45.9 juta wang 1MDB, SRC
Diterbitkan 10 Sep 2018, 1:47 petang | Dikemaskini 10 Sep 2018, 2:06 petang

A+ A-
Mahkamah Tinggi Singapura dilaporkan telah mengarahkan agar wang yang diambil secara salah daripada akaun berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada Malaysia.

Menurut Astro Awani hari ini, mahkamah meluluskan permohonan peguam kerajaan Malaysia agar wang berjumlah RM45.9 juta (S$15.3 juta) dipulangkan.

Menurut laporan itu, wang itu akan dipindahkan ke akaun bank pemulihan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

Perkara itu dinyatakan salah satu firma guaman yang mewakili Malaysia, Tetuan Tan Rajah & Cheah, dalam satu kenyataan, menurut laporan itu.


Firma guaman yang berpangkalan di Singapura itu juga berkata usaha lain untuk mendapatkan kembali wang milik 1MDB masih dijalankan.

Julai lalu, peguam negara Tommy Thomas meluluskan pelantikan firma guaman itu untuk memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dilaporkan salah seorang daripada 53 defendan itu.

Ia selepas pihak berkuasa Malaysia dan Singapura setuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa pulang wang yang dipercayai diselewengkan daripada 1MDB di negara itu.

Semenjak kalah PRU14, sudah banyak terbongkar kerja2 rompakan, salahguna dan penipuan yang dibuat oleh Najib ni. So kenapa kita nak percaya dengan cakap2 si penipu ni lagi? Dana pilihanraya? Tak semudah itu untuk cuba menipu kerana cakap2 kosong tanpa bukti tak membawa apa2 makna. Najib boleh cakap dan menipu tetapi bukti2 dan segala fail2 merah akan tetap menjerat leher dia. Jangan ingat dia boleh tipu orang melayu lagi. Orang melayu dah bangkit dan dengan kebangkitan itulah UMNO tersungkur.

Tak logiklah orang melayu yang sudah bangkit ingin menyungkurkan diri mereka lagi agar dipijak semula oleh Najib dan UMNO. PRU14 adalah permulaan kebangkitan orang melayu yang akan mematikan UMNO dan UMNO akan ditanam sedalam2nya. Najib dan UMNO nak bangkit semula? Not on my watch and I will teach my children to do the same!

Nick.
cape Tiger.

  • Apa susah nak hadkan pada 2 penggal.

    Satu penggal 11 tahun. Dua penggal 2 tahun. Pencen kedua umur 115 tahun.

    Wow! Pada 100 hari, boleh lancar novel Kencing Sepanjang Jalan

  • KOMEN2 KPD BERITA "Singapura kembalikan RM45.9 juta wang 1MDB, SRC":


    阿愧
    Nampaknya kerajaan PH membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka lebih telus darpada kerajaan pimpinan BN.. . Tahniah kerana kerajaan PH berada dilandasan yang betul ..

    Razi Shahdan Razi Shahdan
    kerajaan bn tak sayangkan negara mereka cuma sayangkan harta negara itu sebab mereka berlumba lumba mencuri harta negara dengan rasa tak bersalah.

    Daren Chua Leong Kim
    Najib b razak. I rasa mau sumbat durian musang king ke dalam jubur u 😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆

    Asirvatham Asirvatham
    Jangan2 nanti nak berak susah.....JJ pun dah pension





  • BEGITU BANYAK DANA UNTUK PILIHANRAYA?????


    TAK SALAH KA???????



      1. Pantun Manifesto Tomato


        Buah tomato dibawa berlayar,
        Masak sebiji diatas peti,
        Tol tak hapus masih kena bayar,
        Bagaikan menunggu anak pengantin LGBT.

        Buah tomato kacang bendi,
        Jadi perencah untuk memasak kari,
        Harga barang tak turun 0% GST,
        Inikan pula 10% sst.

        Buah tomato turun harga,
        Begitu juga harga durian,
        Manifesto hanya masa pilihanraya,
        Bukan Bible bila jadi kerajaan.

        Pergi ke kedai membeli tomato,
        Naik motor ke pekan banting,
        Sebelum PRU wall penuh Manifesto,
        Lepas PRU upah admin delete posting.

        Cili, tomato dan bunga kantan,
        Buat perasa didalam masakan,
        Pendidikan percuma manifesto pakatan,
        UEC pula yang didahulukan.

        Spaghetti bologna sedap dimakan,
        Dimasak dengan tomato puri,
        Bila wartawan tanya soalan,
        “Tak Tahu”, jawapan para Menteri 😂

        Credit: Huzry Fionnawatty Hussien

        Wow! Jual orang dengan janji, Mungkir janji jual diri

      2. KOMEN2 KPD BERITA "Singapura kembalikan RM45.9 juta wang 1MDB, SRC":

        Anatta Zen
        Alhamdulillah. Ni permulaan wang2 1MDB di bawa balik. Kat US masih ada berbilion2. Kat switzerland ada RM400j. Jet JLow masih ada kat singapura.

        Pria Anggun
        Alhamdulillah...tahniah PH kerana berjaya mendapatkan kembali wang rakyat Malaysia yang dicuri... tak sabar nak tengok pencuri disumbat dalam penjara...kalau dapat hantar kat Terengganu supaya tangannya dipotong (itupun kalau betul2 nak buatlah)... kalau curi sardin pun kena penjara takkan curi bilion2 masih bebas dan enjoy sakan kot?

        Kancil Guesthouse
        Tunggu apo si-Najis akan kato..
        Ini duit simpan dia ..atau balance duit travelling keluarga dia..atau duit sedekah dari keuluarga Raja Saud....atau duit dia curian dari rakyat..

        Bayan Budiman
        Jumlah ni kelak akan diguna bayar pampasan hsr kembali ke singapore...ada le untung cikit.
    1. Satu hal nak kongsi sama
      Bila Tun ada tak terima
      Orang dalam suara bergema
      Berdepan takut, baik dijelma!

      Rakan sendiri sudah 'seleweng'
      Sekarang pandai nak buat bising
      Baik didepan belakang mereng
      Tak nak ikut, nak tukar stereng!

      Pemandu tua bukan sebarang
      Jangan cuba nak bakar arang
      Tanpa si tua tak menang sekarang
      Tolak si tua maksud nak perang!

      Ditokok tambah diasam garam
      Biar si tua orang pun geram
      Tidak sabar niat diperam
      Ini baru awal Muharram!

      Sorang rakan pulak terlajak
      Diberi betis kepala nak pijak
      Persoal Melayu memang tak bijak
      Kerbau baru terlebih bajak!

      Jika Tun beralih rasa
      Rakan kini tak kenang jasa
      Menang Tun sudah biasa
      Pakatan selamat, atau binasa..?
    “.” 

    Tiada ulasan: