Agen yahudi laknatullah ORIENTALIS mengagendakan kerosakan dalam Islam.
Mempengaruhi Melayu yang berpendidikan barat, Melayu berpendidikan sekular, Melayu yang tidak mengikut pendidikan Islam secara formal, Melayu yang mengikuti dan mengamal budaya barat, Melayu yang suka berpecah belah dan pecah perintah dalam politik dan akhirnya menjadikan Islam Plural sebagai anutan kehidupan sebelum saat sakratulmaut. Nauzubillahminzalik.
Walhal Islam hanya satu mengEsakan Allah dengan mengikut perintah Nya dan menjauhi larangan Nya.

Bismillah...
Bangun Sahabatku??
YUk kita sholat Tahajud!
Semoga yg Melaksanakan Sholat Tahajud,Allah SWT Selalu memberikan KETENANGN,KETENTRAMAN Dan KEBAHAGIAAN HIDUP.Aamiin...
*#Renungan disepertiga Malam*
*7⃣ KUNCI KEBAHAGIAAN* *menurut sayyidina ali bin abi thalib RA, kunci kebahagiaan adalah
1⃣ jangan membenci
siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2⃣ jangan pernah bersedih secara berlebihan,
sekalipun problem memuncak.
3⃣ hidup lah dalam
kesedrhanaan sekalipun serba ada.
4⃣ berbuatlah kebaikan sekalipun bnyak musibah.
5⃣ perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6⃣ tersenyumlah walaupun hati mu sedang menangis.
7⃣ jangan memutus do'a untuk saudara mukmin.
*🤲ya Allah...🤲*
👉 muliakanlah orang yang membaca kata kata ini.
👉lapangkanlah hatinya
👉bahagiakanlah
keluarganya
👉luaskan rezekinya
Aamiin...
*Wallahu'alam*
*Semoga Bermanfaat*
Bangun Sahabatku??
YUk kita sholat Tahajud!
Semoga yg Melaksanakan Sholat Tahajud,Allah SWT Selalu memberikan KETENANGN,KETENTRAMAN Dan KEBAHAGIAAN HIDUP.Aamiin...
*#Renungan disepertiga Malam*
*7⃣ KUNCI KEBAHAGIAAN* *menurut sayyidina ali bin abi thalib RA, kunci kebahagiaan adalah

1⃣ jangan membenci
siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2⃣ jangan pernah bersedih secara berlebihan,
sekalipun problem memuncak.
3⃣ hidup lah dalam
kesedrhanaan sekalipun serba ada.
4⃣ berbuatlah kebaikan sekalipun bnyak musibah.
5⃣ perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6⃣ tersenyumlah walaupun hati mu sedang menangis.
7⃣ jangan memutus do'a untuk saudara mukmin.
*🤲ya Allah...🤲*
👉 muliakanlah orang yang membaca kata kata ini.
👉lapangkanlah hatinya
👉bahagiakanlah
keluarganya
👉luaskan rezekinya
Aamiin...
*Wallahu'alam*
*Semoga Bermanfaat*
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2009658409094233&set=a.507569075969848&type=3&theater&ifg=1

Selasa 09 October 2018
‘Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’. Aliran atau manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.
Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran dan al-Hadis. Penganut Islam Liberal menyatakan al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi ia adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.
Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar. Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan” (Surah Ali-Imran, ayat 83).
Pada tahun 2005 Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman tersebut. Pengharaman tersebut adalah wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama memang menyesatkan.
Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat, iaitu ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.
Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010).
Tidak kurang juga ramai di kalangan sarjana Islam sendiri menjadi pendukung Islam Liberal. Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah (Mesir), Nasr Hamid Abu Zayd, manakala di Tunisia terdapat tokoh bernama Ali Harb. Sarjan-sarjana Islam lain termasuklah Sayyed Hussein Nasr, Mohamad Arkoun, Hasan Hanafi dan Amina Wadud.
Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal yang disertai beberapa tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy Munawar rahman, Azyumardi Azra, Nassarudin Umar dan ramai lagi. Hampir kesemua tokoh-tokoh itu pernah mendapat didikan di negara Barat dan ada yang pernah berkhidmat di institusi-institusi pengajian Barat.
Nurcholish Madjid telah mengubah makna Kalimah Syahadah dengan pengertian “Tidak ada tuhan kecuali Tuhan” dengan tafsiran pengertiannya bahawa menyembah Tuhan yang mana sekali pun adalah benar kerana hakikatnya semuanya menuju ke satu titik pusat, iaitu “Hakikat Yang Tunggal”. Bagi mereka, semua agama adalah cabang-cabang yang berasal dari pohon yang sama.
Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya dipercayai mempunyai pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang rapat dengan Barat. Perkara ini pernah didedahkan oleh Dr. Yusri Mohamad dan Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady semasa ‘Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’ tahun 2010. Dalam usaha menyebarkan fahaman pluralisme agama di negara ini, mereka sangat berhati-hati dengan tidak menyebarkannya secara terang-terangan.
Kesimpulan, pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam syariat Islam. Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang suci kerana menurut mereka syariat adalah hasil ciptaan manusia.
Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan agama. Malah, lebih ekstrem lagi mereka turut memperjuangkan hak golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam Liberal di Indonesia. – BH 4 Feb 2012
PENULIS ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.
Portal 1Klik
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524-kolumnis-akhbar/12963-pluralisme-agama-agenda-orientalis-pesong-akidah-islam-.html
Apa itu pluralisme agama?
DR YAMIN CHENG - 1 NOVEMBER 2017

Pluralisme agama. - Foto sumber internet
SELAIN dari fahaman liberal, pluralisme agama turut menjadi perhatian pihak agama dalam membendung fahaman yang dianggap boleh mengancam akidah umat Islam di negara ini.
Pluralisme agama yang dimaksudkan oleh mereka yang menentangnya ialah pandangan bahawa semua agama itu adalah sama dan dengan itu sesiapa sahaja bebas untuk memilih mana-mana agama yang difikirkan benar untuk dirinya.
Pluralisme agama yang membawa maksud di atas adalah pluralisme agama yang bersifat inklusif dan ia hanyalah satu daripada beberapa pengertian kepelbagaian agama.
Pluralisme agama boleh juga bersifat eksklusif iaitu agama-agama yang ada berbeza antara satu sama lain walaupun semua agama menyentuh perkara yang sama seperti kekudusan, ketuhanan, perkara ghaib, pengakhiran hidup, dan pembalasan terhadap amalan baik dan buruk. Ini adalah kerana cara pemahaman tentang perkara-perkara ini berbeza antara satu agama dengan yang lain.
Pluralisme agama boleh membawa maksud kepentingan bersama antara agama-agama dari segi tujuan wujud manusia. Semua agama menyeru kepada kebaikan dan menjauhkan diri dari kemungkaran serta menyajikan cara untuk mencapai tujuan hidup murni.
Pluralisme agama yang sebegini memfokuskan kepada kebersamaan dalam tujuan hidup manusia dan pada masa yang sama menghormati perbezaan akidah dan syariat agama masing-masing.
Justeru, menolak pluralisme agama harus menyatakan dengan jelas pluralisme agama yang membawa maksud apa yang ditolak, sama ada yang bersifat inklusif, atau yang bersifat eksklusif, atau yang berkongsi kepentingan bersama dari segi falsafah wujud serta kehidupan manusia.
Jika sesuatu itu membawa beberapa maksud, janganlah kita dengan sesenangnya menganggap bahawa ia membawa hanya satu maksud tertentu kerana ini tentunya akan mendatangkan malu kerana mencerminkan pemahaman yang tidak jitu.
Ini adalah penting lebih-lebih lagi apabila kita berkunjung ke luar negara dan menyertai persidangan atau dialog antara agama dan diberitahu pluralisme agama yang bersifat inklusif bukanlah apa yang dimaksudkan oleh pertemuan itu.
Tambahan, tradisi keilmuan Islam sejak dahulu kala amat menitikberatkan takrifan iaitu maksud terperinci istilah-istilah yang digunakan. Imam Ghazali umpamanya, membentangkan apa yang beliau faham dengan falsafah Yunani dalam kitabnya Maqasid al-Falasifah sebelum mengkritik aspek-aspek falsafah ini yang bertentangan dengan pandangan wujud Islam dalam kitabnya Tahafut al-Falasifah.
Mempunyai fahaman yang jelas tentang pluralisme agama adalah penting kerana ia melibatkan hubungan dengan mereka yang bukan seagama dengan kita.
Saban tahun perayaan-perayaan penting masyarakat majmuk negara ini diraikan bersama oleh penganut agama yang berbeza dan lebih penting ialah ia diraikan sebagai peristiwa negara dengan cuti umum sekali. Apakah ini dianggap sebagai pluralisme agama? Jika ia adalah pluralisme agama, pluralisme agama yang bagaimana?
Apabila kita mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu, apakah ini bermaksud kita turut mengiktiraf kepercayaan mereka? Atau, apa yang kita lakukan hanya sekadar meraikan falsafah yang dibawa oleh perayaan tersebut iaitu ia bertujuan untuk menyambut kemenangan kebaikan ke atas kejahatan yang dilambangkan oleh sinaran cahaya mengatasi kegelapan.
Justeru, ucapan itu bertujuan sebagai satu harapan agar penganut agama Hindu akan melihat perayaan itu sebagai satu peringatan untuk menjadi manusia murni dan seterusnya sebuah masyarakat yang terus menyumbang kepada kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara.
Begitu juga dengan penganut agama Hindu serta agama lain. Apabila mereka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam, apakah ini bermakna mereka telah mengiktiraf kepercayaan orang Islam?
Pluralisme agama dalam bentuk inklusifnya tidak mungkin berlaku kepada mereka yang faham apa itu agama.
Mereka yang mengatakan semua agama adalah sama sebenarnya tidak memahami apa itu agama kerana hanya melihat dari segi luarannya tanpa memahami bahawasanya agama adalah satu sistem kepercayaan dan peribadatan yang dengan sendirinya membezakannya dengan agama lain.
Justeru, meraikan agama bersama hanya boleh berlaku kepada falsafah yang dibawa oleh agama masing-masing yang mengajar dan mengajak manusia untuk hidup secara harmoni di muka bumi ini.
* Penulis bekas Pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Apa itu pluralisme agama? - Pendapat - Sinar Harianhttp://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/apa-itu-pluralisme-agama-1.750643
Archive for the ‘Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama’ Tag
Mencermati Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama
Posted December 16, 2010
Filed under: Artikel, Program | Tags: Anis Malik Thoha, Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama, Diana Eck, doktrin pluralisme agama, Dr. Anis Malik Thoha, faham pluralisme agama, JAIS, JAKIM, John Hick, Majelis Ulama Indonesia, mencermati doktrin pluralisme agama, Muafakat, pemurtadan, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pluralism Project, Pluralisme Agama, SIPILIS, toleransi, wacana, Wacana Fahaman Pluralisme Agama
Kertas ini adalah di antara yang dibentangkan semasa Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah:
Untuk versi cetak/pdf – Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama – AMT
بسم الله الرحمن الرحيم
Mencermati Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama[1]
Oleh Dr. Anis Malik Thoha
Barangkali tidak banyak yang menyedari, apalagi mempertanyakan!, bahawa indoktrinasi sebuah doktrin “agama baru” yang bernama Pluralisme Agama ini telah dan sedang berlangsung secara intense, well-planned, dan sistematik di seluruh segmen masyarakat dunia yang nyaris tanpa sempadan ini. Hal ini dapat disaksikan melalui berbagai mass media, electronik dan cetak, yang disampaikan lewat mimbar-mimbar politik resmi, seminar, konferensi, dan bangku perkuliyahan.
Meskipun masalah ini sudah banyak ditulis dan didiskusikan, pro-kontra itu terus saja berlangsung. Dalam mencermati hiruk-pikuk wacana “Pluralisme” pada umumnya, dan “Pluralisme Agama” khususnya, yang tengah marak di rantau kita pada dasawarsa pertama abad ke-21 ini; pun juga dalam berbagai kesempatan mengisi berbagai workshop, seminar dan konferensi, khusus mengenai isu dan wacana tersebut, saya merasa gamang, ada sesuatu yang sangat mengusik nalar kesadaran.
Bagaimana tidak? Wacana ini sudah sedemikian melebar dan meluas, serta merambah ke berbagai ranah, dan disahami oleh berbagai kalangan – mulai dari politisi, budayawan, agamawan sampai akademik, tapi topik utama yang diwacanakan ini nyaris tidak pernah benar-benar diupayakan pendefinisiannya secara teknis atau sesuai dengan yang dimaksudkan oleh para ahlinya. Padahal inilah langkah metodologis awal yang mesti dilakukan oleh siapa pun yang interest dan berkepentingan dengan isu ini. Lebih dari itu, sebetulnya masalah ini adalah masalah tuntutan logis belaka yang nescaya, yang jika diabaikan maka secara tak terhindarkan akan menciptakan tidak saja kerancuan atau kebingungan (confusion), tapi juga pada akhirnya mengaburkan dan bahkan menyesatkan (misleading).

Para ulama kita terdahulu dari berbagai bidang dan disiplin ilmu ternyata sangat peka dan menyedari betapa krusialnya problem definisi ini sebelum mereka mengupas bahasan-bahasan di bidang masing-masing secara detail. Para fuqaha’, misalnya, begitu sistematis dalam mengupas masalah-masalah fiqh, dimulai dengan definisi-definisi yang gamblang secara lughawy maupun teknisnya: apa itu taharah, wudhu, tayammum, mandi, dsb. Tapi sayang sekali, dewasa ini model dan tradisi semacam ini tampak banyak ditinggalkan oleh kalangan kita, khususnya dalam hal berwacana Pluralisme Agama.
Entah kerana sebab oversight atau apa, yang jelas pada hakekatnya tidak banyak di kalangan kita yang mencuba mengerti atau memahami, apalagi mempersoalkan problem definisi ini dengan betul dan bijak. Seakan-akan istilah Pluralisme Agama ini sudah cukup jelas dan, oleh kerananya, boleh taken for granted. Padahal, istilah “pluralisme” itu jelas-jelas istilah (baca: ideologi/ajaran) pendatang yang merangsek ke alam sadar dan di-bawah-sadar kita bersama-sama dengan istilah-istilah dan ideologi-ideologi asing yang lain, seperti democracy, humanism, liberalism, dsb. yang tentu saja tidak bisa kita maknai seenak kita atau menurut “selera” dan asumsi kita.
Secara umum dapat dikatakan bahawa kebanyakan orang yang ditokohkan di kalangan kita beranggapan secara simplistis bahawa “pluralisme = toleransi”, dan “pluralisme agama = toleransi agama”. Fakta ini dapat dilihat daripada ingar-bingarnya reaksi dan respons yang cenderung “emosional” terhadap fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang dikeluarkan pada tahun 2005 tentang hukum haramnya Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (atau yang dikenal dengan SIPILIS), dan juga terhadap resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak, Malaysia, yang dibacakan oleh Mufti Perak, Datuk Dr. Harussani, yang menegaskan hukum yang sama dengan fatwa MUI.
Yang menyedihkan, anggapan atau asumsi simplistik ini tidak hanya terbatas pada kalangan “awam” (yang memang tidak terdidik secara akademis dalam bidang ini), tapi hatta kalangan para tokoh atau yang ditokohkan yang memang spesialisasi akademiknya berkait erat dengan bidang ini pun tampak begitu over-confident dengan pemahamannya yang simplistik tadi.
Salah satu contoh yang paling konkrit adalah sebuah disertasi Doktor di Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta, yang kemudian diterbitkan pada awal tahun 2009 yang lalu dengan judul Argumen Pluralisme Agama: Membangun Toleransi Berbasis Al-Qur’an. Dalam buku ini tak nampak ada upaya yang serius dari pengarangnya untuk mendiskusikan definisi teori atau faham Pluralisme Agama yang menjadi topik utama bahasannya, malah terjebak pada pengertian yang keliru dan mengelirukan di atas tadi. Pembaca yang cermat tidak perlu bersusah-payah melongok ke dalamnya, dari judul saja sudah cukup untuk mengetahui apa gerangan yang dimaksudkan oleh pengarangnya tentang faham Pluralisme Agama ini, yang tiada lain adalah “toleransi agama”. Fatal!
Tapi meskipun demikian, anehnya buku ini mendapat sambutan yang luar biasa oleh media massa kita, dan juga sanjungan dan pujian yang sangat berlebihan dari sederet nama orang-orang yang ditokohkan di masyakarat Indonesia dengan latar-belakang yang beragam yang jumlahnya lebih dari selusin. Hal ini semakin membuktikan betapa kacaunya dunia pemikiran dan akademik di kalangan kita.
Hakikat Doktrin Pluralisme Agama
Apa sebenarnya doktrin Pluralisme Agama ini? John Hick, seorang tokoh pengasas – atau bahkan “nabi” – yang mengajarkan doktrin ini, mentakrifkan bahawa Pluralisme Agama adalah:
[T]he view that the great world faiths embody different perceptions and conceptions of, and correspondingly different responses to, the Real or the Ultimate from within the major variant cultural ways of being human; and that within each of them the transformation of human existence from self-centredness to Reality centredness is manifestly taking place – and taking place, so far as human observation can tell, to much the same extent.[2]
Definisi yang mirip seperti ini pun dapat ditemukan dalam salah satu makalahnya, ‘Religious Pluralism,’ yang diterbitkan dalam The Encyclopedia of Religion, sebagaimana berikut:
…the term refers to a particular theory of the relation between these traditions, with their different and competing claims. This is the theory that the great world religions constitute variant conceptions and perceptions of, and responses to, the one ultimate, mysterious divine reality…the view that the great world faiths embody different perceptions and conceptions of, and correspondingly different responses to, the Real or the Ultimate, and that within each of them independently the transformation of human existence from self-centeredness to reality-centeredness is taking place.[3]
Dari takrif yang sangat detail ini dapat dielaborasikan bahawa doktrin ini ingin mengajarkan bahawa agama-agama besar dunia (Yudaisme, Kristianiti, Islam, Hinduisme, Buddhisme, Taoisme, Konfusianisme, Sikhisme, dll.) adalah penampilan-penampilan atau penampakan-penampakan yang berbagai dan beragam dari satu Hakekat Ultima yang Tunggal. Dengan kata lain, dan lebih spesifik lagi, doktrin ini mengajarkan bahawa satu Hakekat Ultima yang Tunggal ini direspon/dipersepsikan/diyakini dalam Yudaisme sebagi El, Elohim, Adonai; dalam Kristianiti sebagai Holy Trinity; dalam Islam sebagai Allah; dalam Hinduisme sebagai Trimurti, Brahman; dalam Buddhisme sebagai Nirvana, Amitabha Buddha; dalamTaoisme sebagai Tao; dalam Sikhisme sebagai Sat Nam, dsb. Singkatnya, nama boleh beragam dan banyak, tapi hakekat tetap satu dan sama. Oleh kerananya, menurut doktrin ini betapa pun berbedanya agama-agama tersebut, pada hakekatnya adalah media atau cara-cara/jalan-jalan yang sama abash/valid dan otentiknya untuk menuju tujuan yang satu dan sama atau untuk mendapatkan keselamatan (salvation). Hick menyimpulkannya sebagai berikut: “the great religious traditions are to be regarded as alternative soteriological “spaces” within which, or “ways” along which, men and women can find salvation/liberation/fulfillment.”[4]
Jadi semua tradisi atau agama yang ada di dunia ini adalah sama validnya, kerana pada hakekatnya semuanya itu tidak lain hanyalah merupakan bentuk-bentuk respons yang berbeda yang dilakukan manusia yang hidup dalam dalam tradisi keagamaan tertentu terhadap sebuah realiti transenden yang satu dan sama,[5]dan dengan demikian, semuanya merupakan “authentic manifestations of the Real.”[6] Ringkasnya, semua agama secara relatif adalah sama, dan tidak ada satu pun agama yang berhak mengklem diri “uniqueness of truth and salvation” (sebagai satu-satunya kebenaran atau satu-satunya jalan menuju keselamatan).
Dengan demikian, masing-masing dari pemeluk agama-agama tersebut tidak boleh membuat klem bahawa agamanya sendiri yang benar secara absolut atau mutlak. Sebab pada prinsipnya, masing-masing berkongsi sebahagian kebenaran (partial truth) sahaja, dan bukan kebenaran yang utuh dan sempurna (whole truth). Berdasarkan perspektif ini, maka kebenaran agama-agama tersebut di atas adalah “relative” atau “nisbi”, sedangkan kebenaran “absolut” atau “mutlak” hanya ada pada Hakekat Ultima (the Ultimate Reality).
Tentu saja untuk membuat doktrin ini tidak sahaja acceptable, tapi malah juga attractive dan tampak indah, tokoh/“nabi” pluralis ini mencoba mencari-cari dan merangkai-rangkai justifikasi teologis secara hermeneutis dan eklektik (pilih-pilih) dari berbagai teks-teks kitab-kitab suci agama-agama besar dan/atau pemikiran-pemikiran atau pendapat-pendapat aliran keagamaan yang marginal dan bukan mainstream.[7]
Maka dari itu, kaum pluralis mengajak dan menyeru kepada semua pemeluk agama agar melakukan transformasi jati-diri dari pada keterkungkungan oleh pemusatan agama/keyakinan diri sendiri yang “relative” menuju kepada pemusatan satu Hakekat Ultima yang Tunggal yang “Absolut”. John Hick mengistilahkan proses transformasi spiritual ini dengan: “the transformation of human existence from self-centredness to Reality centredness”. Sedangkan Paul F. Knitter, seorang pakar teologi Kristian Pluralis yang lain, dalam bukunya yang berjudul No Other Name?: A Critical Survey of Christian Attitudes Toward the World Religions, mengungkapkan hal ini (dengan menggunakan idiom-idiom Kristian) sebagai transformasi daripada ecclesio-centredness (pemusatan gereja – Katolik) atau Christo-centredness (pemusatan Kristian–Protestan) menuju Theo-centredness (pemusatan Tuhan –Pluralis).[8]
Implikasi Doktrin Pluralisme Agama
Doktrin Pluralisme Agama seperti dibentangkan di atas nampak sangat indah, cantik, menjanjikan kedamaian, perdamaian di antara pemeluk agama dan keyakinan yang beragam, dan nampak sangat ramah terhadap keberagaman, keberlainan dan keberbedaan. Akan tetapi jika dicermati dengan seksama, doktrin ini sesungguhnya telah melakukan pembodohan yang luar biasa dahsyat, penodaan harkat dan martabat manusia, penjungkir-balikan logika normal dan, pada akhirnya, pengingkaran eksistensi agama-agama itu sendiri.
Kesemua itu disebabkan adanya sejumlah kelemahan-kelemahan yang sangat mendasar sekali dalam bernalar. Sebahagiannya sangat berkait-erat dengan metodologi pendekatan (methodological approach), sebahagian yang lain dengan epistemologi, dan sebahagian yang lain lagi dengan axiologi. Dalam esei yang singkat ini, kerana halaman yang terhad, kelemahan-kelemahan ini hanya akan disinggung secara umum dan singkat sahaja.[9] Dari segi metodologi pendekatan, pokok masalahnya adalah terletak pada kegagalan kaum pluralis melihat dan memahami agama sebagai agama sepertimana yang diyakini oleh umumnya penganut agama. Kaum pluralis cenderung memahami agama “secara reduksionistik”, yakni mereduksi entiti agama menjadi hanya sekadar “human response” (respon manusia), atau apa yang lazim dikenal dewasa ini di kalangan para pakar perbandingan agama (religionswissenschaft), filsafat agama, sosiologi, anthropologi, dan psikologi, sebagai “religious experience” (pengalaman keagamaan),[10] dengan menafikan in toto kemungkinan datangnya agama dari Tuhan atau Zat yang Maha Agung. Dalam konteks ini, Proudfoot dalam sebuah bukunya, Religious Experience, mencatat hal yang senada. Ia berkata:
The turn to religious experience was motivated in large measure by an interest in freeing religious doctrine and practice from dependence on metaphysical beliefs and ecclesiastical institutions and grounding it in human experience.[11]
Maka, dengan demikian, tidaklah terlalu mengherankan jika kemudian pendekatan ini, di satu pihak, menggiring pada sebuah kesimpulan akan persamaan semua agama secara penuh tanpa ada yang lebih superior dan benar daripada yang lain. Dan di pihak lain, pendekatan ini juga menggiring pada pereduksian agama yang demikian dahsyat, sehingga memasung agama hanya boleh beroperasi di wilayah spiritual manusia yang sangat sempit dan private – hubungan manusia dengan tuhannya atau the ultimate. Namun sebuah pertanyaan krusial yang segera menyusul adalah apakah hubungan pribadi dengan sesuatu yang sakral dan metafisikal ini mempengaruhi dan membentuk perilaku manusia, sama ada dalam kehidupan individual maupun sosialnya, atau tidak? Pertanyaan yang tentu sahaja tak mungkin dapat dijawab mereka kecuali mengiyakan atau mengukuhkannya. Disamping itu semua, pendekatan ini terang-terangan bermakna mendorong para pemeluk agama untuk melakukan “sekularisasi” agama masing-masing secara besar-besaran.
Kemudian yang berkaitan dengan problem epistemological, para pengasas doktrim Pluralisme Agama ini mengklem lebih tahu dan pengetahuan/ilmunya tentang semua agama lebih hebat daripada para pemeluk agama yang berkenaan. Hal ini tercermin dari keberanian para “nabi” pluralis untuk “merelativisasikan” agama-agama dan “mengabsolutkan” keyakinan mereka sendiri tentang “the Ultimate Reality” atau “the Real as It Is in Itself” (Tuhan pluralis). Pertanyaan epistemological yang segera mencuat ke permukaan alam sadar kita adalah: “realtif” dan “absolut” ini dasar atau ukurannya apa, dan bagaimana untuk dapat mengetahuinya? Apakah kerana para pemeluk agama salah atau gagal memahami agamanya masing-masing atas sebab pemahaman mereka yang dianggap “bias” (i.e., melalui “lensa” agama tertentu) seperti yang selama ini dituduhkan? Jika itu alasannya, maka sejatinya kaum Pluralis telah melakukan kebodohan yang sangat menjijikkan terhadap diri mereka sendiri.
Sebetulnya, di sinilah tampak jelas titik doktrin Pluralime Agama yang paling lemah. Doktrin ini mengandungi inkonsistensi logis yang sangat parah, sebab jika realitas Tuhan yang diyakini umat Islam, dan tuhan-tuhan yang diyakini para pengikut agama lain adalah sama relatifnya, maka penilaian atau proposisi ini parameternya apa? Jika parameternya adalah akal, maka akalnya siapa? Dan tidak boleh jika parameternya (dalam hal ini, akal) adalah akalnya John Hick sendiri (dan orang-orang yang sefaham dengannya), kerana ia sendiri, pada gilirannya, juga amat sangat mustahil bisa lepas dari bias “lensa subyektifnya” (pluralistic-secular lense).[12] Namun jika Hick bersikeras bahawa hanya pandangannya sendiri yang benar secara absolut dan yang lain salah atau relatif, maka runtuhlah teori relativisme ini dari akar-akarnya, dan runtuh pula bersamanya doktrin Pluralisme Agama Hick.
(أتجادلونني في أسماء سميتموها أنتم وآباؤكم ما نزل الله بها من سلطان)
(إن هي إلا أسماء سميتموها أنتم وآباؤكم ما أنزل الله بها من سلطان)
(إن هي إلا أسماء سميتموها أنتم وآباؤكم ما أنزل الله بها من سلطان. إن يتبعون إلا الظن وما تهوى الأنفس)
Apakah “pluralisme agama = toleransi agama”?
Wacana Pluralisme Agama, disamping telah menciptakan inkonsistensi dan self-kontradiksi dalam dirinya sendiri, juga telah mengembang-biakkan kontroversi dan bahkan kerancuan di antara para penganut dan pemujanya. Di antaranya adalah anggapan yang berkembang secara meluas di masyarakat yang tidak kritis bahawa:Pluralisme Agama adalah sama dan sebangun dengan “toleransi agama”. Sebagaimana yang terlihat jelas dalam pembentangan di atas, para tokoh dan pengasas doktrin Pluralisme Agama sebenarnya tidak sedang menjajakan ide atau prinsip toleransi agama. Apalagi merekomendasikannya! Sama sekali tidak.
Dengan demikian anggapan bahawa Pluralisme Agama adalah sama dan sebangun dengan “toleransi agama”adalah anggapan subyektif yang sangat sembrono dan over-simplifikatif yang menunjukkan kegagalan si empunya dalam memahami sosok doktrin/ajaran agama baru ini. Lebih lanjut, anggapan ini jelas-jelas ditolak oleh para pakar dan penganjur pluralisme sendiri. Diana L. Eck, direktur The Pluralism Project di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, misalnya, dalam penjelasan resminya yang berjudul “What is Pluralism?” dan diulangi dalam “From Diversity to Pluralism”,[13] menyuguhkan empat karakteristik utama untuk mengidentifikasisosok fahaman/ajaran ini secara detail. Dia menyatakan:
Here are four points to begin our thinking:
- First, pluralism is not diversity alone, but the energetic engagement with diversity. Diversity can and has meant the creation of religious ghettoes with little traffic between or among them. Today, religious diversity is a given, but pluralism is not a given; it is an achievement. Mere diversity without real encounter and relationship will yield increasing tensions in our societies.
- Second, pluralism is not just tolerance, but the active seeking of understanding across lines of difference. Tolerance is a necessary public virtue, but it does not require Christians and Muslims, Hindus, Jews, and ardent secularists to know anything about one another. Tolerance is too thin a foundation for a world of religious difference and proximity. It does nothing to remove our ignorance of one another, and leaves in place the stereotype, the half-truth, the fears that underlie old patterns of division and violence. In the world in which we live today, our ignorance of one another will be increasingly costly.
- Third, pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another.
- Fourth, pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table — with one’s commitments.
Keempat-empat karakteristik yang diberikan oleh Diana L. Eck ini sudah sangat jelas atau self-explanatory. Tapi dalam esei pendek ini, rasanya perlu sedikit mengulas poin kedua dan ketiga.
Eck menyatakan dalam poin kedua bahawa: “pluralism is not just tolerance,” yang bermakna “pluralisme bukanlah sekedar toleransi.” Pernyataan yang lebih kurang sama juga dia sampaikan dalam keynote addressnya yang berjudul “A New Religious America: Managing Religious Diversity in a Democracy: Challenges and Prospects for the 21st Century” pada MAAS International Conference on Religious Pluralism in Democratic Societies, di Kuala Lumpur, Malaysia, Agustus 20-21, 2002. Lebih lanjut ia berkata dalam keynote addressnya:
I would propose that pluralism goes beyond mere tolerance to the active attempt to understand the other … . Although tolerance is no doubt a step forward from intolerance, it does not require new neighbors to know anything about one another. Tolerance comes from a position of strength. I can tolerate many minorities if I am in power, but if I myself am a member of a small minority, what does tolerance mean? … a truly pluralist society will need to move beyond tolerance toward constructive understanding… Tolerance can create a climate of restraint, but not a climate of understanding. Tolerance is far too fragile a foundation for a religiously complex society, and in the world in which we live today, our ignorance of one another will be increasingly costly. (penegasan dari penulis)
Jadi sangat jelas sekali apa yang dimaksudkan dengan pluralisme oleh kaum pluralis sejati. Mereka tidak mengingkari pentingnya toleransi, “There is no question that tolerance is important,” kata Eck dalam makalahnya yang lain (“From Diversity to Pluralism”), tapi segera setelah itu ia tambahkan: “but tolerance by itself may be a deceptive virtue” (tetapi toleransi itu sendiri boleh jadi menjadi suatu budi-pekerti/kebaikan yang menipu). Pandangan miring terhadap toleransi ini sebetulnya sudah mulai dilantunkan kalangan pemikir pluralis semenjak tahun 60-an pada abad ke-20 yang lalu.
Sebut saja, misalnya, Albert Dondeyne yang dalam bukunya, Faith and the World, yang terbit di Dublin oleh Gill and Son pada tahun 1963, menulis: “Let us note that was what then called tolerance would be considered today as the expression of systematic intolerance. In other words, tolerance was then almost synonymous with moderate intolerance.” (Mari kita catat bahawa apa yang dahulu dinamakan toleransi, kini telah dianggap sebagai sebuah ekspresi ketidaktoleranan yang sistematis. Dalam istilah lain, toleransi dengan begitu hampir sinonim dengan intoleransi yang moderat).[14]
Bahkan sebelumnya Arnold Toynbee, seorang sejarawan Inggeris terkemuka, dalam bukunya, An Historian’s Approach to Religion, yang terbit di London oleh Oxford University Press, tahun 1956, sudah mewanti-wanti bahawa “toleransi tidak akan memiliki arti yang positif,” bahkan “tidak sempurna dan hakiki, kecuali apabila manifestasinya berubah menjadi kecintaan.”[15]
Yang perlu digaris-bawahi di sini adalah bahawa bagi kalangan pluralis sejati, Pluralisme pada umumnya dan Pluralisme Agama pada khususnya bukanlah sekadar toleransi belaka, sebagaimana yang jamak di(salah)fahami oleh kalangan pentaklid pluralis. Penekanan Pluralisme lebih pada “kesamaan” atau “kesetaraan” (equality) dalam segala hal, termasuk “beragama”. Setiap pemeluk agama harus memandang sama pada semua agama dan pemeluknya. Oleh kerananya, sejatinya pandangan ini pada akhirnya akan menggerus konsep keyakinan “iman-kufur”, “tawhid-syirik”, yang sangat sentral dalam agama Islam secara khusus. Dan secara umum, doktrin ini akan menggusur dan mengubur keyakinan kebenaran absolut dan eksklusif yang sedia ada pada agama-agama besar dunia. Dengan kata lain, seperti yang ditegaskan para peneliti/pakar agama dari latar belakang agama yang berbagai-bagai, bahaya doktrin Pluralisme Agama ini tidak hanya mengancam agama tertentu, Kristen atau Islam, sahaja tapi mencakup seluruh agama.[16]
Sedangkan poin ketiga, “pluralism is not relativism, but the encounter of commitments,” penulis terus terang merasa gagal untuk dapat memahaminya dengan baik. Poin ini sebetulnya juga sudah lebih dahulu dinyatakan secara argumentative oleh John Hick, salah seorang “nabi” pluralism, dalam bukunya The Rainbow of Faiths, untuk merespon tuduhan relativisme ajaran pluralism agamanya yang dibangkitkan oleh para pengkritiknya. Tapi sayang sekali respons ini terasa hambar.[17] Begitu juga pernyataan Diana Eck, meskipun ia kemudian berusaha memberikan penjelasan bahawa: “The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments,” namun poin ini justeru semakin kabur atau bahkan bercanggah dan bertembung dengan poin pertama. Sebab,bagi seorang beragama (apa pun agamanya), identiti dan komitmennya adalah terletak pada “keimanan akan kebenaran tunggal dan absolute agamanya”. Dalam berinteraksi atau berdepan (encounter), atau membangun hubungan, dengan pemeluk agama lain, ianya akan selalu committed pada prinsip keyakinannya tadi dan tak akan pernah kompromi atau merelativisasikannya. Tetapi pertanyaan yang berbangkit kemudian adalah, pada level keyakinan, apakah mungkin seseorang yangcommitted memegang teguh keyakinannya yang absolute, akan dapat mengakui/menerima kebenaran agama lain? Atau dengan kata lain, apakah mungkin seseorang yang committed memegang teguh keyakinannya yang absolute akan dapat mengakui/menerima bahawa “semua agama adalah valid dan otentik”, sebagaimana yang diajarkan oleh, misalnya, John Hick?[18]
Berdasarkan penalaran seperti ini, saya berpendapat (yang ternyata banyak juga para peneliti/penulis berpendapat seperti saya) bahawa “pluralisme = relativisme”, sebab kesimpulan bahawa “semua agama adalah sama, valid dan otentik” tidak mungkin atau mustahil dapat tercapai tanpa didahului proses relitivisasi dan reduksionisasi agama-agama.[19]
Memang sejak awal konsep/fahaman/ajaran Pluralisme Agama ini sudah tampak jelas berbenturan dengan akal dan logika sehat, maka argumen apa pun yang dikembangkan untuk menyokongnya akan semakin menambah dan memperjelas kerancuannya.
Dari paparan ringkas ini dapat disarikan bahawa pluralisme agama sebetulnya adalah “ajaran demokrasi dalam beragama” yang lebih menitik-beratkan pada nilai-nilai dan prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri. Sebab secara nasab, pluralism agama ini adalah “anak sah” yang terlahir dari “rahim” demokrasi. Oleh kerananya, secara geneologis pluralisme agama ini secara otomatis dan tak-terhindarkan mewarisi watak dan karakter demokrasi; di antaranya yang paling kentara dan menonjol adalah:
1. Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.
2. Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.
3. Relativisme. Sebetulnya ini adalah implikasi dari kedua watak yang sebelumnya. Ajaran pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative.
4. Reduksionisme. Untuk sampai kepada kesetaraan atau persamaan, ajaran pluralisme agama telah meredusir jati-diri atau identiti agama-agama menjadi entiti yang lebih sempit dan kecil, yakni sebagi urusan peribadi (private affairs). Dengan kata lain pluralism agama itu berwatak sekular.
5. Eksklusivisme. Ramai orang yang gagal mengidentifikasi dan memahami watak atau ciri yang satu ini. Hal ini disebabkan selama ini ajaran pluralisme agama ini diwar-warkan sebagai anti-eksklusivisme. Ia sering menyuguhkan dirinya sebagai ajaran yang “tampak” ramah dan sangat menghormati ke-berbedaan (the otherness) dan menjunjung tinggi kebebasan. Tapi pada hakekatnya, dia sebetulnya telah merampas kebebasan pihak lain dan menginjak-injak serta memberangus ke-berbedaan, apabila dia mendeklarasikan-diri dan mengkleim sebagai pemberi tafsir/teori/ajaran tentang kemajmukan/keberagaman/keberbagaian agama-agama yang absolute benar, i.e., “bahawa semua agama sama.” Jadi sesungguhnya ia telah merampas dan menelanjangi agama-agama dari kleim kebenaran absolute-nya masing-masing untuk kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh dirinya sendiri secara eksklusif.
Barangkali inilah ciri-ciri utama yang menonjol yang dapat digunakan untuk mengidentifikasi atau mengenal-pasti sosok ajaran pluralism agama, sehingga kita tidak keliru memahaminya dan tidak terjebak dalam ketersesatan akibat ke-tidak-tahuan yang kita ciptakan sendiri.
Teologi Pelangi vs. Teologi Abu-abu
Kerana itu, memang umat Islam harus sangat berhati-hati dalam mengadopsi satu istilah atau fahaman asing yang jika tidak berhati-hati akan dapat merusak keimanannya sendiri. Islam – sejak awal kelahirannya – sudah memiliki konsep yang jelas bagaimana memandang agama lain dan bagaimana berhubungan dengan pemeluk agama lain. Seharusnya konsep inilah yang digali dan dikembangkan, bukan justeru mengadopsi konsep yang lahir dari masyarakat yang selama ratusan tahun tidak mengakui, bahkan menindas keberagaman (pluralitas).
Jika yang ingin dicapai adalah kedamaian, perdamaian, harmoni, dan toleransi antara agama dalam masyarakat majmuk, maka sejatinya seseorang atau suatu kelompok atau suatu kaum tak perlu berkompromi dengan merelativisasikan agama/keyakinannya (baca: jati-dirinya). Biarkanlah yang merah tetap merah, hijau tetap hijau, kuning tetap kuning, dan biru tetap biru. Kerana adanya perbedaan warna itulah pelangi adalah pelangi, dan kerananya pulalah pelangi menjadi indah dan sedap dipandang. Apa jadinya kalau warna-warna itu direlativisasikan? Semua jadi tak jelas. Yang tampak hanyalah “abu-abu”.[20]Dengan demikian, yang sangat diperlukan dalam hidup bermasyakat yang majmuk bukanlah “teologi abu-abu”, akan tetapi “teologi pelangi”. Lewat mimbar ini saya mengajak secara khusus saudara-saudara seiman dan seagama untuk tetap iman dan Islam, menjaga jati-diri sebagai mu’min dan Muslim yang sesungguhnya. Wallahu al-Musta’an.
[1] Makalah ini disampaikan dalam symposium Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2 – Peringkat Kebangsaan, dengan tema “Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah,” anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs dan Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan pada hari Selasa 14 Disember 2010, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
[2]John Hick, Problems of Religious Pluralism (Houndmills, Basingstoke: The Macmillan Press, 1985), p. 36.
[3]John Hick, ‘Religious Pluralism,’ dalam Mircea Eliade(ed.), The Encyclopedia of Religion (New York: Macmillan Publishing Company, 1987), Vol. 12, p. 331.
[4] ———, Problems of Religious Pluralism, pp. 36-7; and ———, ‘Religious Pluralism,’ p. 331.
[5] ———, The Fifth Dimension (Oxford: Oneworld, 1999), pp. 10, 77-79.
[6] ———, An Interpretation of Religion: Human Responses to the Transcendent(London: Macmillan, [1989] reprinted 1991), p. 247.
[7] Lebih lanjut, lihat: Anis Malik Thoha, Tren Pluralisme Agama:Tinjauan Kritis(Jakarta: Perspektif GIP, 2005).
[8]Untuk detailnya, rujuk Paul F. Knitter, No Other Name?: A Critical Survey of Christian Attitudes Toward the World Religions (New York: Orbis Book, 1985).
[9]Dalam esei yang singkat ini, tidak dimungkinkan untuk mengupas kelemahan-kelemahan tersebut secara detail. Untuk detailnya dapat dirujuk Anis Malik Thoha,op. cit. khususnya Fasal 3.
[10]Menganggap agama sebagai religious experience adalah hal yang jamak di Barat. Istilah ini banyak dipakai dalam tulisan-tulisan dan karya-karya para pakar dari berbagai disiplin ilmu semenjak permulaan abad ke-20, dan juga digunakan sebagai judul buku-buku mereka, sebagai contoh: William James, The Varieties of Religious Experience: A Study of Human Nature (Harmondsworth: Penguin Books, [1961] 1982); Joachim Wach, Types of Religious Experience: Christian and Non-Christian (Chicago: The University of Chicago Press, [1951] Third Impression 1965); Sidney Hook (ed.), Religious Experience and Truth: A Symposium (New York: New York University Press, 1961); Ninian Smart, Religious Experience of Mankind (New York: Charles Scribner’s Sons, [1969] Twelfth Impression 1982); Wayne Proudfoot, Religious Experience (Berkley, Los Angeles and London: University of California Press, 1985).
[11]Wayne Proudfoot, op. cit., p. xiii
[12] Cf. Siddiqi, Muzammil H., ‘A Muslim Response to John Hick: Trinity and Incarnation in the Light of Religious Pluralism,’ dalam Hick, John, (ed.), Three Faiths – One God, hal. 211-2.
[13] Masing-masing dapat diakses dan dibaca pada link berikut: http://pluralism.org/pluralism/what_is_pluralism.php; dan http://pluralism.org/pluralism/essays/from_diversity_to_pluralism.php
[14]Albert Dondeyne, Faith and the World(Dublin: Gill and Son, 1963),hal. 231.
[15]Arnold Toynbee, An Historian’s Approach to Religion(London: Oxford University Press, 1956),hal. 251.
[16] Lihat: Daniel B. Clendenin, Many Gods, Many Lords (Michigan: Baker Books, 1995), p. 92; Stevri Lumintang, Theologia Abu-abu: Pluralisme Agama-Tantangan & Ancaman Racun Pluralisme dalam Teologi Kristen Masa Kini (Malang: Penerbit Gandum Mas, 2004).
[17] John Hick, The Rainbow of Faiths (London: SCM Press, 1995), hal. 50ff.
[18] Lihat John Hick, The Fifth Dimension(Oxford: One World, 2004), hal. 10, 77-79; dan bukunya, An Interpretation of Religion: Human Responses to the Transcendent (London: Macmillan, [1989] reprinted 1991), hal. 247.
[19]Lihat analisis lebih lanjut dalam Anis Malik Thoha, op. cit.
[20]Saya rasa sudah tepat sekali jika Dr. Stevri Lumintang, seorang paderi dan teologis Indonesia, menjuluki Pluralisme Agama sebagai “Theologia Abu-Abu”. Lihat Stevri Lumintang, op. cit.
https://muafakatmalaysia.wordpress.com/tag/ciri-ciri-fahaman-pluralisme-agama/
27 Ogo 2014 - Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua ... agama dimana agama apa-apa pun dalam pandangan fahaman ini ...
2 Mac 2018 - BUKU ini membincangkan secara ilmiah mengenai fahaman pluralisme agama yang berpendapat setiap agama mempunyai tafsiran ...
10 Feb 2017 - Turut terpengaruh dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesetengah komuniti dakwah dan cendekiawan Islam di ...
Antara tokoh-tokoh utama di Barat yang mendukung fahaman pluralisme agama ini ialah seperti Rene Guenon melalui idea Perennial Philosophy, Frithjof ...
30 Ogo 2018 - “Bagi pengikut fahaman pluralisme pula, mereka menganggap semua agama sama dan tiada agama yang lebih baik daripada yang lain.
Fahaman pluralisme difahami sebagai fahaman yang menganggap semua agama termasuk Islam adalah sama. Tiada beza antara mana-mana agama. 2.
8 OKTOBER 2018

Abdulmanap Nurmagomedov
SIDLI - DAGESTAN. Bapa dan jurulatih Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap marah dan kecewa dengan tindakan anaknya melompat keluar gelanggang dan menyerang jurulatih jujitsu Conor McGregor, Dillon Danis selepas berakhirnya pertarungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.
Menurut bekas pegawai tentera itu, tindakan Khabib mampu mencederakan orang lain.
"Saya mesti tegas dalam hal ini. Saya beri dia amaran.
"Bagi saya, disiplin mesti diutamakan. Dia bebas melakukan apa sahaja di dalam Octagon (gelanggang).
"Tapi bukan diluar...kerana di sana ada wanita, kanak-kanak dan juga orang asing.
"Sepatutnya, diluar Octagon mesti aman," katanya. Dalam insiden semalam, tiga rakan Khabib turut menyerang McGregor, selepas petarung dari Ireland itu terlebih dahulu melepaskan tumbukan ke muka sepupu Khabib. Insiden itu mencetuskan kemarahan Presiden UFC, Dana White.
White ketika diasak wartawan selepas acara UFC 229 berakhir berkata: "Mereka ada masalah besar. Saya tidak tahu, mungkin kejuaraan Khabib dilucut atau visa mereka ditarik balik. Tunggu dan lihat."
Bagaimanapun, White memberi gambaran pertarungan semula mungkin diadakan antara Khabib dan anak emasnya, McGregor. - Agensi
Saya tidak gembira amukan Khabib: Abdulmanap - Global - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/global/saya-tidak-gembira-amukan-khabib-abdulmanap-1.888905
Besarkah salah Khabib?
WARTAWAN SINAR HARIAN 8 OKTOBER 2018

Khabib dijangka berdepan hukuman berat gara-gara
tindakannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang kem McGregor.
ADEGAN panas selepas perlawanan membabitkan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan seni bela diri campuran, Ultimate Fighting Championship (UFC 229) membuatkan presidennya, Dana White berang.
White meluahkan kekesalan di atas tindakan Khabib melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas kelmarin.
White berkata, tindakan itu menyebabkan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar, yang mana petinju kelahiran Dagestan itu mungkin didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.
"Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.
"Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan," katanya.
Oleh sebab itu, wang AS$2 juta (RM8.296 juta) yang sepatutnya dimenangi Khabib dibekukan sementara dan pada masa sama White turut memuji tindakan anak emasnya, McGregor yang enggan meneruskan laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.
Susulan itu, Khabib tampil membuka mulut dan menjelaskan punca beliau bertindak sedemikian selepas perlawanan itu.
"Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana tindakan tersebut. Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.
"Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.
"McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?," soalnya.
Besarkah salah Khabib? - Sukan - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sukan/besarkah-salah-khabib-1.888920
Perang akan diteruskan: McGregor
WARTAWAN SINAR HARIAN 9 OKTOBER 2018

DUA hari selepas diaibkan Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan UFC 229, Conor McGregor akhirnya mendapat keberanian untuk kembali berdepan dengan orang ramai.
Ini selepas petarung kelahiran Ireland itu dilihat memuat naik gambar terbaharunya di laman Twitter ketika bersiar-siar buat kali pertama selepas kekalahan itu.
Gambar tersebut menunjukkan McGregor berpenampilan serba ringkas, namun yang paling mencuri tumpuan ialah kesan lebam yang jelas kelihatan pada mata kirinya.
Hadiah istimewa berupa 'mata panda' yang diberikan Khabib itu bagaimanapun belum dapat menginsafkan atlet bermulut lancang itu apabila beliau kembali menghangatkan suasana.
Dalam kapsyen gambar tersebut, McGregor seolah-olah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kekalahan itu selain turut menganggap dirinya masih seorang pemenang.
"Kami mungkin kalah dalam perlawanan tetapi kami menang dalam petempuran. Perang akan diteruskan," tulisnya.
Terdahulu, bintang kesayangan MMA itu meluahkan keinginan untuk mengadakan perlawanan ulangan dengan Khabib, namun perkara itu sukar direalisasikan ekoran lawannya dari Rusia itu dijangka berdepan penggantungan serta dilucutkan gelaran juara Lightweight dunia.
Hukuman itu menanti Khabib dan kemnya susulan tindakan mereka menyerang kem McGregor selepas tamat perlawanan hingga membuatkan suasana bertukar kecoh.
Perang akan diteruskan: McGregor - Sukan - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sukan/perang-akan-diteruskan-mcgregor-1.889315
Jericho 'bahan' McGregor
8 OKTOBER 2018

Jericho menyindir kekalahan McGregor.
LEGENDA WWE, Chris Jericho tidak ketinggalan menjadi 'penambah perasa' kepada kekalahan mengaibkan Conor McGregor di tangan Khabib Nurmagomedov dalam UFC 229 semalam.
Menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Twitter sama ada mahu mengubah angin ke gelanggang UFC selepas ini, Jericho membalasnya dengan gurauan kasar yang seolah-olah menyindir kekalahan McGregor.
"Kenapa tidak (berhijrah ke UFC)? Saya mungkin dapat menewaskan @TheNotoriousMMA (McGregor) pada waktu dan usia ini," kata penggusti berusia 47 tahun itu.
Jawapan mencuit hati Jericho yang turut digelar Y2J itu telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dan hampir 500 perkongsian ciapan (retweet).
Terdahulu, dalam aksi pertarungan merebut tali pinggang Lightweight di Las Vegas, McGregor telah 'bermurah hati' menghadiahkan kemenangan ke-27 berturut-turut kepada Khabib apabila menyerah kalah di pusingan keempat selepas lehernya dikunci petarung dari Rusia itu.
Jericho 'bahan' McGregor - Sukan - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sukan/jericho-bahan-mcgregor-1.889147
Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib
8 OKTOBER 2018

Khabib memeriksa bacaan al-Quran sepupunya ketika pulang ke Dagestan pada Aidilfiri lalu. - Agensi
SAN JOSE - CALIFORNIA. Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov hanya mampu tunggu dan lihat mengenai masa depannya di UFC.
Ini kerana Suruhanjaya Olahraga Neveda belum lagi menentukan bentuk tindakan bakal dikenakan ke atas ikon sukan tempur campuran (MMA) Dagestan itu.
Apa pun, perkara tersebut tidak menganggu Khabib kerana baginya agama lebih penting berbanding sukan.
Pada Mei lalu, Khabib menolak tawaran kontrak lumayan untuk beraksi di UFC 224 kerana ia bertembung dengan ibadah puasa.
"Bagi saya, agama lebih penting. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.
"Sepanjang Ramadan saya mahu tumpukan kepada ibadah, itu lebih penting," katanya.
Khabib ketika ini memegang rekod 27-0 dalam MMA, satu rekod yang jarang dicipta mana-mana atlet sukan tempur.
Beliau meraih tali pinggang Lightweight selepas mengalahkan Al Iaquinta pada aksi UFC 223 di Brooklyn pada April lalu.
Juara dunia sambo dua kali itu mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas, kelmarin. - Agensi
Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib - Global - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/global/islam-nombor-satu-sukan-nombor-dua-khabib-1.888977
McGregor tak puas hati, mahu 'repeat'
7 OKTOBER 2018

McGregor membayangkan mahu adakan perlawanan ulangan dengan Khabib.
CONOR McGregor tidak berpuas hati dengan kekalahan memalukannya di tangan Khabib Nurmagomedov dalam aksi seni bela diri campuran (MMA), Ultimate Fighting Championship (UFC).
Peninju dari Ireland itu akhirnya bersuara selepas tewas dalam aksi di Las Vegas dan melaungkan keinginannya untuk menghadapi perlawanan ulangan dengan lawannya dari Rusia itu.
Bercakap di laman Twitternya, McGregor memberi bayangan mahu membalas dendam terhadap kekalahannya itu.
"Pukulan yang bagus. Tak sabar menanti perlawanan ulangan," katanya.
Selepas itu, beliau turut memuatnaik gambarnya di Instagram dengan kapsyen; "Saya akan kembali".
McGregor yang kembali ke gelanggang UFC selepas dua tahun nyata tidak berdaya menghentikan kemenangan 26-0 Khabib di pentas UFC, sebaliknya menambah rekod kemenangan lawannya itu menjadi 27-0 apabila tunduk di pusingan keempat.
McGregor tak puas hati, mahu 'repeat' - Sukan - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sukan/mcgregor-tak-puas-hati-mahu-repeat-1.888843
Khabib
7 OKTOBER 2018

Khabib menumbuk muka McGregor dalam aksi pertarungan UFC yang mudah berpihak kepadanya.
KHABIB Nurmagomedov akhirnya buka mulut dan menjelaskan punca beliau melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah penyokong Conor McGregor dalam aksi seni bela diri campuran (MMA), Ultimate Fighting Championship (UFC) di Las Vegas baru-baru ini.
Khabib berkata, beliau bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan provokasi keterlaluan McGregor dan kemnya yang menyentuh soal agama, negara dan keluarganya.
"Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada Nevada Athletic Commision dan Vegas kerana tindakan tersebut. Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.
"Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.
"McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?," soalnya.
Jelas Khabib provokasi dan perang yang dilakukan McGregor telah melampaui batas. Oleh sebab itu, beliau terpaksa bertindak sedemikian bagi memberi mesej penting terhadap sukan MMA ini.
"Sukan ini penuh dengan penghormatan. Tidak wajar ia dicemari dengan provokasi melampau dengan menyentuh perkara-perkara sensitif. Saya mahu mengubah perkara ini agar tidak ada lagi orang yang akan menyentuh soal agama, negara dan keluarga," katanya lagi.
Dalam aksi yang ditunggu-tunggu peminat MMA seluruh dunia itu, Khabib mudah menewaskan McGregor dengan mengunci leher lawannya itu hingga membuatkan McGregor terpaksa menyerah kalah di pusingan keempat, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 27 perlawanan dan kejuaraan Lightweight.
Bagaimanapun, kontroversi tercetus selepas itu apabila Khabib terus melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor sebelum berlaku pergelutan yang terpaksa dileraikan pegawai keselamatan.
Khabib dan pasukannya segera dibawa keluar dari gelanggang apabila penyokong McGregor mula bertindak menyimbah arak kepada Khabib yang beragama Islam.
Kesabaran Khabib ada hadnya - Sukan - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sukan/kesabaran-khabib-ada-hadnya-1.888834
Drake 'hampir terkucil' tengok Khabib
7 OKTOBER 2018

Drake ketakutan ketika melihat Khabib melompat keluar dari gelanggang.
LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Artis rap Drake menjadi bahan jenaka di media sosial selepas dirakam ketakutan ketika Khabib Nurmagomedov melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah pasukan Conor McGregor, hari ini.Drake mempunyai sebab untuk berasa takut kerana sepanjang minggu ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu In My Feelings (cabaran bodoh Keke Challenge) dilihat cuba menumpang populariti McGregor.
Semasa sesi fotografi (acara timbang berat badan) kelmarin, Drake dilihat berdiri di atas pentas bersama McGregor sambil mengibarkan bendera Ireland.
Malah, penyanyi berasal dari Kanada itu dilhat terhibur setiap kali McGregor menghina (bapa, agama dan negara) Khabib semasa sesi bertemu media menjelang pertarungan epik Ultimate Fighting Championship (UFC) 229.
Walaupun bukan menjadi sasaran Khabib, namun netizen yang meluat dengan kelakuan McGregor sebelum aksi UFC 229, ternyata mendapat kegembiraan 'berganda'.
Semasa Khabib meluru keluar gelanggang, Drake dilihat duduk berhampiran kem McGregor.
Antara reaksi netizen di Twitter:
"Puas hati McGregor kalah dan geli hati lihat reaksi Drake.
"Ternganga mulut Drake tengok Khabib."
"Tak tahu dia terkucil atau terberak nampak Khabib keluar gelanggang."
Apa pun, imej Drake telah tular dan menjadi bahan ketawa, dan pasti diingati peminat UFC terutama penyokong Khabib buat satu tempoh yang lama. - Agensi
Drake 'hampir terkucil' tengok Khabib - Global - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/global/drake-hampir-terkucil-tengok-khabib-1.888873
Tiada ulasan:
Catat Ulasan