Jumaat, 30 November 2018

Hahahaha tertindas sungguh depa ni na? 8750.


Bual-bual. 

Berita lapan malam tadi pasal kuil, berjaya meletupkan bual-bual dengan seorang penyokong hijau tegar. 

Bukan hijau -

Yang serang tu Melayu, kalau Islam tidak begitu. Murahnya iman boleh dibeli RM150 hingga RM300. Al Quran dan Hadis xajar Islam serang tempat ibadah kepercayaan lain.

Hijau tegar -

Dah dulu meka lontar babi ke dalam Surau dan Masjid. Kita diam.

Bukan hijau -

Aha dulu ROSmah pun anak dara. Kenapa tidak bertindak segera. Selesaikan masalah lontar babi tuu. Macam juga Azan Subuh orang xdatang Surau dan Masjid Solat Subuh berjamaah. Tetapi bila orang azan jam 10.00 pagi ramai yang berpusu-pusu datang Surau atau Masjid sebab bukan kerana Allah tetapi hanya ingin ambil tahu, Apa hal? ... Siapa yang gila? Yang Azan jam 10.00 pagi atau orang yang datang Surau atau Masjid jam 10.00 pagi? yahudi dah kata selagi Subuh xpenuh macam Solat Jumaat - yahudi di Palestin masih rasa selamat dan terus boleh menindas Umat Islam Palestin.

Hijau tegar -

Ramai ustaz pun marah kes kuil neh. Tu MP yang cabar Melayu, Sultan Melayu dan kata Tanah Melayu bukan Melayu punya. Itu semua komunis.

Bukan hijau -

Kes kuil sebenarnya sepatutnya sudah selesai sebelum 9 Mei 2018. Kenapa kerajaan dulu xselesaikan? Siapa yang sambil lewa? Sekarang baru mahu jadi tangan ghaib. Ustaz yang marah tuu telah gagal ujian keimanan. Agamawan sepatutnya teratas, melangkaui kejernihan hati orang politik, mengatasi dan berupaya membatasi kejahatan hati seorang samsing dan bukan menjadi individu menangguk di air keruh. Bukan Melayu mereka terikat dengan Kontrak Sosial yang membolehkan mereka jadi Warga Negara iaitu antara lain memperakui Tanah Melayu adalah hak Melayu. Sayangnya Nama Tanah Melayu telah hilang setelah Malaysia yang dirancang sejak abad ke 16 telah lahir pada 1 September 1963.

Kalau cerita bab Sultan, 1909 Perjanjian Bangkok apa dorang buat bila Tanah Melayu yang bersempadankan Segenting Kra dengan Siam di batas barukan ke sempadan Malaysia Thai yang diguna pakai hari ini? Sebab mereka sebuk rebut harta, rebut kawasan, rebut betina, rebut kemewahan, berperang sesama saudara dan akhirnya ada pihak Kerabat yang minta bantuan Inggeris dan inilah sebabnya Tanah Melayu dijajah British. Sebagai contoh Perjanjian Pangkor 1874.

Genting Highland siapa yang kafirkan tanah tersebut jadi pusat judi terkenal dunia? Allahyarham Dato Haron Idris beri pajakan 99 tahun dengan rasa berat hati, siapa paksa Allahyarham semasa hayatnya beri hak milik kekal sebagai menurut kehendak Goh Chok Tong? Tanyalah Najib peranan bapaknya dan datuk sebelah ibunya. Pahang sudah tentu beri hak milik kekal tanah Genting Highland tuu. Singapura dan Pulau Batu Putih siapa yang kafirkan? Yang luluskan DAP dan PAP jadi parti bukankah angkara Umno juga? Yang beri kerakyatan tanpa syarat sebagai syarat merdeka ia Umno juga beri.

Tanya Najib yang buang Wawasan 2020 dan DEB Dasar Ekonomi Baru kepada Tran 50 hak sama rata sebagai warga Malaysia dan jadilah One Malaysia. Ke mana hak Melayu dan Peribumi setelah Tran 50 tersebut? 30% Ekonomi hak Melayu pun terkubur zaman Najib. XBising Melayu waktu itu. Tanah rezeb Melayu pun tinggal 12% lebih sahaja di tangan Najib sebagai bos kerajaan.

Komunis telah lama diharamkan sejak tahun 1960an lagi. Kalau benar komunis sudah tentu Najib haramkan DAP dan tangkap pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka. Tetapi hal ini tidak berlaku.

Hijau tegar -

Komunis sekarang tidak dalam hutan, mereka sudah di bandar-bandar. Ginilah kalau bukan hijau kena serang saya datang tuntut bela

Bukan hijau -

Aamiin ... Melayu kena kembali kepada Allah. Al Quran dan Hadis. Dalam kubur ditanya tentang iman, bukan ditanya apa bangsa kamu. Penjahat, perompak, ahli kleptokrasi, kaki betina pun tinggal di bandar-bandar.

Hijau tegar -

812 nak join x. Kalau icerd diluluskan, xtahulah

Bukan hijau -

Icerd Tun dah kata di Papua New Guine lagi, xakan approve. Yang dah buat kajian ialah zaman Najib tentang icerd

Bab 812 ada urusan famili nak balik kampung.

Si Kitul 

Dalam buku Sejarah Melayu, ada dikisahkan tentang peranan seorang watak. Namanya Si Kitol. Konon kisahnya, beliau ini ada berhutang sekati emas dengan seorang kaya di Melaka bernama Raja Mendaliar. Kebetulan pula, Si Kitol dan Raja Mendaliar dari spesies yang serupa. Si Kitol ini pula memang sukar untuk membayar hutangnya kepada Raja Mendaliar.

Raja Mendaliar ini pula merupakan seorang yang amat kaya dan sangat terkemuka di Melaka ketika itu. 

Adalah dikhabarkan bahawa kekayaan Raja Mendeliar hanya kurang sebahara emas daripada kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Untuk maklumat bersama, satu bahara bersamaan dengan 205 kati.

Raja Mendaliar adalah orang yang sangat rapat dengan Laksamana Khoja Hassan. Manakala Laksamana Khoja Hassan pula merupakan antara pembesar negeri yang rapat dengan Sultan Mahmud Syah dan amat dikasihi baginda.

Sultan Mahmud Syah pula merupakan sultan terakhir negeri Melaka sebelum ia jatuh ke tangah Portugis pada tahun 1511. 

Sultan Mahmud merupakan seorang raja yang suka berfoya-foya, kaki betina dan suka mengganggu isteri orang. Antara isteri orang ternama yang pernah diganggu oleh Sultan Mahmud Syah sehingga membawa kepada penceraian termasuklah isteri kepada Tun Biajid iaitu menantu kepada Orang Kaya Laksamana Hang Tuah. 

Sultan Mahmud Syah juga merupakan seorang yang kuat berdendam.

Adalah dikhabarkan pada suatu hari, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya Tun Fatimah. Rupa paras Tun Fatimah memangnya cantik dan mungkin tiada taranya pada zaman itu. Bila Sultan Mahmud Syah terpandang sahaja paras Tun Fatimah, maka timbullah rasa marah dan dendam baginda kepada Tun Mutahir kerana Tun Mutahir tidak menunjukkan anak perempuannya yang cantik itu kepada baginda dahulu. 

Walhal Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir bukannya orang lain dengan baginda, bapa saudara juga kerana Tun Mutahir dengan bonda Sultan Mahmud Syah adalah adik-beradik.

Suatu hari, berlaku salah faham dan dakwa-dakwi antara Raja Mendeliar dengan seorang lagi saudagar kaya di Melaka ketika itu bernama Nina Sura Dewana. 

Lalu keduanya pun berjumpalah dengan Bendahara Seri Maharaja untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka. Oleh kerana hari sudah petang ketika itu, maka Bendahara Seri Maharaja pun menyuruh kedua-duanya pulang dahulu dan bertemu semula pada keesokan hari.

Pada malam itu, Nina Sura Dewana telah datang semula ke rumah Bendahara dengan membawa sejumlah harta. Kata Nina Sura Dewana, pemberian itu sebagai penghargaan kepada orang yang berurusan perniagaan dengan beliau. Walal tujuan sebenarnya ialah agar keesoan harinya Bendahara Seri Maharaja akan menyebelahinya dalam menyelesaikan perbalahan antara beliau (Nina Sura Dewana) dengan Raja Mendeliar. 

Tanpa berfikir panjang lagi Bendahara Seri Maharaja pun menerima pemberian daripada Nina Sura Dewana.

Berbalik kepada kisah Si Kitul tadi, setelah beliau mendapat tahu adanya pertemuan antara Bendahara Seri Maharaja dengan Nina Sura Dewana secara sulit, lalu beliau pun terus ke rumah Raja Mendaliar lalu memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja telah menyebelahi Nina Sura Dewana dalam perbalahannya dengan Raja Mendeliar. 

Dalam situasi ini, sudah tentulah Raja Mendeliar merasa kedudukannya sedang terancam dan perkhabaran yang dibawa oleh Si Kitul itu amat penting. Lalu Raja Mendeliar pun mengoyak-ngoyak surat hutang Si Kitul dan memberitahu bahawa hutangnya sebanyak sekati emas itu beliau halalkan dunia akhirat.

Dengan segera Raja Mendeliar pula telah membuat tindakan susulan. Beliau telah mengambil sejumlah hartanya lalu pergi pula ke rumah Laksamana Khoja Hassan. 

Raja Mendeliar memberitahu Laksamana Khoja Hassan bahawa Bendahara Seri Maharaja sedang merancang untuk menjadi raja di Melaka. Katanya lagi, Bendahara Seri Maharaja juga telah pun menempah beberapa alat kebesaran daripada emas. 

Melihatkan harta yang banyak itu, Laksamana Khoja Hassan tidak dapat berfikir panjang lagi. Pertimbangannya sudah hilang dan kewarasan akalnya sudah lenyap.

Laksamana Khoja Hassan pun segera mengadap Sultan Mahmud lalu menyampaikan berita dan perkhabaran yang beliau terima daripada Raja Mendeliar. Tindakan Laksamana Khoja Hassan sebenarnya tak ubah bagai mencurah minyak ke dalam api. Sultan Mahmud memang sudah sedia berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja (bapa saudaranya sendiri) hanya kerana seorang wanita. 

Akhirnya berlakulah peristiwa yang paling tragis dalam sejarah Melaka bilamana Bendahara Seri Maharaja, saudara lelakinya Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung (anak Bendahara Seri Maharaja) dan Tun Ali suami kepada Tun Fatimah dihukum bunuh tanpa usul periksa lagi. 

Peristiwa ini bukan sahaja merupakan sejarah hitam dalam sejarah Melaka, bahkan ia turut memberi kesan kepada survival kesultanan Melaka itu sendiri.

Walaupun Sultan Mahmud kemudiannya telah sedar akan kesalahannya, tetapi ia sudah terlalu lewat. Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.

Budaya fitnah, amalan rasuah serta gemar berfoya-foya dengan wanita merupakan antara hobi para pembesar Melaka di akhir zaman kesultanannya. 

Dek kerana melihat harta yang bertimbun dan gharib, kewarasan akal dan pertimbangan terus hilang. Dek kerana kecantikan seorang wanita, rajanya berdendam tanpa mengira siapa lagi. Dek kerana ingin memuaskan nafsu amarah, fitnah-memfitnah sudah menjadi budaya yang dihalalkan.

Demikianlah antara rencah-rencah sejarah yang terpendam dalam tempat-tempat bersejarah yang boleh sama-sama kita semua kunjungi khususnya di Melaka. 

Negara kita memang kaya dengan tempat-tempat bersejarah, tetapi adakah bangsa kita sudah cukup kaya dengan pengajaran daripada sejarah silam?
Terbina atas jasa pengkhianatan Si Kitol. 
Si Kitul memang sudah lama mati. 


Walau bagaimanapun, tanpa kita sedar, perwatakan Si Kitul seringkali hidup segar khususnya dalam lingkungan masyarakat bangsa kita. Acapkali juga terjadi di mana perwatakan Si Kitul bukannya satu atau dua, tetapi entah berapa. 

Nina Sura Dewana, Raja Mendeliar serta Laksmana Khoja Hassan juga sudah lama mati, tetapi amalan buruk yang pernah mereka lakukan masih menjadi warisan bangsa kita hingga ke hari ini. 

Sultan Mahmud Syah juga sudah lama mangkat dan makamnya ada di Kampar (Sumatera), tetapi mengapa ***************???

Hari ini ramai tokoh yang petah bercakap mengenai krisis perpaduan melayu. 

Hakikatnya, krisis berkenaan timbul kerana kegagalan bangsa Melayu itu dalam mengambil iktibar daripada sejarah nenek moyang mereka sendiri. 

Kita hanya mampu untuk bernostalgia dengan kegemilangan sejarah silam tetapi rasanya selagi masalah yang ada gagal ditangani dengan bijaksana kita tidak mungkin mampu untuk mencipta sejarah cemerlang untuk masa hadapan.

Berhati-hatilah dengan Si Kitul yang ada di sekeliling kita!!!
BESI WAJA: Si Kitul
http://besiwaja.blogspot.com/2012/11/si-kitul.html
22 Nov 2012

Tuesday, September 3, 2013

Najib! Kenapa tak subsidi RON97?.. Kan harganya lebih murah dari RON95 tu..

Kata Najib.. Negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan.  

Rasionalisasi subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.

"Ini adalah langkah untuk membantu rakyat juga. Ekonomi yang stabil akan memberi kesejahteraan kepada rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di pejabatnya.

Kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam semalam selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal sebelum itu.

Najib berkata, impak pengurangan subsidi itu dilihat memberi kesan yang rendah kepada kadar inflasi dan tidak akan memudaratkan rakyat. 

Lagi apa kata dia korang tengoklah dalam video di bawah ni..
Kata Najib pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel..
Jumlah subsidi untuk bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Dengan itu maka harga Petrol RON95 telah meningkat menjadi RM2.10 dari harga sebelumnya iaitu RM1.90 namun begitu kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM0.63 bagi setiap liter..

Jadi harga sebenar bagi Petrol RON95 itu ialah RM2.73 bagi setiap liter..

Tahukah anda bahawa RON97 yang dipasarkan di Malaysia harganya bergantung kepada harga minyak dunia? dalam lain ayat ianya bukanlah dikawal oleh Kerajaan.

Dan harganya ialah RM2.70 bagi setiap liter tanpa subsidi kononnya dari Kerajaan walau satu sen pun berkuatkuasa pada 22 Mei 2013 lalu.

Laporan dari Sinar Harian di SINI


Persoalannya disini ialah mengapa Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk memberikan subsidi kononnya kepada minyak RON95 yang lebih rendah kualitinya jika dibandingkan dengan RON97 itu?

Sedangkan mengikut apa yang dimaklumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib itu RON95 lebih mahal dari RON97?

Dimana harga bagi RON95 ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi kononnya sebanyak RM0.63 sen setiap liter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter.

Kenapa tak diberikan subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter?

Sedangkan jika dilakukan demikian kerajaan akan menjimatkan RM0.03 bagi setiap liter minyak yang diberikan subsidi kononnya..

Tentu lebih banyak yang dapat negara jimatkan dalam hal ini.. tapi kalau setakat jimatkan lepas tu masuk poket kroni apakejadahnya???

Siapa yang bodoh dalam hal ini?.. Najib atau penasihatnya?.. atau kita rakyat yang telah diperbodohkan..

Kenapa dalam setiap perkataan subsidi tu ada konon?.. sila baca di SINI


Anak Sungai Derhaka: Najib! Kenapa tak subsidi RON97?.. Kan harganya lebih murah dari RON95 tu..
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/09/najib-kenapa-tak-subsidi-ron97-harganya.html

Tuesday, September 3, 2013

Subsidi Minyak, Wujud atau sekadar dongeng?.. Baca apa yang Pakar Matematik ini dedahkan!

Sebelum korang baca apa yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini, tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan ini..

Satu persoalan yang dah lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan yang bergerak dibumi Malaysia ini?

Cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta..

Katakanlah harga asal sebuah kereta itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga asal ialah 100% iaitu RM50,000..

Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi balik kerja saja ni..).

 RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125.. 125 Bulan..

125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42 tahun...

Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..

Jadi sebenarnya dalam hal ini siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita subsidi?

Fikir-fikirkan...
Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng subsidi petrol ini..Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSANAnak Sungai Derhaka: Subsidi Minyak, Wujud atau sekadar dongeng?.. Baca apa yang Pakar Matematik ini dedahkan!
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/09/subsidi-minyak-wujud-atau-sekadar.html

KPN PUN TAK PERCAYA...
DAKWAAN pihak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, yang menyatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak benar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk keterangan daripada pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.
“Dakwaan bahawa anggota bomba itu dilanggar jentera bomba tidak benar. Kalau dia bukan dipukul, macam mana boleh cedera sebegitu.

HMETRO.COM.MY
DAKWAAN pihak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, yang 
Semoga Keputusan Mahkamah dihormati..
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk menangguhkan perintah pengambilalihan semula tanah kuil itu oleh pemiliknya, One City Development Sdn Bhd (One City).
Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mendengar permohonan ketiga-tiga pihak berkenaan serta defendan termasuk dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

BHARIAN.COM.MY
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk menangguhkan perintah pengambilalihan semula tanah kuil itu oleh pemiliknya, One City Development Sdn Bhd (One City).

John Kadir Duit dah sapu, tanah pampasan dah buat kuil baru, taknak pindah lagi? Hahahaha tertindas sungguh depa ni na?
Ohhh...bukan Adid tapi Mohd Hazim laa...
Anggota bomba yang didakwa dilanggar dalam video yang tular itu bukan Muhammad Adib, malah anggota itu, Mohd Hazim Mohd Rahimi ada bersama kita sekarang dan beliau langsung tidak dilanggar jentera kita,” katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini

HMETRO.COM.MY
“ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan 

Hmm...
Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.
Yang diupah 50 0rang x RM300 = RM15,000
Siapa untung?

HMETRO.COM.MY
SIASATAN polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu.

KENA BOIKOT PUN KUTIP RM10 JUTA??
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Riduan Mohd Nor, menggesa rakyat Malaysia supaya memboikot filem Polis Evo 2 ini..
Beliau juga melabel filem arahan Joeh Soh dan Andre Chiew ini sebagai karya 'sampah' yang dihasilkan oleh pengarah 'suam-suam kuku'.
Tapi.. baru lima hari tayang dah kutip RM10 Juta..
Hmmm.. ada ke yang boikot?.. nampak macam lagi ramai saja yang pi tengok tu..
Pelakon Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam hadir pelancaran filem ‘Polis Evo 2’ di The Gasket Alley di Petaling Jaya, 12 Oktober 2018. — Foto oleh Azneal Ishak
Pelakon Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam hadir pelancaran filem ‘Polis Evo 2’ di The Gasket Alley di Petaling Jaya, 12 Oktober 2018. — Foto oleh Azneal Ishak

PROJEKMM.COM
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Filem aksi "Polis Evo 2" mencipta kejutan apabila mengutip RM10 juta dalam tempoh lima hari tayangan. Gembira dengan pencapaian tersebut, pelakonnya Shaheizy Sam, 36, berbesar hati atas sambutan orang ramai yang luar biasa. "Terima kasih boh! (boss!) Jom kita ke balai...

Apa salah Bomba?
"Dalam apa-apa situasi kecemasan - banjir, kebakaran, atau pembunuhan - anggota bombalah yang dipanggil.
“Kerja bomba yang tak mendapat pengiktirafan, tapi mereka tak dihormati, (mereka) turun untuk membantu tetapi dipukul dan dicederakan,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin

BHARIAN.COM.MY
SUBANG JAYA: Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 jam 1 pagi tadi dilaporkan cedera parah dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

"Jadi itulah modal yang ada pada mereka (Umno, PAS). Semua tahu orang Melayu apabila disentuh tentang raja-raja Melayu, Islam mereka akan marah.
"Isu ini digunakan untuk tarik lagi kira-kira 15 peratus sokongan pengundi Melayu (yang menyokong PH). Itulah isu dan realitinya," kata Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz

MALAYSIAKINI.COM
Ahli politik tahu, kalau mereka memainkan aspek Islam, Melayu dan raja-raja orang Melayu cepat memberi reaksi.

Anak Sungai Derhaka - Siaran
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2004573019625577&id=127667687316129

Tuesday, July 10, 2012 
Jangan Keliru Antara Nilai Angka SERIBU JUTA dan SATU BILION

Kadang-kadang ramai antara kita yang keliru dengan nilai angka SERIBU JUTA dan SATU BILION apabila membaca sesuatu nombor ataupun data. Ini adalah penting supaya kita dapat memahami isu-isu semasa dengan lebih tepat khususnya berkaitan dengan perbelanjaan sesebuah syarikat, Kerajaan, janji bulan dan bintang pihak pembangkang dan sebagainya. Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu memahami nilai angka-angka ini ini mengikut Hukum Matematik sebenar. Angka Hukum Matematik adalah sama dengan Sistem Piawaian Angka British,

Nilai Angka Hukum Matematik Sebenar dan Sistem Piawaian British

Menurut Hukum Matematik, angka SERIBU JUTA adalah seperti berikut :

1,000,000,000

Dapat diperhatikan bahawa angka SERIBU JUTA adalah angka yang mempunyai 9 angka sifar.

Manakala angka SATU BILION menurut Hukum Matematik ialah :

1,000,000,000,000

Dapat diperhatikan di sini bahawa angka SATU BILION adalah angka yang mempunyai 12 angka sifar. Dengan kata lain, SATU BILION adalah BERSAMAAN dengan SEJUTA-SEJUTA kerana mempunyai 12 angka sifar di mana angka SEJUTA ialah 1,000,000. Inilah nilai angka sebenar satu bilion sekiranya kita mengikut Hukum Matematik sebenar.

Angka Sistem Piawaian Amerika

Akan tetapi, DUNIA pada hari ini mengguna pakai angka Sistem Piawai Amerika di mana angka 1  BILION adalah seperti berikut:

1,000,000,000

Dapat diperhatikan bahawa angka SATU BILION bersamaan dengan SERIBU JUTA yang mempunyai 9 bilangan angka sifar sekiranya mengikut Hukum Matematik sebenar. Benar bukan?


Kesimpulan

Kita sebenarnya menggunakan angka Sistem Piawaian Amerika pada hari ini apabila merujuk kepada angka satu bilion apabila membaca sesuatu data dan sebagainya. Kita terkeliru dengan bilangan angka sifar ini apabila merujuk nilai satu bilion. Oleh itu, dapat kita fahami kita menggunakan angka satu bilion bernilai 1,000,000,000 (9 angka sifar) pada hari ini walhal nilainya masih jauh dari nilai sebenar satu bilion iaitu 1,000,000,000,000 (12 angka sifar ataupun sejuta-juta). Nilai satu bilion yang digunapakai pada hari ini sebenarnya masih tidak mencukupi apabila mengikut Hukum Matematik sebenar.
Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com
Sekadar Cetusan Idea...: Jangan Keliru Antara Nilai Angka SERIBU JUTA dan SATU BILION
http://wankamarul701.blogspot.com/2012/07/jangan-keliru-antara-nilai-angka-seribu.html

Tiada ulasan: