Rabu, 12 September 2018

Geowarisan. 8181.


Foto Omén Necrofis.
Pokok Cycad (kiri tengah) telah wujud daripada zaman Jura lagi.. dan masih wujud sehingga kini.. ia adalah pokok prasejarah atau lebih dikenali sebagai fosil hidup. Selain itu, pokok paku pakis menenruskan kelangsungan daripada zaman Karbon lagi sehingga kini.
Foto Omén Necrofis.
Omén Necrofis
1 Jun 2017

Beginilah rupa topografi kawasan Sunda pada 15,000 tahun lampau iaitu pada Zaman Glasier terkini. Air laut berada pada paras kurang 125m daripada aras sekarang.

Manusia purba/primitif (spt Perak Man) yang wujud pun mungkin masih tinggal di gua-gua dan bebas berjalan di kwsn yg luas.

Kawasan yg dibulatkan adalah kawasan berpaya atau lembangan sungai yg besar yg telah terbentuk mungkin sejak 1.6 juta tahun lampau (Zaman Kuartenari)..ada tumbuh-tumbuhan dan haiwan sungai/paya/tasik. Bahan- bahan organik dari tanah tinggi semuanya terlonggok di kawasan lembangan tersebut (drpd Sg. Mekong, Sg. Kelantan dan Sg. Pahang). Ahli geologi menamakannya sebagai Lembangan Melayu atau Malay Basin.

Apabila paras air laut naik... bahan organik ini ditimbus oleh sedimen laut... maka terhasilah minyak/gas petroleum... yg skrg ni sdg dkorek di perairan Terengganu-Kelantan-Sarawak dan kita sedang gunakannya sebagai bahan api kenderaan.

Ambo pernah melihat arang batu asalan bahan organik terutamanya tumbuh-tumbuhan dan cangkerang2 daripada luahan lubang2 gerudi di pelantar minyak di perairan Terengganu. Membuktikan bahawa kwsn ini dahulunya adalah kwsn yg ada tumbuh-tumbuhan dan hidupan sungai/paya atau tasik.

Movie 'Ice Age' mengambarkan suasana dan haiwan-haiwan yang pernah wujud ketika itu...

Selepas ini, ambo akan huraikan pula apa yang telah berlaku apabila air laut yg telah meningkat naik akibat peleburan atau pencairan ais glasier di entry yang akan datang. Semoga kita dpt memahami alam ini.. tempat di mana kita tinggal dari perspektif geologi berdasarkan bukti di lapangan.

Sayugia diberitahu bahawa.. kejadian geologi melibatkan masa ratusan juta tahun... sukar digambarkan apa yg berlaku jika dibandingkan dgn 'usia' kehidupan manusia ( yg mula wujud di bumi sekitar 200,000 tahun lampau).

Manusia sama sekali tidak menyaksikan kejadian-kejadian tersebut tetapi hanya dpt ditafsirkan berdasarkan bukti-bukti di lapangan oleh fosil dan batu-batan - yg hanya dpt ditafsir oleh ahli geologi
.#MemasyarakatkanGeologi
Info berkaitan:
Bumi Malaysia selepas tempoh glasier terakhir:
https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/2030439916983709?__tn__=K-R

Hala tuju cuaca dan Iklim bumi:
https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/2515660021795027
Foto Omén Necrofis.
Foto Omén Necrofis.
Satu lapisan sedimen ini.. mungkin terenap dengan mengambil masa ratusan atau ribuan tahun...
Foto Omén Necrofis.
Ramai yg bertanya ambo, apa status sebenarnya fosil di Aring...

Saya tak pasti samada maklumat dr UMK yg tidak tepat atau wartawan yg salah faham...

1. Daripada kajian fosil di kawasan Aring/Chiku, sejarah bumi tersingkap sekitar 255 hingga 235 jt. Usia kwsn jumpaan tu adalah sekitar 255-245 jt (sempadan zaman Permian-Trias) dlm persekitaran samudera.. dino hanya wujud dr 199-60 jt. Mungkin maksud umk tu lokasi penemuan tidak jauh dr fm koh yg berusia jura-kapur di mana batunya berpotensi menemui dino. Fosil dino tidak bole sama sekali ditemui di kwsn Aring disebabkan usia yg jauh berbeza. 

2. Di kawasan Aring juga ada beberapa lokasi fosil trias yg memberikan usia yg berbeza pd zaman trias.. ada 2 lokaliti bfosil yg memberikan usia Anisian (247-242 jt) dan Ladinian (242-235 jt)... semuanya berdasarkan kehadiran fosil indeks - ammonoid.

3. Fosil trilobite yg didakwa djumpai itu bukan berusia 450 jt... tetapi mungkin dr kumpulan Proetids... iaitu satu kumpulan yg dpt terus hidup sehingga Perm (252 jt); iaitu selepas semua spesies trilobite pupus pada usia Devon...



Mengikuti · 10 Jun 2017

Foto Omén Necrofis.
Panas2 sebegini.. molek meracun pokok2.... cuka sebotol + sabun Joy satu sudu.... utk tumbuhan herba shj ye...
Foto Omén Necrofis.
Kawasan Aring tidak sama sekali mempunyai fosil dinosaur kerana kawasan Aring pada 255-245 juta tahun lampau adalah persekitaran lautan. 

Fosil Dinosaur hanya bole ditemui dalam batu-batuan di kwsn Taman Negara seperti Tahan, Gagau, Tembeling, g. Berantai dan endau rompin. Dinosaur mula muncul sekitar 199 juta tahun lampau sebelum pupus selama2nya pada 60 juta tahun lampau. 

Hang Tuah tidak boleh berjumpa Pahlawan Mat Kilau pada satu masa. Nak cari tinggalan Mat Kilau kena cari di Jerantut, bukan di Melaka - begitulah perumpamaannya.

Ahli geologi harus bertanggungjawab dlm memberi maklumat yg betul kpd org awam. Harus dirujuk kepada ahli paleontologi terdahulu bagi mengelakkan kekeliruan dlm komuniti geologi, apatah lagi di kalangan orang awam.

Walau bagaimanapun... langkah memperkenalkan fosil kpd masyarakat harus dipuji.. cuma perlu ada pendekatan tertentu.
Foto Omén Necrofis.

Foto Omén Necrofis.

Foto Omén Necrofis.
Foto Omén Necrofis.
Berita dr ambo pagi nim.... bahagian Warisan ms 3, Berita Harian.
Untuk detail penyelidikkan... klik

http://www.gsm.org.my/content.php?id=54&pid=702001-100398
#MemasyarakatkanGeologi

....

Tiada ulasan: