Jumaat, 7 Disember 2018

In Syaa Allah Allah permudah urusan kita. 8840.



Foto VideoViral Malaysia.

Foto VideoViral Malaysia.

Foto VideoViral Malaysia.

Keajaiban ‘Starlight- Discover Miri’ di Eastwood Valley Miri 7 Dis-6 Jan

 Terowong cahaya yang pastinya akan memukau perjalanan anda untuk bertemu dinosaur di Miri.
MENARIK: Terowong cahaya yang pastinya akan memukau perjalanan anda untuk bertemu dinosaur di Miri.
BERMULA 7 Disember 2018 ini sehingga 6 Januari 2019, acara ‘Starlight- Discover Miri’ akan mengubah Eastwood Valley Miri menjadi kawasan ajaib yang penuh dengan dinosaur gergasi yang mempesonakan, lampu terang dengan salji tiruan dan hiasan Krismas.
Turut disajikan ialah masakan tempatan yang menyelerakan dengan persembahan menceriakan yang tidak berkesudahan daripada peserta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut yang bertepatan dengan tema Tahun Melawat Miri 2018 (VMY 2018), ‘Discover Miri, Uniquely Borneo’.
 Pastinya salji buatan ini akan menjadi tarikan di samping kehadiran patung raksasa makluk purba dinosaur pada acara Starlight- Discover Miri yang akan bermula 7 Disember ini.
SALJI: Pastinya salji buatan ini akan menjadi tarikan di samping kehadiran patung raksasa makluk purba dinosaur pada acara Starlight- Discover Miri yang akan bermula 7 Disember ini.
Penuhilah musim cuti anda dengan keceriaan sambutan perayaan Hari Natal dengan masakan tempatan yang lazat di samping meraikan kegembiraan musim perayaan dan cuti hujung tahun ini bersama keluarga dan teman-teman anda.
Diadakan VMY 2018, acara Starlight- Discover Miri bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke bandar raya Miri, dengan pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri pameran dinosaur yang amat realistik.
 Antara dinosaur yang dipamerkan kelak.
MENGAGUMKAN: Antara dinosaur yang dipamerkan kelak.
Objek dan program unik yang dirancang dalam acara ini pasti akan menarik pelancong dari Brunei untuk melawat Miri membawa mereka kegembiraan dan keajaiban di bawah setiap juta cahaya dan mempromosikan Miri sebagai bandar peranginan dan pelancongan yang boleh dinikmati.
Acara ini tidak mungkin dapat dijayakan tanpa sokongan Sarawak Tourism Board (STB), Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan barisan penaja yang bermurah hati, masing-masing membuat sumbangan untuk membawa acara ini ke Miri.
Sehubungan itu, pihak penganjur turut berterima kasih kepada sokongan dan nasihat oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandar Miri Adam Yii, penaja utama HWE Sdn Bhd dari Brunei Darussalam, Allen Sound & Lighting Service (Sound & Lighting Partner) dan Eastwood Valley Golf & Country Club (rakan penganjur tempatan).
https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/05/keajaiban-starlight-discover-miri-di-eastwood-valley-miri-7-dis-6-jan
https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/05/keajaiban-starlight-discover-miri-di-eastwood-valley-miri-7-dis-6-jan







Tiada ulasan: