Ahad, 16 September 2018

Tiada istilah “KALAU” bila Allah sudah takdir dan tentukan sesuatu hal. 8209.


Foto Rin Du.
BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR  

Segagah manalah “Cash is King”

Tiada istilah “KALAU” bagi seseorang Islam yang yakin dan berpegang teguh kepada ketentuan dan takdir Allah, iaitu Qada dan Qadar Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. 

RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.

Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah." (Surah al-Ikhlas 1 - 4)

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

Nama Malaikat

Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga

3) BERIMAN KEPADA RASUL

Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.


4) BERIMAN KEPADA KITAB

Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
  1. Taurat - Nabi Musa a.s
  2. Zabur - Nabi Daud a.s
  3. Injil - Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Nabi-nabi yang menerima suhuf :
  1. Nabi Syits - 50 suhuf
  2. Nabi Idris - 30 suhuf
  3. Nabi Ibrahim - 10 suhuf
  4. Nabi Musa - 10 suhuf

Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
  1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
  2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
  3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
  4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
  5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
  6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
  7. Banyak berlaku gerak gempa.

Tanda-tanda besar :
  1. Keluar dajjal merosakkan agama.
  2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
  3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
  4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
  5. Terbit matahari dari sebelah barat.

6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.

Erti Qadar :

Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.

Erti Qada :

Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

  1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
  2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
  3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.

http://joerzack.tripod.com/RUKUN_IMAN.htm

16 September 2018

Tanpa kuasa dan duit UMNO mati akai...

Related image
Selamat Hari Malaysia...
Sekarang terdengar cakap-cakap bahawa para pembesar Umno, dengan diketuai oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terhegeh-hegeh mencari rakan baru setelah ditendang keluar oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu. Jadi menang betul lah cerita yang tersebar di media tradisional dan media sosial mengenai saki-baki Umno akan bergabung dengan parti-parti lain dalam usaha untuk kembali berkuasa.

Secara tidak rasmi ia telah pun mula bekerjasama dengan PAS. Tapi ini nampaknya tidak memuaskan mereka kerana PAS juga di pihak yang kalah. Perkongsian mereka tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan telah ditolak dalam beberapa pilihan raya kecil. Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.

Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup. PAS pun tidak ada kuasa dan tidak ada duit. Malah khabarnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Umno dan PAS hendak bayar gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu kalau tidak dibantu oleh kerajaan pusat. Inilah bahana tidak dengar cakap dan terlalu yakin kepada bisikan-bisikan palsu penjilat dan pengampu. Kerana dedak, mulut jadi busu, mata jadi buta dan telinga jadi pekak.

Pemujaan Yang Merosakkan

Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang. Malah ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat kalau menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu Mohd Najib mengundurkan diri, Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah dan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh berpuas hati menjadi pembangkang.

Tetapi ini cara Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia iaitu dengan tidak membuka hati Najib untuk mengundurkan diri dan tidak memberi kejantanan kepada para pembesar Umno untuk menyuruh beliau berundur. Dengan kekalahan Umno/BN maka terdedahlah kerosakan dahsyat yang Najib serta konco dan konspirator beliau lakukan ke atas ekonomi dan institusi negara.

Kalau ditakdirkan BN menang, segala kejahatan dan kerosakan ini akan berterusan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hutang negara terus menggunung dan secara sistematik Malaysia akan tergadai kepada kuasa-kuasa asing. Sekarang Umno umpama anak ayam kehilangan ibu – kesejukan, kelaparan dan ketakutan. Ke sana sini mencari tempat berlindung.

Baru-baru ini beberapa orang ketua mereka - termasuk Ahmad Zahid Hamidi - telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk “berbincang” Khabarnya, mereka tidak lagi bercakap mengenai Umno tetapi Pekembar. Pekembar adalah singkatan kepada nama bahasa Melayu bagi Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Konon cerita, mereka mahu meninjau kemungkinan menggabungkan Pekembar dengan Bersatu (PPBM) menjadi Pekembar Bersatu. Melaluinya mereka berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan PH. Itu cerita lah! Masuk akal. Tapi masakan PPBM yang sudah pun menganggotai PH mahu atau boleh bergabung dengan Umno/Pekembar. PPBM tentulah faham muslihat Umno itu. Ini mungkin cara Umno memecahbelahkan PH dengan harapan ia akan kembali berkuasa.

Pendirian PPBM jelas. Ahli Umno dialu-alukan menyertai PPBM . Tetapi mereka hendaklah menyertainya sebagai individu dan ahli biasa. Mereka tidak boleh masuk berkumpulan sebagai cawangan atau bahagian. Mereka masuk sebagai ahli biasa dan kalau bercita-cita hendak memimpin mereka perlulah melakukannya dalam kerangka PPBM. Majoriti ahli Umno dialu-alukan. Tetapi tentulah ada segelintir yang tidak akan diterima kerana imej mereka yang buruk dan amalan mereka yang menyalahi undang-undang.

Ramai Akan Sertai Najib

Ini mengingatkan saya kepada makluman Perdana Menteri semalam bahawa Polis, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini semakin cergas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kes berkaitan skandal 1MDB. Perkembangan ini sangat melegakan kerana sebelum ini terdengar cakap-cakap bahawa tiga agensi penting ini terlalu perlahan bertindak dan bertelingkah antara satu sama lain.

Keadaan berubah setelah ketiga-tiga mereka dipanggil menemui Perdana Menteri serentak baru-baru ini. Tidak syak lagi perkembangan yang menggembirakan ini akan berkesudahan dengan lebih ramai ketua-ketua Umno era Najib mengekori bos mereka ke muka pengadilan. Jadi secara tidak langsung proses pembersihan Umno sedang berlaku dan ini akan memudahkan kita membezakan di antara pertama dan kaca dalam pertubuhan itu.

Yang bersih atau yang tidak terlalu teruk kesalahan dan kesilapan mereka bolehlah diterima masuk ke dalam PPBM atau sebagai sekutu PH dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Kemasukan mereka, sama ada secara langsung atau sebagai sekutu, boleh membantu kerajaan PH mendedahkan dan mengatasi pelbagai skandal dan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan BN. - A.Kadir Jasin
PD Move, it’s part of transition plan...
While some have voiced their opposition to the upcoming Port Dickson by-election, DAP political education director Liew Chin Tong said that the move was necessary to ensure stability within the Pakatan Harapan government.

In an interview with Malaysiakini yesterday, Liew said Pakatan Harapan had agreed that Anwar Ibrahim would succeed Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, and therefore securing the heir apparent's seat in Parliament would help quell uncertainty.

He stressed that a key component which led to Harapan's electoral success at the May 9 general elections was Mahathir and Anwar's decision to work together and forge a united opposition, and the duo must do the same now that they are part of the new government.

"I support Anwar's decision to contest in the by-election. Hopefully, more people will support him. I hope Anwar’s participation will stabilise the entire political scenario.

"When the prime minister succession plan between Mahathir and Anwar is firm, it will stabilise the government," said Liew, who is also the deputy defence minister.

Liew said critics must remember that Anwar could not participate in the May 9 elections because he was imprisoned on trumped-up charges.

Now that he has been granted a full pardon, he must be allowed to take his rightful place in Parliament again.

"If Anwar could return to Parliament, the cooperation between Mahathir and Anwar is sealed, and it will play an important role in stabilising the nation."
Potential power vacuum 
Liew said that the thought of a potential power vacuum was not good for the country and sorting out the details on the transition is always better done sooner than later.

"Certainty helps us focus on reforming institutions, the economy and the second round of nation-building," he said.

PKR triggered the Port Dickson by-election on Wednesday following the resignation of Danyal Balagopal Abdullah, who stated that his reason for resigning was to force a by-election for Anwar to contest.

The move was heavily criticised by netizens and civil society groups, arguing that it was unnecessary and would be a waste of public resources.

Anwar has justified the move on grounds that he must get back to the legislature soon to help work on parliamentary reforms and assist Mahathir. - mk
Image result for PD Move
Let the dust settle on PD Move...
I agree with Liew that in order for the transition of power from Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to his appointed successor Anwar Ibrahim to take place smoothly, Anwar has to be elected in as a member of Parliament first.

I would say that the Port Dickson move is not only necessary, but also important. Like it or not, if it had been Edmund Santhara’s Segamat constituency, William Leong’s Selayang constituency or even Johari Abdul’s Sungai Petani constituency, the attack on Anwar’s move would be the same.


Even when Johari first volunteered his seat, he was attacked from all sides. There is no assurance, that even if it had been the Selayang or Segamat constituency, there would not be any form of attack against Anwar’s move. BN cybertroopers and propagandists are actively looking for any opportunity to attack. This is why we, as civilians, have to be watchful.



I do agree with former Bar Council chairperson Ambiga Sreenevasan that if anyone were to let go their seats for Anwar, it should have been his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail or their daughter, Nurul Izzah.



However, one needs to understand that Wan Azizah is currently the deputy prime minister and the Pandan constituency which she holds is not easily winnable, given that Pandan has always been an MCA stronghold until 2013. By vacating her seat, she would have to immediately step down as deputy prime minister. My question is: What if Anwar does not win the Pandan seat?



As for Nurul Izzah who is holding on to Permatang Pauh, a constituency formerly held by Anwar, I cannot think of any good reason why she could not have vacated the seat except that she has built a strong bond with the constituents and Permatang Pauh voters did not want to be called upon again to participate in another election.



Whatever it is, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is 93 years old, and with due respect to his age, anything can happen to him. Assuming that he has to step down due to poor health, there would be a vacuum if Anwar is not ready to take his place.



Wan Azizah would not make a good prime minister given that, even on the issue of the much frowned-upon child marriage, she did not appear to be capable of making a good decision. Having Anwar back in Parliament would ensure that there is a smooth transition of power in the Pakatan Harapan government.



Unless one wishes to wait for a vacancy involving a lawmaker’s death, there is very little choice but for PKR to engineer a by-election for Anwar. With this, I hope some good sense will prevail eventually. For now, I would rather let the dust settle on the “Port Dickson move” and open the channel for Anwar to return to Parliament.



However, if Anwar continues to operate in the “Old Malaysia” mindset, we civilians will remind him that the victory was not won by a bunch of politicians, but by the people who voted for them. If today we can vote for Pakatan Harapan, tomorrow we can also throw them out. My only concern is that when that happens, the culprits behind the 1MDB scandal will go scot-free.



I hope that the opposition will start reforming itself instead of still playing the old politics of race, religion and royalty, which I see Anwar is in danger of reverting to after speaking out against it in the past. - Stephen Ng





Image may contain: 3 people, people smiling
Anwar danTPM Singapura,Teo Chee Hean 
Image may contain: one or more people, people standing, people walking and text

Image may contain: 1 person, standing and text


No automatic alt text available.
Solat Hajat pun kena bayaq...
cheers.
tumpang sekole...?: Tanpa kuasa dan duit UMNO mati akai...
https://alditta.blogspot.com/2018/09/tanpa-kuasa-dan-duit-umno-mati-akai.html


Nazri cuba halang kerjasama Umno-PAS

Ho Kit Yen

PETALING JAYA: Penganalisis politik bebas berkata, kenyataan terbaru Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyokong pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Port Dickson mungkin merupakan percubaan beliau menggagalkan hubungan Umno dengan PAS.

Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu FMT, Nazri, yang merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas, mungkin tidak bersetuju dengan rancangan Umno untuk bekerjasama dengan PAS selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Dua parti pembangkang itu telah secara terbuka menyokong satu sama lain, dan saling berkempen dalam pilihan raya kecil di Sungai Kandis serta Seri Setia baru-baru ini.

Kamarul berkata, Nazri kini mendakwa wujudnya “niat” dalam kalangan Umno untuk bekerjasama dengan PKR.

“Secara tidak langsung beliau menimbulkan keraguan terhadap rakan Umno, iaitu PAS,” katanya, dengan memetik dakwaan bekas menteri pelancongan itu bahawa selepas pilihan raya umum lalu, Ahli Parlimen Umno menandatangani akuan bersumpah membenarkan presiden parti itu, Datuk Seri Zahid Hamidi berunding dengan mana-mana parti dalam usaha merebut semula kuasa di peringkat persekutuan.

Nazri dilaporkan berkata, beliau akan berkempen untuk Anwar dalam pilihan raya kecil Port Dickson yang bakal diadakan dan terdapatnya “persamaan fikiran dalam kalangan Ahli Parlimen Umno” bahawa mereka harus menunjukkan sikap baik terhadap PKR.

Bagaimanapun Ahli Parlimen parti itu seperti Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Seri Reezal Naina Merican menolak dakwaan tersebut.

“Beliau (Nazri) fikir sikap mesranya terhadap PKR akan mengakibatkan PAS berfikir semula tentang kerjasama mereka dengan Umno,” kata Kamarul.

Beliau berkata, sebagai orang yang tidak mempunyai kuasa di peringkat kepimpinan tertinggi Umno, Nazri cuba menggunakan pilihan raya kecil Port Dickson untuk membetulkan haluan parti itu.

Kamarul juga mempersoalkan kesahihan dakwaan tentang rancangan Zahid untuk berunding dengan parti seperti PKR bagi menguatkan kedudukan Umno.

Ini kerana kata beliau, sekiranya rancangan itu benar-benar ada, maka Nazri telah merosakkannya dengan mendedahkannya secara terbuka.

Dalam pada itu, pakar geostrategi Dr Azmi Hassan berkata, PKR tidak memerlukan Umno untuk memperkuat kedudukan parti itu kerana ia kini mempunyai anggota Kabinet paling ramai.

Dr Agus Yussof dari UKM juga menolak kenyataan Nazri.

“Itu pendapat peribadinya. Ia tidak akan beri kesan ke atas parti dalam PH,” katanya.

Selepas 3 tahun, Anwar dijangka kembali ke Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil Port Dickson. Pada 2015, beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun berikutan kes Liwat 2.

Beliau kemudiannya diberikan pengampuna Diraja selepas pilihan raya umum lalu dan kini layak bertanding.

at 9/16/2018 12:43:00 PG
KERENGGA: Nazri cuba halang kerjasama Umno-PAS
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/nazri-cuba-halang-kerjasama-umno-pas.html

Saturday, 15 September 2018

PELIK ZAHID INI, SEJAK BILA UMNO BENARKAN AHLINYA TURUN BERKEMPEN UNTUK PARTI LAWAN?

Jika sebelum ini kita berasa pelik dengan tindakan Nazri Aziz yang bertekad akan berkempen untuk Anwar Ibrahim di Port Dickson kerana PKR adalah parti lawan bagi UMNO, rupa-rupanya sikap yang ditunjukkan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam perkara itu jauh lebih pelik lagi.

Zahid Hamidi dilaporkan berkata, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Nazri, biar pun jika dia berkempen untuk Anwar di Port Dickson nanti.

Tidakkah kenyataan Zahid Hamidi itu sesuatu yang pelik?

Sejak bila UMNO membenarkan ahlinya berkempen untuk parti lain, khususnya parti lawan kepada UMNO sendiri?

Bukankah merupakan suatu kesalahan bagi ahli UMNO berkempen untuk parti lain, bahkan sudah ramai sebelum ini yang diambil tindakan sama ada dipecat atau digantung keahlian kerana melakukan perbuatan itu?

Kalau Nazri boleh berkempen untuk Anwar dan PKR di Port Dickson, apakah di lain kali ahli UMNO dibenarkan juga berkempen untuk DAP, Amanah dan Bersatu?

Selain itu, berhubung tindakan Nazri yang mahu berkempen untuk Anwar, Zahid Hamidi juga menyifatkannya sebagai perbezaan pendapat yang harus dialu-alukan.

"Apa perlunya bertindak? Saya tak nampak ada permasalahan. Saya sering meraikan perbezaan pendapat," kata Zahid Hamidi lagi.

Lagi pelik kenyataan Zahid Hamidi ini!

Wahai Zahid Hamidi yang ada sijil PhD, tindakan Nazri yang masih ahli UMNO tapi turun berkempen untuk Anwar dan PKR bukanlah suatu bentuk perbezaan pendapat sebenarnya.

Kalau ikut perlembagaan UMNO dan tentunya ia bukanlah susah sangat untuk difahami, tindakan berkempen untuk parti lawan adalah suatu kesalahan serius dari segi disiplin dan peraturan.

Lebih-lebih lagi, jika UMNO yang bertanding, berkempen untuk parti lawan adalah perbuatan sabotaj yang nyata.

Susah ke nak memahaminya?

Atau sebetulnya Zahid Hamidi sendiri yang menyuruh Nazri turun berkempen untuk Anwar itu?

(ShahbudinHusin 15/09/2018)
Shahbudin dot com: PELIK ZAHID INI, SEJAK BILA UMNO BENARKAN AHLINYA TURUN BERKEMPEN UNTUK PARTI LAWAN?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/pelik-zahid-ini-sejak-bila-umno.html
Foto Wan Roben.

Tiada ulasan: