Jumaat, 5 Oktober 2018

Dari Peneraju Kerajaan Persekutuan kepada hanya Penguasaan Parlimen Pekan (P85). 8299.


Di mata rakyat Turki, Erdogan adalah pemimpin terpercaya kelas dunia. Inilah gaya Presiden Erdogan yang sering menjadi perhatian Dunia

Baca juga: 

6091. Hypnosis Diri.

Bismillahi Walhamdulillah.
Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 

Parlimen Pekan (P85)
Semalam jam 4:07 PTG

Kasihnya seorang suami membawa bahagia.

Walaupun DS Najib dan isteri dihina setiap hari namun mereka berdua tetap Cool dan sentiasa ceria untuk kita semua.

Yang Sayang DS Najib sila tekan 1 ... 
Abdullah berkongsi siaran.
Semalam jam 4:23 PTG
Foto Parlimen Pekan (P85).
https://www.facebook.com/parlimenpekanP85/photos/pcb.1846776895369436/1846776428702816/?type=3&theater&ifg=1
Foto Parlimen Pekan (P85).
https://www.facebook.com/parlimenpekanP85/photos/pcb.1846776895369436/1846776482036144/?type=3&theater&ifg=1
Foto Parlimen Pekan (P85).
https://www.facebook.com/parlimenpekanP85/photos/pcb.1846776895369436/1846776602036132/?type=3&theater&ifg=1
Foto Parlimen Pekan (P85).
https://www.facebook.com/parlimenpekanP85/photos/pcb.1846776895369436/1846776688702790/?type=3&theater&ifg=1
Foto Parlimen Pekan (P85).
https://www.facebook.com/parlimenpekanP85/photos/pcb.1846776895369436/1846776775369448/?type=3&theater&ifg=1
BERITA»Nasional
Jumaat, 5 Oktober 2018 | 1:18pm
JALUR Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad ini di semua premis JBPM di seluruh negara. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Bendera dikibar separuh tiang hingga Ahad 

KUALA LUMPUR: Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad ini di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara. 


JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu.


“JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah dan menghargai pengorbanan wira-wira merah ini. 


“Keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuatkan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khidmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.


JBPM akan melakukan yang terbaik dalam memastikan segala aspek kebajikan waris terbela seperti yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam dan jabatan.


Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika operasi mengesan seorang remaja yang hilang di lombong tinggal.


Adnan dan Muhammad Hifdzul bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sementara yang lain di BBP Pelabuhan Klang.


Jenazah kesemua mangsa dikebumikan pada Khamis di kampung halaman masing-masing.


Mayat Fahmy Mohammad Azzam, 17, pula ditemui semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana pada malam yang sama. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/482101/bendera-dikibar-separuh-tiang-hingga-ahad

SUKAN»Bola
Jumaat, 5 Oktober 2018 | 12:37pm
SYED Saddiq bercakap kepada pemberita selepas sesi dialog NFDP bersama penyokong bola sepak tanah air di MSN, malam tadi. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Siasat dana RM85 juta NFDP

Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika wujud unsur rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan membuat penilaian teliit selepas wujud dakwaan berlaku unsur ketirisan membabitkan kontraktor yang dilantik dengan kos RM85 juta bagi membangunkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.

"Saya sendiri akan nilai dan lihat, kalau perlu pengauditan kita kena buat dan kalau perlu siasatan kita akan maklumkan kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog NFDP bersama penyokong bola sepak tanah air di Majlis Sukan Negara (MSN), malam tadi.

"Saya serius dalam perkara ini kerana apabila saya bertemu Lim Teong Kim (Pengarah AMD), dia kata benda sama iaitu (pusat latihan) perlukan penambahbaikan, bila jumpa barisan kejurulatihan pun mereka luahkan perkara sama.

"Ketika kita melihat AMD sebagai pusat latihan terbaik yang setaraf dengan akademi Bayern Munich, Jepun dan Korea Selatan, tetapi pada masa sama perkara asas masih belum mencukupi.

"Kita sibuk membincangkan isu yang besar, tetapi perkara asas seperti bola pun tak cukup walaupun dah dijanjikan sebelum ini.

“Perkara ini perlu diselesaikan dahulu kerana jika tidak diselesaikan, kita campak duit banyak mana pun ia tak akan pergi jauh, integriti adalah nombor satu," katanya.

Terdahulu, beberapa peminat bola sepak tanah air yang hadir pada sesi dialog turut membangkitkan perkara sama selain meminta Syed Saddiq membuat audit mengenai segala peruntukan yang diberikan untuk NFDP.

Malah, Syed Saddiq ketika menjawab soalan yang dilontarkan oleh peminat berjanji akan membuat siasatan hingga ke lubang cacing berhubung dana RM85 juta untuk pembangunan pusat latihan berkenaan.

"Kemudahan lain seperti televisyen dan internet pun tiada, aspek pemakanan juga tidak disediakan dengan baik. Malah saya difahamkan pegawai fisioterapi pun tiada.

"Saya sudah bincang dengan ISN (Institut Sukan Negara) dan mereka akan beri panduan sepenuhnya selepas ini. Tapi pada masa sama masalah yang dihadapi adalah tempat untuk menempatkan pegawai ini kerana kira-kira enam pegawai ISN akan diletakkan di AMD selepas ini.

"Takkanlah tiada tempat untuk pegawai ISN di sana. Perkara ini akan saya siasat hingga ke lubang cacing, RM85 juta sudah dibelanjakan, ini bukan duit tahunan, ini untuk membangunkan tempat berkenaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/10/482085/siasat-dana-rm85-juta-nfdp


Tiada ulasan: