Rabu, 12 September 2018

Belum pernah dalam sejarah "Members of Parliament Negeri Sembilan" jadi Perdana Menteri Malaysia. 8184.


In Syaa Allah Anwar Ibrahim menang di Parlimen Port Dickson. 
Nama yang tidak disebut-sebut (diwar-warkan di media massa) itulah Bekas Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah, mengosongkan Kerusi Parlimen untuk laluan DSAI. Terima kasih Datuk Danyal Balagopal Abdullah. Didoakan pengorbananmu diberkati Allah Subhanahuwatalla. 

Alangkah baiknya DSAI tidak dikhianati dalam perjalanan perjuangannya. Lebih manis dan tambah menarik jika DS Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding. Maklumlah ada parti pembangkang kata membazir PRK ini. Ada juga kalangan parti pembangkang kata gila kuasa. Kalau pembangkang turut bertanding, mereka turut gila kuasa? Meraka turut membazir wang rakyat? Mahu jimat duit rakyat, mudah, baru cakap serupa bikin, jangan bertanding lawan DSAI. Memang sesuatu itu perlukan pengorbanan. Peluang untuk seseorang menebus dosa kerana perbuatan dengki dan khianat dalam berpolitik. Islam tidak ajar kita jadi begitu dalam apa jua keadaan dalam menghadapi cabaran hidup. Hanya yahudi sanggup mengkhianati Nabi-Nabi utusan Allah dan dikala ini sedang berpesta mengkhianati Nyawa dan Negara berdaulat Plastine.  

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa hal ini juga menjadi berita gembira buat Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia. Apakah dalam diam Tun, cukup teringin DSAI kembali menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat. Bila berdepan dengan Melayu (lain jika berdepan dengan Orang Islam) Ramai Melayu masih percaya dan memperkatakan DSAI didapati bersalah dalam kes usung tilam. Walhal bersalah sebab kononnya salah guna kuasa kerana minta siasat untuk tujuan mencari kebenaran. Terbukti buku 50 Dalil DSAI Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri, adalah buku berniat jahat. Nauzubillahminzalik. 

Tun Abdullah Badawi bebaskan DSAI. Tun Abdullah Badawi pun masih hidup, boleh tanya beliau mengapa DSAI dibebaskan. (Didoakan Tun Abdullah segera sembuh. Aamiin) Berapa ramai pihak lawan tidak dapat menerima YDP memberi pengampunan penuh kepada DSAI. Ada yang berkata nanti jawablah di Pengadilan Allah. Bagaimana pula pengadilan Allah kepada mereka yang membuat fitnah dan bersubahat. Alam kubur itu pasti. Oleh yang demikian berpada-padalah dalam berbicara, apa lagi dalam hal yang tidak pasti. 

Pengampunan Di Raja dan terbatal sepenuhnya pertuduhan liwat zaman PM Kleptokrasi sesegeranya setelah Tun Mahathir jadi Perdana Menteri ke 7. Mengapa itu jadi tindakan utama Tun Mahathir setelah jadi PM? Tanya DSN apa betul pertuduhan dan hukuman itu bermotif politik. DSN akan berkata benar, jika beliau ingat mati, ingat Allah Subhanahuwatalla. Rasanya Tun Mahathir tidak akan berusaha bebaskan dan dapatkan pengampunan Di Raja DSAI, jika hal dan pertuduhan dan hukuman itu tidak berunsur politik. Pengadilan yang adil menjadi titik tolak dalam melaksanakan undang-undang. Tiada unsur khianat dalam menterjemahkan maksud keadilan undang-undang. 

In Syaa Allah usaha Kerajaan Pakatan beroleh keberkatan dan keredhaan Allah, dipermudah segala urusan dalam mentadbir Negara Malaysia. Aamiin. 

Kosongkan kerusi bukan khianat, tetapi curi wang rakyat itu khianat - Saifuddin Nasution
Firdaus Azil, Astro Awani |  Diterbitkan pada September 12, 2018 16:58 MYT
Kosongkan kerusi bukan khianat, tetapi curi wang rakyat itu khianat - Saifuddin Nasution
SAIFUDDIN: Hak Datuk Seri Anwar untuk berkhidmat kepada rakyat dinafikan apabila beliau diseret ke mahkamah lima tahun lepas. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR : Tidak timbul soal khianat kepercayaan rakyat semata-mata tindakan seorang ahli Parlimen PKR mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden parti yang baharu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Tegas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, istilah ‘khianat itu lebih sesuai digunakan ke atas mereka yang terbukti menyalahgunakan kuasa, mencuri wang awam, serta menggunakan kedudukan untuk melakukan penindasan ke atas rakyat.

“Dalam satu sistem demokrasi...di mana jalan untuk kita mewakili rakyat dalam parlimen adalah melalui proses pilihan raya.

“Dan dalam kedudukan ini ianya dibuat dengan maksud yang khusus, bagi melaksanakan satu ketetapan konsesus (memastikan Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya,” katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

BACA: Anwar Ibrahim sah bertanding di Port Dickson

BACA: Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim

Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia berkata, Anwar sepatutnya sehingga ke hari ini masih berkhidmat sebagai wakil rakyat, tetapi hak itu telah direntap apabila beliau diseret ke penjara lima tahun lepas.

“Dan sekarang dia bebas untuk mengambil bahagian. di sana ada ahli parlimen Keadilan yang berpendapat, kiranya diberi laluan kepada Datuk Seri Anwar, dia akan dapat menjayakan sebahagian daripada misi besar iaitu konsensus Pakatan Harapan

“Jadi niat murni itu saya tak anggap ianya satu pengkhianatan, kerana dia satu proses yang legitimate untuk Datuk Seri Anwar, jika menang, mewakili kawasan itu dan akan terus memberi khidmat seperti mana Datuk Danyal sebelum ini,” katanya lagi.

Tag: Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan, Dewan Rakyat, Petaling Jaya, Perdana Menteri, Parlimen 

Kosongkan kerusi bukan khianat, tetapi curi wang rakyat itu khianat - Saifuddin Nasution | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-politik/kosongkan-kerusi-bukan-khianat-tetapi-curi-wang-rakyat-itu-khianat-saifuddin-nasution-185396

Nampaknya akan ada pertandingan juga: 
Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson
Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson
Kosongkan kerusi bukan khianat, tetapi curi wang rakyat itu khianat - Saifuddin Nasution
Kosongkan kerusi bukan khianat, tetapi curi wang rakyat itu khianat - Saifuddin Nasution
Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim
Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim sah bertanding di Port Dickson
Anwar Ibrahim sah bertanding di Port Dickson
PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat
PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat
PRK: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi
Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi
 
Pas 'tunggu dan lihat' di mana Anwar bertanding

Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim
Astro Awani | Diterbitkan pada September 12, 2018 16:53 MYT
Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim
ANWAR: Saya beritahu bahawa kami akan terus menyatakan sokongan padu kepada Tun Mahathir untuk terus menerajui negara.
KUALA LUMPUR: Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menelefon dan memaklumkan kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson. 

Dalam temu bual eksklusif rancangan "AI" bersama Pengarang Kanan Astro AWANI Ashwad Ismail melalui Skype, Anwar berkata akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan perdana menteri.

"Saya beritahu bahawa kami akan terus menyatakan sokongan padu kepada Tun Mahathir untuk terus menerajui negara," kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut mengaku terkesan dengan pendirian Ahli Parlimen Datuk Daniyal Balagopal Abdullah.

"Saya tertarik dengan kawasan Teluk Kemang ini dan saya juga terkesan dengan personaliti Laksamana Daniyal ini.

"Dia tidak berbicara soal undur. Dia berbicara soal berdamping dan bersama untuk membentuk pasukan yang mantap," kata Anwar sebentar tadi.

Anwar pada Rabu mengesahkan akan bertanding di kerusi tersebut sebagai salah satu langkah pelan peralihan kuasa ke atas beliau untuk menjadi perdana menteri seterusnya.


Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Danyal Balagopal yang mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar.

LAPORAN LANJUT DALAM "AI", KHAMIS 8.30 MALAM
Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-sudah-telefon-tun-m-maklum-port-dickson-pilihan-saya-anwar-ibrahim-185397

PRK: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi
Firdaus Azil, Astro Awani |  Diterbitkan pada September 12, 2018 16:41 MYT
PRK: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi
Selain mandat menjaga kesejahteraan pengundi, mandat agenda parti juga harus terus diangkat dan dijaga - Rafizi
KUALA LUMPUR: Kepimpinan PKR beri jaminan penduduk Port Dickson akan berterima kasih di atas kesediaan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden parti, Rafizi Ramli berkata, Danyal Balagopal telah memberi jaminan beliau akan terus berkhidmat kepada penduduk di situ, dan pada masa yang sama, sokongan akan lebih banyak diterima memandangkan Anwar bakal menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

"Apabila Datuk Danyal membuat keputusan untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar, keputusan itu datang dengan kerelaan beliau untuk berkhidmat di bawah walaupun bukan sebagai ahli Parlimen lagi.

“Dengan adanya full backing oleh Prime Minister-in-waiting, penduduk di Port Dickson boleh dikira the luckiest dari segi service...you have Prime Minister-in-waiting, dan ada the best team to service them on the ground,” katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

BACA: Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim

BACA: PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai pandangan bahawa pengosongan kerusi secara mendadak itu boleh diibaratkan sebagai pengkhianatan terhadap pengundi tempatan, memandangkan mereka terpaksa melalui proses pilihan raya sekali lagi.

Rafizi menjelaskan, masyarakat harus mengerti bahawa mandat yang diberikan terhadap parti yang menang bukan sahaja dari aspek menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk, tetapi juga mandat untuk mengangkat agenda parti.

PRK: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-penduduk-port-dickson-paling-bertuah-rafizi-185395

Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson
  4:23 PTG      Pejuang Perubahan      No comments
Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson
Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson
Akhirnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaaya hari ini penyandang kerusi tersebut Datuk Danyal Balagopal Abdullah membuat pengumuman mengenai kekosongan kerusi tersebut untuk diberikan laluan kepada Anwar.

“Saya sedia mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Anwar bersetuju menerima tawaran saya dan bersedia bertanding di Parlimen Port Dickson. Saya yakin Anwar akan menang dan menjadi Ahli Parlimen dan akan menjadi Perdana Menteri kelapan,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan sudah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson berkuatkuasa serta merta kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Dr A Xavier Jayakumar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan meletakkan Anwar di Port Dickson tiada kaitan dengan keputusan 3 pilihan raya kecil di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, keputusan Anwar bertanding di Port Dickson sudah dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Harapan.

“Mereka memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh untuk memastikan kemenangan anwar.

“Kami percaya kemenangan Anwar akan menambah nilai kepada PH. Sebagai ahli Parlimen, Anwar yang juga sebahagian daripada Majlis Presiden PH akan memainkan peranan lebih berkesan dalam membantu kerajaan.”

Kali terakhir Anwar, 71, bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.

Kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Pematang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun selepas menolak rayuannya daripada hukuman penjara bagi kesalahan meliwat pada Februari 2015.

Bagaimanapun, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, tujuh hari selepas PH menjadi kerajaan.

Pada PRU14 lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson degan majoriti besar 17,710 mengalahkan calon BN V Mogan (18,515) dan calon Pas Mahfuz Roslan (6,594).
mdl
Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/anwar-ibrahim-akan-bertanding-di.html

Kazaf : Hudud atau Ta’zir?
Posted on 30 April 2011
Muka Surat 55 Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

Pekara 38: KAZAF 

Petikan daripada (mulai muka surat 55)  Kitab :Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis  KARANGAN HAJI SAID HAJI IBRAHIM, BEKAS MUFTI SABAH 

38.1.  Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139) 

38.2. Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian: 

i. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil. 

ii. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya. (Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.) 

Pekara 39: Hukum Qazaf 

39.Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman Allah swt yang bermaksud, 

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nur:4) 

Pekara 40 : Penuduh yang boleh dikenakan hukuman had qazaf. 

40.1.Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya adalah tertakluk di bawah 5 syarat: 

i. Berakal
ii. Baligh
iii. Kemahuan sendiri
iv. Mengetahui haramnya qazaf 
v. Bukan ibubapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang dituduh 
40.2. Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; mafhumnya, 

“Allah tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya.” (Riwayat Bukhari dalam al-Sahih) 

40.3. Seseorang yang dipaksa untuk membuat tuduhan (bukan dengan kemahuannya sendiri) menuduh seseorang yang lain berzina, tidak boleh juga dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 

“Allah mengangkatkan (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.” (HR Tabrani dari sanad yang sahih). 

40.4. Kanak-kanak yang belum baligh dan telah mumaiyiz yang menuduh seseorang berzina tidak boleh dikira sebagai kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi kanak-kanak yang telah mumaiyiz itu wajib dikenakan ke atasnya hukuman ta`zir. 

40.5. Orang yang tidak mengetahui haram qazaf tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya, kerana di antara syarat-syarat orang yang menuduh seseorang itu berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf yang disebutkan dalam perkara 40 (iv) ialah orang yang mengetahui haram qazaf itu. 

40.6. Jika seorang bapa atau ibu menuduh anaknya berzina, atau datuk hingga ke atas menuduh cucunya melakukan zina, mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 40 (v). 

Pekara 41: Syarat-syarat Orang yang di Tuduh 

41. Orang yang dituduh melakukan zina yang boleh dikenakan hukuman qazaf ke atas orang yang menuduh secara palsu mestilah orang yang dituduh itu mempunyai syarat-syarat berikut: 

41.a) Orang yang dituduh tadi diketahui orangnya (dikenal pasti orang yang dituduh itu), sekalipun ia telah meninggal dunia (mati). 

41.b) Orang yang dituduh itu seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari sebarang kejahatan. 

Pekara 42: Menuduh orang berzina atau menafikan keturunannya. 

42.1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau menafikan keturunannya, dimana orang yang menuduh itu tidak dapat membuktikan tuduhannya, maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH TA`ALA dalam Surah an-Nur ayat 4. 

42.2) Jika tuduhan itu bukan tuduhan berzina, atau bukan pula menafikan keturunan, misalnya seseorang menuduh seseorang yang lain murtad, atau minum arak, atau mencuri, maka orang yang menuduh itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir. 

43.3) Jika tuduhan seseorang ke atas orang yang melakukan zina itu tidak cukup syarat-syarat yang membolehkan penuduh tadi dikenakan hukuman had qazaf, maka penuduh itu hanya boleh dikenakan hukuman ta`zir sahaja – tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. 

BACA SELANJUTNYA DI DALAM KITAB

Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis. 

InsyAllah BERSAMBUNG 

Petikan daripada mulai muka surat 55 Kitab :Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis
KARANGAN HAJI SAID HAJI IBRAHIM, BEKAS MUFTI SABAH
Buku ini menjeiaskan kadudukan hukuman hudud dalam Undang-Undang Islam mangikut peruntukan hukum Syara’ yang disebutkan di dalam Quran dan Hadis dan yang dikuatkuasakan dalam ”Qanun Jinayah Syar’iyah”

Hukuman Hudud adalah Hukuman Allah yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya di dalam Quran dan Hadith. Dan adalah juga Haq Allah yang tidak boleh diistilahkan hukuman hudud itu selain dari hudud Allah, kerana di dalam Quran dan Hadith hukuman hudud itu hanya satu sahaja, tidak ada hukuman hudud yang lain lagi.

Hukuman hudud yaag berteraskan Quran dan Hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang perlaksanaanya oleh undang-undang  yang di buat oleh manusia, kerana undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang Allah dan menolak Wahyu Ilahi.

Oleh itu buku ” Qanun Jinayah Syar’iyah” ini memberi manfaat dan faedah yang besar terhadap pembaca, pengkaji dan perujuk, khususnya peminat undang-undang Syar’iyah yang ingin untuk mengetahui hakikat sebenar kes-kes yang boleh didakwa dan yang dikenakan hukuman hudud serta cara-cara penghakiman kes-kas itu.

Buku setebal 514 halaman ini di terbit oleh Darul Makrifah KL, sangat baik untuk di beli sebagai bahan rujukan.

Atau boleh di baca syarahan kitab ini yang lengkap dengan contoh dan sebagainya  oleh ustaz Ahmad Jailani   di:
http://alkhatab.tripod.com/id1.html 
 di Post dari INTIKMA Resort Shah Alam 
hms on  said: 
Makalah tuan ini tidak lengkap, boleh mengelirukan. Sepatutnya dinyatakan bagaimana utk penuduh mengelak hukuman dsb. tk (rujuk kanun syariah, dar al makrifat, kl)
Kazaf : Hudud atau Ta’zir? | Aburedza
https://aburedza.wordpress.com/2011/04/30/kazaf-hudud-atau-tazir/

Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar terhadap Muhammad Shafee
Bernama |  Diterbitkan pada Oktober 27, 2016 22:30 MYT
Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar terhadap Muhammad Shafee
Mahkamah didapati tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan sedemikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.

Pada 26 Jun tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan aduan qazaf di bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga Presiden PKR.

Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan oleh undang-undang.

Dalam aduan itu, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Feb tahun lepas.

Menurut aduan berkenaan, Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah qazaf.

Hakim Mohamed Fouzi ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu berkata, terdapat perbezaan pendapat sama ada kesalahan meliwat boleh dimasukkan bawah kategori zina atau sebaliknya. 

Beliau berkata badan perundangan Selangor telah memasukkan kesalahan qazaf di dalam Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, namun perkataan 'zina' yang disebut di dalam peruntukan itu (Seksyen 36) telah ditafsirkan sebagai persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah sahaja tanpa memasukkan perbuatan liwat di dalamnya.

"Persoalannya, adakah tuduhan melakukan perbuatan liwat tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai zina berdasarkan pandangan ulama? Secara umumnya, ulama berbeza pendapat berkaitan isu ini yang mana sebahagian besar ulama menyatakan perbuatan liwat tersebut adalah termasuk zina.

"Mahkamah ini berpendapat ketiadaan perbuatan liwat dimasukkan ke dalam tafsiran zina adalah disebabkan pemilihan satu pendapat di antara beberapa pandangan tersebut. Pandangan yang diambil oleh penggubal dalam membina tafsiran zina adalah berdasarkan pandangan Imam Abu Hanifah yang menyatakan bahawa perbuatan liwat bukanlah qazaf bahkan ia kesalahan takzir dengan alasan kedua-dua adalah perbuatan yang berbeza," katanya.

Ini jelasnya, penggubal undang-undang sememangnya tidak membuat sebarang kesilapan apabila membuat tafsiran sedemikian kerana penggubal telah memilih untuk menerima pakai pandangan yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa masyarakat di negara ini walaupun bukan berdasarkan pandangan Mazhab Syafie.

Mohamed Fouzi berkata, mahkamah tidak menafikan bahawa pandangan yang diambil menjadi undang-undang itu merupakan pandangan yang minoriti, namun apabila ianya telah diterima sebagai undang-undang maka ia menjadi kuat dan hendaklah diterima pakai.

Sama ada mahkamah boleh meluaskan tafsiran zina tersebut, beliau berkata, kuasa seseorang Hakim Syarie pada masa ini tertakluk kepada bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya.

"Jika mahkamah memutuskan kes yang bukan berada dalam bidang kuasa atau menyalahtafsirkan sesuatu peruntukan boleh menyebabkan keputusan mahkamah tersebut tidak sah dan perintah itu tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Tambah beliau, bukan sahaja tafsiran zina perlu diperluaskan bagi menjaga maruah seorang individu, namun keseluruhan perkara berkaitan Mahkamah Syariah termasuklah kedudukan dan undang-undang hendaklah diperkukuhkan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan tanggungjawab mahkamah untuk berbuat demikian tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab badan perundangan di peringkat negeri atau Parlimen.

Mohamed Fouzi seterusnya berkata, sama ada mahkamah mempunyai alasan mencukupi untuk meneruskan tindakan qazaf ke atas Muhammad Shafee berdasarkan aduan yang dibuat oleh Anwar, mahkamah berpendapat di peringkat ini, aduan yang dibuat tidaklah seberat membuktikan seseorang itu bersalah dalam melakukan sesuatu perbuatan.

"Ini bermakna, pengadu (Anwar) hendaklah membuktikan sehingga timbulnya syak bahawa wujud perbuatan yang menjurus kepada satu kesalahan untuk membolehkan aduannya diterima dan saman boleh dikeluarkan kepada Muhammad Shafee. Walaupun aduan pengadu disokong dengan beberapa bukti dokumen dan saksi, namun pengadu telah gagal memenuhi elemen membabitkan bidang kuasa mahkamah.

"Pengadu juga gagal memenuhi elemen-elemen lain yang ditetapkan oleh undang-undang. Mahkamah mengakui bahawa berkata benar itu pahit namun yang pahit itu hendaklah ditelan kerana ia adalah hakikat dan realiti yang perlu diterima," katanya.

Mohamed Fouzi kemudian menolak aduan Anwar itu berdasarkan Seksyen 76 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. - Bernama 

Tag: Mahkamah Tinggi Syariah, qazaf, Anwar Ibrahim, Muhammad Shafee Abdullah
Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar terhadap Muhammad Shafee | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-syariah-tolak-permohonan-qazaf-anwar-terhadap-muhammad-shafee-120702

..... 

Tiada ulasan: