Rabu, 19 September 2018

Seruan. Orang Melayu kembalilah kepada Islam. 8227.


Apakah sebab Islam nya Melayu dari warisan atau keturunan? 

Maka hal itu menjadikan sesetengah Melayu Lebih teruk dari yahudi.” Tidak boleh ditegur dan apa lagi dinasihati. Silap-silap hari bulan disemburnya orang yang menegur, memberi nasihat. Engkau ingat engkau dah Islam sangatkah?.” Lunak bercakap seolah-olah pintu Syurga sudah menggamit beliau. 

Maksud firman Allah Subhanahuwatalla: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Bukan tiada bila menegur, menasihati anak Melayu, bapak Melayu nya atau emaknya akan sembang cakap  “Aku tahulah jaga anak aku, anak engkau tuu belum tentu.” Pedih. 

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Maksud firman Allah Subhanahuwatalla: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120] . 
.”

Tok Pa Keluar UMNO Kerana Diugut
19/09/2018
Penganalisis Politik, Ab Jalil Backer memberi pandangan tindakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO walaupun sudah 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik parti itu adalah kerana diugut. 

Mustapa atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Pa dikatakan telah diugut oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) dalam tempoh dua tahun ini. 

Ab Jalil menerusi laman Facebooknya berkata, semua pihak tidak boleh berasa marah dengan tindakan Tok Pa memandangkan beliau mungkin menerima ugutan kerana Tun M sedang berusaha menarik wakil rakyat UMNO ke dalam parti Bersatu. 

“Hendak marah sangat pun susah juga kita belum kena ‘ugut’ dengan rejim M lagi. Mahathir akan buat apa sahaja supaya wakil rakyat UMNO masuk Bersatu sebelum tempoh dua tahun,” tulisnya. 

Katanya, jika benar dakwaan ugutan yang diterima oleh Tok Pa ini adalah agenda Tun M, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan terkandas di pusingan akhir dan dibuang dari menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun M. 

Sekiranya dakwaan cubaan menarik wakil UMNO masuk ke dalam Bersatu tidak benar, Ab Jalil berkata, Tun M perlu mengisytiharkan Bersatu tidak akan sekali-kali menerima wakil rakyat UMNO masuk ke dalam Bersatu untuk tempoh lima tahun ini. 

Namun, tindakan menafikan dakwaan tersebut pastinya tidak akan dibuat oleh Tun M kerana ia adalah hasrat pemimpin tersebut. 

”Jika dakwaan ada usaha menarik wakil rakyat UMNO masuk Bersatu tidak benar, Mahathir kena isytiharkan Bersatu tidak akan terima mana-mana wakil rakyat UMNO ke dalam Pribumi pada penggal ini. 

“Percayalah Mahathir tidak akan berani kerana itu hasrat beliau pun,” tulis Ab Jalil. 

Ab Jalil berkata lagi, Tun M akan mengharamkan UMNO sebagai langkah terakhir sekiranya usaha beliau menarik wakil-wakil UMNO ke dalam parti Bersatu sudah gagal. 

Justeru itu, keluar dari UMNO yang dibuat oleh Tok Pa adalah untuk mengelakkan UMNO diharamkan atau telah pun diugut. 

”Langkah terakhir Mahathir jika gagal juga usaha belakang tabir membawa masuk wakil rakyat UMNO ialah beliau akan mengharamkankan UMNO. 

”Maka tidak mustahil pengumuman Tok Pa inj sekadar ‘memberi masa’ mengelakkan UMNO diharamkan atau Tok Pa sudah kena ‘ugut’,” tulisnya lagi. 

Negara pada hari ini dikejutkan dengan pengumuman keluar parti oleh Tok Pa setelah sekian lama berjuang di dalam parti UMNO. 

Desas-desus mengatakan tindakan Tok Pa itu sebagai langkah untuk menyelamatkan UMNO dari cengkaman ugutan yang diterima oleh pihak tertentu.

Tok Pa Keluar UMNO Kerana Diugut - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/tok-pa-keluar-umno-kerana-diugut/
Umno Kelantan bakal terkubur tanpa Tok Pa, kata Norzula
Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa keluar dari Umno menyebabkan parti itu bakal terkubur, kata pemimpin Umno Kelantan.

Datuk Norzula Mat Diah berkata beliau tidak menolak jangkaan itu jika pucuk pimpinan khususnya di Kelantan masih membisu dan tidak bertindak drastik memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada parti Melayu itu.

“Semua orang tahu Tok Pa banyak berjasa kepada Umno, tapi lari dari perjuangan. Dengan pemergian Tok Pa, perjalanan Umno sudah bertambah sukar di Kelantan dan perjuangannya semakin malap.

“Umno mungkin terkubur kerana pemergian Tok Pa satu kehilangan besar, sebab Tok Pa seorang pemimpin veteran, Tok Pa merasakan Umno tidak mampu lagi dipulihkan selepas 4 bulan parti itu tewas dalam pilihan raya umum (PRU) kerana tidak ada sebarang aktiviti yang meyakinkan oleh pemimpin pusat,” katanya kepada FMT.

Norzula menambah, walaupun perjalanan Umno Kelantan seakan malap, beliau masih menaruh keyakinan kepada pemimpin sedia ada termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, 2 pemimpin ini perlu melakukan tindakan drastik dan mencari fomula memulihkan kembali Umno sebelum ia karam.

“Anwar seorang pemimpin yang kuat bekerja dan saya merasakan beliau adalah salah seorang yang boleh memimpin dan memulihkan Umno Kelantan. Annuar juga pemimpin yang lantang mengkritik Pakatan Harapan untuk membangkitkan kembali kekuatan Umno. Di Parlimen, beliau antara pemimpin yang berada di barisan depan.

“Beliau perlu kukuhkan Umno di Kelantan bersama Datuk Jazlan, kalau mereka tidak ada, Umno Kelantan akan lagi rabak,” katanya sambil mengharapkan pemimpin veteran Umno yang lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah kembali aktif turun padang bertemu akar umbi bagi mengembalikan kebangkitan Umno.

Norzula yakin, tidak akan ada lagi pemimpin Umno Kelantan akan mengikuti jejak Tok Pa meningalkan perjuangan parti.

Semalam Tok Pa yang juga ahli parlimen Jeli mengumumkan meninggalkan selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti bangsa itu.

Ia merupakan kali pertama seorang pemimpin tertinggi dan terkanan Umno keluar parti itu pada pasca PRU14.

Letak jawatan sebagai wakil rakyat

Sementara itu, Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata sayap itu kecewa dengan keputusan mengejut Tok Pa dan mendesak bekas menteri itu melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Jeli dan Adun Ayer Lanas.

“Pamuda Umno Kelantan amat kesal dengan perkembangan ini, yang tidak seharusnya berlaku ke atas pemimpin yang imejnya dilihat sangat berintegriti tinggi,” katanya.

Hariri menambah, walaupun Umno kehilangan Tok Pa, ia tidak menjejaskan parti untuk kembali bangkit.

“Semangat kami untuk terus memulihkan kepercayaan rakyat kepada Umno dari dalam institusi sedikitpun tidak terjejas, kerana bagi kami, tindakan meninggalkan parti di saat sebegini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta menonjolkan kelemahan jati diri sebagai seorang pemimpin.”

at 9/19/2018 06:46:00 PTG
KERENGGA: Umno Kelantan bakal terkubur tanpa Tok Pa, kata Norzula
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/umno-kelantan-bakal-terkubur-tanpa-tok.html

Selepas Tok Pa, Anifah, 16 Lagi Ahli Parlimen Akan Keluar UMNO
19/09/2018
Selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustafa Mohamad dan Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman keluar UMNO, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan lebih ramai Ahli Parlimen akan keluar dari UMNO.

Beliau mendakwa terdengar khabar angin mengatakan terdapat Ahli Parlimen UMNO bakal meninggalkan parti dan jumlahnya dikatakan seramai 18 orang.

“Saya ada dengar…18 orang, siapa mereka? Itu rahsia. Pemimpin ini dari semua negeri.

“Ini pun khabar angin..walaupun khabar angin dari 18 nama itu dua daripadanya betul iaitu Tok Pa (Datuk Seri Mustafa Mohamed) dan (Datuk Seri) Anifah Aman,” katanya ketika dihubungi NSTP dipetik BH Online hari ini.

Ketika ditanya adakah namanya turut tersenarai dalam kalangan pemimpin UMNO yang akan keluar parti, beliau hanya memberi jawapan ‘tidak tahu’

“Saya tidak perasan pula nama saya ada atau tidak pada senarai khabar angin itu.

“Cuma setakat ini tiada pula yang mengajak saya keluar dan saya pula tidak pernah mengajak sesiapa dalam UMNO untuk keluar,” katanya.

Menurutnya tiada keperluan untuk beliau keluar dari UMNO dan turut mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang keluar dari parti berkenaan.

“Hendak keluar tu keluar sahaja, tidak perlu komen pasal UMNO.

“Lebih baik lepas keluar berhenti sekali jadi Ahli Parlimen kerana rakyat memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada waktu anda menang,” katanya.

Selepas Tok Pa, Anifah, 16 Lagi Ahli Parlimen Akan Keluar UMNO - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/selepas-tok-pa-anifah-16-lagi-ahli-parlimen-akan-keluar-umno/

Wednesday, September 19, 2018
Najib Ditahan SPRM Lagi..
PUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat pada petang ini pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

"Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September ini, pukul 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah," kata suruhanjaya itu, di sini hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

- UTUSAN ONLINE
Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, September 19, 2018 Labels: 1MDB, Najib, PASCA PRU14
Anak Sungai Derhaka: Najib Ditahan SPRM Lagi..
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/najib-ditahan-sprm-lagi.html

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
Seleweng dana latihan RM4juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman
MALAYSIA DATELINE
Seleweng dana latihan RM4juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman
Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Sept itu terhadap dua lelaki terbabit selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pengarah urusan itu ditahan kira-kira 6.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada 5.40 petang di SPRM Kelantan.

SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang.

SPRM dilaporkan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai memanipulasi sebut harga selain melantik syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat terbabit.

Kata sumber itu, salah guna kuasa tersebut dikesan bermula pada 2014 dan berlarutan sehingga kini membabitkan nilai projek kira-kira RM4 juta.

Sumber SPRM itu berkata setakat ini 15 individu telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini dan SPRM Kelantan untuk ditemu bual berhubung kes berkenaan.-Bernama.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/19/2018 05:05:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Seleweng dana latihan RM4juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/seleweng-dana-latihan-rm4juta-dua.html

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
Kerjasama Umno-Pas tidak salah kerana pembangkang, kata Najib
MALAYSIA DATELINE
Kerjasama Umno-Pas tidak salah kerana pembangkang, kata Najib
Kerjasama Umno-Pas tidak salah kerana pembangkang, kata Najib

Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak menjadi kesalahan untuk parti itu berpakat dengan Pas kerana kedua-duanya merupakan blok pembangkang.

Beliau yang juga bekas perdana menteri berkata,sebelum ini Pas juga bekerjasama dengan PKR dan DAP ketika parti itu berada dalam blok pembangkang sebelum PRU14 lagi.

“Tidak salah untuk Umno dan Pas berpakat kerana kita sama-sama pembangkang

“Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tidak mengambil kira kaum dan agama,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut meminta ahli Umno memberi ruang buat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memperkasakan semula parti itu.

“Zahid perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula parti dan hala tujunya,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebuah pasukan khas akan ditubuhkan sayap parti itu bagi menilai dan memperhalusi kerjasama antara Umno dan Pas.

Katanya, pasukan itu akan dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan.

Menurutnya, pasukan berkenaan juga akan mengambil kira pandangan perwakilan Pemuda Umno pada Persidangan Pemuda, Perhimpunan Agung Umno 2018 pada 29 September ini.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/19/2018 05:03:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Kerjasama Umno-Pas tidak salah kerana pembangkang, kata Najib
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/kerjasama-umno-pas-tidak-salah-kerana.html

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
SPRM papar pengisytiharan harta pemimpin kerajaan mulai 1 Oktober
MALAYSIA DATELINE
SPRM papar pengisytiharan harta pemimpin kerajaan mulai 1 Oktober
SPRM papar pengisytiharan harta pemimpin kerajaan mulai 1 Oktober

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota kabinet dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360,  hari ini , seperti dilaporkan Bernama.

Menurutnya kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.

Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata setakat pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.

Katanya SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.
“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya.

Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata program akan bersiaran bermula 22 Sept ini di Bernama Radio.

“Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilkan pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah,” katanya.

Beliau berkata program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjaya dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.

“Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatkan lebih ramai pendengar.

“Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangkan masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan,” katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/19/2018 05:01:00 PTG
DIALOG RAKYAT: SPRM papar pengisytiharan harta pemimpin kerajaan mulai 1 Oktober
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/sprm-papar-pengisytiharan-harta.html

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
IGP: Notis merah Jho Low bergantung protokol Interpol
MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mempertahankan kenyataannya berhubung tindakan permohonan notis merah Interpol ke atas Low Taek Jho atau Jho Low dan bapa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Fuzi dalam kenyataan medianya merujuk laporan Utusan yang mempersoalkan ketiadaan nama Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng dalam senarai orang yang dikehendaki polis antarabangsa (Interpol).

"Saya jelaskan di sini bahawa proses yang terlibat dalam permohonan untuk menyenaraikan mana-mana individu di dalam notis Interpol bergantung kepada protokol Interpol dan ia memakan masa serta harus melalui proses teliti yang ditetapkan agensi antarabangsa berkenaan.

"Berlandasakan protokol yang sama, pihak Interpol juga akan menetapkan sama ada nama yang tersenarai akan dipaparkan untuk tatapan umum atau pihak berkuasa yang berkaitan sahaja.

"Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, tidak akan timbul lagi sebarang kekaburan yang boleh mewujudkan salah faham atau persepsi yang tidak benar berhubung tindakan yang sedang diambil pihak berkuasa ke atas Jho Low dan bapanya," katanya.

Mahkamah Sesyen Putrajaya 24 Ogos lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan bapanya bagi membolehkan PDRM memohon kerjasama Interpol untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan dua beranak itu.

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Jho Low terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB dan mencuci wang tersebut melalui sistem kewangan negara itu.

Jho Low bagaimanapun sehingga kini gagal dikesan dan menafikan tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/19/2018 04:55:00 PTG
DIALOG RAKYAT: IGP: Notis merah Jho Low bergantung protokol Interpol
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/igp-notis-merah-jho-low-bergantung.html

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
Tommy Thomas ulas 100 hari pertama sebagai peguam negara
Wartawan Malaysiakini dan The Edge 
WAWANCARA | Peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas mengadakan satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini dan The Edge pada hari Khamis lalu - hari peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa berhubung pengubahan wang haram.

Dalam wawancara utamanya yang pertama sejak menjadi AG, beliau yang berusia 66 tahun dan pengarang dua buah buku itu bercakap mengenai tugasnya yang besar di negara ini.

Khususnya, Thomas bercakap mengenai kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh jabatannya dalam kes 1MDB, tindakan sivil yang diambil oleh Kerajaan Malaysia baru di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland untuk mendapatkan balik aset dana kekayaan negara yang gagal itu, kritikan terhadap pelantikan peguam luar dalam kes pendakwaan 1MDB dan SRC International dan menuntut jet Jho Low di Singapura.

Mengenai kesukarannya yang dihadapi jabatannya, Thomas berkata, "Saya akan mengatakan bahawa tidak pernah dalam sejarah jabatan itu terdapat begitu banyak tuntutan untuk pendakwaan kerana salah laku lalu yang telah bertimbun sejak bertahun-tahun, masalah yang saya warisi."

Mengenai 1MDB, AG berkata jabatannya telah membentuk satu pasukan khas untuk mengendalikan salah satu kes perundangan yang paling rumit yang pernah dihadapi oleh negara.

Beliau bercakap tentang tindakan undang-undang di Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland, di mana peguam di sana telah dilantik untuk memulakan tuntutan semula aset 1MDB dan objektifnya aialah untuk memasukkannya ke dalam sebuah tabung yan ditubuh khas.

"Kita telah membuka satu akaun, akaun khas yang dikawal oleh MOF (Kementerian Kewangan). MOF dan pengarah-pengarah baru 1MDB yang mengawalnya.

Walaupun ada seruan agar agensi penguatkuasaan seperti polis dan SPRM untuk diberikan kuasa pendakwaan, Thomas tidak setuju dengan idea itu.

"Saya tidak setuju dengan mereka yang berkata SPRM perlu (ada kuasa) mendakwa. Mereka tidak tahu betapa besar kuasa akan diberi kepada SPRM jika ia berlaku. Sistem sedia ada mungkin yang paling kurang buruk. Tetapi kekurangan perkara ini adalah tidak banyak yang boleh dilakukan pejabat peguam negara jika agensi tidak memberikan kertas siasatan.

"Kami tidak boleh buat apa-apa sehingga mendapat kertas siasatan. Jadi sehingga hari ini, tiada satu pun kertas siasatan berhubung 1MDB diberikan kepada kami."

Peguam negara ini juga menyentuh soal kritikan terhap lantikan peguam kanan Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan lantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kes 1MDB.

"Secara domestik, pejabat peguam negara pernah melantik peguam tempatan pada masa lalu. Datuk KC Vohrah, Tan Sri Cecil Abraham dan Dato’ Sunil Abraham dan firma mereka, Zul Rafique, dilantik untuk banyak kes sivil.

"Malah pasukan (pendakwaan) SRC gembira (dengan Sulaiman) kerana kebanyakannya belajar dengan Sulaiman di universiti. Mereka lihat Sulaiman sebagai guru intelektual mereka. Kita perlu melihat dari sisi apa yang diperlukan Malaysia. Rakyat Malaysia mahukan keadilan, keadilan yang pantas. Rakyat Malaysia patut mendapat yang terbaik," katanya lagi.

Thomas juga menjelaskan kenapa sukar untuknya mengetuai pendakwaan dalam kes SRC dan 1MDB. Beliau menawarkan contoh satu kes yang pernah dikendalikannya.

"Ketika perbicaraan bermula, anda perlu (dedikasikan) sepenuh masa dengannya, kerana pada sebelah malam anda perlu sediakan soalan balas. Selepas perbicaraan selesai, anda perlu buat kajian dan merangka penghujahan bertulis yang panjang. Saya seorang peguam yang mengambil komitmen mahkamah saya dengan serius dan profesional.

"Maka anda tidak boleh menggabungkannya dengan tugasan peguam negara, di mana perdana menteri mahu berjumpa dengan anda, Kabinet mahu nasihat anda, sidang Parlimen dan sebagainya.

Ia mustahil, anda tidak boleh gabungkan semua tugas berat ini dengan tugas peguam di mahkamah.
Thomas juga menjelaskan mengapa beliau mengubah pendiriannya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulu pernah dikritiknya. Menurutnya, Mahathir kali ini bukan lagi seperti dulu. Ketika memulakan tugas sebagai peguam negara, Mahathir memberitahunya, "Beritahu saya jika ada yang tidak kena, beritahu saya jika saya tak boleh lakukannya."

"Jadi saya jawab, 'Baik Tun, saya akan lakukannya.'"

Berikut adalah bahagian pertama wawancara. Bahagian kedua dan terakhir akan diterbitkan esok.

Soalan: Bagaimana penilaian untuk 100 hari pertama anda?

Thomas: Cabarannya jauh lebih besar daripada jangkaan saya. Apa yang saya sebut di hari pertama saya masih lagi sama, iaitu saya ada tiga keutamaan.

Pertama, semua yang berkaitan 1MDB, yang bukan saja dalam aspek jenayah, tetapi juga pemulihan sivil. Kedua, kontrak berat sebelah, dan ketiga, reformasi undang-undang.

Ini semua memang sentiasa menjadi fokus saya, dan kekal begitu. Tetapi (hanya ketika) saya masuk pejabat dan mula bertugas, saya sedar tanggungjawab besar yang dimiliki jabatan ini.

Dan saya rasa anda tidak akan tahu kecuali apabila berada di sana. Ia sukat bagi sesiapa saja yang berada di luar - begitu juga dengan peguam swasta seperti saya dulu. Malah mereka yang berada dalam jabatan ini - ada kira-kira 1,200 peguam di sini - pun tidak akan memahami jumlah tanggungjawab (peguam negara). Jadi ia adalah satu kejutan untuk saya.

Bagaimana dengan kecekapan pegawai anda? Ada yang mengkritik bahawa tidak ramai yang cekap yang mengendalikan pendakwaan. Adakah anda rasakan ia satu masalah?

Saya fikir itu tidak adil. Kami ada pengkhususan tetapi tentulah ada kekurangan di beberapa bahagian. Misalnya dalam perkara seperti AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001), yang merupakan sangat kritikal dalam beberapa tahun akan datang, dan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) - juga sangat kritikal kerana kita perlu berurusan dengan banyak negara - kita ada pakar yang hebat.

Dan untuk penilaian semula kontrak, kita juga ada pegawai hebat dan saya sendiri berurusan dengan mereka. Berkaitan pendakwaan, apa yang akan saya katakan adalah tidak pernah dalam sejarah jabatan ini ada begitu banyak desakan untuk pendakwaan yang disebabkan salah laku masa lalu yang terkumpul bertahun-tahun lamanya, masalah yang diwariskan kepada saya.

Sama ada 1MDB atau tidak, ada senarai panjang kes yang menunggu sebaik kertas siasatan sampai kepada saya. Jika anda ada 1,000 pendakwa kelas dunia sekali pun, ia memang tidak memadai. Ini tanda kepada dakwaan jenayah yang terkumpul bertahun lamanya. Jadi tekanannya memang besar.

Sebab itu kami tubuhkan unit 1MDB, kami tubuhkan unit-unit yang berbeza kerana kami tidak pernah melakukannya sebelum ini. Jika Pejabat Peguam Negara melakukan perkara ini sejak 2011...maka ia tidak akan terkumpul (sebanyak sekarang).

Bandingkan dengan Amerika Syarikat. Jabatan Kehakiman (DOJ), yang jelas berkelas dunia kerana mereka ada ramai pegawai yang berbakat, akauntan forensik, peguam, lihat bagaimana Peguam Khas Robert Mueller dan pasukannya bekerja. Mereka mengambil masa lebih setahun sebelum melakukan pendakwaan. Dan kemudian mereka bergerak pantas, saya fikir mereka mendakwa kira-kira 20 individu dalam tiga bulan terakhir dan mereka juga mendapat beberapa sabitan.
Tetapi mereka mengambil masa setahun. Dan saya ingin beritahu skandal 1MDB adalah jauh lebih kompleks daripada dakwaan terhadap Presiden Donald Trump. 1MDB adalan kleptokrasi terhebat di dunia!

Anda menyebut tentang aspek kriminal dan pemulihan aset dalam kes 1MDB. Bolehkah anda kongsi pendekatan yang digunakan berhubung dua aspek ini?

Bagi aspek jenayah, kami tak boleh berbuat apa-apa selagi belum mendapat kertas siasatan. Perlu diingat dalam sistem kita - banyak negara juga memilikinya untuk menghalang terlalu banyak pemusatan kuasa - asasnya adalah untuk membahagikan kuasa. Semak dan imbang - maka empat atau lima agensi penguatkuasaan di Malaysia seperti polis, SPRM, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Kastam - ada lima atau enam badan yang menyiasat, tetapi mereka tidak boleh mendakwa. Kerana jika tidak mereka akan jadi begitu berkuasa.

Pejabat peguam negara akan mendakwa, kami ada monopoli dalam pendakwaan, dan kami tidak patut menjalankan siasatan kerana kami sudah begitu berkuasa, jadi anda boleh bayangkan betapa besar kuasa pejabat peguam negara jika kami juga menyiasat. Jadi saya tidak setuju dengan mereka yang kata SPRM patut diberi kuasa mendakwa. Mereka tidak tahu betapa besar kuasa akan diberi kepada SPRM jika ia berlaku. Sistem sedia ada mungkin yang paling kurang buruk.

Tetapi kekurangan perkara ini adalah tidak banyak yang boleh dilakukan pejabat peguam negara jika agensi tidak memberikan kertas siasatan. Kami tidak boleh buat apa-apa sehingga mendapat kertas siasatan. Jadi sehingga hari ini, tiada satu pun kertas siasatan berhubung 1MDB diberikan kepada kami. Berkaitan Jho Low (yang didakwa tanpa kehadiran - in absentia - bagi kesalahan pengubahan wang haram), pejabat peguam negara meminta polis untuk berkongsi siasatan mereka, dan kemudian kami dakwa dia. 1MDB belum lagi, tetapi harapnya ia akan berlaku tak lama lagi.

Anda tahu berapa banyak kertas siasatan dibuka berkaitan 1MDB?

Tidak. Dan tentu ada tahu pendirian umum SPRM - saya rasa mereka tegaskannya dua minggu lalu - iaitu 60 peratus (siasatan selesai). Mereka sudah katakan hal ini kepada saya ketika saya mula-mula dilantik. Apa yang mereka beritahu saya sama seperti apa yang mereka beritahu kepada awam.

'1MDB' adalah istilah pendek bagi penipuan besar yang berlaku lima, enam tahun merentasi dunia, melalui banyak transaksi.
Jadi anda perlu melihatnya menurut sudut pandangan mereka yang merancangnya. Mereka merangka transaksi demi transaksi, urus niaga demi urus niaga. Jadi ada penipuan 2011, penipuan 2012, transaksi 2013 dan sebagainya.

Pendahulu anda, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dituduh bersekongkol menutup skandal 1MDB. Bolehkah kami jangka dia juga akan didakwa?

Saya tidak tahu tentang perkara itu. Kami belum pergi ke arah itu. Apa yang saya boleh beritahu - dan anda semua tahu - tiada pendakwaan terhadap 1MDB sepanjang tiga tahun dia menjadi peguam negara. Anda perlu tanya dia kenapa begitu. Begitu juga ketika peguam negara sebelumnya.

Ini kerana seperti yang anda tahu, 1MDB bermula daripada Terengganu Investment Authority (TIA) yang berlaku pada 2009 dan 2010. Saya sedar ada perkara tidak kena pada tahun-tahun itu hanya dengan bercampur dengan komuniti perniagaan, wartawan dan ahli politik. Mereka yang ada maklumat tahu ada yang tidak kena ketika itu. Jadi mengapa pendahulu saya tidak melakukan apa-apa? Anda perlu tanya mereka.

Adakah anda ada kuasa untuk meminta penyiasat memberi makluman terkini atau mempercepatkan siasatan?

Ya mereka memberi makluman. Tetapi saya mahukan kertas siasatan lengkap. Lebih baik ada pakej lengkap kerana jika tidak anda akan membacanya dua kali. Jadi ia tidak membantu secara praktikal, melainkan mereka memberikan pakej yang lengkap.

Sekarang saya perlu jawab aspek sivil. Ia adalah bahagian yang diabaikan sepenuhnya. Semua orang lupa kerana aspek jenayah lebih 'seksi' dan 'bernilai berita'.

Pemulihan sivil adalah satu perkara yang kurang dibangkitkan dan tidak difahami. Secara asasnya ia adalah untuk mengambil sebanyak mungkin aset yang dicuri, dan kebanyakannya di luar negara. Jadi kita bermula dengan AS. DOJ sudah berjaya, mereka bermula pada 2016.

Oleh kerana wang pembayar cukai digunakan, ataupun dicuri, untuk membeli aset-aset ini, jadi ia milik Malaysia secara amanah, tetapi dipegang oleh orang lain yang menyalahgunakannya. Jadi kita perlu buat tuntutan. Kita kerugian tiga tahun (untuk melakukannya).

Saya perlu ingatkan bahawa kerajaan dulu menjarakkan diri - pendirian umum mereka bahawa ia bukan aset Malaysia, padahal sebenarnya ia aset negara. Sebelum PRU ke-14, pendirian rasmi Malaysia bahawa ia bukan kepunyaan negara. Jarang ada benifisiari yang akan memberitahu seluruh dunia bahawa "ini bukan aset kami" dan itulah yang dilakukan Malaysia. Kita hanya mula bercakap benar selepas PRU ke-14.

Jadi kita perlu mencelah di AS. Kita telah melantik peguam dan mereka akan mencelah dalam prosiding mahkamah kerana ia agak teknikal dan membabitkan kekebalan kedaulatan dan persoalan kuasa perundangan (jurisdictional questions). Kami mendapat nasihat dan berharap dapat membuat keputusan tak lama lagi.

Kemudian di Singapura, ia juga sudah bermula dan prosesnya sama. Kita telah melantik peguam dan mereka hadir ke mahkamah. Ada yang senang dicapai. Tetapi jika ada pertikaian dan bangkangan, ia akan memakan lima hingga enam bulan. Kumpulan pertama defendan langsung tidak membantah. Mereka melepaskan semua tuntutan. Mereka menyerah kalah, jadi tiada masalah.

Dan Singapura mahu identiti defendan tidak didedahkan. Ia boleh difahami kerana Singapura mahu menggalakkan lebih ramai penuntut untuk melepaskan tuntutan mereka, dan sebagai ganti, Singapura tidak akan mendedahkan nama mereka. Ia masuk akal. Kita hanya mahukan aset kembali.
Adakah ia tidak akan didedahkan selama-lamanya?

Itu saya tidak tahu, bergantung kepada Singapura untuk menentukannya. Tetapi bagi kami, kami mahu aset dipulangkan ke Kuala Lumpur.

Adakah pejabat anda mempunyai petunjuk sebanyak mana wang (terlibat di Singapura)? DOJ menyebut AS$4.5 bilion dalam saman sivilnya.

Singapura tiada menyebutnya kerana mereka sendiri tidak pasti kerana ada sedikit pertikaian. Tetapi apa yang akan berlaku dalam kira-kira enam bulan seterusnya, kami akan mendapatkan perintah mahkamah, dan aset akan dikembalikan. Seperti yang anda tahu, kita telah membukan akaun khusus yang dikawal Kementerian Kewangan dan pengarah baru 1MDB.

Ia akaun pemulihan Kementerian Kewangan-1MDB?

Ya, diwujudkan secara khsusus. Selepas isu RM19 bilion wang GST, perlu ada akaun amanah khusus yang dilindungi dan dengan faedah, dikawal oleh pihak yang amanah.

Ini untuk semua pemulihan aset, bukan di Singapura sahaja?

Ya, ia bermula dengan Singapura. Kemudian kita ada Switzerland, mereka bekerjasama dengan kita.

Bagaimana dengan tekanan politik? Wujud tekanan politik terhadap pejabat peguam negara sejak anda dilantik, atau pesanan yang mengatakan anda perlu melakukan sesuatu perkara?

Langsung tidak. Mereka semua telah bertindak dengan baik dan betul: PM, Kabinet, menteri.
Tentulah saya sudah kenal ramai menteri kerana pernah bekerja dengan mereka pada masa lalu.

Mereka meletakkan soal undang-undang di tangan saya dan pejabat peguam negara. Tiada tekanan mahupun campur tangan.

Anda terkejut dengan perkara itu - tiadanya tekanan politik - terutama daripada PM yang sebelum ini dituduh mengawal kehakiman?

Tidak, saya tidak terkejut. Tun Mahathir adalah PM yang sudah berubah.

Anda benar-benar percaya perkara itu?

Sudah pasti. Setiap kali berurusan, Tun bertindak secara betul dan baik. malah ketika hari pertama saya, dia kata "beritahu saya jika ada yang tidak kena, beritahu saya jika saya tak boleh lakukannya." Jadi saya jawab, "Baik Tun, saya akan lakukannya."

Adakah pandangan anda terhadap Mahathir sudah berubah? Anda sebelum ini agak kritikal terhadapnya.

[Ketawa] Saya tiada keraguan bahawa PM dan anggota kabinet yang saya berurusan benar-benar percaya kepada pembaharuan. Jadi saya boleh sahkan bahawa saya sedang cuba menjadi peguam negara yang melaksanakan pembaharuan dalam sebuah kerajaan yang juga melaksanakan pembaharuan.


DIALOG RAKYAT: Tommy Thomas ulas 100 hari pertama sebagai peguam negara
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/tommy-thomas-ulas-100-hari-pertama.html


Tiada ulasan: