Jumaat, 7 September 2018

Ranjam seng teles. 8157.


Shafee sebelum ini menepis dakwaan tentang beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebagai “mengarut” “Saya tidak pernah dibayar RM9.5 juta untuk mendakwa kes Anwar,” katanya. 

Jho Low The 1MDB Pirate - Bersih Demonstration


Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 3 people, text
Anwar dedah ‘bukti’ Najib bayar RM9.5 juta kepada Shafee
FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan satu afidavit mendakwa 2 cek bernilai RM9.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Anwar Ibrahim terhadap pensabitan liwat pada 2015.

Siti Rahayu Mohd Mumazaini, 34, berkata cek itu didepositkan ke akaun bank CIMB milik Shafee pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

“Maklumat ini diperolehi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah perintah bawah Seksyen 44(1) AMLA dikeluarkan untuk membekukan akaun Shafee di CIMB,” kata Siti Rahayu, merujuk kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Afidavit itu dikeluarkan Anwar hari ini, dilampirkan bersama salinan penyata bank akaun Shafee dan gambar fotokopi 2 cek daripada Najib.

“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi-institusi kita untuk mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan agar rakyat Malaysia malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita,” kata Anwar ketika mengeluarkan afidavit itu.

Anwar tahun lepas memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Mahkaah Tinggi pada November tahun lepas membatalkan tuntutan itu, mengatakan Anwar tidak menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya.

Anwar berkata afidavit oleh Siti Rahayu ini membuktikan dakwaannya tentang pembayaran kepada Shafee itu.

“Saya percaya dalam Malaysia Baharu ini kita tidak boleh berkompromi dalam komitmen kita terhadap kedaulatan undang-undang dan mengembalikan kredibiliti institusi kehakiman serta para peguam. Salah guna kuasa seperti ini tidak patut dibenarkan berterusan, dan mesti ada pertanggungjawapan,” katanya.

Anwar diberi pengampunan diraja sebelum dibebebaskan dari penjara selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya Mei lalu.

Shafee sebelum ini menepis dakwaan tentang beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebagai “mengarut” “Saya tidak pernah dibayar RM9.5 juta untuk mendakwa kes Anwar,” katanya.

Anwar dalam tuntutannya tahun lepas berhujah keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan pada 2014, yang mendapati beliau bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilakukan secara tidak berperlembagaan.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar Anwar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun.

Anwar hari ini berkata Shafee tidak patut dibenarkan mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

“Pelantikan seorang pendakwaraya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut.

“Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi,” tambahnya.
at 9/07/2018 12:00:00 PG
KERENGGA: Anwar dedah ‘bukti’ Najib bayar RM9.5 juta kepada Shafee
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/anwar-dedah-bukti-najib-bayar-rm95-juta.html
Foto Ijam Ijam.
Godong seng amoh. Kangen west ambrok. Rondo seng kontaL.
Thursday, 6 September 2018
BIAR BETUL PAS NI?
Menurut apa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehan Mukhyi, negara kini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang sangat baik apabila keputusan PRU14 lalu menyaksikan BN tumbang kepada Pakatan Harapan.

Bukan sekadar Melayu hilang kuasa, malah rakyat hilang sebuah kerajaan yang sangat baik, kata beliau yang juga AJK Pas Pusat.

Dalam erti kata lain, di mata Pas sekarang, kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan UMNO sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang jauh lebih baik berbanding Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat.

Biar betul Pas ni?

Apakah kerajaan yang meninggalkan hutang melebihi RM1 trilion boleh dikategorikan sebagai kerajaan yang sangat baik?

Apakah apabila ketua kerajaannya, Najib yang terlibat dengan skandal 1MDB sehingga hutang-hutangnya terpaksa dibayar dengan wang rakyat, maka kerajaannnya  masih mahu dianggap sebuah kerajaan yang sangat baik?

Adakah apabila di rumah bekas ketua kerajaan yang berjaya ditumbangkan iaitu Najib dan isterinya, Rosmah Mansor ditemui wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah bernilai RM1.1 bilion selepas kejatuhannya, itu menunjukkan kerajaan BN sebelum ini sangat baik?

Apakah pentadbiran BN yang menyebabkan wang bayaran balik GST berjumlah RM19 bilion dan cukai LHDN yang terlebih bayar sebanyak RM16 bilion, tetapi gagal dikembalikan boleh dikira sebuah kerajaan yang sangat baik?

Apakah kerajaan yang suka bermewah, banyak membazir dan kemudian meletakkan semua beban itu di bahu rakyat benar-benar sebuah kerajaan yang sangat baik?

Sekali lagi pertanyaan...biar betul Pas ni?

Atau sekarang ini Pas sedang mabuk apa agaknya? 

(ShahbudinHusin 06/09/2018)
Shahbudin dot com: BIAR BETUL PAS NI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/biar-betul-pas-ni.html

THURSDAY, SEPTEMBER 06, 2018

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Hasbunallahu wa ni’mal wakil."

Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.” (Surah Ali-Imran: 173)

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?.” Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah.” 

Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut-nyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.

Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah "Hasbunallah wa ni’mal" wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah Subhanahuwatalla. 

Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya. Oleh itu, jika anda mendapat sebarang musibah, masalah, tekanan atau kemurungan, usahlah melakukan perkara-perkara di luar batasan dan meratapi masalah yang menimpa, kerana itu semua tidak dapat mengubat kelukaan hati, ia cuma menambahkan dosa dan kesakitan dalam hati anda. 

Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia dan akhirat.. In Syaa Allah.

Posted by Editor at 20:46 
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/hasbunallahu-wa-nimal-wakil.html
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/hasbunallahu-wa-nimal-wakil.html

44 comments:


Kluangman6 September 2018 at 22:12 
Bercinta, kentut pun wangi.

awang kualaberang6 September 2018 at 23:08
mabuk bau kentut jadi loklak khayal macam pil kuda juga ke???

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:02
Mahasiswa akan buat bantahan jika Maszlee enggan letak jawatan
FMT Reporters - September 6, 2018
Share

Gamis mendakwa Maszlee Malik seolah-olah “gelap mata’ apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Bantahan secara besar-besaran akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jika Menteri Pendidikan Maszlee Malik enggan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti itu, kata pertubuhan mahasiswa Islam.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya memberikan tempoh selama 7 hari bermula esok kepada Maszlee untuk meletakkan jawatan, memandangkan keputusannya itu menimbulkan kemarahan mahasiswa.

“Sekiranya beliau masih berdegil untuk memegang jawatan tersebut, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh mahasiswa Malaysia.

“Ini adalah amaran dan janji daripada kami. Percayalah, apabila kami berjanji, kami akan tunaikan janji kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

“Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya.

Faizzuddin berkata, Maszlee seolah-olah “gelap mata” dengan kehidupan mewah apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri, hingga lupa prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi universiti awam daripada pengaruh politik.

“Gamis menyeru kepada Maszlee untuk bermuhasabah, bertaubat dan kembali memikirkan soal perjuangan untuk menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya.

“Bahkan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang sudah ditaburkan sewaktu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) yang lalu,” katanya.

Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai Presiden UIAM yang baharu.

Lim yang juga pengerusi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang pula jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan.

UIAM dalam kenyataannya, bagaimanapun mempertahankan Maszlee sebagai presiden baharu, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

UIAM juga berkata, pelantikan Maszlee disokong Rektor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.


EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:09
‘Bukan Umno saja, PH pun kita jemput’
Takiyuddin Hassan
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR 6 SEPTEMBER 2018


SHAH ALAM - Jemputan untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar Pas ke-64 pada 15 September ini terbuka kepada semua parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya dalam proses untuk menghantar semua jemputan tersebut termasuk kepada Umno dan PH.

“Ini merupakan muktamar pertama selepas PRU14, maka Pas telah buat keputusan untuk memanjangkan jemputan majlis perasmian muktamar kepada semua parti. Sama ada parti-parti yang dulu jadi kerajaan kini sudah jadi pembangkang iaitu Umno, MIC dan MCA atau parti yang sekarang jadi kerajaan.

“Untuk PH pun kita akan panjangkan jemputan. Jemputan ini kepada semua parti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Umno akan menghantar wakilnya ke Muktamar Pas di Kuala Terengganu sekiranya mendapat undangan.

Menurut Takiyuddin, ini merupakan kali pertama Umno dijemput dan ia adalah atas dasar semangat pembangkang.

Ditanya sama ada Pas akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini, Takiyuddin berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu.

“Jika ada jemputan, kita akan bawa ke dalam mesyuarat untuk bincang mengenai kehadiran Pas. Buat masa sekarang tak ada jemputan lagi,” katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Muktamar Pas ke-64 pada 15 September di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.


EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:17
PAS: Malaysia hilang kerajaan sangat baik sejak PRU14
Anne Muhammad | Diterbitkan 6 Sep 2018, 2:48 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 3:47 petang


Jika pemimpin Umno mendakwa orang Melayu sudah kehilangan kuasa di negara ini sejak 9 Mei lalu, PAS pula melihat suasana semasa lebih parah.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Sallehen Mukhyi berkata parti itu berpendapat negara ini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang "sangat baik" apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya.

“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

"(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (HARAPAN) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah HARAPAN, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

"Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya pada sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada 2 Sept lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan orang Melayu di negara ini sudah kehilangan kuasa.

Berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu Pasir Salak di pekan Kampung Gajah, Perak Tajuddin berkata kerajaan HARAPAN hari ini dikawal oleh kalangan bukan Melayu.

Hakis semangat beragama

“Lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan hari ini dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.

"DAP sendiri mempunyai lima atau enam jawatan, dan mereka juga mempunyai lebih banyak timbalan menteri. Separuh daripada kerajaan adalah kerajaan DAP," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.

Bagaimanapun untuk rekod, 17 daripada 28 menteri dalam kerajaan HARAPAN sekarang ialah Melayu Islam.

Kata Sallehen ketika ini orang Islam di negara ini semakin terhimpit dengan pelbagai isu termasuk fahaman liberalisme dan amalan Syiah.

Selain itu katanya, isu berkaitan akidah lebih besar berbanding Melayu.
“Hari ini bagi saya jika kita cakap tentang isu Melayu, tapi sebenarnya ia merentasi kehidupan orang Islam yang semakin terhimpit, bentuk kehidupan umat islam bercelaru dengan fahaman yang masuk.

"Bukan setakat liberal, amalan Syiah terbuka mengancam akidah - itu saya fikir isu lebih besar daripada kekuasaan (orang Melayu).

“Hari ini dalam kerajaan HARAPAN yang paling mendominasi ialah DAP.

“Jadi sebab tu saya percaya rakyat melihat mereka mempunyai agenda tersendiri, bukan sekadar melupakan kekuasaan orang Melayu tapi pada waktu sama menghakis semangat hidup beragama dalam negara,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.


EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:19
PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud = ANTI TAKZIR = KENCING HANCING SATU MALAYSIA

fauziasmara7 September 2018 at 01:21
....mabuk ketum nii....

Yoe Hanafi7 September 2018 at 02:41
PAS dulu parti keliru dan celaru..sekarang sudah gila..

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:28
Seronak jadi presiden parti Islam liberal Amanah rahmatan lilaalamin
Mat Sabu ini tak boleh jumpa perempuan, mula menggatai. Sebelum ni dengan Zaza. Kata nak saman sampai hari senyap aje 'tutup kotei'. (sesuai dengan isu ceramah Mat Sabu di kedah)

Dengar cerita "Haji Ikram" sedang buat persiapan nak guling si Mat Sabu ni pada konvesyen mereka tahun depan.

Nampaknya perang besarlah...
: Siapa nak ganti Salahuddin atau Husam?....


EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:30
Cabar Najib Hidup RM1500 sebulan, Atuknya si Mahathir tu mampu ke hidup RM1050 sebulan?

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean. 

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, perdana menteri hanya perlu melalui cara hidup itu selama sebulan untuk menilai sendiri bebanan ditanggung rakyat. 

“Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu…boleh hidup tak, senang tak?” soalnya yang memilih jumlah itu kerana mendakwa ia adalah purata gaji kebanyakan rakyat Malaysia.

Habis Mahathir putus gaji minimum RM1050. Tak nak cabar ke Mahathir hidup dengan gaji RM1050 sebulan?

Makin hari makin nampak celaru menteri kerajaan PH.
Lagi celaru mereka pertahankan tindakan dengan menipu rakyat.

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:32
Sebat, Pendirian Kerajaan PH Songsang Dan Sumbang

1. Kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua pesalah yang cuba melakukan musahaqah menunjukkan pendirian songsang dan sumbang Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ini.

2. Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana undang-undang Islam adalah di bawah Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah membuat keputusan ini berdasarkan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama. 

3. Hakim dalam menentukan kadar hukuman bukan sahaja menilai keadaan pesalah sebaliknya turut mengambil kira implikasi kesalahan yang dilakukan itu terhadap kepentingan awam melibatkan agama dan masyarakat. Tambah pula, menurut perspektif Islam malah juga dari sudut nilai moral dan naluri kemanusiaan, kesalahan musahaqah ini adalah perlakuan songsang yang sangat mencemar maruah dan kehormatan masyarakat dan sangat berat sehingga boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. 

4. Justeru, sama ada ia merupakan kesalahan kali pertama atau kali ke-berapa pun, adalah munasabah hukuman pengajaran seperti sebat syarie dijatuhkan sebagaimana peruntukan undang-undang itu bagi memberi amaran dan mesej nasihat bukan hanya kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat agar tidak melakukannya. 

5. Mengatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan itu telah mempamerkan Islam bengis hanya memperlihatkan betapa tidak cermat dan jahilnya YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet Kerajaan terhadap kaedah hukuman sebat syarie yang sebenar - sangat ringan dan tidak mencederakan kulit langsung. 

6. Sangat malang, saya mengandaikan tiada dalam kalangan ahli kabinet termasuk yang berpendidikan agama memberikan pencerahan tentang kaedah hukuman sebat syarie ini kepada kabinet. Sebat syarie jauh lebih ringan berbanding kaedah sebat dalam undang-undang sivil yang menyakitkan dan mencederakan. Sebaiknya kabinet mempertikaikan hukuman sebat sivil berbanding mempertikaikan hukuman sebat syarie. 

7. Ia bukannya mempamerkan wajah bengis Islam sebagaimana dakwaan songsang kabinet malah sebenarnya memaparkan wajah ihsan dan rahmatnya pelaksanaan sebat syarie. Sebaliknya sebat sivillah yang telah memaparkan wajah bengis undang-undang negara yang telah diterima pakai dan diamalkan sejak dahulu hingga sekarang. Itulah yang sepatutnya lebih utama dipertikaikan oleh kabinet. 

8. Adapun imej buruk yang kononnya dipaparkan oleh sebat syarie ini sebagaimana dakwaan kabinet, suka saya tegaskan bahawa imej buruk itu terpapar apabila perlakuan songsang disokong dan dibela oleh pemimpin bergelar Muslim. Sebaliknya, menghukum sebagai pengajaran terhadap perlakuan sumbang ia adalah lambang betapa Islam adalah agama yang terhormat dan mengangkat nilai kehormatan diri masyarakat daripada terjebak dalam perlakuan songsang dan sumbang.

9. Islam dicemuh bukan kerana hukuman sebat syarie itu, tetapi kerana ada dalam kalangan pemimpin Kerajaan yang beragama Islam lemah jiwa dan imannya serta tidak bersifat "izzah" dan tegas terhadap kemungkaran menyebabkan orang yang jahil dan pihak yang memusuhi Islam bertambah selesa untuk terus memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

10. Saya mengira kabinet pimpinan PH telah memberi mesej yang salah tentang sikap dan pendirian mereka terhadap amalan songsang. Saya berharap agar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan dapat memperbetulkan semula pendirian yang songsang dan sumbang ini.

Sekian.
”Sejahtera Bersama Islam”

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:34
Naik gaji RM50 penuh troli

Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.

: 22 tahun pegawai kerajaan merana zaman atuk ini. Kini pegawai kerajaan nak tambah lagi merana kerana kebodohan pimpinan PH terikut dengan atuk ini.... 

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:35
Sivarasa Rasiah pula kritik pelantikan Maszlee

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menggesa keputusan melantik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dikaji semula. 

Sivarasa berkata, langkah itu perlu dilakukan supaya ia selaras dengan semangat membebaskan instiusi pendidikan termasuk UIA daripada pengaruh politik dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti untuk mentadbir. 

“Saya juga terkejut dengar pengumuman itu dan saya rasa adalah wajar keputusan melantik Maszlee dikaji semula supaya ia selaras dengan semangat yang disebut dalam manifesto kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) di Glenmarie, Shah Alam, malam tadi. 

Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

“Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan PH tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya. 

Sivarasa berkata, tidak dinafikan kesilapan dalam kalangan pemimpin boleh berlaku, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengumumkan perlantikan dirinya sebagai menteri pendidikan sebelum ini. 

“Walaupun kita kadang-kadang buat silap, tetapi ia boleh dibetulkan, macam perdana menteri sendiri sebagai contoh, sebelum ini dia umumkan akan ambil portfolio perdana menteri bersama menteri pendidikan. 

“Tetapi apabila beberapa orang sudah tunjukkan kepada beliau (Dr Mahathir) bahawa itu bercanggah dengan manifesto, maka perdana menteri buat keputusan untuk berundur,” katanya.

Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai presiden UIAM yang baru. 

Yi Wei yang juga pengerusi Pemuda DAP Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan. 

UIA dalam kenyataannya bagaimanapun mempertahankan lantikan Maszlee sebagai presiden baru mereka, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 

Bukan itu sahaja, UIA juga menambah pelantikan Maszlee juga disokong oleh Rektor universiti berkenaan, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. 

Maszlee dilantik menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat pada Jun lalu.

: PH dah mula tunjuk angkuh tidak menerima teguran.... 

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:37
Pelantikan Maszlee hanya salin kulit PH dan BN

Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sangat tidak munasabah, kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. 

Beliau berkata, tradisi melantik orang politik dalam jawatan di sesebuah universiti sepatutnya diubah dan dipertimbangkan dengan cara melantik tokoh ilmuan lain. 

“Tak munasabah Menteri Pendidikan memegang jawatan tersebut, patut beri peluang kepada tokoh ilmuwan lain yang boleh beri lebih fokus. 

“Pelantikan ini menggambarkan tiada beza antara kerajaan PH dan BN. Hanya salin kulit sahaja. Tetap meneruskan tradisi melantik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian. 

Semalam, Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Dr Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu.

Dalam masa sama, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Dr Maszlee bercakap tidak serupa bikin apabila menerima jawatan berkenaan. 

Ia berikutan, sebelum ini Maszlee pernah berjanji kerajaan PH tidak akan memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, termasuk dirinya. 

“Yang membuat kami terkejut apabila YB menerima jawatan Presiden UIA, pada masa sama Setiausaha Politik YB pula dilantik Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia 

“Kotakan janji YB, lantiklah tokoh cendekiawan yang dihormati rakyat untuk mengemudi universiti dalam era kerajaan baharu ini,” kata Asyraf Wajdi. 

: Sudahlah janji 100 hari tak dilaksanakan janji lain pun mereka 'kencing' juga.... 

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:38
UMNO dan Pas akan hadir muktamar & perhimpunan agong

SHAH ALAM 6 Sept. - Tautan kerjasama antara UMNO dan Pas semakin erat apabila kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengesahkan akan hadir dalam perhimpunan agung serta muktamar parti masing-masing yang berlangsung bulan ini. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin Pas hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini, manakala Pas juga akan berbuat perkara sama bagi muktamar di Terengganu bermula 14 September.

“Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung). 

“UMNO akan jemput Pas, Pas akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Pas Selangor di Ibu Pejabat Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini.

: Hubungan UMNO-PAS makin erat fitnah kini telah menjadi nyata. Yang fitnah mungkin tension.... 

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:40
Saya dah isytihar harta, Halimey bila lagi, soal Halimah

SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dicabar untuk mengisytiharkan hartanya sebelum tiba hari pengundian. 

Calon PAS, Dr Halimah Ali berkata beliau bersedia dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta kerana pernah berbuat demikian ketika menjadi exco kerajaan negeri, sebelum ini. 

“Sebenarnya saya punya dah ada dalam dokumen kerajaan negeri Selangor masa exco itu, dan saya tiada tambahan apa-apa lagi selain kereta Camry yang saya beli 10 tahun lepas. 

“Jadi saya akan tambah kereta itu sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Selangor, hari ini.

Tambahnya, lebih “molek” Halimey turut mengistiharkan hartanya seiring dengan perjuangan reformasi PH yang sering dilaungkannya. 

“Kita tidak mahu orang yang memegang jawatan yang melibatkan rakyat menggunakan jawatan tersebut, lebih-lebih lagi dia dalam kerajaan. 

“Jadi dia tidak pernah isytihar sebelum ini, saya sudah,” katanya. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang turut berada di sidang media itu berkata mesyuarat PAS-Umno yang diadakan hari ini memutuskan agar Halimey mengisytihar hartanya. 

“Penting untuk kita melahirkan pemimpin yang berintergriti. Kita nak rakyat berpeluang untuk memilih calon yang paling layak, bersih, cekap dan penuh berintergriti. 

“Kita kena isytihar harta, biar rakyat tahu pemimpin yang mereka mahu pilih itu tidak akan menyalahgunakan kuasa bila diberi kuasa,” katanya. 

Esok merupakan hari terakhir bagi kedua-dua calon itu berkempen sebelum tiba hari pengundian pada Sabtu ini.

: PH kena tunjuk yang calonnya adalah berintergriti.... 

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:44
Rotan: Fokus sebat atau LGBT? - Pas
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR 6 SEPTEMBER 2018

SHAH ALAM - Pas kesal terhadap kenyataan Kabinet berhubung kes rotan yang dijalankan oleh mahkamah tinggi syariah di Terengganu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada di luar bidang kuasa kerajaan Pusat.

"Pas menyeru kerajaan PH memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.

"Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa, meskipun ia suatu kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.

Dr Mahathir berkata, umum mengetahui ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Menurut Tuan Ibrahim, tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah ALLAH SWT dalam Surah An-Nur Ayat 2.

"Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Jangan kita mendahului ALLAH dan Rasul dalam urusan hidup dunia ini," katanya.

Katanya, hukuman ke atas pesalah dengan enam kali sebatan syarie langsung tidak menyakiti apa lagi mencederakan pesalah.

"Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah dia bertaubat dan memohon keampunan ALLAH di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

"Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah," katanya.

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:47
Hina Sultan Johor: Umno Pulai lapor polis
MOHD FIRDAUS YON 6 SEPTEMBER 2018
Rokiah (tengah) bersama ahli Umno Bajahian Pulai di hadapan Balai Polis Tampoi.

JOHOR BAHRU - Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab yang menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Laporan polis tersebut dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Pulai, Rokiah Hassan kira-kira jam 5.40 petang di Balai Polis Tampoi, di sini, hari ini

Rokiah berkata, kenyataan melalui akaun laman sosial Facebook terbabit disedarinya sekitar jam 12.30 tengahari ketika berada di pejabat Umno Bahagian Pulai.

“Saya terbaca satu posting di Facebook yang turut memuat naik gambar Sultan Johor dengan kenyataan biadab dan menghina.

“Saya mewakili Umno Bahagian Pulai dan juga anak jati Johor membuat laporan kerana sangat tidak berpuas hati terhadap individu tersebut kerana telah menghina DYMM Sultan Johor,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Rokiah berkata, penghinaan seumpama itu memperlihatkan serangan terhadap institusi diraja dengan penyerang terbabit bersembunyi di sebalik laman sosial.

“Sultan Johor tidak patut diberikan penghinaan sebegitu kerana selama ini kita tahu Sultan Johor ialah sultan yang dekat dengan rakyat.

“Tuanku tetap berada bersama dengan kita. Kita sebagai rakyat Johor tetap akan taat setia kepada Sultan Johor. Ini adalah satu penghinaan yang tidak dapat kita terima,” katanya.

Menurutnya, Umno bahagian itu mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun laman sosial terbabit.

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:52
Sebat: Pandang hukuman secara positif
AIMAN SADIQ ABDULLAH 6 SEPTEMBER 2018
Muhamad Hafizuddin Abdul Rahim dan Nor Asfa Yusuf

KUANTAN - Rakyat Pahang menyambut baik pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah golongan songsang di khalayak ramai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rakyat juga berharap pelaksanaan hukuman tersebut dapat segera dijalankan di negeri ini.

Seorang penjawat awam, Muhamad Hafizuddin Abdul Rahim, 28, berkata dirinya memandang perkara ini ke arah positif kerana dilihat dapat membanteras gejala songsang daripada berleluasa.

"Hukuman sebat di khalayak ramai pada dasarnya cukup bagus untuk memberi kesedaran kepada pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.

“Hukuman ini juga mampu memberi kesan mendalam serta pengajaran kepada masyarakat terutama pesalah kerana memberikan pengajaran yang amat berguna,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang peniaga, Nor Asfa Yusuf, 26, turut menyambut baik tentang pelaksanaan hukuman tersebut namun perlu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan timbul salah faham.

“Pelaksanaan hukuman seperti ini perlu dihebahkan secara langsung kepada orang ramai termasuk kaedah sebatan yang hendak dilaksanakan terhadap pesalah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah), Zulkefly Senek berkata, pihaknya berharap masyarakat tidak memandang negatif perkara ini yang dapat menjadi titik tolak membendung amalan itu dengan lebih tegas

"Hubungan songsang ini perlu dibendung dan kita percaya hukuman sebatan ini menghantar mesej bahawa perbuatan tidak sesuai dan salah seperti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) tidak wajar dilakukan,” katanya

"Hukuman berkenaan boleh dijadikan bentuk pendidikan untuk mendidik anak muda mengenai kesalahan amalan LGBT sekali gus menangani penularan gejala itu yang semakin membimbangkan," katanya.

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:54
Tommy Thomas pemurah, baik hati gugur kes
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN 6 SEPTEMBER 2018
Jamal Md Yunos

PUTRAJAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memuji sikap pemurah Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

Ini berikutan sejak Pakatan Harapan berjaya mentadbir kerajaan, banyak kes yang telah dikemukakan terhadap beberapa individu seperti bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan, Datuk Jamal Md Yunos digugurkan dan ditarik balik.

Justeru katanya, beliau mengambil kesempatan sikap itu agar Thomas menyemak dan menarik balik pertuduhan dikemukakan kepadanya.

"Hari ini saya mengambil kesempatan atas pemurah peguam negara untuk beliau juga menarik juga kes- kes yang sedang saya hadapi," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga diseru agar tidak melepaskan kemarahan terhadap Thomas kerana sikap tersebut.

"Jangan marah kepada AG. AG ini cukup baik hati berbanding dengan sebelum ini semua jahat- jahat," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berhadapan dengan kes mahkamah diminta menulis surat rasmi atau menghantar representasi kepada peguam negara.

"Yang marah di sebelah sana itu kerana mereka tidak memohon. Jadi kalau tidak mohon macam mana AG nak lepaskan," katanya sambil tersenyum.

Jamal berkata, tindakan Thomas juga membantu mengurangkan kesesakan banduan di dalam penjara.

"Kuranglah orang masuk penjara. Perbelanjaan kerajaan pun jimat maklumlah negara dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya," katanya.

Terdahulu, Jamal tiba di pekarangan bangunan Jabatan Peguam Negara jam 2.45 ditemani peguamnya, Datuk Imran Tamrin.

Beliau kemudiannya meluangkan masa selama lima minit dengan pegawai Thomas untuk menyerahkan surat permohonan tarik balik tiga pertuduhan yang sedang dihadapinya.

"Saya ada tiga kes sedang berjalan di mahkamah dan dua lagi akan didakwa dalam masa terdekat manakala 25 kes sedang disiasat," katanya.

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 22:56
Najib tanya apa jadi kepada dua tuduhan terhadap dirinya
MOHD HAFIZ ISMAIL 6 SEPTEMBER 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan mengenai perkembangan dua tuduhan terhadap dirinya sebelum PRU14 iaitu kehilangan dana rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM160 bilion dan 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan.

Katanya, selama lima bulan memerintah, PH boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati bagi mencari bukti tetapi, sehingga sekarang, tiada pengumuman atau kenyataan bagi kedua-dua tuduhan serius ini

Berikut merupakan kenyataan penuh Najib:

Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

(Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)

Saya juga ingin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

Yang pertama ialah tuduhan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan Forex ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.

(Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari mata wang asing kepada ringgit dalam usaha mempertahankan nilai ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)

Kedua ialah tuduhan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat "saya bersaksi dengan ALLAH" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik tiga individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama ALLAH telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 23:28
Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus - Hanif Omar
Bernama | Diterbitkan 6 Sep 2018, 9:43 malam | Dikemaskini 6 Sep 2018, 9:44 malam

Hanya tinggal 12 peratus sahaja Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara ketika ini berbanding 50 peratus yang diperuntukkan kepada orang Melayu sebelum ini, kata Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tun Hanif Omar.

Beliau berkata peratusan itu diperolehi hasil siasatan Biro Integriti MPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Zaman Khan.

Menurut Hanif, penyusutan itu berlaku apabila ada pihak yang mengambil TRM untuk membuat pembangunan seperti jalan raya, namun tidak menggantikannya semula.

"Jika ada penggantian, tuan tanah sendiri berpakat dengan pegawai terlibat tidak mahu tanah itu dijadikan TRM kerana tanah ini tidak boleh dijual kepada kaum lain, tetapi jika jual kepada orang Melayu harganya akan menjadi murah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menjadi panel Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di universiti itu di Shah Alam, hari ini.

Sehubungan itu, Hanif yang juga bekas ketua polis negara berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan kerajaan dan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara itu seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Konvensyen Karamah Bangsa menghimpunkan tokoh ilmuan serta pemikir Melayu bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UiTM.

Selain itu, ia bertujuan menanam semangat kecintaan serta rasa bangga generasi muda terhadap kedua-dua institusi tersebut yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Turut menjadi panel pada konvensyen sehari itu ialah pengamal undang-undang Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub, manakala penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling bertindak selaku moderator.

- Bernama

EVERLASTINGKNIGHT6 September 2018 at 23:32
PAS seru k'jaan benarkan negeri laksana hukum syarak
Diterbitkan 6 Sep 2018, 6:45 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 6:53 petang

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberikan peluang negeri-negeri melaksanakan hukum syarak.

"PAS menyeru kerajaan HARAPAN memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.

"PAS melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kabinet berhubung kes rotan yang dijalankan oleh mahkamah Tinggi Syariah di negeri Terengganu.

"Kenyataan kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada diluar bidang kuasa kerajaaan pusat," katanya dalam suatu kenyataan hari ini yang mengulas isu sebatan terhadap dua pasangan lesbian di Terengganu.

Anggota parlimen Kubang Kerian juga berkata hukuman sebat syariah jauh lebih ringan daripada hukuman rotan mahkamah sivil.

"Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan?

"... hukuman tersebut jauh lebih ringan dari sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat," katanya.

Kehadiran orang awam

Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman sebatan di khalayak ramai seperti di Terengganu awal minggu ini.

“Sama ada ia patut dilakukan di khalayak ramai atau tidak, secara peribadinya saya tidak setuju,” katanya yang turut memaklumkan perkara berkaitan mahkamah syariah terletak bawah bidang kuasa negeri, bukan kementeriannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pada 3 September lalu berkata pihaknya mengambil pendirian bahawa hukuman sebat ke atas dua pesalah syariah di Terengganu berkenaan dijalankan mengikut proses undang-undang negeri.

Katanya, pihaknya turut mengikut perkembangan kes tersebut dan difahamkan hukuman dijatuhkan mengikut kaedah Islam.

Bagaimanapun beliau berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan perlu dilihat semula.

Mohammad Azren6 September 2018 at 22:48
Pas sudah merasa betapa nikmatnya Bertaawun dengan Penyamun. Sedang menyedut kembali kahak yg diludahkan kepada Umno. Pas dibawah kepimpinan Hadi semakin berserabut.

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:21
Bodoh PH, mereka ingat cukai soda boleh selesai masalah obesiti

Sebuah badan penyelidikan dasar awam menasihatkan kerajaan berhati-hati terhadap cadangan cukai soda kerana masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai memandangkan minuman soda bukan satu-satunya penyumbang terhadap masalah obesiti. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, keluarga berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian wang ke atas minuman soda sebagai sumber tenaga murah akan terjejas dengan pelaksanaan cukai itu. 

Katanya, kajian dan pengalaman di negara lain yang melaksanakan cukai sedemikian, seperti Chile, Mexico dan United Kingdom (UK), menunjukkan cukai soda mempunyai kesan jangka pendek serta panjang. 

“Untuk jangka pendek, pengguna muda (berusia 13 hingga 30 tahun) dengan latar belakang sosial ekonomi berlainan kemungkinan besar akan mengurangkan pengambilan gula sehingga 80% berbanding purata pengguna, dengan beralih kepada minuman kurang gula. 

“Orang lebih tua dan mereka yang mengamalkan diet bergula tinggi berkemungkinan tidak mengubah tabiat kerana mereka sudah mempunyai pilihan sendiri untuk gula dan tidak sensitif terhadap kenaikan harga.

“Dalam jangka panjang, situasi itu akan menjadi normal dan pengguna mungkin membeli minuman soda sama, tetapi membayar harga lebih mahal.” 

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai soda bagi menggalakkan kehidupan lebih sihat dan mengurangkan pengambilan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis. 

Azrul berkata, cukai itu mungkin berjaya mencapai sasaran mengurangkan pengambilan gula bagi satu kumpulan khusus, tetapi kesannya tidak besar terhadap kumpulan lebih besar. 

“Jika mereka beralih atau meningkatkan pengambilan minuman bergula seperti teh tarik atau kopi susu, maka kesannya mungkin hilang. 

“Oleh itu, keberkesanan cukai soda dalam mengurangkan masalah obesiti bercampur-campur.” 

Katanya, perniagaannya seperti kedai kopi dan runcit akan terjejas dalam jangka pendek, tetapi keadaan mungkin pulih selepas kenaikan kos diselaraskan dan menjadi normal. 

Azrul mencadangkan cukai itu dilaksanakan ke atas pengeluar dan bukannya di peringkat peruncit, seperti di UK. 

Katanya, minuman dengan kuantiti gula tertentu bagi setiap 100ml perlu dikenakan kadar cukai khusus untuk setiap liter. 

“Ini akan mendapat hasil yang dikehendaki untuk pengeluar mengambil inisiatif dan mempunyai insentif mengurangkan kandungan gula dalam produk mereka untuk mengelak dikenakan cukai. 

“Hasil pendapatan yang dikutip akan disalurkan untuk membiayai program kesihatan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), khasnya kencing manis dan faktor risiko seperti obesiti.” 

Katanya, masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai kerana ada penyumbang lain terhadap masalah itu. 

Beliau berkata, kerajaan perlu mengutamakan pengetahuan kesihatan dan program pencegahan NCD untuk mendidik serta mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pilihan sihat dan tingkah laku berpengaruh.

: Sebenarnya kerajaan melihat banyak duit boleh diperolehi daripada tumbuh macam cendawan kedai makanan segera yang kebanyakkan minumannya adalah soda.....

GENG NAJIB6 September 2018 at 23:21
Sohbat2 ku sekelian...kalau kau orang ingat dulu...Manifesto BN janji naikkan gaji minima dari RM 1000 jadi 1200. Ramai orang perlekeh dan buat dakwaan yang bukan-bukan.

Manifestomato Pakatan Haprakan janji naikkan gaji minima sehingga RM 1500. Ramai yang sanggup berguling sokong macam nai gila sepanjang lebuhraya PLUS hingga Trans Borneo. Akhirnya BN tumbang...kerana rakyat percaya manifestomato tu !!!

Bila Rejim Pakatan Haprakan berjaya rampas Putrajaya, gaji minima naik 50 ringgit je. Ramai Pendedak Pakatan bersorak gembira dalam keadaan bau badan kelat bau hancing pemimpin atasan....kira ok lah tu... RM 50 sekarang ni dapat penuh satu troli bila shopping kat mana2 pasaraya di Msia ni kan bhai!!!.

Keh..keh..keh...Harrrk..Tuiii..kokhikioikhkiokioiki !!


diny yusof6 September 2018 at 23:33 
Aisey man ...
Dari siang hingga kemalam itu Everlastingknight aka pahlawankekalsampaimati @ berterusan naik masih bekerja .
Kalau macam mak badak pun tak bolih tahan walaupun confirm ecrl pun bolih buat u_turn

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:22
PH LGBT
LGBT: Kerajaan perlu bimbing, bukan iktiraf

JIKA nak tarbiyyah dan bimbing mereka, kerajaan mesti sediakan pusat pemulihan dan tenaga pembimbing agar mereka insaf dan kembali kepada kehidupan yang normal dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Bukan iktiraf mereka, bukan membela hak mereka untuk bebas melakukan apa sahaja aktiviti mereka, mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia tetapi hak kerajaan ialah menghalang mereka dari melakukan aktiviti tidak sihat.

Sekiranya mereka diiktiraf dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti mereka maka mereka akan merasakan mereka benar dan terlindung akibatnya akan lahir pula generasi baru di kalangan mereka.

Menteri Agama kena sedar bahawa dia bertanggungjawab terhadap perkara ini di dunia dan akhirat, jangan kerana undi dan nak sokongan semua pihak sehingga berikan ruang kepada golongan ini untuk berbuat apa sahaja.

Gunakan kuasa sebagai kerajaan untuk pulihkan mereka, sayangi dan perjuangkan hak mereka bukan dengan memberikan kebebasan tapi kembalikan mereka ke jalan Allah S.W.T.

GENG NAJIB6 September 2018 at 23:30
kengkawan semua ...jom kita recap kembali apa kata menteri sukaneka Rejim kerajaan Haprakan si Sadiq Sigaraga ni berkaitan gaji mininum pekerja di Msia !!!

10/5/2017 : Syed Saddiq mencabar Perdana Menteri ketika itu, DS Najib Tun Razak, untuk menjalani kehidupan sehari2an dengan gaji RM1,500 sebulan. 

Syed Saddiq sebelum beliau jadi Menteri dulu, beliau telah mencabar DS Najib Tun Razak untuk cuba berbelanja RM1,500 sebulan dan merasa denyut nadi Rakyat Marhaein.

7/8/2018, beranikah Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia Dan Sukaneka mencabar Perdana Menteri hari ini, Tun Dr Mahathir untuk hidup dengan gaji RM1,050 sebulan?

Beranikah atau sama hipokrit?

Rasanya...Tun M takde masaalah untuk hidup dengan gaji minimum sewbantak RM 1050 tu..dengan syarat jangan ditarik balik pengawal UTK dan tukang masaknya..mengamuk sakan pulak dia nanti bhai !!!

Keh..keh..keh...Harrk..Tuii...kokokhikikioikioikoikik !!!


diny yusof6 September 2018 at 23:34
Brp ekor kengkawan kamu geng najib ?

diny yusof6 September 2018 at 23:37
Kerja lebih sikit malas . Otak senteng di katanya hebat macam Ahmad Masalang.

Gaji nak tinggi ....pergi buat kerja sendirilah .
Klu tak cukup gak ...curi macam Najib

GENG NAJIB6 September 2018 at 23:49
Pak diny....Pak kena maaf dan ampunkan Kerajaan PH Haprakan ni kerana mewreka Tersalah Letak 5 Di Tempat Puluh Dan Bukannya Ratus bila umumkan gaji minimum tu hari ni !!!!

Pak juga kena ucapkan tahniah tak terhingga kepada Kerajaan PH yang telah menaikkan gaji minima daripada RM1,000 kepada RM1,050.

Kenaikan RM50 adalah satu kenaikan yang sangat besar dewasa ini. Rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan kenaikan ini.

Mengenang kembali kata-kata pengikut-pengikut tegar macai Tomato, "Rindu zaman Tun. Dengan RM50 boleh beli penuh barang satu troli."

Alhamdulillah, kita fikir baik sahajah. Kerajaan PH terutama Menteri Kewangannya terkenal dengan kesalahan titik perpuluhan. Hendaklah kita husnuzon. Berkemungkinan besar kabinet dapur Kerajaan PH hendak meletakkan 5 di angka ratus menjadikannya RM1,500 seperti mana manifestomato mereka.

Sebaliknya, kesilapan telah berlaku dan tersalah letak 5 di angka puluh menjadikannya RM1,050.

Biasa lah Pak diny...kita kan manusia yang tak terlepas dari melakukan kesilapan ..kan Pak. Setuju tak Pak diny oooii???

GENG NAJIB6 September 2018 at 23:40
Sobat2 sekelian..kaum orang perasan tak benda ni haah ???

Sebelum PRU14 iaini sebelum dikencing PH :

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata :

Let's give Pakatan Harapan an opportunity to serve Malaysians as a majority ruling party for five years. If they do not serve the workers, we can rise again to change them in the next five years.

In this way no government will be indispensable and will not demonstrate arrogance, inconsiderate and corrupt practices as they will be reminded that they will be voted out by the population if they do not perform responsibly.

Lain pulak jadinya selepas PRU14 iaini Selepas dikencing PH :

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon (macha yang sama) berkata :

Hak asasi manusia yang asas bagi warga B40 terang-terangan telah dilanggar walaupun memiliki kerajaan baru.

Peningkatan sebanyak RM50 daripada RM1,000.00 adalah jumlah yang kecil kepada buruh manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,180 di Sabah.

Selepas penangguhan selama 18 bulan dalam semakan pertama dan satu lagi penangguhan selama enam bulan dalam semakan kedua yang bersamaan 24 bulan menunjukkan sikap tidak mengendahkan pekerja miskin dengan kenaikan gaji minimum ini.

Kesimpulannya, padan muka lu orang yang beriya2 menyokong PH macam nak rak..last2 lencun satu badan kena kincin dengan depa bhai !!!! 


GENG NAJIB6 September 2018 at 23:59
Pak diny..Sebagai sorang yang mengikti perkembangan isu semasa dengan rapat, tentu Pak sedar apa yang dibuat oleh si Azmin ni kan ????

Rakyat Msia yang waras memang tau tau segala cakap2 Menteri Ekonomi ni memang berbelit-belit dan putar alam aje.

Dua hari lepas iaitu pada 03/09/2018 Azmin Ali berkata Malaysia tidak akan membayar sebarang pampasan kepada Singapura kerana telah menangguhkan projek HSR.

Semalam, 05/09/2018 Kerajaan mengumumkan bahawa Kerajaan akan membayar pampaaan USD15 juta kesan dari penangguhan itu.

Ini kali kedua Azmin Ali kantoi menipu berkaitan projek HSR selepas kali pertama beliau didapati berbohong berjumpa dengan pegawai Singapura untuk berbincang mengenai projek berkenaan dan Kerajaan Singapura pula telah menafikannya.

Buat warga Singapura, kami Rakyat Malaysia akui anda semua adalah saudara kami yang terdekat dan terbaik. Oleh itu, kami sedia 'menderma' SGD15 juta (RM45.1 juta) dalam satu majlis gilang gemilang yang akan dibuat secara live ke seluruh dunia.

Kesimpulannya, Kerajaan PH kata Malaysia komited untuk teruskan HSR pada 2020. Maknanya 15 bulan dari sekarang. Kenapa sanggup bayar RM45.1 juta hanya untuk tangguh 15 bulan dan berdepan dengan kos pembinaan yang pastinya lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding sekarang? 

Pak kan pakar dalam bab2 macam ni...boleh beri pencerahan ke...itu baru HSR, tengok lah tak lama lagi China pulak akan tuntut pampasan berkaitan ECRL pulak...kena lagi kita kan ..betul tak Pak ???


GENG NAJIB7 September 2018 at 00:08
Pak diny...Masih belum terlambat untuk Pak mengucapakan tahniah tak terhingga kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang melantik Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam sebagai Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) baru2 ni. 

Ternyata...Ini ada lah usaha terbaru Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat kelainan kepada bidang pendidikan selain memperkenalkan kasut hitam untuk dipakai oleh pelajar-pelajar sekolah.

Ironi cerita perlantikan Presiden UIAM ini sebegini:

Menteri Pendidikan tanya Ahli Parlimen (MP) Simpang Renggam siapa paling layak menjadi Presiden UIAM. MP Simpang Renggam teringat sorang kawan beliau, bekas pensyarah yang lantang bersuara lawan Barisan Nasional.

Bincang punya bincang semua pakat setuju bekas pensyarah tersebut menjadi Presiden UIAM. Mereka yakin tiada yang lebih layak daripada beliau untuk dilantik. Pensyarah yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik.

Semasa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, seseorang Menteri hanya dilantik sebagai Menteri Mentor kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Presiden atau Naib Chanselor.

Contohnya, DS Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Mentor (MM) kepada UPNM, DS Azalina Othman MM kepada UM dan YB Khairy Jamaluddin MM kepada UIAM (sekadar menamakan beberapa nama).

Namun peranan yang dimainkan sebagai Menteri Mentor adalah berlainan. Menteri Mentor tidak mempunyai peranan rasmi. Menteri Mentor hanya memainkan peranan untuk merapatkan hubungan dengan pihak universiti, menghadiri majlis rasmi dan sebagainya.

Berikut ialah kenyataan yang dipetik dari Dr Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018:

"This is a new era. I will make sure that the Pakatan Harapan (PH) government will never misuse universities for political interests ... this includes me.
(Ini merupakan era baru. Saya akan pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik ... ini termasuk diri saya)"

Kesimpulannya, apabila seorang Menteri melantik dirinya sebagai Presiden sesebuah Universiti memang agak pelik bin ajaib.

Tak ada orang lain nak dilantik sebagai Presiden UIAM? Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Ingat Malaysia Baharu ni tak gila jawatan? Teringat peringatan Dr Maszlee pada tahun 2015 dalam FBnya dulu "pemimpin yang bodoh lahir dari tangan pengundi yang bodoh".

Kini tenyata Macai-macai Tomato yang mengundinya di Simpang Renggam tu memang bodoh....amacam..setuju tak Pak diny ????


melayutanahselatan7 September 2018 at 00:09
Walau apa pon hujah kau geng najis, rakyat tak peduli. Asalkan bukan najib dan umno dan rosmah yang berkuasa, rakyat dah senang hati
Tentang pas pis pus, pergi mampos la dengan pedagang/pelacur agama


EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:28
Mufti Pahang sambut baik cadangan cuti Jumaat, Sabtu
ABDUL RAHMAN
AIMAN SADIQ ABDULLAH 1 OGOS 2018

KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menyambut baik cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini yang memberi manfaat besar buat umat Islam untuk beribadah.

Abdul Rahman berkata jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia memberi banyak fadilat kepada orang Islam supaya dapat hadir awal ke masjid pada Jumaat dan fokus beribadah tanpa memikirkan urusan duniawi seperti perlu menyelesaikan pekerjaan.

Menurutnya, cuti pada hari Jumaat sangat digalakkan dalam Islam dan kebanyakan negara Islam telah melaksanakan perkara tersebut yang mengutamakan hari Jumaat yang memberi kelebihan buat Muslimin menunaikan solat Jumaat.

"Pada pandangan peribadi, saya menyambut baik pelaksanaan cuti pada Jumaat dan Sabtu kerana mempunyai banyak fadilat untuk umat Islam beribadah dan digalakkan untuk datang awal ke Masjid.

"Bagaimanapun, terpulang kepada kuasa Tuanku (Sultan Ahmad Shah) dan Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) yang juga pemerintah tertinggi berkaitan hal ehwal agama Islam negeri untuk menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Pada sidang Dun Pahang minggu lalu, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar, membentangkan usul mengubah cuti hujung minggu negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu.

Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, membuat cadangan itu atas alasan majoriti penduduk negeri ini adalah beragama Islam dan cuti pada Jumaat akan membolehkan pekerja tidak tergesa-gesa bersiap untuk ke masjid.

Usul itu mendapat pelbagai reaksi ramai Adun, termasuk Chow Yu Hui (PH-DAP Tras) yang berpendapat tiada keperluan untuk menukar pelaksanaan cuti pada Sabtu dan Ahad ketika ini.

Manakala bekas menteri besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (BN-Pelangai) berpendapat beliau tidak melihat cuti Jumaat sebagai keperluan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, untuk pelaksanaan cadangan tersebut bagaimanapun memerlukan kajian mendalam dari pelbagai sudut khususnya pada sektor ekonomi dan pentadbiran kerajaan negeri.

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:29
Menteri PH yang hebat sanggup tidur dijalanan untuk turun harga minyak

Sebelum kuasa, sebelum rakyat undi bukan main hebat tunjuk kepada rakyat sanggup berpanas, sanggup tidur tepi jalan demi perjuangan rakyat. Nak turun harga minyak.

Bila ada kuasa. Minyak tak boleh turun pasal negara banyak hutang.. Cakap MUNAFIK BERTOPENGKAN AGAMA.

: Jangan kata bertopengkan agama, dia baru balik Mekah, baru baca khutabah Arafah. Ramai lagi yang kena kencing tu lihat menteri agama baru naik pangkat terus jumpa tuhan....

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:30
TOKONG YANG DISEMBAH MELAYU PH
Guan Eng kena jual pegawai kerajaan
Fatimah Jasmin komen di FB:

Only in Malaysia yang kena rompak melolong RM18 bil dirompak. Yang (dituduh) merompak pula buat lapuran polis kerana merompak... Adoi

Pelik-pelik Malaysia baru....

Jika yang dituduh merompak begitu yakin hjngga sendiri buat laporan polis, bukanlah merompak.

Sepatutnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng segera buat laporan polis. Baru tahu, dia masih menyiasat. Eloklah jawatannya diberi jenama baru sebagai Menteri Propaganda Kewangan.

Husin syak Guan Eng tidak tahu dia dipekena penjawat awam. Dia dan Tony Pua terlalu angkuh untuk terima nasihat, mudah melenting dan asyik nak putarbelit lalu dibiar belit diri sendiri. 

Mereka hanya diamkan dengan diberi maklumat tanpa penjelasan penuh. Orang ingat dah pandai tak guna dinasihat. Otak asyik nak spin mesti terus nak main serang.

Kenyataan penjelasan dari Ketua Pengarah Kastam hampir senada dan seiring dengan kenyataan-kenyataan mantan KSP dan Menteri-Menteri yang faham.

Wow! Sah Guan Eng kena jual

Mat Busu7 September 2018 at 00:11
Ternyata kepimpinan PAS adalah kelompok yang memalukan gerakan Islam. Retorik memperjuangkan Islam hanyalah gimik politik yang lompong. PAS ibarat lalang yang sering bertukar pegangan mengikut arah angin dan sesungguhnya PAS masih teraba-raba mencari pedoman bagi menghalalkan tindak-tanduk para pemimpinnya. Apa hikmahnya perjuangan Islam PAS sekiranya melekat bergelumang dengan parti seperti UMNO yang terbukti sebagai parasit rasuah, penuh skandal yang menjahanamkan negara dan menjerumuskan rakyat terbanyak ke lembah keperitan hidup. Apakah pemimpin PAS buta atau tuli atau tolol yang tidak mengetahui kisah kecurangan UMNO. Apakah atas alasan politik matang untuk mencari kemenangan piliharaya, maka tuhan akan meredhai segala dosa-dosa UMNO dan seterusnya PAS wajib bersengama dengan mereka. Daif benar mental para pemimpin PAS. Para penyokong PAS harus sedar bahawa kepimpinan PAS yang ada hari ini lebih gemar bersahabat dengan pencuri dari memperjuang realiti kehidupan rakyat.

EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:28
Keputusan Prk Seri Setia Adalah Referendum Rakyat Terhadap Polisi PH.
Jika PH Menang Bergaya, Menunjukkan Bahawa Rakyat Bersetuju Dgn.

1. Rakyat Terutama Orang Melayu Tidak Memerlukan Tongkat Lagi Dan Boleh Bersaing Secara Berdepan.

2. Pembayaran PTPTN akan dikuatkuasakan secara tegas supaya PTPTN dapat diteruskan tanpa Pump in Money dari Kerajaan.

3. Subsidi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Tidak Diperlukan Rakyat dan wang tersebut lebih digunakan utk pembinaan projek mega yg lain seperti proton2.

4. Pemberian Bantuan Oleh Korporat Kepada Orang Kanan Politik Seperti SU Menteri Bukanlah Kesalahan.

5. Tol akan diteruskan dan dinaikkan berdasarkan perjanjian sedia ada.

6. Klinik RM1 Tidak Bagus, Kerana Rakyat Mahukan Perkhidmatan Lebih Baik Dan Sanggup Membayar Insuran Kesihatan.

7. Rakyat Malaysia Dibenarkan Mempromosikan Apa Jua Agama Dan Mazhab Tanpa Halangan.

Dr Ishak IbrahimPenganalis Politik
: Rakyat perlu bijak untuk menjadi pengimbang dan ini akan memberikan kelebihan kepada rakyat dalam menentukan masa depan negara....

Mat Busu7 September 2018 at 00:55
Sekiranya ini tahap pemikiran seorang yang mempunyai doktor falsafah dan mengakui sebagai penganalisis politik, maka amat malang sekali sistem pendidikan negàra ini. Untuk perkara 1 dan 2, inilah yang sewajarnya berlaku sekiranya kita mahu bangsa kita berjaya dan kalis cabaran dan PTPTN harus dilihat sebagai entiti perniagaan yang mampu berdikari disamping menyumbang kearah kesejahteraan rakyat. Perkara 3 dan 5 adalah kenyataan songsang dengan niat untuk mengelirukan. Perkara 4 adalah fitnah dan memaparkan kebusukan jiwa dan moral agama yang rendah.Perkara 6 memperlihatkan kekurangan maklumat dan tidak mengetahui duduk sebenar perancangan kerajaan. Perkara 7 juga merupakan fitnah yang didorong sikap ego dan kelemahan pegangan iman. Rakyat bukan saja perlu jadi pengimbang malah dituntut berilmu bagi mengenalpasti pemimpin dan talibarut yang kononnya berilmu, alim tapi sebenarnya sekelompok spesis manusia yang gagal menjiwai denyut realiti kehidupan. 

Anonymous7 September 2018 at 00:52
Kerajaan yg ada sekarang lagi baik tau. Peguam negara kita yg baru ni sangat baik hati. Kawan-kawan dia yg ada kes mahkamah semua dia tolong gugurkan. Terbaru menteri kewangan. 


Kalau sesiapa yg ada kes mahkamah, tulis surat je kat dia minta dia settle, selesai. 

Berjiwa rakyat betul & ingat pd kawan.


Ramly Ahmad7 September 2018 at 01:23
Apa nak dikatakan x taulh bro..mabuk ke lalok ke..udah bercelaru jiwa dan fikiran..selama berpuluh thn berlawan melebel mengutuk kerajaan lama secara sendirian..secara gabungan..barisan alternatif..pakatan rakyat..gagasan sejakberuk..tetiba kot lebih baik berbandingan kerajaan baru..cerdik sia2 heran dimana kah dapatan pertunjuk sikarut ini seketika pentadbiran baru belum pun tamat sepenggal..nak mengampu pun patut2lh..nak sangat mengenjut dgn siumno x payah lh sorok2..
Udah lama sedondon..potong kek pun keris 4 depa panjang..pandai pun bertanjak bersamping..buat apalh bermuka2..terus jelh ikatan..x gitu bangShah..
Hahah saka puak aliran sempit..
Kehkehhehmacai puak angkut sampah..


(ShahbudinHusin 06/09/2018)
Shahbudin dot com: BIAR BETUL PAS NI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/biar-betul-pas-ni.html
THURSDAY, SEPTEMBER 06, 2018

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

PH berpecah gara-gara hujah ini?
Pemimpin PAS begitu KUAT memainkan sentimen tunai janji PH dalam tempoh 100 hari.

Malah mereka lebih RELA bekerjasama dengan UMNO dan MCA demi mengalahkan PH.

Hujah yang digunakan, PH gagal menunaikan janji dalam tempoh 100 hari.

Pemimpin PAS menterjemahkan pemikiran dan kepercayaan mereka melalui pelbagai ucapan yang kita boleh lihat dalam akhbar dan youtube. Mereka memaksa penyokong tegar dan pengundi untuk melabel PH sebagai kerajaan yang gagal menunaikan janji.

Bagi mereka yang boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara sila jawab soalan berikut:

1. Antara 100 hari dengan 61 tahun mana yang lebih lama? 

2. Antara 100 hari dengan 5 tahun tempoh, mana yang lebih relevan untuk mengukur pencapaian pemerintahan?

3. Antara mengurangkan sedikit perbelanjaan kerajaan bagi memulihkan kembali ekonomi dengan menyokong kerajaan yang merompak berbillion ringgit, mana yang lebih baik?

4. Kerajaan lama tidak bagi wang input tax GST kepada rakyat, Kerajaan PH cuba selesaikan untuk bagi tahun hadapan. Mana lebih baik?

5. Kerajaan PH cuba bagi royalti kepada Kelantan. Kerajaan lama tak bagi royalti. Mana lebih baik?

6. UMNO dengan PH mana lebih JAHAT?

Untuk itu, saya melihat, pemimpin PAS sebenarnya hanya mahu berkuasa. Mereka meracun pemikiran supaya membuat satu imej bahawa kerajaan PH gagal menunaikan janji. Hakikatnya mereka juga mengakui, tidak 100% sebenarnya realitinya begitu. Ada juga dan ada juga yang sendang ditunaikan dalam tempoh 5 tahun.

Pengundi melayu yang mengundi PH bukan mengundi untuk manifesto. Tetapi faham dan sedar, hanya menumbangkan UMNO dan Najib, maka jalan yang gelap dapat dicerahkan.

Setakat ini, tiada lagi keputusan PH yang dibuat itu menambah gelap jalan rakyat. Jika ada satu dua perkara yang kurang enak, insyaAllah akan diperbetulkan dari suara akar umbi pemimpin PH.

Jadilah pengundi celik pemikiran bukan pengundi taksub.

Buang penyakit cemburu kerana masih lagi belum diberi ruang untuk menjadi Menteri. Sabar itu separuh dari iman.

PH berpecah gara-gara hujah ini? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/09/ph-berpecah-gara-gara-hujah-ini.html

Yesterday's failures are today's seeds that must be diligently planted to abundantly harvest tomorrow's success

http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/yesterdays-failures-are-todays-seeds.html

tumpang sekole...?

nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
07 September 2018
Diam-diam Daim berbicara... 
Related image

"Sebenarnya saya tidak terbabit dalam parti lain, kenapa perlu saya terbabit. Orang tidak kenal hubungan saya dengan Anwar. Saya sudah lama mengenali Anwar. 

Saya beritahu kepada kepada Singapura dan SCMP, Anwar akan ambil alih (Perdana Menteri). Anwar ada kekuatan dia sendiri, kita tahu. Tidak perlu semua ini, jangan malukan nama Anwar. Saya memang percaya Anwar akan ambil alih, mereka menggunakan satu alasan seperti ketiadaan modal, cari konspirasilah, itu ini. 

Ia menunjukkan golongan ini mahu mencari pengaruh, apabila tiada pengaruh mereka menggunakan orang luar. Ini soal dalaman, kenapa biarkan orang luar masuk. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan ahli parti." - Daim 

Dalam diolog eksklusif di setesen TV3 malam tadi Daim Zainuddin menempelak orang2 yang cuba membawa berita beliau hendak halang Anwar jadi PM sebagai budak-budak. Beliau kata namanya dijadikan modal kempen untuk menang merebut jawatan. 

Beliau meminta Anwar tidak melayan kerenah budak-budak itu.

Daim tidak menyebut satu persatu nama budak-budak itu tetapi kita faham ia ditujukan kepada geng yang hendak melawan Azmin Ali dan membentuk teamnya sendiri yang diketuai Rafizi Ramli.

Rafizi lah dalam konotasi Daim itu sebagai budak tau genius yang teori kecerdikannya disambar oleh Abdullah Sani.

Selain Daim saya sendiri nampak cara politik Rafizi juga kebudak-budakkan yang nampak genius tetapi tidak ada kebijaksanaan. Paling jelas beliau tidak mempunyai daya diplomasi politik yang kemas. Ada sisi yang kosong pada dirinya.
Related image
Ini merbahaya. Banyak sejarah budak-budak bijak atau genius ini yang dilahirkan berakhir dengan kegagalan yang menyedihkan.

Peringkat awal mereka bijak, boleh membaca dan mengira mengatasi tahap usianya. Kalau berada dalam darjah dialah paling pandai. Adakalanya dia lebih pandai daripada guru. Langkau kelas atau masuk dua tiga buah universiti sekaligus.

Jenis budak genius ini menyebabkan dia boring untuk belajar dan memikir jauh daripada murid lain atau gurunya sendiri. Dia tidak mahu ikut sistem pembelajaran biasa lagi tetapi merekacipta sistem baharu yang merujakan banyak orang.

Tetapi disebabkan terlalu genius sehinggakan dia terkeluar dari sistem lazim maka di akhirnya budak ini berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat kerja kerana penilaian untuk mengambilnya bekerja memerlukan kepada bukti-bukti atau sijil-sijil tertentu sedangkan mereka tidak ada bukti-bukti atau sijil dikehendak mengikut standard JPA kerana mereka terkeluar dari sistem untuk diberikan sijil itu.

Jadi kepada budak-budak genius ini perlu diberi pendidikan dan jika degil berikan air jampi ustaz berjanggut. - MSO
Image may contain: 1 person, eyeglasses and text
Menurut Daim beliau bertemu dengan ramai pemimpin Umno daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR sendiri termasuk Anwar bagi membincangkan masalah dihadapi negara ketika itu.

"Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam.

 Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara itu saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar.

"Saya jumpa dan berbincang dalam enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan saya tulis surat kepada PM.

"Saya tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam. Mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk. - f/bk
Jho Low hubungi saya mahu bincang 1MDB 
Salah guna kuasa jadi punca rasuah 
Daim dedah rahsia PH tumbangkan BN 
Kerajaan tahu semua 'money trail' 1MDB - Daim 
Harapan rakyat tinggi untuk janji 100 hari 
Jho Low The 1MDB Pirate - Bersih Demonstration
Daim Zainuddin Hinted Fugitive Jho Low Is Hiding In China, Desperately Wanted To Become A Witness... 

Daim Zainuddin, the head of Council of Eminent Person, has shed more light into the 1MDB scandal. In a talk show on TV3, the former finance minister during Mahathir’s era reveals that the new government has sufficient evidence to prosecute all those involved in the misappropriation of funds from 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

He said – “We have evidence of the money trail involving 1MDB. We know who received it and who did not. They cannot run away.” Well, there’s at least one person who had actually ran away – Jho Low. Believed to be still in China, it would be a challenge to extradite the fat boy back home to face justice considering the tricky relationship between Malaysia and China.

How do we know Jho Low (fullname: Low Taek Jho), the partner-in-crime of the disgraced Najib Razak is in China? That’s because Mr. Daim has also revealed that Jho Low had attempted to contact him several times, even before he went to China in July to deliver a private letter from Prime Minister Mahathir Mohamad to Chinese Premier Li Keqiang.

Apparently, Daim claims that Jho Low had attempted to contact him several times to help resolve issues relating to the 1MDB scandal. Interestingly, in June, the same fugitive was reportedly tried to reach out to Mahathir Mohamad after he was sworn in as Prime Minister to offer his assistance on matters related to 1MDB.

Daim said – “When PM Mahathir Mohamad wanted to send me to China, Jho Low contacted and wanted to talk to me but I turned him down, he called but I told him to speak to my representative.  He said he could assist (on matters relating to 1MDB) (but) before this I have said in the first media conference with the CEP, that if he is not guilty, he should return, that night he called me.” 
Image result for Daim Delivers A Letter From Mahathir To Chinese Premier Li Keqiang
It seems Jho Low was absolutely desperate after the shocking defeat of ex-premier Najib Razak in the May 9th general election. First, he tried to cut a deal with Mahathir. Probably thinking the 93-year-old premier was a sucker, the 1MDB mastermind reportedly offered to drop his claim to more than US$1 billion in assets in exchange for immunity. Mahathir rejected the deal. 

Then the desperate Jho Low tried to contact the next person closest to Mahathir – Daim Zainuddin. The fact that the billionaire fugitive attempted to contact both in June and July before Mahathir’s August official visit to China proves that he planned to meet and strike a deal in the mainland, arguably the safest place he can hide while live in luxury. 

Daim Zainuddin said that since the Pakatan Harapan government took over the administration of the country, those involved in the 1MDB scandal were willing to become witnesses to explain what actually transpired. However, Mr. Daim confirmed that Jho Low is the mastermind, suggesting that there is no way the Penang-born fugitive can make a deal. 

The 80-year-old Daim said – “Jho Low is certainly the mastermind, we have yet to complete the investigation but we receive new evidence every day which is shocking. Jho Low in involved for the link with Abu Dhabi, link with Saudi Arabia, America, Australia, Hong Kong, Singapore, Switzerland. The whole world knows, CNN, BBC, Chinese news media, even Africa knows.” 

The new information mentioned by Daim refers to several confidential files on the sovereign investment fund that had been locked by the previous Barisan Nasional administration led by Najib Razak. However, Daim indicated that prosecution would not be immediate as the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) still has about 40% of its investigations to complete. 
 Related image
Yes, despite pro-Najib cybertroopers, propagandists and bloggers’ spins and twists that Mahathir and Jho Low were conspiring to send the crooked Najib to prison, it appears that Jho Low and Najib Razak were actually at each other’s throats from the moment the previous Barisan Nasional government collapses. 

Jho Low wanted to surrender US$1 billion of stolen assets while keeping the rest for himself as well as to provide “limited information” as to where Najib and his family members have hidden their stash around the world. Najib, on the other hand, had pretended to be stupid and ignorant in the scandal and pointed his finger at Jho Low, as in the case of the RM1 billion “Equanimity” superyacht. 

After the luxury yacht was handed over to Malaysian authorities by Indonesia in early August, Najib told reporters at the Parliament lobby that fugitive businessman Jho Low should be held accountable if the Equanimity superyacht was obtained through illegal means. He said – “If the yacht was obtained in a manner that is illegal, then he has to be accountable for it.” 

But as far as the Malaysian government in concerned, both Jho Low and Najib Razak were the biggest sharks who had been looting and plundering the national coffers to dry. The scandal involving both individuals was simply too massive and high profile to be covered up. It would create more problems and negative perceptions if Jho Low is turned witness against Najib. 

Najib has been charged with corruption and power abuse in connection with some RM42 million missing from 1MDB former unit, SRC International Sdn Bhd. Besides warrants of arrest, Jho Low and his father, Larry Low, have also been charged with money laundering in absentia over the scandal. All the crooks associated with 1MDB want to become witnesses but neither Najib Razak nor Jho Low can be one of them. - ft 
'Info baru' sahkan Najib bayar Shafee RM9.5 juta Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: 1 person, text
Rupa2nya Najib sendiri yg telah meluluskan permohonan PETRON menjadi pembekal kerajaan sejak 3 tahun 
Image may contain: 3 people, text
Sebab UMNO tibai semua.
Image may contain: text
Hati2 tika memandu.Patuhi had laju. 
Demi wang PAS bersama UMNO 
Image may contain: 1 person, indoor
Makan tengahari di kafe Kementerian Kewangan. 
Tun Mahathir masih memakai tali pinggang yang sama walaupun bertahun lamanya. Itu sikap yang baik kita ikuti. 
cheers. 
tumpang sekole...?: Diam-diam Daim berbicara...
http://alditta.blogspot.com/2018/09/diam-diam-daim-berbicara.html

Anwar dedah ‘bukti’ Najib bayar RM9.5 juta kepada Shafee
FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan satu afidavit mendakwa 2 cek bernilai RM9.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Anwar Ibrahim terhadap pensabitan liwat pada 2015.

Siti Rahayu Mohd Mumazaini, 34, berkata cek itu didepositkan ke akaun bank CIMB milik Shafee pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

“Maklumat ini diperolehi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah perintah bawah Seksyen 44(1) AMLA dikeluarkan untuk membekukan akaun Shafee di CIMB,” kata Siti Rahayu, merujuk kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Afidavit itu dikeluarkan Anwar hari ini, dilampirkan bersama salinan penyata bank akaun Shafee dan gambar fotokopi 2 cek daripada Najib.

“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi-institusi kita untuk mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan agar rakyat Malaysia malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita,” kata Anwar ketika mengeluarkan afidavit itu.

Anwar tahun lepas memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Mahkaah Tinggi pada November tahun lepas membatalkan tuntutan itu, mengatakan Anwar tidak menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya.

Anwar berkata afidavit oleh Siti Rahayu ini membuktikan dakwaannya tentang pembayaran kepada Shafee itu.

“Saya percaya dalam Malaysia Baharu ini kita tidak boleh berkompromi dalam komitmen kita terhadap kedaulatan undang-undang dan mengembalikan kredibiliti institusi kehakiman serta para peguam. Salah guna kuasa seperti ini tidak patut dibenarkan berterusan, dan mesti ada pertanggungjawapan,” katanya.

Anwar diberi pengampunan diraja sebelum dibebebaskan dari penjara selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya Mei lalu.

Shafee sebelum ini menepis dakwaan tentang beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebagai “mengarut” “Saya tidak pernah dibayar RM9.5 juta untuk mendakwa kes Anwar,” katanya.

Anwar dalam tuntutannya tahun lepas berhujah keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan pada 2014, yang mendapati beliau bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilakukan secara tidak berperlembagaan.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar Anwar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun.

Anwar hari ini berkata Shafee tidak patut dibenarkan mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

“Pelantikan seorang pendakwaraya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut.

“Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi,” tambahnya.
at 9/07/2018 12:00:00 PG
KERENGGA: Anwar dedah ‘bukti’ Najib bayar RM9.5 juta kepada Shafee
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/anwar-dedah-bukti-najib-bayar-rm95-juta.html

Tiada ulasan: