Jumaat, 30 November 2018

Saudagar rimba di rimba Tanah Melayu. 8759.


PAS tetap sertai himpunan ICERD 8 Disember ini. 
Tak bangkit isu perkauman jika perhimpunan diteruskan: Mohd Amar 
adminweb  30/11/2018

KOTA BHARU, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – PAS hari ini membuat penegasan untuk tetap menghadiri Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan berlangsung di Dataran Merdeka 8 Disember ini, walaupun beberapa pihak mendesak supaya perhimpunan dibatalkan.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu menghormati setiap pandangan yang diberikan termasuk oleh tokoh agama, namun pihaknya mempunyai pertimbangan lain untuk meneruskan perhimpunan berkenaan.
“Kita menghormati pandangan Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) cuma kita ada pertimbangan lain sebab Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri sebut apa yang berlaku (rusuhan) di Subang Jaya itu bukan masalah perkauman, bukan masalah agama.
“Jadi tak berbangkitlah (isu perkauman). Itu masalah-masalah dalaman sahaja. Insya-Allah setakat ini kita akan teruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Mohamad Shukri menggesa himpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD tidak perlu diteruskan memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.
Beliau dipetik berkata, penerusan himpunan itu hanya mengundang “hal yang tidak baik”, selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, PAS turut menjangkakan kehadiran kira-kira satu juta peserta pada perhimpunan berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai desakan permohonan maaf secara bertulis dan tuntutan ganti rugi yang diminta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa berhubung pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri sudah dianggap sebagai satu permohonanan maaf daripada kerajaan negeri.
Mohd Amar berkata, pengeluaran surat pekeliling itu sudah mencukupi namun bergantung kepada tafsiran masing-masing berhubung perkara berkenaan.
“Macam rumah kitalah, mula-mula tak bagi orang datang, lepas itu tiba-tiba kita benarkan (mereka masuk kembali), cukuplah. Takkan kita perlu minta maaf pula sebab tak benar dia masuk rumah kita (sebelum ini),” katanya. – Bernama
https://www.ismaweb.net/2018/11/30/pas-tetap-sertai-himpunan-icerd-8-disember-ini/

‘Bukan saya yang mulakan kebakaran di kuil’ – Tukang Masak 30/11/2018
Seorang tukang masak warga tempatan tampil meleraikan ‘salah sangka’ orang ramai terhadapnya apabila dituduh mencetuskan kebakaran rumah kongsi berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights.
Sulaiman Abdullah, 32 tahun, tampil membersihkan namanya pada Rabu berkata ketika kejadian, dia hanya menyedari rumah kongsinya yang dibuat daripada kontena itu terbakar ketika tiba untuk mengambil pakaian untuk dibasuh.

Memetik laporan Bernama, sebaik sahaja melihat dua kontena terbakar, Sulaiman bergegas masuk ke dalam tetapi hanya sempat menyelamatkan beg berisi AL-Quran dan sejadah.
“Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya,” katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di sini.
Katanya, dia kemudiannya diselamatkan pihak polis yang membawanya keluar dari kawasan itu.
Sulaiman yang sudah mula tinggal di rumah kongsinya itu sejak empat bulan lalu bekerja di sebuah restoran di dalam bangunan menara MCT, One City, Subang Jaya.

Dia yang juga seorang warga negara tempatan berkata, tindakannya tampil menjelaskan hal sebenar adalah kerana laporan kejadian itu tular di internet sehingga menimbulkan salah sangka orang ramai terhadapnya, termasuk daripada kenalan dan saudara-maranya.
Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan warga negara asing dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi itu.
Sulaiman menjelaskan rumah kongsi itu disediakan majikan bagi pekerja restorannya dan beliau sememangnya memakai sarung tangan ketika memasak.
Dia turut membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya mengenai kejadian sebenar itu.
'Bukan saya yang mulakan kebakaran di kuil' - Tukang Masak - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/bukan-saya-yang-mulakan-kebakaran-di-kuil-tukang-masak/

Daim Dedah Rahsia Kemenangan PH
 
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, mendedahkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah hasil manipulasi terhadap laporan dalaman daripada kumpulan pemikir UMNO serta pengorbanan komponen PH demi negara.
Beliau berkata, berdasarkan kajian dan laporan yang beliau terima daripada kumpulan pemikir UMNO, mereka berkeyakinan yang parti itu dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada PRU-14.
Walaupun begitu, beliau mengakui kemenangan PH turut dipengaruhi faktor lain termasuk sikap bongkak dan biadab pemimpin UMNO serta parti komponen BN yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen, yang mana ia tidak disukai rakyat
“Saya memang orang lama dan sudah lama dalam dunia politik, dunia perniagaan. Ada ramai kawan. Sebelum PRU 2018 saya bertemu dengan UMNO, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR serta terima banyak laporan.
“Saya sendiri dapat laporan daripada UMNO mengatakan mereka akan kalah. Masa kempen pun mereka beritahu akan kalah. Ini orang UMNO. ‘Think tank’ mereka masa kempen pun beritahu mereka akan kalah.
“Ini orang UMNO kerana kita ada kawan ramai. Saya sebelum itu ada juga nasihat bekas PM berjaga-jaga akan kalah. Sebabnya banyak. Bezanya itu saja. Kita tahu akan kalah.
“Mereka (UMNO) juga sombong sekali. Kalau dalam adat kita, mereka biadab juga dan kita tidak boleh terima. Mereka terlebih yakin. MCA juga biadab. Mereka kata ‘undi biru tua, jangan undi orang tua’. Rakyat Malaysia tidak boleh terima ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Soal Rakyat terbitan TV3, malam tadi dengan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor bertindak sebagai moderator.
Daim berkata, menyedari perkara itu, beliau kemudian merancang dua strategi bagi menumbangkan BN iaitu dengan mewujudkan kepercayaan kepada rakyat bahawa MCA dan MIC sudah tidak relevan serta menyerang FELDA yang menjadi ‘simpanan tetap’ BN.
“Kita ada dua strategi dan paling penting masa (melaksanakan) mesti tepat. Maka mereka minta saya buat satu wawancara dengan Nanyang Siang Pow. Dengan cara itu kita ‘musnahkan’ MCA dan MIC dulu sebagai sudah tidak relevan. Selepas itu tumpu kepada UMNO.
“UMNO ketika itu bongkak, dia ingat mesti menang kerana ada isu, ada jentera, ada figura dan penyandang. Saya bincang dan kita kata, Dr Mahathir mesti menjadi ketua dan orang Melayu mesti terima dan orang bandar juga tidak ada masalah.
“Kita buat strategi dan Sabah kita jangan kacau. Biarkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sana. Lepas itu kita tumpu kawasan kita boleh menang, yang penting FELDA. FELDA dia (BN) punya ‘simpanan tetap’. Kalau kita pecahkan ‘simpanan tetap’, mereka tidak ada apalah,” katanya.
Daim turut mendedahkan beliau mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh mengenai rancangan menumbangkan BN.
“Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara ini saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar.
“Saya jumpa dan berbincang sebanyak enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan, saya tulis surat kepada Perdana Menteri dan tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam.
“Sudah tentu mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk. Tidak mengapalah sebab kami dah bincang. Yang perlu dibincang masalah ketika itu ialah masalah politik,” katanya.
Beliau turut menghargai pengorbanan DAP yang sanggup tidak menggunakan logo parti mereka pada PRU-14 bagi menunjukkan mereka sedia berkorban untuk negara.
“Bila orang tengok DAP sanggup berkorban, itu penting menunjukkan mereka bukan perkauman sebaliknya pentingkan negara. Lihat DAP bersedia berkorban, MCA sanggup atau tidak? Tidak sanggup, ini cara kita main.
“DAP dulu orang Melayu tidak boleh terima, tapi bila datang kepentingan negara dia sanggup berkorban. Tidak guna simbol dia, itu pengorbanan,” katanya.
Daim Dedah Rahsia Kemenangan PH - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/daim-dedah-rahsia-kemenangan-ph/











Friday, 21 February 2014

Johor Darul Judi Bahagian II

Tan Sri Vincent Tan bersama Jaguh Dalam Terowong (JDT)
Hubungan akrab antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan tokey judi besar bernama Tan Sri Vincent Tan tidak dapat dinafikan. Sebelum ini ada ura-ura kasino kedua di Malaysia akan dibuka di Johor seperti mana yang dilaporkan oleh portal Inside Asian Gaming bertarikh 17 Disember 2013 (rujuk Malaysia Resort Could Include Casino) diikuti oleh Kinibiz dengan artikel bertarikh 19 Disember 2013 (rujuk A second casino for Malaysia in Johor?). 

Penulis percaya rancangan membina kasino ini sememangnya benar dan bukan hanya satu gosip liar memandangkan hubungan antara Sultan Johor-Vincent Tan. Begitu juga dengan pemilikan 20% saham Berjaya Assets oleh Sultan Johor menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Blog entry Johor Darul Judi menceritakan serba ringkas sejarah negeri Johor sebagai pusat perjudian terkemuka dunia menjadikan ianya dikenali sebagai "Monte Carlo" di Timur. 

Terbaru, tokey judi bernama Vincent Tan itu menjual pula 15% pegangan saham syarikat miliknya, MOL AccessPortal Sdn Bhd bernilai US$120 juta (atau kira-kira RM396 juta) kepada Sultan Johor.

Mari kita lihat syarikat bernama MOL AccessPortal milik Vincent Tan ini. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pembayaran online dalam bentuk e-mata wang yang dikenali sebagai MOL Points yang boleh digunakan dalam membeli kredit permainan online. MOL bermaksud "Money Online Global". Buat masa ini MOL Points telah berada di 12 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, Taiwan, Turki dan Brazil. 

MOL Points adalah satu bentuk e-mata wang yang kebiasaannya dibeli oleh peminat permainan online yang terdapat di facebook dan media sosial yang lain. Di Malaysia, membeli dan menambah-nilai MOL Points adalah amat mudah. Ianya boleh dibeli di rangkaian 7-eleven, dibeli dengan menggunakan kredit telefon bimbit seperti Celcom, DIGI dan Maxis; serta cara-cara lain seperti menggunakan mesin ATM dan sebagainya. Selain daripda itu, terdapat agen-agen top-up MOL Points yang beroperasi sama seperti agen-agen top-up kredit telefon bimbit.  

Dengan adanya MOL Points ini dapat memudahkan anak-anak yang masih bersekolah (mereka tidak mempunyai kad kredit atau kad debit) untuk membeli MOL Points yang seterusnya boleh digunakan sebagai kredit dalam beratus-ratus permainan online.

MOL Points ini boleh diguanakan dalam beratus-ratus permainan online termasuk permainan perjudian poker, mahjong, slot dan bemacam-macam lagi
Walaupun MOL Points ini boleh digunakan sebagai kredit dalam permainan online yang lain seperti CityVille, FarmVille, Mafia Wars dan sebagainya, tetapi tidak dinafikan permainan perjudian online menjadi tarikan utama - antaranya Texas Hold'em Poker, Goodgame Poker, Boyaa Texas Poker, Let's Vegas Casino-Slot Roulette, Mahjong 3P dan Mahjong Master.

Gambling News bertarikh 3 Ogos 2011 melaporkan 60 hingga 70% penjualan MOL Points di Singapura digunakan untuk membeli chip dalam permainan Zynga Poker.

"Money Online Global (MOL), a Malaysian-based company that sells a virtual currency (MOLPoints) used to purchase social network game credits, sold US $600m worth of game cards in Southeast Asia in 2010. MOL says its customers in Singapore spend more than customers in India, Indonesia, Malaysia, Thailand and the Philippines, and that 60-70% of all prepaid game cards sold to Singaporean gamers are used to purchase virtual chips in Zynga Poker" - Gambling News

Gambling 911 pula melaporkan penjualan MOL Points ini majoritinya melibatkan mereka yang berumur antara 13 hingga 25 tahun (rujuk Gambling 911). Menurut laporan portal itu juga, antara negara yang banyak menggunakan MOL Pointsdalam permainan perjudian adalah India, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Salah seorang peminat permainan perjudian Zynga Poker dari Malaysia yang menggunakan MOL Points untuk tujuan perjudian online
Kesimpulan
MOL AccessPortal Sdn Bhd adalah syarikat milik Tan Sri Vincent Tan yang kini sahamnya sebanyak 15% telah dipegang oleh Sultan Johor. Syarikat ini menawarkan sistem e-pembayaran dalam bentuk e-mata wang yang dinamakan MOL Points. Ianya boleh digunakan dalam membeli kredit permainan online termasuk membeli chip di virtual kasino yang melibatkan permainan perjudian seperti poker, mahjong dan roulette.

Secara tidak langsung syarikat ini terlibat dalam perjudian online di mana sebahagian besar e-mata wang MOL Points digunakan dalam membeli chip perjudian. Sebagai contoh, Singapura menjadi negara paling banyak menggunakan MOL Points dalam perjudian online iaitu sebanyak 60-70% hanya untuk permainan Zynga Poker. Peratusan itu hanya untuk satu permainan perjudian Zynger Poker sahaja dan tidak termasuk permainan perjudian yang lain. Jadi, boleh disimpulkan kebanyakan penjualan MOL Points ini digunakan untuk tujuan perjudian online.

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan dikatakan Sultan Johor kini terlibat dalam perniagaan perjudian moden. Tahniah diucapkan kerana mengulangi sejarah kegemilangan negeri Johor Darul Judi.


Raja dan judi tidak dapat dipisahkan,
http://malaysiacrisis.blogspot.com/2014/02/johor-darul-judi-bahagian-ii.html

PENUBUHAN MALAYSIA PERANCANGAN SIAPA?GALLERY
Dokumen terbitan 1937 yang berjudul Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. 
(terbitan 1937) oleh Rupert Emerson.
Ramai yang diajar dan belajar di sekolah pasti menyangka nama negara kita MALAYSIA ini dipilih oleh Almarhum Perdana Menteri kita yang pertama Tuanku Abdul Rahman Putra AlHaj pada 16 Sept 1963 selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Tapi berapa ramai yang tahu bahawa nama MALAYSIA ini telah pun lama wujud semenjak tahun1889 lagi. Ini mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis.
Banyak dokumen yang telah pun dengan jelas membuktikan nama MALAYSIA itu telah sedia wujud sebelum “konon” nya Almarhum Tengku mengisytiharkannya secara rasmi pada 16 Sept 1963.
Pelik kan..? Tapi itulah yang anda akan dapati jika anda rajin tanya Mr.Google  dan Mr. Deep Web Search tentang sejarah nama negara kita ini.
Jadi sebagai pencerahan minda untuk kita semua yang dah terlalu lama melayani mood “merdeka” kita, aku potong stim la sikit yer.
Misteri nama MALAYSIA
APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR DI SEKOLAH……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia, selapas kemasukkan Singapura, Sarawak dan Sabah.

2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).

3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.

4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).

5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.

6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah.
.
BUKTI PERTAMA.

DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University.Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.
Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajukForeign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.” 
Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terbitan 1937)
.
BUKTI KEDUA.

Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
.
BUKTI KETIGA. 
Keratan akhbar Utusan Malaysia Julai 2009
satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
BUKTI KEEMPAT.
Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929
buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun1943, yang menulis tentang nama “Malaysia”
ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA.
BUKTI KELIMA.
Kulit depan novel The Pirates of Malaysia
Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
BUKTI KEENAM.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).
.
BUKTI KETUJUH.
Peta tahun 1914
Di Chicago, Amerika Syarikat,peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
BUKTI KELAPAN

George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.
.
BUKTI KESEMBILAN.
Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.
Markas pertama Freemasons di Pulau Pinang 1927

Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama. Dikatakan Malaysia adalah salah satu dari rancangan jangka masa panjang Freemason. Pertubuhan rahsia Dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar terakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924 (terbukti perbuatan Freemason), Islam di Asia Tenggara baru sahaja mula berkembang.
Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason. Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara. Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diRaja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.
Dato Onn Jaafar: Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diinggeriskan menjadi United Malay Nation Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan sebarang parti yang tidak diinggeriskan.
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.DatoOnn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.
.
MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA
Lim Chin Siong Said Zahari, Gabungan Putera AMCJA, Presiden Pas Dr Burhanudin Al-Helmy dan Presiden Indonesia Soekarno.
.
FAKTA
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan:
PENUBUHAN MALAYSIA PERANCANGAN SIAPA? – zulsegamat
https://zulsegamat.wordpress.com/2016/07/23/penubuhan-malaysia-perancangan-siapa/

Lepas Papagomo, Pemuda Umno tanya giliran Waytha, exco DAP Diterbitkan 59 minit yang lalu pada 30 November 2018 Oleh Aliff Fikri Aziz
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua individu yang melakukan kesalahan wajar disiasat. — Foto oleh Hari Anggara
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua individu yang melakukan kesalahan wajar disiasat. 
— Foto oleh Hari Anggara
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Pemuda Umno mempersoalkan tindakan polis menahan Papagomo tetapi membiarkan kelakuan pemimpin kerajaan mengapikan kebencian kaum.

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata untuk berlaku adil termasuk berpegang kepada keluhuran perlembagaan, semua individu yang melakukan kesalahan wajar disiasat. 

“Bila pula nak tahan menteri P Waytha Moorthy yang menerima lebih 150 laporan polis? Exco DAP V Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut menerima laporan polis bila nak tahan?” soalnya dalam Facebook.

“Siapa saja yang yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka.” 

Papagomo, nama asal Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini ditahan ekoran mengeluarkan kenyataan bersifat kebencian kaum, Rabu lalu.

Beliau yang merupakan Exco Pemuda Umno dilapor melabel masyarakat India sebagai ‘penumpang’ dan menggesa agar hak mengundi mereka dilucutkan.

Artikel Berkaitan

https://www.projekmm.com/s/1698768/lepas-papagomo-pemuda-umno-tanya-giliran-waytha-exco-dap

Thursday, 4 October 2012

Kisah Temenggong-temenggong di Johor

Selepas Bendahara Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor ke-11 (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil IV) mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sultan Johor terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka), baginda menyusun semula Majlis Orang Kaya yang berperanan sebagai penasihat Sultan. Majlis Orang Kaya ini terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.

Anak-anaknya, Tun Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Yang di-Pertuan Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tun Hussein Bin Sultan Abdul Jalil IV pula dilantik menjadi Bendahara Terengganu dan dikenali sebagai Bendahara Pekok. 

Temenggong Johor 
Suminto mendakwa waris Temenggong Abdul Jamal
Seorang lagi anaknya yang sebelum itu merupakan Temenggong Johor, Tun Abbas Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Bendahara dan tinggal di Pahang yang merupakan negeri dibawah Empayar Johor-Riau dan dikenali sebagai Bendahara di Pahang. Adiknya, Tun Muhammad Tahir Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Temenggong Johor apabila Tun Abbas menjadi Bendahara di Pahang. 

Anak Tun Abbas iaitu Tun Abdul Jamal menggantikan bapa saudaranya menjadi Temenggong Johor yang menguasai Tanah Besar Johor dan Singapura, dan tinggal di Bulang, Kepulauan Riau. 

Jawatan Temenggong Johor kemudiannya diwarisi dari generasi ke generasi oleh keturunan Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna Binti Daeng Perani, iaitu Temenggong Daeng Kechil, Temenggong Daeng Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ronggek (atau dikenali sebagai Daeng Ibrahim) dan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya menjadi Maharaja Johordan seterusnya Sultan Johor.

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah Singapura
Sekitar tahun 1811, Temenggong Abdul Rahman dan pengikut-pengikutnya meninggalkan Bulang, Kepulauan Riau dan membuka kawasan pemerintahan Temenggong Johor di kuala Sungai Singapura. Kemudiannya pada tahun 1823, Sir Stamford Rafles memerintahkan perkampungan Temenggong dipindahkan ke Telok Belangah. Sekali lagi pada tahun 1866, pusat pemerintahan Temenggong berpindah ke Tanjung Puteri (Johor Baharu) oleh Temenggong Abu Bakar. Walau bagaimanapun kesan peninggalan Temenggong Johor di Telok Blangah dapat dilihat dengan adanya Masjid Temenggong Daeng Ibrahim yang kekal hingga ke hari ini di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Johor.


Raja Temenggong Muar
Seperti yang dinyatakan di atas, Empayar Johor telah dibahagi-bahagikan kawasan pemerintahannya kepada pembesar-pembesar seperti Bendahara di Pahang dan Temenggong memerintah tanah besar Johor dan Singapura. Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Sultan Abdul Jalil IV, baginda mengurniakan jawatan Yang Di-Pertuan Muda Riau kepada Daeng Meerewah kerana membantu dalam merampas kembali takhta Kesultanan Johor daripada Raja Kechil Siak. Satu lagi wilayah dalam empayar Johor ialah Muar yang diletakkan di bawah Raja Temenggong Muar sejak tahun 1674 semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang).

Negeri Muar adalah wilayah di bawah empayar Johor yang dikurniakan sebagai mas kahwin oleh Sultan Ibrahim Shah kepada Datuk Pasir Diraja Tun Sayyid Jaafar yang mengahwinkan adiknya Puteri Bakal dengan baginda. Tun Sayyid Jaafar (yang juga merupakan abang kepada Tun Habib Abdul Majid) diberikan gelaran Raja Temenggung Muar dan diberikan kuasa autonomi dalam pemerintahannya oleh Sultan Johor.

Daripada keturunan Datuk Pasir Diraja Sayyid Jaafar, anaknya, Seri Akar Diraja menjadi Raja Temenggong Muar yang pertama dan seterusnya pemerintahan Muar membabitkan lapan orang Raja Temenggong berakhir dengan Temenggong Wan Abdul Rahman.
 
Kuasa pemerintahan Kerajaan Muar telah bertukar tangan kepada pemerintah Negeri Johor di bawah Maharaja Abu Bakar pada 5 Februari 1879 selepas berlakunya Perang Jementah (rujuk Buku Istana dan Politik Johor (1835-1885) karangan Prof Abdullah Zakaria Ghazali). Keturunan Raja Temenggong Muar diberi pencen kerabat sebagai gantirugi di atas kehilangan kuasa memerintah Negeri Muar secara turun-temurun sebanyak RM600 sebulan. Waris-waris dari keturunan Raja Temenggong Muar masih lagi mendapat pencen dari Kerajaan Negeri Johor hingga ke hari ini. 

Tunku Temenggong Johor
Pada zaman pemerintahan Sultan Sir Ibrahim, gelaran Temenggong Muar telah dihapuskan sama sekali walaupun waris keturunannya masih menerima pencen kerabat. Sultan Sir Ibrahim seterusnya menamakan anaknya, Tunku Ahmad sebagai Tunku Temenggong Johor pada tahun 1922.
Samseng Johor yang merupakan cicit kepada Tunku Temenggong Johor, Tunku Mishal Bin Tunku Alang Ibrahim Bin Tunku Muhammad Archibald Bin Tunku Temenggong Ahmad yang membelasah artis Mikael Adam. Abangnya, Tunku Khairil yang juga samseng Johor terlibat dalam kes memukul pelancong Brazil di Pulau Rawa sekitar tahun 2005
 
Ke hulur ke hilir dengan dogtag, lihat badan tak nampak askar!
Kini, gelaran Tunku Temenggong Johor dipegang oleh Tunku Idris Iskandar Bin Sultan Ibrahim yang diisytihar pada tahun 2010. Baru-baru ini, Tunku Temenggong Idris dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor ke luar negara.
 
Penulis tertanya-tanya, ke manakah perginya Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Bin Sultan Iskandar? Mengapakah tidak sahaja diberikan kepada Tunku Abdul Majid yang terkenal dengan kesamsengannya sebagai Pemangku Raja?
 
Tidak mengapalah, apa-apa pun penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan tahniah kepada Tunku Temenggong Idris yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor walaupun hanya untuk tempoh yang singkat. 

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan sekeping gambar yang diambil daripada Asia Tatler. Gambar yang diambil dalam satu majlis ini menunjukkan Tunku Idris begitu bergaya berposing dengan memegang segelas minimum. Dari susuk bentuk gelasnya menunjukkan itu adalah gelas champagne yang dipanggil sebagai flute
 
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris di dalam sebuah majlis dengan minuman champagne
 
Hanya orang yang dungu sahaja akan mengatakan itu adalah jus epal kerana di dalam majlis-majlis keramaian seperti itu, setiap minimum diletakkan di dalam gelas yang berbezaWineme mpunyai bentuk gelasnya yang tersendiri dimana white dan red wine juga mempunyai bentuk gelas yang berlainan. Begitu juga beer mug, brandy snifter (juga dipanggil balloon) dan jus buah-buahan  mempunyai bentuk gelasnya tersendiri. 
 
Pendek kata, dari susuk dan bentuk gelasnya sudah tahu apa isi minumannya. Dari Sultan, Tunku Mahkota, Tunku Bendahara hinggalah ke Tunku Temenggong, semuanya tak boleh dipakai!
Mencari Raja yang Layak Menjadi Raja,



Adoi..
kah.kah.kah.

Memang tak boleh pakai. Nak tengok apa pula minuman kegemaran Raja Azlan Shah, pergi saja ke D' Banjaran dekat Sunway Ipoh.
Mencari Raja yang Layak Menjadi Raja,
ada.beliau adalah rajagopal, raja kumar n raja kapoor la? kah..kah..kah..? binawe pun raja la? kah..kah..kah..? ada dlm AL-Quran ke psl membesar n menghebatkan raja nie? Macam Lebih Besar Daripada NABI S.A.W ke??? kah..kah..keh..melayu ngan raja kapoor nye???
Negara2 Arab juga masih mengamalkan sistem Beraja,yang paling ketara Arab Saudi..yang berfahaman Wahabie..hanya berpegang kepada dalil2 Al-Quran..dan didalam Al-Quran tiada disebut soal Raja..So kenapa Wahabie Arab Saudi masih mengamalkan MONARKI?

Bodoh macam lembu..Agak2 ler semua benda nak kait dengan Al-Quran..
Anon 12.03 wrote" negara arab saudi mmg pakae tu sistem raja! tapi masalahnya spt tulisan anon kat atas ko tu-dia tanya ade ke nas dlm dlm al-quran psl raja nie?

KO baca betui-betui apa dia tulis- ada ke membesarkan raja dan menghebatkan raja spt yg org melayu buat kat raja dan sultan melayu?? Ada ke?

Ko cite pasal wahabie arab saudi- ko ingat semua dia buat tu betui ke? arab wahabi pun satu gak- ada setiap khutbah jumaat dia ada ckp- apa bende yg bukan drp Nabi S.A.W adalah bidaah dan akhirnya ke jahanam? so apa nas wahabi arab saudi pakae utk sistem monarki tu? Ada ke nas dlm Al-Quran?

Setahu aku- ada- Raja Nabi Sulaiman, Raja Nabi Daud- kedua-dua Nabi-Nabi A.S. ini adalah raja. Malah, Iskandar pun dikatakan raja yg memasungkan Gog n Magog? So lu baca tulisan org kat atas lu- sebelum buat kenyataan yg semberono?

Bagi aku lak- ikut aje pesan Hang Jebat- Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim- Raja Disanggah!!!! Period! Kapish! Dia pun sama gak cam kita cuma iman dan takwa aje yg menjadi modal di akhir nanti!!!!
Hahahaha awal awal lagi ko dah kata penjilat penjilat kerabat johor ni dungu...
Memang pun mesti akan ckp tu cuma air epal

Raja raja ni tak urban laaaa kalau tak minum arak!!!!!
Kalu dah dlm istana pun ada bar.....sendiri mau ingat la!!
Haaaaahaaaahahaaaaahaaa

Admin ni sah-sah penyokong PR.....

Nak masuk jarum halus dalam minda pembaca supaya benci kerajaan dan raja-raja.
Ini terbukti dalam topik-topik yg ditulis.

Dalam Facebook pun byk page yg kononnya nampak neutral tp sebenarnya agen PR.
(contohhya page UNLIKE,UNLIKE dan page yg pakai logo HarimauMalaya tuh).

Sori derrr, wa tetap sokong BN.
hanya UMNO LOMBU je yg menghalalkan kemungkaran
Tu sebab la raja2 semua tak layak jadi ketua agama
semua sebab didikan UMNO LOMBU

alhamdulilah negeri PAS raja2 boleh dibanggakan
daulat sultan kedah ngan sultan kelantan
wakakakakaka

pegi la buat demo taat setia pada sultan johor

cam yg plat kete www1 tu

budusssss punya penyokong BN

mampuih la kau BN
Dia lebih baik dari tok garu korang yg kara Allah samseng dan mencarut. Patut la dungu-dungu pasNgok semua samseng dan kuat mencarut.

Lepad tu Tok garu korang siap hina Rasulullah lagi, ada ke kata Rasulullah sama macam mamat-mamat kampung kt seluruh dunia ni.

Tu la, salah org nampak, salah tok garu tak nampak.

Sedap tak kena bom dgn aku ni...... hehehehe
Hang ni bodoh piang!!!!!!!!

Perogol.....peminum arak....pembunuh....
Semua hang angkat jadi hero

Ulamak....hang maki hamun!!!!!!

Akai umno boleh dibaca haaakkkkktuiiiiiii!!!!!!
ko sokong leer lumbu porno & raja kapoor ko? Ko pun tahap pemikiran lumbu ragut rumput kek tepi kondo? ko ingat rajo kapoor ko tu maha hebat ke? ada lbh besar dr NABI S.A.W. ke? Udah lah lumbu porno baik ko join sekali ketua parti setan dikenali ko tu ragut rumout tepi kondo tu ada pekdah leer? kah..kah..kah..?
Assalamualaikum Anon 4 Oct 14:11 dan rakan semua..

Saya amat menghargai penulisan berfakta ini, walaupun mungkin silau di mata, pedih di hati, sebak di dada, pemikiran mungkin gabra.. apa nak jadi generasi muka..
Rasanya, apa yang dinyatakan Admin atau penulis jemputan (jika ada) termasuk penulis ruangan comment ini..sepatutnya dibaca dengan hati terbuka,..jika mana ada fakta atau bukti yang dinyatakan... letak ketepi cerita politik sebentar.. baca hakikat, lihat paparan nyata 9kecuali dibuktikan sebaliknya)
Sebaiknya berhujah atas fakta.. baca yang tersurat, lihat yang tersirat.. itu tujuan utama perkongsian ilmu dan informasi di sini.. sedih juga bila baca pertelingkahan tak bermakna, topik huraian tidak kemana.. walaupun ada insan di tapuk lena, semua ditulis, dianalisa tak bermakna, tanpa peduli siapa yang 'kena'.. akhirnya riwayat MELAYU entah ke mana..
Jz to share...
Hello Anonymous 4/10/12 14:11, aku tak nampak admin ni penyokong tegar PR, admin ni aku nampak dia pakat balun PR ke BN ke..bagi sedar dua dua pihak, pernah aku cakap kat sini, admin ni macam jurucakap BN jer..! tapi admin tak jawab pun!... Kalau u ikuti dari dulu lagi Malaysia in Crisis ni, dia tak memihak mana mana pun, itu yang aku nampak la...PR dan BN , dia kasi hentam juga...!!!
Gambar yg last tu mana boleh percaya, tu kertas jer, mana boleh jd bukti ( bak kata hj besi) Ntah ntah Joe Bedul make-up muka dia jd muka anak raja tu. Hari tu kan dia mekap muka dia jd p.ramlee !

Jajajaja.... Kau tulis apo pon org tak caya punya sbb semua tu kertas jer....kalo mu tunjuk video pun wa x caya sbb video tu besi.... Jajajaja
Kadang kadang kita pikirlah, bukan dia kutuk raja tapi mendedahkan kebenaran yang harus kita tahu..kalau jabatan agama pun tangkap orang tulis besar besar Kat akhbar kan nak mendidik org...so raja pun kena dididik biar dia tahu rakyat menilai dia orang..kenapa raja Kat Malaysia pantang ditegur? Ckp bukan main berjiwa rakyat Dan nak rakyat hidup selesa..atau dia org berucap dengan influence air setan tu? Kalau waras mesti dia x buat benda yg x patutu buat..aku pun heran kekadang,kubur para syuhadah lagi simple dari kubur raja raja Kat Malaysia..macam mana lah agaknya dalam kubur tu eh? Lagi satu kenapa dia org dikebumi selalu dengan keranda sekali bukan mcm rakyat biasa? Pelik..boleh tlg citer tak..
Ehmmmm...kawan mula2 baca citer uncleseekers...kelab peribadi kerabat sultan johor "last chukka" kat istana pelangi....kawan macam tak caya sgt la....ye ler tengok gaya sultan ngan anak2nya masuk keluor kampong....memang susah nak caya citer2 ni.....biler tengok gambor akhir sekali tu ehmmmmm tak terkata kawan....bangga benor pegang arak masuk gambo dlm majalah....gaya memang nak satu malaya tau....malu org johor.....sama ler gambor raja muda selangor....dah tengok gambor cenggitu tak leh nak kata apa dah....hidup biler mewah maner ingat satu hari nanti akan tinggal ler segala kemewahan....masuk kubor pakai kain putih je
Admin sebenarnya mengajak kita "Mencari Sultan yang Layak Menjadi Sultan"..

Bukannya "Setan yang layak menjadi Sultan".

Artikel2 Admin cuba menyedorkan golongan Kerabat Diraja yang tidak berperangai seperti Raja.

Aku hairan,Kenapa golongan politicalfags BN dan PR ni tak pernah2 nak cerdik?apa2 hal mesti nak kait dengan politik.. BODOH!
setuju ! sikit-sikit politik. -,- apa-apa pun, tahniah utk admin, teruskan membuka mata marhaen yg acapkali dibutakan dgn berita palsu belaka. sajikan kebenaran yg tersirat.

dan rasanya, admin wajar bukukan segala coretan admin ni ke dalam sebuah buku sblm dipadamkan blog ini oleh mereka yg cuba mengalihkan kisah kebenaran yg menyakitkan para penguasa.
aku hairan tengok raja2 melayu memang tak sedar diri...dah makan minum rakyat tanggung lupa diri pulak tu. sokong sangat la kalau mereka2 di humban dalam muzium sejarah.. biar jadi cacatan dan tauladan anak cucu kita yang melayu punya raja tapi tak sedar diri. tak de raja pun rakyat tetapi hidup...
Apa nak heran, kafir harbi yg tentang Islam pun ada org puja dan sokong. Tu blom kira mamat yg dok cium puk* bini org kat bilik hotel 121 pun ada org sokong, siap jd timbalan lg. Setakat dosa raja tu nk banding dgn dosa mamat tu mana lg terok?
Menyampah sial baca komen2 yang dihasilkan Politicalfags ni..boringggggg...
heran betul.yang buat salah raja raja ni..kita rakyat bn or pr nak gaduh buat apa? bodoh kekita...kalau dah x betul, salah jugaklah kan. aku respect brader mc ..kutuk juga dia boss aku naik jet..aku pun terkejut tengok. mana tak aku terkejut, bila orang lain kita hentam, bila kena batang hidung sendiri kita tergamam..bila tanya pemimpin pkr jawabnya bukan duit rakyat so? macam mana ni..aku makin pening tengok politik boss aku...aku pun pikir, pemilik jet sekarang x minta apalah, tapi nanti kalau minta kau nak kata apa kat dia? aku pikir dua kali pasal boss aku ni sekarang, bagus jugak brader mc ni buka minda kita orang sikit..x lah kita membuta tuli sokong je ikut emosi..marah umno ye jugak tapi x nak pulak kita pun sama macam umngok..ada parti baru tak woi? brader mc buka parti barulah..x kisahlah apa orang pr nak kata kat aku, tapi aku memang makin geram tengok hal hudud dikeji kita duduk diam, naik jet kita diam, kalau tegur bos kita, dia saman x pun dia uang kita..penyakit umngok jugak. citer tong sampah pun betul jugak agaknya kata brader mc ni..dulu aku umno, tapi pindah masuk pr pun aku rasa makin teruk dari umno..lagi banyak hal dgn cina cina babi DAP..aku sensiri pkr dan kekawan pas benci tengok cina dap semua..memang sial..blog ni memang bagus lah..teruskan lah brader mc..aku soong kau orang walaupun kau kutuk boss aku..
Oh please....tahap ni je ke 'intelektual' org org UMNO? Wah kire taip panjang2 nih dah kira genius lah ek? dasar pencacai UMNO...balik2 ratib "boss aku (merujuk kpd DSAI)...lepas tu kunun2 ko buat pening pasal kes jet anwar naik, kunun2 ko terpikir la "ye tak ye, kalau pemilik jet tak mintak apa skrg, nanti anwar mesti kene bagi something kat pemilik jet tu".

PUIIIIII

Takyah nak menyamar jadi pro PR la...bahalul, so pathetic!
halo brader kat sini buksn tempat nak berpolitik,apasal bangang sangat.
kalau 24 jam asik nak berpolitik sebab tu sekor2 perangai cam Unta..

tak leh nak fokus kat isu langsung.
LIKE!
Isu nya camana nak tegur raja??

boleh ker rakyat tegur raja??????

silap-silap kena Akta Fitnah!!!!!!

korg baca sokabar hari ni?????

ni aku tlg paste kat sini.....baca ler

pastu ckp kat aku camana nak tegur raja2 yg perangai tak semengah nih!!!!

ada beran????




Tujuh pesalah siber telah dihadap ke mahkamah

Bernama
2:39PM Okt 4 2012

Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat hari ini.

Abu Bakar ingin tahu mengenai tindakan yang dikenakan ke atas pengendali blog dan lain-lain media massa yang menggunakan media untuk menghina negara dan mencetuskan keresahan di kalangan rakyat.

Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan biro aduan yang menjadi pusat menerima semua jenis aduan termasuk penyalahgunaan kemudahan internet.

Katanya, SKMM akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap penyediaan atau penyebaran kandungan yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya domain atau rangkaian yang digunakan berpangkalan di luar negara, maka SKMM memerlukan persetujuan dan kerjasama pentadbir rangkaian tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Kita tidak akan ambil tindakan sewenang-wenangnya jika tiada aduan tentang penyalahgunaan rangkaian daripada segi akaun atau misalnya tentang media sosial berkenaan.

"Sekiranya identiti dapat dikenal pasti maka tindakan undang-undang
sewajarnya akan diambil," katanya.

Selain itu, Salang berkata KPKK sentiasa menggunakan kaedah tertentu bagi menyemai semangat cintakan negara tanpa mengira fahaman politik, keturunan atau pegangan agama.

"Walaupun kita berkemungkinan tidak sefahaman dalam pegangan politik tapi itu perkara yang lain, kita mesti cintakan negara," katanya.

Sementara itu, Salang berkata KPKK akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memilih kandungan yang sesuai kepada murid-murid sekolah selain mendapatkan kerjasama ibu bapa memantau kandungan internet yang dilayari anak-anak mereka.

"Kita bukan menyekat tapi memilih apa yang patut dan tidak patut

disebarkan lebih-lebih lagi kepada murid-murid di sekolah rendah kerana mereka senang mengakses maklumat tersebut," katanya.


- Bernama
ko ni aku nak bodoh ke bangang tak tahu nak cakap,So semua benda Bro MC buat ni apa kejadahnya bahalol?

Apa yg Uncle seekers tu buat benda apa BAHAGONG?

Semua ni Teguran dan Kritikkan kepada kerabat Diraja la bedol oii..Papan Keybord jauh lebih tajam dari mata pedang bedol oii..Tak kan ko nak gi ke istana nak Nasihat?tobat ko kena halau..gunalah akal dan medium yg layak macam kita rakyat katak keredek nak guna bedul oii..
Ini bukan kategori fitnah bro, ini kira mcm mencari siapakah sebenar2 nya pemimpin yg mendengar keluhan rakyat dan membuka mata dan minda mana yg harus dan mana yg tak perlu...mana yg hak dan mana yg bathil...
Macam ni pon nak kena saman jugak ke..elok kita bantu MC ni. Aku bagi rM10 Kat dia oranglah..kang kena saman kesian pulak,kita dok sedap Baca je...yang tukang mengapi semua ni x tolong ke?aku tolong ikhlas je pasal citer betul.
Nak tegur raja atau pemerintah mestilah dengan cara berhikmah, bukan main papar kesalahan raja/pemerintah dlm blog internet yg mana boleh mengaibkan raja/pemerintah.

Cara penuh hikmah yang bagaimana???? Tanyalah alim ulamak.
ada ke alim mamak yg menegur? kah..kah..kah.. mat alim bin mat mamak ade leer. alim ulamak tarak? roti kosong satu wehh mamak- banjir mari? kah..kah..kah..?
roti kosong tarak
ROTI NAJIB kalu...ADA! hahahahhah
cuba buat artikel berkenaan pejanjian malaysia 1963.. banyak orang tengah perkatakan tentang hal ini terutama perkara 20/18
AKU X BANGGA DILAHIRKAN MELAYU..TP AKU BERSYUKUR DILAHIRKAN ISLAM YG BERPEGANG KPD AJARAN ISLAM..INSYA'ALLAH
Harap2 Malaysia menuju KEMAKMURAN, bukan menuju KEHANCURAN

Buasir Otak -
sultan kelantan jugak yang masih terpelihara daripada sebarang fitnah.. semoga Allah melindunginya daripada fitnah-fitnah akhir zaman..amiinn
Sudahla.. Buat ape Cari salah org... Mne Ade manusia yg sempurna xbuat salah.. Sultan Kelantan yg dlu test kereta Lamborghini kt airport pastu terus cabut xbayar cukai tu.. Sampai masuk berita kt TV.. Cerita kaum kerabat dia yg dera isteri (model) tu..
Bila masa wahabi cuma berpegang pada Al-Quran sahaja? Wahabi berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Cuma diaorg menolak apa yg tiada dalam Al-Quran dan Sunnah
MALAYSIA IN CRISIS: Kisah Temenggong-temenggong di Johor
http://malaysiacrisis.blogspot.com/2012/10/kisah-temenggong-temenggong-di-johor.html

Sejarah Johor

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. 

Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor

Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]

Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. 

Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan

Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat di sana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[petikan diperlukan]

Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi Sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.

Perang Johor-Jambi 

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Pengaruh Bugis dan Minangkabau 

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. 

Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

Kekuasaan Kesultanan Johor
Pentadbiran Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. 

Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. 

Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. 

Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan Temenggung Johor.

Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja.

Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.

Pengaruh Empayar Johor

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga

Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.

Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama
Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.

Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.

Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".[3][4]

Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. 

Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. 

Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Johor sebenar di Lingga.

Perjanjian Anglo-Belanda

Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.

Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.

Kuasa-kuasa yang berminat

Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.

Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.[7] Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.

Sultan cuba membaiki keadaan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.[8] Dia memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. Islam dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.

Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.

Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shahdan hubungan mereka rapat.

Kejatuhan Empayar Johor

Kebimbangan Inggeris telah memaksa mereka melaksanakan perjanjian 1855 antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan', Tengku Ali bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya mengesahkan terus kekuasaan Temenggung di wilayahnya di tanah daratan Johor. Perjanjian ini bertujuan untuk menguatkan kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama Inggeris. Bendahara Ali ditanya oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah tentang perjanjian 1855.[12][13]Dalam jawapannya, Bendahara menegaskan kembali tentang Temenggung seharusnya bersumpah setia kepada baginda dan perbuatan Tengku Ali, Bendahara tidak mengetahuinya. Beliau juga menegaskan bahawa dia bukan merupakan pihak yang terlibat dalam sebarang perbincangan dengan Inggeris atau Belanda. Belanda juga sangat bimbang. Tampaknya Sultan bertindak sendiri dan tidak mahu mendengar nasihat Yam Tuan Muda Riau yang dipengaruhi Belanda dan bangsawan Bugis.

Hal ini mencetuskan menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda Riau yang baru. Calon untuk jawatan itu dipersetujui oleh bangsawan Bugis dan Belanda.[14] 

Sultan tidak suka mempunyai Yam Tuan Muda yang dipengaruhi kuasa asing. Kebuntuan ini menyebabkan sultan belayar ke Singapura untuk bertenang. Semasa Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah berada di Singapura, baginda disingkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis pada 1857.

Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor
Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau

Setelah penggulingan bekas Sultan Johor, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa Empayar Johor.[15] Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[16] Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada Belanda. Ini juga menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.

Johor dan Pahang

Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.[17] Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[18]Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan Pahang.

Sejarah Johor moden
Wangsa Temenggong 

Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahimmemperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di Negeri Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.[19]

Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.[20] Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

Senarai Penasihat Am British Johor
No.NamaTahun
1.Douglas Graham Campbell1914
2.F.G. Weld (pemangku)1914-1916
3.Douglas Graham Campbell1916-1917
4.F.J. Hallifax (pemangku)1917-1918
5.J.F. Owens1918-1921
6.Hayes Marriot1921-1926
7.Charles Walter Hamilton Cochrane1926-1928
8.George Ernest Shaw1928-1931
9.Richard Olaf Winstedt1931-1935
10.Walter Evelyn Pepys1935-1940
11.W.D. Barron1940-1941

Pendudukan Jepun[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Pendudukan Jepun di Johor menggantikan British tidak membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun amat menghormati baginda Sultan Sir Ibrahim kerana baginda memiliki 'Order of The Rising Sun', darjah kebesaran Jepun yang dikurniakan oleh Maharaja Meijipada tahun 1934.
Jepun meneruskan dasar British dengan meletakkan seorang penasihat negeri di Johor untuk membantu Sultan Sir Ibrahim dalam urusan pentadbiran negeri. Ini menjadikan Johor sebahagian daripada Empayar Jepun. Ini juga berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di mana setiap negeri ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah dan raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah negeri tersebut. Berikut ialah senarai penasihat negeri di Johor semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu:
No.NamaTahun
1.Kenji Doihara1943-1945
2.Seishirō Itagaki1945

Pra-kemerdekaan Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan UnionNasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Selepas itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Walau bagaimanapun, Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits Settlement Forever" (Negeri-Negeri Selat Selama-lamanya) kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem Penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.[21]
Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September1955. Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata "You Will Suffer If British Go!" (Kamu Akan Sengsara Jika British Pergi!).[22]
Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu. [23]
PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu.[24]
Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan persatuan itu dan akhirnya persatuan ini terkubur. Ini bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. [25]
Pada ketika itu, Sultan Sir Ibrahim sedang gering. Baginda menghabiskan hayatnya selama 2 tahun di Rumah GrosvenorLondon dengan menonton televisyen, melawat teater bersama isterinya yang ke-6, Marcella Mendl dan puterinya, Tunku Meriam. Baginda telah menyerahkan pentadbiran Johor kepada puteranya, Tunku Ismail. Ungku Abdullah telah menasihati Tunku Ismail agar tidak menandatangani Perlembagaan Kemerdekaan tetapi beliau tidak diendahkan dan baginda terus menandatangani perlembagaan tersebut sejurus menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri yang menyertai Malaysia dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.[26]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sultan Johor
  1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
  2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
  3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
  4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
  5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
  6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
  7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
  8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
  9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
  10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
  1. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
  2. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
  3. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
  4. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
  5. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah
  6. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
  7. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
  8. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
  9. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
  1. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
    Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.
Sultan Johor Moden
  1. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
  2. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  3. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  4. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
  5. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Nota dan rujukan

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Christopher Buyers - The Ruling House of Malacca-Johor
  2. ^ Winstedt R.O. (1992). A history of Johore, 1365-1895 (M.B.R.A.S. Reprints, 6.). Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 36. ISBN 9839961462.
  3. ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang, halaman 57
  4. ^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat Adat
  5. ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang 1857-63, Karisma Publications, 2007, ISBN 9769831952825, halaman 90
  6. ^ Ibid, halaman 46
  7. ^ Ibid, halaman 40
  8. ^ Ibid, halaman 67
  9. ^ Ibid, halaman 68
  10. ^ Ibid, halaman 70
  11. ^ Ibid, halaman 75
  12. ^ Ibid, halaman 221
  13. ^ Surat peribadi milik Baginda Omar, Arkib Negara, Kuala Lumpur
  14. ^ Ibid, halaman 85
  15. ^ Ibid, halaman 87
  16. ^ Ibid, halaman 87
  17. ^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahara Bendahara
  18.  Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855-1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya, Fajar Bakti, 1988, halaman 33-34^
  19.  [1]^
  20.  [2]
  21. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
  22. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
  23. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
  24. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
  25. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
  26. ^ Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


نڬري جوهر دارالتّعظيم
Johor Darul Ta'zim
Negeri naungan British
 1914-1942

1945-1957
 

 
BenderaJata
Moto
Kepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
Johor dalam Malaysia kini
Ibu negaraJohor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)
BahasaBahasa Melayu(menggunakan tulisan Jawi)
Bahasa Inggeris
AgamaIslam
Struktur politikNegeri Naungan
Sultan
 • 1895-1959Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Penasihat Am
 • 1914-1918D.G. Campbell
 • 1940-1941W.D. Barron
Era sejarahEmpayar British
 • Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh British11 Disember 1885
 • Naungan British12 Mei 1914
 • Pendudukan Jepun31 Januari 1942
 • Jepun menyerah kalah14 Ogos 1945
 • Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu1 Februari 1948
Mata wangDolar Selat sehingga 1939
Dolar Malaya sehingga 1953
Hari ini sebahagian daripada Malaysia

Sejarah Johor - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor

Tiada ulasan: