Khamis, 13 September 2018

Bila kelambu tersingkap. 8186.


Bila kelambu tersingkap, nyamuk pun masuk. 

Kerana terlalu lama dalam kelambu, pastinya nyamuk kenyang chak wee (hisap darah) Bila sudah kenyang nyamuk tak mampu terbang. Maka penampar pun hinggap, bila nyamuk dapat dikesan. 

Melayu. Betulkah busuk hati? Khianat dan dengki adalah seumpama king dan queen jahat dalam game catur. 

Musuh di luar sudah barang tentu kenal pastinya. Musuh didalam akhirnya dapat dikesan jua. Mengapa? Sebab pihak yang bagus, sudah lama berdiam diri. Diam-diam ubi berisi. Tunduk ikut rasmi padi dan bukan membongak, mendongak seumpama jagong. Kerana peranan KING dan QUEEN adalah jahat, maka majoriti laskarnya pun terikut jahat sama. Bila menjadi kumpulan hati jahat sudah tentu cara itu membuat yang bersifat makhluk dan bersifat baharu itu, jauh dari Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik. 

Semua kena semak diri bermuhasabah diri kerana Allah. Balik ke jalan yang menuruti perintah dan larangan Allah Subhanahuwatalla. Islam itu Indah. Bahasa tak cantik bukan bahasa Islam. Al Quran yang merupakan firman Allah Subhanahuwatalla dan Hadis Nabi Salallahualaihiwassalam adalah Bahasa Teragung dan Terindah dalam Islam. Aamiin. 

On Wednesday, Anwar took a step closer to the top job with the announcement by his People’s Justice Party (PKR) central management that Port Dickson incumbent Danyal Balagopal Abdullah (pic below) would be standing down to make way for him. Having a seat in parliament is a prerequisite for becoming prime minister. 

Teringat satu masa dulu. Calon yang tewas kepada DSAnwar ngarok. Walau pun pada hakikatnya calon tewas itu dot dot dot, tetapi bila Allah buka aibnya, maka itu adalah amaran dan peringatan Allah untuk kita semua. 
Gambar dari tumpang sekole
Pengorbanan menafikan mereka mahu Anwar disusahkan laluannya kembali ke parlimen. Terima kasih Datuk Danyal Balagopal Abdullah, yang sanggup meletak jawatannya untuk laluan Anwar kembali ke Parlimen. Ironisnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu kenyataan, In Syaa Allah DSAI menang, beliau bersedia untuk terus berkhidmat bersama-sama DSAI di Port Dickson. Yang membawa maksud, letak jawatan bukan bererti berundur. Satu penantian ramai melihat bagi Anwar jadi PM? dan sekali gus menutup mulut-mulut khianat dan dengki serta iri hati, dengan satu isu tidak sabarlah bagai. 

In Syaa Allah DSAI tidak begitu - Permatang Pauh. Melayu pun tidak sedikit. Dengan izin Allah Parlimen Port Dickson menjadi medan MIC wakil BN bertanding, tetapi sanggup memberi laluan untuk DSAI MENANG TANPA BERTANDING. Dalam merealisasikan "Tidak membazirkan wang rakyat dan PRK adalah langkah terbaik dari Mencuri wang rakyat oleh pemimpin kletokrasi yang telah pun kehilangan kuasa pemerintah" Yang itu puak luar. 
4 ke diri. 
Gambar dari Pointing fingers politicians... tumpang sekole
Yang membongak ialah pelaung nada Reformasi PALSU. Mereka ini Oppurtunis, berlakon menyokong dan melaungkan nada sama. Puak dalam khususnya PKR yang jadi dalang adalah Geng kongsi gelap, yang dapat menghidu, namun tidak mampu berbuat apa-apa. Keputusan sudah dibuat. Cuba halang juga konon selesaikan pemilihan parti dulu baru tumpu kerusi sesuai. Sebenarnya mereka mahu Anwar disusahkan laluannya kembali ke parlimen.


tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

13 September 2018
Langkah PD - PAS nak kuda MIC ganggu Anwar..
Related image

.
Seperti mana kita sedia maklum kerusi parlimen Port Dickson menjadi pilihan Anwar Ibrahim sebagai pintu beliau memasuki parlimen kemudian menuju ke Puterajaya.

Terima kasih perlu diucapkan kepada Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya untuk Anwar. Pengorbanan Danyal sangat mahal demi memenuhi sebuah pernantian ramai melihat bagi Anwar jadi PM?

Seperti mana kata Anwar, banyak rakan yang menawarkan kerusi buatnya tetapi dia tertarik untuk memilih Daynal. Kata Anwar dia memilih tawaran daripada rakan yang ikhlas daripada rakan yang bermuka-muka. 
Bagi saya mengapa Port Dickson jadi pilihan mungkin kerana peratus pengundi India tinggi di situ. Peratus India 21.97%, sementara Cina 33.11% manakala Melayu 42.72%. Sekiranya Melayu tidak memberi undi cukup Anwar menang dengan undi India dan Cina sebanyak 55.08%.

Ada kemungkinan Anwar kurang mempercayai Melayu menyebabkan beliau memilih Port Dickson. 

InsyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan mengetahui tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang akan diputuskan oleh SPR. SPR dijangka akan bermesyuarat paling awal minggu depan untuk memutuskan tarikh-tarikh penting itu.
Image may contain: 1 person, text
Saya menjangkakan pengundian akan diadakan awal Oktober. Kalau ini betul bermakna Anwar akan melangkah masuk ke parlimen sehari awal persidangan kedua penggal parlimen ke 14 pada pertengahan Oktober hadapan. Hendaknya tempoh berkempen tidak sepanjang di Pirake Seri Setia dan Balakong.

Apa yang hendak diingatkan pilihan raya itu, segala persiapannya perlulah dilakukan secara bersama parti komponen PH, Bersatu, DAP dan Amanah. Tentunya Anwar dan PH sendiri memerlukan kemenangan besar.

Persoalan timbul apakah BN yang kini bekerjasama dengan Pas akan meletakkan calon daripada MIC untuk menganggu Anwar? Ini kerana semua parti pembangkang Umno, MCA dan Pas masing-masing telah pun merasai bagaimana pahitnya untuk mengalahkan PH dalam Pirake lepas.

Atau sebaik-baiknya untuk tidak menjadikan pilihan raya itu penuh dengan pembaziran, elok kalau Anwar diberikan menang tanpa bertanding. - MSO
Puak2 yang suka meroyan memang cam nilah style depa...

7 September 2018

Mesyuarat kedua akhir bagi memutuskan kerusi buat Anwar. Geng kongsi gelap dapat menghidu namun tidak mampu berbuat apa-apa. Keputusan sudah dibuat. Cuba halang juga konon selesaikan pemilihan parti dulu baru tumpu kerusi sesuai. Sebenarnya mereka mahu Anwar disusahkan laluannya kembali ke parlimen.
11 September 2018

Geng kongsi gelap hilang sabar kononnya mereka tidak dijemput dalam mesyuarat biro politik tetapi mereka yang tidak mahu hadir. Alasannya mereka sendiri sahaja yang tahu. Laskar upahan dikerah serang di media sosial tetapi sudah terlambat. Tunggu plan seterusnya tidak lama lagi.

Tup...tup... geng kongsi gelap protes begini...
Image may contain: 1 person, text
Story kat SINI dan SINI 

Musuh di luar dan musuh di dalam akan berkata2 pelbagai kata2 nista.Yang penting surat perletakan jawatan telah dihantar. Pengesahan YDP Dewan Rakyat dan SPR untuk membuka mesyuarat PRK Port Dickson bila2 saja... 
Will ‘impatient’ Anwar upset the Pakatan Harapan apple cart?...

Malaysian democracy icon Anwar Ibrahim has announced he will contest the Port Dickson parliamentary seat in the state of Negeri Sembilan in a move that, assuming he is successful, will pave the way for him to take over from Prime Minister Mahathir Mohamad.

The news caps a remarkable turnaround in Anwar’s fortunes – it was not until after the general elections in May that he was granted a full royal pardon for his convictions of sodomy and corruption, charges he says were trumped up by political rivals to keep him from power.

But some observers fear the by-election could cause instability within the Pakatan Harapan government, which is still finding its feet following five decades of rule by the Barisan Nasional coalition it toppled.

Anwar had thrown his support behind former foe Mahathir – whom he blames for one of his two stints in jail – in the run-up to the election, in a concerted effort to topple the scandal-tainted Najib Razak. The pair had an understanding that after two years in power Mahathir, now 93, would hand over the reins to Anwar, effectively making him a prime minister in waiting.

On Wednesday, Anwar took a step closer to the top job with the announcement by his People’s Justice Party (PKR) central management that Port Dickson incumbent Danyal Balagopal Abdullah (pix,below) would be standing down to make way for him. Having a seat in parliament is a prerequisite for becoming prime minister.

Danyal appears happy enough to stand aside, publicly thanking PKR vice-president Rafizi Ramli for “facilitating” his “offer” to step down, and PKR appears keen to calm any nerves about the move. Its secretary general Saifuddin Nasution repeatedly stressed no time frame had been set for Anwar to take over.
Image result for Danyal Balagopal Abdullah
Even so, Anwar’s move to re-enter active politics has been criticised by electoral watchdogs and the public, with detractors saying it could destabilise the fledgling government.

Political scientist Wong Chin Huat, of state-funded think tank the Penang Institute, said Anwar’s rush to push a by-election was “clearly driven by uncertainty and insecurity”.

“Anwar’s challenge is how to show his statesmanship … without the haste that may make Mahathir a lame duck. He will need to carve out clearly the division of labour between Mahathir and him from now until 2020. There is no such thing as ‘prime minister in waiting on the government backbench’.”

Wong said Anwar must be seen “as part of Mahathir’s team rather a critic of the government” and he cautioned that Malaysians were experiencing political fatigue after two decades of intense politicking.

Anwar’s support, then, appears contingent on presenting himself as a stabilising force rather than a challenger.

“Inevitably, the highlight of his campaign would be if Mahathir were to rally voters for him. That would signal a real reconciliation and confirm the transition pact. But for that to happen, Anwar needs to convince Mahathir and Malaysians of his constructive and complementary roles in the two years of transition,” Wong said.

Observers say the Port Dickson by-election will serve as a mini referendum on Anwar’s claims to the top job, and he will be playing with fire it he treats it too lightly.

Pollster Ibrahim Suffian, executive director of the Merdeka Centre, said a widespread perception that Anwar was hurrying would only complicate the situation.

“The time frame given for transition was very vague, so now this move to get into parliament this year seems a bit hurried. Doing it while PKR party elections are on the way brings more complexities into intra-party dynamics and adds an element of uncertainty over how the current administration will deal with it once he gets into office.”
Image result for Danyal Balagopal Abdullah
PKR will be holding elections in November, and there is already squabbling over who will become deputy president, with Rafizi taking on incumbent Azmin Ali, who is also economic affairs minister. The duo have been vocal in criticising each other, with Rafizi questioning Azmin’s loyalty and Azmin dismissing “jobless” candidates.

Added Suffian: “This will play into party elections, Anwar is backing Rafizi, and not playing an impartial role, even in his own party. This by-election may be used by Rafizi to boost his campaign … while he takes full credit for facilitating the Port Dickson by-election.”

However, PKR secretary general Saifuddin dismissed the suggestion. “There are no camps. There is only Anwar Ibrahim’s camp,” he said, adding that Anwar had informed Mahathir of his plan, and the leaders of the Pakatan Harapan component parties were all supportive.

What does seem clear is that Anwar doesn’t want to wait a day longer than necessary.

But he must avoid crossing Mahathir, his former friend turned foe turned ally, or Malaysia may see a repeat of 1998, when Mahathir (then serving his first stint as prime minister) sacked Anwar as his deputy.

According to a party source, detractors within PKR fear that Anwar’s haste to return to the fold – and the instability this would cause – could pave the way for Barisan Nasional to claw its way back to power.

“Anwar is impatient and this shows no signs of diminishing,” said the source. “His followers are impatient to become ministers. This means change may be forced ahead of the two-year timeline. Malaysia’s finances are in a mess and the government is struggling to establish control of the civil service. Many states are held by wafer-thin hung assemblies. Our political situation is very vulnerable to instability. Given all this, is Anwar capable of governance? It seems he prefers loyalty over quality.” - scmp
Pointing fingers politicians...

Image may contain: 1 person, text
Boleh naik unta?...
Image may contain: 1 person, text



Image may contain: 1 person, text

Related image

cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM 

tumpang sekole...?: Langkah PD - PAS nak kuda MIC ganggu Anwar...
http://alditta.blogspot.com/2018/09/langkah-pd-pas-nak-kuda-mic-ganggu-anwar.html

Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson
4:23 PTG      Pejuang Perubahan
Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson
Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson
Akhirnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaaya hari ini penyandang kerusi tersebut Datuk Danyal Balagopal Abdullah membuat pengumuman mengenai kekosongan kerusi tersebut untuk diberikan laluan kepada Anwar.

“Saya sedia mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Anwar bersetuju menerima tawaran saya dan bersedia bertanding di Parlimen Port Dickson. Saya yakin Anwar akan menang dan menjadi Ahli Parlimen dan akan menjadi Perdana Menteri kelapan,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan sudah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson berkuatkuasa serta merta kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Dr A Xavier Jayakumar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan meletakkan Anwar di Port Dickson tiada kaitan dengan keputusan 3 pilihan raya kecil di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, keputusan Anwar bertanding di Port Dickson sudah dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Harapan.

“Mereka memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh untuk memastikan kemenangan anwar.

“Kami percaya kemenangan Anwar akan menambah nilai kepada PH. Sebagai ahli Parlimen, Anwar yang juga sebahagian daripada Majlis Presiden PH akan memainkan peranan lebih berkesan dalam membantu kerajaan.”
Kali terakhir Anwar, 71, bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.
Kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Pematang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun selepas menolak rayuannya daripada hukuman penjara bagi kesalahan meliwat pada Februari 2015.

Bagaimanapun, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, tujuh hari selepas PH menjadi kerajaan.

Pada PRU14 lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson degan majoriti besar 17,710 mengalahkan calon BN V Mogan (18,515) dan calon Pas Mahfuz Roslan (6,594).

mdl
Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/anwar-ibrahim-akan-bertanding-di.html

Menteri Wilayah disaran kembali bina PPR untuk golongan miskin bandar
MALAYSIA DATELINE

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyeru Menteri Wilayah Persekutuan untuk kembalikan tujuan asal Program Perumahan Rakyat (PPR) diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah kerajaan terdahulu telah meluluskan lebih 20,000 unit Rumawip di Kuala Lumpur tetapi jumlah unit itu tidak mencukupi untuk disewa oleh golongan berpendapatan rendah.

“Inilah sebabnya mengapa saya menggesa menteri wilayah Persekutuan, Khalid Samad untuk melihat secara serius membina lebih banyak unit PPR untuk memenuhi keperluan golongan muda.

“Tujuan asal PPR adalah untuk menyewa. Tidak praktikal bagi kerajaan untuk menggalakkan idea menyewa kemudian akhirnya memiliki unit tersebut.

“Apabila sesetengah unit dimiliki secara persendirian, dan yang lain masih disewa, akan ada isu pengurusan dan pengumpulan yuran penyelenggaraan. Oleh itu, ia adalah yang terbaik untuk berpegang kepada tujuan asal PPR itu diwujudkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata terdapat pemilik PPR berpindah ke tempat lain sementara unit yang mereka miliki akan disewakan kepada orang asing atau penduduk tempatan pada kadar yang lebih tinggi.

“Ini bertentangan dengan tujuan skim perumahan PPR untuk membantu golongan miskin diadakan.

“Apa yang kita perlukan hari ini, adalah unit PPR kos rendah tetapi dibina dengan kemudahan yang lebih baik untuk golongan miskin bandar.

“Idea ini adalah untuk mereka mendapat tempat tinggal sehingga mereka mampu membeli hartanah yang lebih tinggi.

“Ini kerana tidak ramai pasangan muda yang berkahwin mampu memiliki RUMAWIP, yang berharga kira-kira RM300,000.

“Ditambah sebahagian daripada mereka, telah disenarai hitam kerana gagal membayar pinjaman pendidikan mereka. Selain itu, dengan gaji rendah diperoleh, bank tidak bersedia menyediakan kemudahan pinjaman kepada mereka,” ujarnya.
at 9/12/2018 05:20:00 PTG
KERENGGA: Menteri Wilayah disaran kembali bina PPR untuk golongan miskin bandar
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/menteri-wilayah-disaran-kembali-bina.html

Wednesday, 12 September 2018
LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON.....

Akhirnya sah kerusi yang akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim bagi membolehkannya kembali sebagai Ahli Parlimen ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Ini berikutan wakil rakyatnya, Danyal Balagopal Abdullah dengan sukarela mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU 9 Mei dengan majoriti 17,710 undi untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi penggantinya.

Danyal Balagopal juga dilaporkan sudah menghantar surat perletakan jawatannya  pada hari ini kepada Speaker Parlimen dan sebaik kekosongan kerusi itu dimaklumkan kepada SPR, maka suatu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

Secara tidak langsung bermakna menjelang pembentangan Bajet 2019 pada November ini, Anwar sudah pun kembali bergelar Ahli Parlimen semula.

Di sebalik beberapa kerusi sebelum ini dispekulasikan bakal ditandinginya oleh Anwar bagi membolehkannya kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya memenuhi konsensus Pakatan Harapan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad, ternyata Port Dickson menjadi pilihan yang muktamad.

Kenapa Port Dickson jadi pilihan?

Secara umumnya, Port Dickson adalah antara kerusi paling selamat bagi Anwar. Dengan kemenangan majoriti sebanyak 17,710 undi pada pilihanraya lalu serta PKR telah mengungguli kawasan itu sejak pilihanraya 2008 lagi, di samping komposisi pengundinya adalah Melayu 43%, Cina 33%, India 22% dan lain-lain kaum 2%, Port Dickson ternampak tidak mendatangkan masalah besar kepada Anwar.

Tambahan lagi, dengan kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri, sementara pengundi Port Dickson akan berebut-rebut mahu mengundi dan memastikan kemenangannya bagi merealisasikan Ahli Parlimen mereka menjadi ketua kerajaan, seluruh penduduk Negeri Sembilan juga pastinya turut mengutuskan doa yang tidak putus-putus agar Anwar dielakkan daripada ditimpa sebarang kekalahan.

Sekali pun sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah berlaku sebagaimana di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, faktor Anwar sebagai bakal Perdana Menteri tetap merupakan kelebihan kepadanya untuk menang selesa di Port Dickson.

Kemenangan Anwar sebagai Ahli Parlimen di Port Dickson dan  kemudian menjadi Perdana Menteri, dengan sendirinya bermakna Negeri Sembilan buat pertama kalinya akan melahirkan seorang Perdana Menteri buat negeri itu.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diimpikan oleh banyak pihak sebagai bakal Perdana Menteri pertama dari Negeri Sembilan, Anwar ternyata lebih pantas memintasnya dan sekaligus menjadikan beliau kebanggaan baru bagi negeri itu.

Dengan itu, tidak ada sebab untuk Anwar boleh kalah di Port Dickson ini.

Tidak kira siapa pun yang bertanding, baik dikekalkan untuk MIC atau diserahkan kepada UMNO serta dibantu oleh Pas dengan tidak meletakkan calon sekali pun, harapan pembangkang untuk menang adalah tersangat tipis di Port Dickson.

Buang masa dan buang duit saja bagi BN jika masih bermimpi untuk mampu membuat kejutan menewaskan Anwar. Dalam keadaan akaun bank UMNO sedang dibekukan oleh SPRM, lebih baik mereka belajar berjimat dan tidak meletakkan calon di Port Dickson.

Begitu juga dengan Pas, Port Dickson bukanlah kawasan yang selamat bagi parti itu. Bertanding sendirian tidak selamat, membantu UMNO atau membantu MIC sepertimana mereka membantu MCA di Balakong juga tidak selamat sebenarnya.

Jalan paling selamat baik untuk BN, Pas, UMNO atau MIC ialah semuanya tidak meletakkan calon dan memberi kemenangan percuma kepada Anwar.

Dengan demikian itu, duit rakyat untuk perbelanjaan pilihanraya turut dapat dijimatkan. 

(ShahbudinHusin 12/09/2018)
Shahbudin dot com: LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON.....
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/lebih-baik-bn-pas-tak-letak-calon-di.html

Keputusan Langkah PD tak ikut saluran betul' - Zuraida
Penyandang ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa langkah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson seperti yang diumumkan hari ini tidak diputuskan melalui saluran yang betul.

"Tindakan yang dibuat sesetengah pemimpin PKR dilihat dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson.

"Setiap keputusan perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi dan demokrasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelakuan seperti itu mungkin menimbulkan tanggapan PKR kini dimanipulasi sesetengah kelompok.

Semalam, Naib Presiden PKR Tian Chua turut membidas Rafizi kerana menurutnya bekas anggota parlimen Pandan itu merancang PRK secara rahsia.

Ia susulan daripada kenyataan Rafizi bahawa "keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua orang dan hanya diselesaikan dengan beberapa orang di kalangan kita".

Sidang media pengosongan kerusi parlimen Port Dickson sebagai laluan kepada Anwar hari ini disertai calon timbalan presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata setiap anggota PKR dan juga rakyat Malaysia ingin melihat Anwar kembali ke Parlimen, tetapi ia mestilah diputuskan mengikut saluran yang betul.

"Penting untuk semua pimpinan menjunjung tinggi agenda reformasi yang kita perjuangkan. Saya amat berharap Anwar sendiri akan menyatakan pendirian tentang perkara ini," katanya yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat biro politik - badan pembuat keputusan eksekutif - semalam.

Difahamkan Zuraida dan ramai pemimpin utama parti tidak hadir ke mesyuarat itu. Anwar berada di Hong Kong, manakala Azmin di Vietnam sebagai wakil kerajaan dalam Forum Ekonomi Dunia.
-malaysiakini
at 9/12/2018 08:14:00 PTG
KERENGGA: Keputusan Langkah PD tak ikut saluran betul' - Zuraida
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/keputusan-langkah-pd-tak-ikut-saluran.html

Wednesday, September 12, 2018
Anwar buat kejutan bertanding di Port Dickson
Posted By: Pentadbiron: September 12, 2018 Print Email
Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Parlimen Port Dickson dalam langkah pertama bakal presiden PKR itu jadi perdana menteri, umum parti itu hari ini.

Kali terakhir beliau mengharungi pertandingan penting seperti ini ialah pada 1993 ketika mencabar Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden Umno, yang meletakkannya hanya setapak di belakang kerusi perdana menteri.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail berkata Anwar membuat keputusan untuk memilih Port Dickson selepas mempertimbangkan semua kerusi yang ditawarkan ahli Parlimen PKR kepadanya.

Anwar juga sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sementara Saifuddin turut memberitahu perkara berkenaan kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain, semalam.

The Malaysian Insight semalam melaporkan berdasarkan kepada boleh menang dan menyingkirkan faktor lain, kerusi terbaik untuk Anwar kembali ke Parlimen dalam pilihan raya kecil (PRK) ialah sama ada Port Dickson atau Selayang.

Penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah yang kali pertama menjadi wakil rakyat, akan memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Bagaimanapun, PKR perlu mengambil kira amaran yang dikeluarkan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang berpendapat Danyal sepatutnya kekal di kerusi itu untuk membawa isu berkaitan ketenteraan yang sering terlepas pandang kebajikan pesara tentera.

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata pimpinan PKR mesti faham kehadiran veteran tentera di Parlimen disokong oleh ribuan veteran dan dilihat sebagai wakil mereka, suara yang boleh diharapkan atas hal-hal melibatkan veteran.

Anwar perlu kembali ke Parlimen sebelum beliau dapat mengambil alih tugas daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh dua tahun. 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, September 12, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ANWAR BUAT KEJUTAN BERTANDING DI PORT DICKSON
http://wrlr.blogspot.com/2018/09/anwar-buat-kejutan-bertanding-di-port.html

Wednesday, September 12, 2018
Ahli parlimen Port Dickson gembira beri laluan pada Anwar
Posted By: Pentadbiron: September 12, 2018
ahli parlimen Port Dickson gembira beri laluan pada Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah mengatakan dia secara sukarela memberi lalu kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

“Setelah saya berbincang dengan pimpinan parti, Anwar ambil keputusan terima tawaran saya dan memilih PD untuk bertanding
“Saya dengan ini meletakkan jawatan saya sebagai ahli parlimen serta merta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dia turut mengatakan keputusan itu dimaklumkan kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Mereka berdua menerimanya dan beritahu akan memaklumkan kepada Anwar.

“Kemudian saya mengadakan beberapa mesyuarat bersama Anwar yang akur untuk menerima tawaran saya untuk bertanding di PD.” Katanya.

Keputusan Danyal itu membuka laluan untuk Anwar bertanding dan memenangi tempatnya di Dewan Rakyat. Anwar harus kembali ke Parlimen sebelum beliau dapat menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dalam masa dua tahun lagi.
Danyal, seorang bekas tentera laut adalah calon kejutan PKR pada saat akhir pencalon PRU 14 di satu-satunya kerusi parlimen Negeri Sembilan.

Beliau memenangi kerusi itu yang sebelum ini dikenali sebagai Teluk Kemang dengan majoriti 11,116 mengalahkan calon MIC VS Mogan serta calon PAS Mahfuz Roslan.

Dengan jumlah keseluruhan 61,000 pengundi, Port Dickson memiliki jumlah pengundi kelima terbesar dalam Negara yang menyumbang 9.44% pengundi dari kawasan itu.

Kerusi tersebut yang mempunyai komposisi kaum terdiri daripada 43% Melayu, 33% Cina dan 22% India memberikan margin 18.12% kemenangan untuk PKR.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, September 12, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: AHLI PARLIMEN PORT DICKSON GEMBIRA BERI LALUAN PADA ANWAR
http://wrlr.blogspot.com/2018/09/ahli-parlimen-port-dickson-gembira-beri.html

Wednesday, September 12, 2018
Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi
September 12, 2018 11:34 am 0

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkongsi sekeping gambar dilaman facebooknya bersama Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin untuk membincangkan isu-isu semasa ekonomi.
Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi
“Perbincangan dengan Tun Daim mengenai keadaan ekonomi semasa dan pengukuhan agensi-agensi Bumiputera, termasuk beberapa perkembangan kontemporari.” ujarnya.

Kedua-duanya adalah bekas menteri kewangan. Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, pada tahun 1991 manakala Daim sebagai menteri kewangan dalam kabinet yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat perdana menteri ke-4.

Walaupun Anwar dan Daim tidak secara rasmi berada dalam kabinet Pakatan Harapan kini, mereka masih menggunakan pengaruh bersama apabila mereka menjadi utusan khas negara ini ke China pada Julai lalu bagi menyelesaikan isu-isu ekonomi dan hubungan dua hala  Malaysia-China.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, September 12, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi
http://wrlr.blogspot.com/2018/09/anwar-bertemu-daim-bincang-isu-semasa.html

Kenapa Port Dickson? Ini jawapan Anwar

Selepas menimbangkan sejumlah kerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memilih untuk bertanding di Port Dickson selepas melihat betapa seriusnya anggota parlimen di situ, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya.

Kata Anwar lagi, beliau tambah tertarik selepas Danyal menyatakan hasrat untuk kekal membantunya di kawasan parlimen itu.

"Bukan beliau saja (yang tawarkan). Biasa dalam politik ada yang enggan, ada yang umum tapi tak berani lepaskan, ada yang serius, dan dia serius... Saya hanya pertimbang (tawaran) yang serius.

"Saya juga terkesan dengan personaliti Danyal. Beliau tak berbicara soal undur (sebagai MP), tapi bicara soal mahu bersama (sebagai) satu pasukan mantap... Beliau mahu terus aktif bersama saya di Port Dickson," kata bakal presiden PKR itu dalam wawancara menerusi Skype bersama Astro Awani.

Danyal hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk Anwar. Ia menjawab teka-teki kerusi yang bakal ditandinginya untuk kembali ke Parlimen. Mengulas lanjut, Anwar berkata telah bertemu dengan Danyal (kanan) untuk bertanya sendiri sebab mahu melepaskan jawatan itu.

"Beliau kata mahu kekal membantu di Port Dickson. Maknanya secara teknikal (Danyal) bukan undur... Dia juga kata ini satu penghormatan kepada Port Dickson dan Negeri Sembilan. "Beliau beri hujah yang baik. Jika diteliti kenyataannya, saya amat terkesan," katanya lagi sambil berkata sudah lama mengenali bekas pegawai kanan TLDM itu yang sebelum ini aktif dalam PKR Perak. Jika dipilih, kata Anwar, beliau akan memberi perhatian kepada aspek pembangunan, pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar. 

Pengumuman hari ini tidak tanpa kontroversi apabila penyandang ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa ia diputuskan tanpa mengikut saluran parti yang betul. Naib presiden Tian Chua juga membidas calon timbalan presiden Rafizi Ramli - yang turut sama dalam sidang media pengumuman hari ini - kerana menurutnya merancang PRK itu secara rahsia.

Pada PRU ke-14, Danyal mendapat 36,225 undi - atau 59 peratus daripada undi keseluruhan - berbanding calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594). Parlimen Port Dickson - atau nama lamanya Teluk Kemang - telah dipegang PKR sejak 2008. Kawasan itu merangkumi 45 peratus pengundi Melayu dan 55 peratus pengundi bukan Melayu (Cina 33 peratus, India 22 peratus).
-malaysiakini
at 9/12/2018 11:55:00 PTG
KERENGGA: Kenapa Port Dickson? Ini jawapan Anwar
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/kenapa-port-dickson-ini-jawapan-anwar-1.html

'Sudah masanya tinggalkan Pas'
NUR FARHANA ABDUL MANAN
Hairul Nizam (kiri) menyerahkan borang menyertai keahlian Amanah kepada AR Kamarul.
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Hairul Nizam Tohar mengumumkan keluar parti itu dan memilih menyertai Amanah, Isnin lalu.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berikutan kecewa Pas menjalin hubungan bersama Umno dalam dua PRK yang berlangsung baru-baru ini.

“Desas-desus Pas mahu jalin kerjasama dengan Umno dah lama kedengaran. Bila mereka umum untuk bergabung ketika PRK Dun Sungai Kandis, maka saya merasakan sudah sampai masa tinggalkan Pas.

“Keputusan ini dibuat atas dasar prinsip tidak boleh bersama kemungkaran dan kezaliman, bila Pas semakin akrab serta intim bersama Umno, saya tidak gembira,”katanya.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kuala Langat itu berkata, beliau kecewa Pas secara jelas menyokong MCA yang sebelum ini terang-terangan turut menentang hudud.

Katanya, tindakan Pas itu menyebabkan ramai dalam kalangan ahli Pas tidak selesa dengan suasana terbabit dan ia dapat dibuktikan apabila ramai ahli parti itu tidak turun mengundi.

“Pas dilihat semakin selesa apabila duduk sepentas bersama pimpinan Umno pada PRK Dun Seri Setia malah secara jelas menyokong MCA yang sebelum ini menentang hudud.

“Saya rasa mungkin ramai lagi akan meninggalkan Pas sama ada untuk bersama parti lain atau sekadar duduk diam,” katanya yang menyerahkan borang menyertai keahlian Amanah kepada AR Kamarul Hisham Yeop Hashim.
at 9/13/2018 12:30:00 PG
KERENGGA: 'Sudah masanya tinggalkan Pas'
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/sudah-masanya-tinggalkan-pas.html

... 

Tiada ulasan: