Khamis, 27 September 2018

Musim kemarau di Indonesia dan kisah kebejatan di Malaysia. 8258.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 
Kemarau Panjang, Bendung Trompo Kendal Mengering
Eddie Prayitno
Kamis, 27 September 2018 - 10:47 WIB
Kemarau Panjang, Bendung Trompo Kendal Mengering
Bendung Trompo di Kendal, Jawa Tengah mengering akibat kemarau panjang. FOTO/iNews/EDDIE PRAYITNO
KENDAL - Musim kemarau yang berkepanjangan mengakibatkan debit air di sungai dan bedungan di Kendal, Jawa Tengah menyusut dan mengering. Ratusan lahan pertanian dibiarkan tidak digarap pemiliknya karena kesulitan mendapatkan air.

Seperti yang terjadi di Bendung Air Trompo Kendal, Jawa Tengah. Bendungan tampak kering dan hanya tersisa sedikit air padahal biasanya bendungan ini digunakan untuk mengairi sawah di dua kecamatan. Akibatnya ratusan hektare lahan sawah mengering, bahkan ada beberapa tanaman padi terancam puso. 

Salah satu warga Trompo, Kamid mengatakan, bendung Trompo mengering sejak hampir satu bulan terakhir karena kemarau panjang. "biasanya kalau tidak kemarau panjang masih ada debit air, sekali pun kecil. Karena kemarau panjang semua petani yang biasa mengandalkan air untuk tanaman pertanian sudah tidak bisa karena sungai kering," katanya, Kamis (27/9/2018).

Sementara itu, ratusan lahan pertanian dibiarkan pemiliknya karena tidak bisa tanam karena tidak ada air. Bahkan tanahnya mulai pecah sehingga pemiliknya membiarkan sawahya ditumbuhi rumput yang mulai mengering. Namun ada sebagian petani yang tanaman padinya masih tampak hijau. Karena tidak ada air, tanaman padi tersebut terancam gagal panen.
(amm)
Kemarau Panjang, Bendung Trompo Kendal Mengering
https://daerah.sindonews.com/read/1341641/22/kemarau-panjang-bendung-trompo-kendal-mengering-1538019979
BERITA TERKAIT
BERITA » Kes

Khamis, 27 September 2018 | 3:43pm
TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berucap pada Majlis Penutup Sambutan Hari Inovasi PDRM di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
Mahkamah putuskan status wang dituntut UMNO
Oleh Shamsul Munir Safini - shamsulmunir@nstp.com.my

GEORGETOWN: Polis menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung wang tunai RM116.7 juta yang dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan kini didakwa UMNO sebagai milik parti itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memulangkan wang itu sekiranya ia tiada kaitan dengan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita ada dua pilihan, ia bergantung kepada keputusan mahkamah sama ada wang itu dikendalikan mengikut tatacara jenayah atau dilucutkan hak.

“Polis mempunyai tempoh satu tahun untuk menyiapkan siasatan berkenaan kes itu yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

“Polis memerlukan masa bagi mengenal pasti nombor siri pada wang tunai dan rekod 12,000 barang kemas yang dirampas. Ini termasuk mengesan penjual dan pengeluar barangan itu,” katanya pada Majlis Penutup Sambutan Hari Inovasi PDRM di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Beliau mengulas permohonan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kembali wang tunai RM116.7 juta yang dirampas di kediaman Najib di Lengkok Duta dan sebuah apartmen di Pavilion Residences pada Jun lalu.

UMNO, menerusi writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi minggu lalu, mendakwa wang tunai berjumlah RM43.3 juta hilang ketika serbuan dan rampasan itu.

Noor Rashid berkata, berdasarkan siasatan semasa termasuk saksi, wang berkenaan diperoleh menerusi cara yang tidak sah .

Katanya, pihaknya mempunyai tempoh setahun untuk menyiapkan kertas siasatan namun ia tidak seharusnya sebegitu.

“Jika ia dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan, kami akan menyiapkannya. Bagaimanapun, kes ini memakan masa yang banyak dan banyak perkara perlu dilakukan namun kami akan cuba menyiapkannya secepat yang mungkin,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/478769/mahkamah-putuskan-status-wang-dituntut-umno

BERITA » Kes
Khamis, 27 September 2018 | 4:10pm
ROSMAH hadir ke SPRM Putrajaya semalam berkaitan kes pengubahan wang haram. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Rosmah akan dipanggil polis bagi bantu siasatan
Oleh Shamsul Munir Safini - shamsulmunir@nstp.com.my

GEORGETOWN: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan dipanggil polis dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barang kemas dipercayai miliknya yang dilakukan polis Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil Rosmah bagi membantu siasatan berhubung rampasan barangan kemas yang sebahagian miliknya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Buat masa sekarang, pihaknya sedang mengenal pasti identiti barangan kemas yang dirampas dan pakar serta syarikat yang berkaitan sedang memeriksanya.

“Selepas selesai semuanya, polis akan memanggil beliau untuk membantu siasatan terutama bagi membuat pengesahan adakah barang kemas itu miliknya,” katanya.

Noor Rashid berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga bakal berdepan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes dana 1MDB.

Tambah beliau, siasatan berhubung dana 1MDB masih dijalankan dan banyak lagi siasatan kes itu belum lengkap ketika ini dan ia mengambil sedikit masa.

Sebelum ini, Najib berdepan 21 pertuduhan kerana dakwaan berkaitan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

“Memang akan ada lagi pertuduhan membabitkan Najib kerana banyak lagi siasatan masih dijalankan terhadapnya termasuk di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasana (AMLATFA) 2001.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa kerana sebahagian bukti ada di luar negara dan kami perlu melalui pejabat Peguam Negara di negara berkenaan untuk mendapatkannya.

“Antaranya termasuk Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat dan ada dua tiga negara lain, kami sudah pun menghubungi AG mereka dan satu perbincangan sudah diadakan, namun siasatan ini akan mengambil masa,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Rashid berkata pihaknya tidak akan memanggil Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abd Azeez Abdul Rahim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Katanya, Azeez hanya akan dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis sekiranya hasil siasatan mendapati dia terbabit dalam 1MDB dan sehingga sekarang polis sudah mengambil keterangan 64 individu.

Pada sambutan hari ini, Noor Rashid menyampaikan hadiah kepada jabatan dan kontinjen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan komitmen tinggi dan cergas menyokong kegiatan serta budaya inovasi hingga peringkat akar umbi bagi meningkatkan kualiti penyampaian kepada masyarakat.

“Dua acara utama ditampilkan dalam sambutan ini iaitu Majlis Persada Inovasi PDRM dan Anugerah Inovasi PDRM.

“Majlis Persada Inovasi lebih memberi penekanan kepada usaha menggilap kebolehan dan kecekapan diri melalui Kumpulan Kreatif dan Inovatif manakala Anugerah Inovasi PDRM pula mengkhususkan kepada program atau projek bersifat inovasi dan berimpak tinggi,” kata Noor Rashid.

Pemenang terbaik bagi kategori Inovasi PDRM ialah dari kumpulan D’Aman III dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang mengusahakan projek Intervensi Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah kepada Pelajar Sekolah.

Kategori Penambahbaikan Majlis Persada Inovasi pula berjaya digondol Kumpulan Start Go Green (S3G) dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman yang memperkenalkan Sistem Laporan Go Green PDRM atas talian.

Kategori Penciptaan pula dimenangi Kumpulan Marine Invention dari Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Kuching Sarawak yang mencipta projek Kelewatan menguji enjin ‘outboard’ ketika tugas pembaikan di luar kawasan ( M-Poert)

Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/478784/rosmah-akan-dipanggil-polis-bagi-bantu-siasatan


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberi penjelasan kepada moderator John C Bussey sempena Pertemuan Antara Anggota-Anggota Majlis Perhubungan Luar (CFR) hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia atur usaha bawa balik Jho Low - PM
Daripada Yushaimi Yahaya - yushem@nstp.com.my

NEW YORK: Malaysia sedang mengatur ‘usaha persendirian’ bagi membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low dari China.

Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pendekatan itu dibuat kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

“Keadaannya agak rumit untuk kami menuduh China melindungi beliau, maka kami cuba menggunakan cara tersendiri untuk membawa Jho Low dari China,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Majlis Hubungan Luar yang dipenuhi hadirin di sini, semalam.

Jho Low kerap dirujuk sebagai perancang utama di sebalik skandal 1MDB.

Khamis lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didakwa dengan 25 pertuduhan rasuah membabitkan kira-kira RM2.3 bilion, dipercayai diperoleh daripada 1MDB.

Beliau mengaku tidak bersalah. Pihak berkuasa mendakwa lebih daripada 50 orang menerima dana daripada akaun berkaitan 1MDB.

Menjawab soalan berhubung dakwaan Jho Low kononnya beliau adalah aset perisik China, Dr Mahathir berpendapat China tidak beranggapan begitu.

“Saya tidak fikir China mempunyai rasa hormat terhadapnya,” katanya.

Ditanya pendapatnya mengapa China tidak menyerahkan Jho Low kepada Malaysia, Dr Mahathir berkata: “Mungkin dia menjadi bahan tawar-menawar atau pertukaran seperti itu.”

Kepada soalan berasingan, Dr Mahathir mengakui adalah mustahil untuk menangkap dalang sebenar kerana bilangan mereka yang terbabit ‘terlalu ramai’.

“Bilangan mereka yang terbabit dalam pengubahan wang haram adalah terlalu besar dan mustahil bagi kami menahan semuanya pada masa sama. Ia perlu dilakukan secara berperingkat.

“Kita perlu mendapatkan yang utama dulu. Oleh kerana kami perlu melakukannya mengikut undang-undang, ini akan mengambil masa.

“Kita tidak boleh menangkap orang sesuka hati dan menyumbat mereka ke dalam penjara seperti yang dilakukan sebelum ini, namun sekarang tiada lagi undang-undang sedemikian.

“Kita juga ingin mengemukakan bukti sahih yang diterima mahkamah dan untuk itu, banyak siasatan dan dokumen diperlukan dan itu semua memerlukan masa untuk menahan semuanya," katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia bekerjasama rapat dengan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, Peguam Negara Switzerland dan pihak yang berkaitan dengan siasatan terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/478705/malaysia-atur-usaha-bawa-balik-jho-low-pm

4018. Menilai demokrasi bertuankan Melayu. Satu perbandingan seorang hamba yang bertuankan Allah SWT. Part 1. 

Teuku Zacharyah Iskandar  

Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar... Allahuakbar Walillah Ilham.. Kubu Kuat UMNO di Sekamat dan Taman Delima Terburai... UMNO sudah tiada Kubu kuat lagi di Dun Kajang... 


Benteng UMNO mampu ditubangkan dalam PRK Kajang... Misi Jingga 13 telah berjaya... Syabas dan Tahniah di atas segala kerja keras Komrad Jingga 13 Malaysia 


Bukti UMNO bukanlah KEBAL tetapi BEBAL 

Teuku Zacharyah Iskandar

Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO. 


MCA dan Gerakan dah goyah bila banyak kubu UMNO berjaya diruntuhkan oleh PKR... Mereka memandang perkara ini secara serius.. Walaupun mereka berusaha bagi menjayakan pelbagai programe kerajaan termasuklah Transformasi Ekonomi nampaknya tidak membawa kesan yang besar bagi menarik sokongan rakyat terhadap BN... Buktinya PR masih mampu menarik sokongan 80 ribu rakyat terutama anak muda untuk berhimpun di dalam Stadium dan juga mampu mengerakkan 100 ribu anak muda turun berdemonstrasi... Statistik menunjukkan tiada sebarang kemerosotan sokongan rakyat terhadap PR sebaliknya generasi baru anak muda muda yg dahulunya masih d bangku sekolah kian ramai yang muncul membawa sokongan serta dukungan terhadap PR... kini Zamannya Generasi Muda bertempur dengan Generasi Tua dalam arena politik negara...Mereka Generasi yang mempunyai karisma dan jati diri, bermaklumat, teguh pendirian, Perjuangan mereka sukar dijual beli.. Mereka adalah wajah2 baru Bangsa Melaysia... _ Teuku Zacharyah Iskandar.. 

Shabila Love U

Setelah dikerat jadi 1/18 entry 
Sumber: (facebook.com/groups)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: